Cucu Tok Selampit |
- Pandikutty @anwaribrahim Kutuk Bapa Tun Dr Mahathir Sebagai Pencari Ular Di Kerala India
- Karaoke Maulidul Rasul? Puak Jahanam Mana Yang Anjur Ni???
- Nasrudin Tantawi Merendahkan Akhlak Dirinya Dengan Mengecam Kunjungan PM @NajibRazak Ke Gaza
- Husam Musa Kata Kota Bharu Ada Telaga Minyak! Ambo Kaya! Ambo Kaya!
Pandikutty @anwaribrahim Kutuk Bapa Tun Dr Mahathir Sebagai Pencari Ular Di Kerala India Posted: 24 Jan 2013 08:30 AM PST Anwar Ibrahim adalah seorang pengecut, dayus dan tiada telur. Sesudah beliau menghina bapa Tun Dr Mahathir sebagai pencari ular di Kerala, India, beliau tidak berani mengakui bahawa beliau keturunan India. Datuknya dari India. Itu fakta! Kesahihan beliau sebagai anak di dalam nikah masih menjadi tanda tanya. Komen-komen pembaca beliau seperti di atas telah dibuang! Inikah pemimpin yang diagung-agungkan oleh PGayR? Inikah prinsip keterbukaan yang beliau selalu laung-laungkan. Membuang komen di Facebook. "Block" orang di Twitter. Anwar Ibrahim seharusnya tidak malu untuk menjawab dari mana asal usul Datuknya. Siapa ibu kandung beliau yang sebenar. Dari mana asal usul isterinya Dr Wan Azizah. Di manakah mereka berkahwin kerana tidak mendapat restu daripada bapa Dr Wan Azizah. Apa Anwar Ibrahim ingat beliau boleh sembunyikan semua ini? Sebelum beliau ingin menghina orang lain, semak dan teliti dahulu segala kurap, sopak dan nanah di badan. Jangan suka membuka pekung di dada! |
Karaoke Maulidul Rasul? Puak Jahanam Mana Yang Anjur Ni??? Posted: 24 Jan 2013 05:09 AM PST Iklan di atas CTS perolehi daripada beberapa "wall" kawan-kawan di laman sosial Facebook. Tidak pasti kesahihan dan kebenaran iklan berkenaan. Dalam Umat Islam sedang sibuk menyambut dan meraikan kedatangan Maulidul Rasul hari ini, ada pula pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama Maulidul Rasul untuk mengadakan pertandingan karaoke. Amat kurang ajar! Adakah karaoke yang dianjurkan hanya melibatkan lagu-lagu memuji Rasul Allah SAW atau ini sebahagian program maksiat yang cuba dianjurkan dengan mengunakan nama Karaoke Maulidul Rasul! Lagi satu, nak buat program maksiat dan menghina hari Maulidul Rasul, janganlah menggunakan nama 1Malaysia. Adakah Belia 1Malaysia Kampung Beladin ini lebih kurang macam NGO SW1M yang mahu merosakkan dan menjejaskan nama baik produk 1Malaysia yang diperkenalkan oleh DS Najib Tun Razak? |
Nasrudin Tantawi Merendahkan Akhlak Dirinya Dengan Mengecam Kunjungan PM @NajibRazak Ke Gaza Posted: 24 Jan 2013 02:43 AM PST CTS tidak hairan jikalau penutur di atas adalah Ketua Umum PGayR, Anwar Ibrahim, yang mempunyai dendam kesumat dengan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. Apabila penutur di atas diambil dari seseorang yang diangkat Ustaz, maka lidah menjadi kelu. Beginikah persepsi seorang yang bergelar Ustaz terhadap orang lain. Dalam hatinya sentiasa memandang buruk dan hina terhadap orang lain. Dalam jiwanya sentiasa iri hati melihat orang lain berbuat kebaikkan sedangkan dirinya tidak berbuat apa-apa kebaikkan. Dalam pandangan matanya adalah pandangan buruk kepada orang lain walaupun berlaku didepan mata. Mulutnya sentiasa menghamburkan kata hina kepada orang lain walaupun orang itu melakukan kebaikkan yang nyata. Niat dihatinya sentiasa buruk terhadap orang lain walaupun orang itu ikhlas berbuat kebaikkan.Pada pandangan matanya, niatnya, hatinya, pemikirannya dan mulutnya memang tidak pernah ada terselit walau sebesar zarah terhadap kebaikkan orang lain terutama kepada orang-orang UMNO. Apa hendak jadi dengan pemimpin-pemimpin PAS? Cuba contohi sifat dan kepimpinan Ustaz Nasharuddin Md Isa, Mantan Timbalan Presiden PAS, yang berjiwa besar dengan turut sama di dalam lawatan Perdana Menteri yang dianggap bersejarah kerana inilah lawatan pertama seorang Perdana Menteri Malaysia untuk memberi sokongan kepada Kerajaan Hamas di Gaza. Tidak terdetikkah rasa bangga dan kemanusiaan di kalangan pemimpin-pemimpin PAS ini? Inikah sifat-sifat seorang yang bergelar ustaz. Layakkah manusia seperti ini ditarafkan sebagai seorang ustaz |
Husam Musa Kata Kota Bharu Ada Telaga Minyak! Ambo Kaya! Ambo Kaya! Posted: 23 Jan 2013 09:11 PM PST Walaweh!! Husam Musa di dalam Sinar Harian (akhbar gebang yang makan dua belah, talam dua muka) dilaporkan berkata bahawa di Kota Baru dan Tumpat sudah ada telaga minyak!!! Atas darat weh!!! "Antara kawasan yang dijangkakan mempunyai rizab itu Kota Bharu dan Tumpat," ujarnya. Husam menambah, cadangan untuk melantik syarikat luar berkenaan telah dipersetujui dalam mesyuarat exco semalam di Kota Darul Naim. Pada sidang medianya itu, Husam berkata, proses pelantikan syarikat tersebut yang bertanggungjawab untuk mengesan penemuan minyak itu akan dilakukan seberapa segera yang mungkin. (Baca juga Haprakdaily di sini)Sebelum ini Petronas telah menjumpai telaga minyak di Miri setelah 24 tahun menjalankan eksplorasi dan cari gali. Atas kepakaran apa Husam Musa menjumpai sumber telaga minyak di dataran Tumpat dan Kota Bharu? Nujum Pak Belalang kah atau tilikan nasib? Semua rakyat Kelantan sudah mengenali siapakah Husam Musa ini dan apakah peranannya. Sebenarnya Husam Musa dan PAS sudah terdesak. Apabila DS Najib datang ke Kelantan dan menjanjikan 7 perkara sekurang-kurangnya pembangunan untuk Rakyat Kelantan, PAS Kelantan menjadi "gelabah biawak". Sehinggakan Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat mengelarkan 7 janji berkenaan sebagai rasuah politik. Husam Musa pula tanpa segan silu telah sekali lagi mewar-warkan bahawa telaga minyak telah ditemui di dataran Kota Bharu dan Tumpat. Ianya tidak lain untuk memberikan harapan palsu kepada Rakyat Kelantan. Rakyat Kelantan wajib mendesak Husam Musa untuk mendedahkan apa perkembangan projek-projek di Kelantan sebelum ini seperti berikut: 1. Projek Kambing Janpari. 2. Projek Keretapi Laju Dari Kota Bharu ke KL. 3. Projek Lebuhraya Percuma. 4. Projek Stadium Baru di Bukit Merbau, Pasir Mas. 5. Projek Koridor Depu, Kelantan. |
You are subscribed to email updates from Cucu Tok Selampit To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |