Salam Maulidur Rasul,
Salam Revolusi..
REVO mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh Masyarakat ISLAM MALAYSIA.. Dengan kesempatan dan masa yang ada ini, revo ingin mengemaskini blog ini..
Rasulullah S.A.W amat kita sayangi dan kita sanjungi.. Dalam kehidupan kita hari ini, banyak yang boleh kita contohi dan teladani dari salasilah baginda Rasulullah S.A.W.. sepatutnya hari seperti ini kita harus jadikan hari yang mengimbau kehidupan kita dan sedikit sebanyak mencontohi Rasulullah dalam setiap sudut kehidupan kita..
Tetapi malangnya hari ini, banyak perkara yang kita dahulukan dari perkara yang lebih utama.. Kalau kita lihat satu ketika dahulu Isu sambutan Maulidur Rasul yang disambut dengan kemerduan selawat, luahan kecintaan kita terhadap Rasulullah di atas kain putih dan perarakan, sambutan ini diharamkan oleh puak pemutarbelit agama. Kalau sambutan yang cukup indah ini diharamkan bagaimana kita hendak membawa generasi yang baru ini untuk mencintai dan mencontohi Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.
Tetapi isu ini pada tahun ini senyap sepi.. kerana apa? kerana tahun lepas, isu ini memakan diri.. Masya Allah... inilah dia dunia si puak pemutarbelit ISLAM..
Kalau kita mencontohi Rasulullah S.A.W dalam sudut politik , Rasulullah meletakkan ISLAM itu ditempat yang tinggi berbanding politik.. Rasulullah menggunakan politik dan kuasa yang ada untuk memartabatkan ISLAM .. Rasulullah tidak menggunakan ISLAM untuk kepentingan politik dan kuasa..
Tapi malangnya hari ini, ada puak di Malaysia ini sanggup mempermainkan, mempergunakan ISLAM hanya semata-mata demi kepentingan politik mereka.. sanggup memperjudikan Kalimah Allah, Ayat-Ayat suci Al-Quran, rumah2 ibadat Allah, atas kepentingan kuasa dan politik..
Kalau kita menyelami salasilah Rasulullah S.A.W, bagaimana baginda menyatukan Ansar dan Muhajirin, perpaduan umat ISLAM amat didahulukan oleh baginda.. Kerana dengan perpaduan ini dapat memartabatkan ISLAM..
Tapi sayang hari ini di Malaysia, apabila sebelah pihak menghulurkan salam perpaduan mengajak ke arah perpaduan umat ISLAM, sebelah pihak yang satu lagi menolak.. Yang menghairankan lagi, mereka meletakkan syarat terhadap perpaduan ini.. Jawatan dalam kabinet dijadikan syarat menunjukkan dengan jelas mereka hanya mahu kuasa semata-mata..bukan perpaduan umat ISLAM yang menjadi keutamaan mereka..
Banyak lagi isu boleh kita bangkitkan kerana terlalu banyak sebab itu kita boleh labelkan puak ini srbagai PUAK PEMUTARBELIT ISLAM.. Puak pemutarbelit ISLAM ini harus kita tolak kerana meraka akan terus memperjudikan kesucian ISLAM, mempergunakan ISLAM demi kepentingan politik dan kuasa...
Dengan ini, Revo ingin mengajak kita bersama-sama mencontohi Rasulullah S.A.W di atas segala sudut kehidupan kita.. Baginda merupakan role model yang sempurna yang patut kita contohi.. Gunakan kesempatan yang ada ini untuk kita menyelami kehidupan baginda..
SALAM MAULIDUR RASUL !!!