Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Politik Harian

$
0
0

Politik Harian


Lim Guan Eng - Khalimah Allah Tak Perlukan Kebenaran Tapi Nama 'Penang' Perlu Kelulusan Tokong!

Posted: 24 Jan 2013 03:00 AM PST


Ramai yang terkejut dengan laporan akhbar semalam yang menyatakan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Tokong Lim Guan Eng, sekali lagi mengulangi bahawa apa jua acara baru atau yang pertama kali diadakan yang ingin menggunakan perkataan 'Penang', perlu mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri lebih dahulu. Alasannya ialah untuk memastikan penglibatan parti politik mana agar tidak disalahguna. Kenyataan tersebut dibuat sebagai membidas penganjuran Penang Run 2013 pada Hari Thaipusam.

Memandangkan acara tersebut disokong oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri, maka kenyataan Tokong Lim ini dengan sendirinya membawa maksud bahawa Jabatan tersebut telah dinafikan kuasa untuk meluluskan sesuatu acara, sekali gus menunjukkan cengkaman kuat kuku besi sang Tokong.

Tidak pernah dalam sejarah, seorang Ketua Negeri mengambil langkah sebegitu angkuh dengan memilik-sendirikan nama negerinya bagaikan hak mutlak keturunannya. Bagaimana jika kerajaan persekutuan meletakkan syarat agar parti pembangkang mendapatkan kelulusan sebelum menggunakan nama Malaysia di dalam acara mereka?

Bagaimana pula dengan Pakatan Rakyat menyalahgunakan nama 'Rakyat' dalam nama parti itu dan juga dalam acara-acara anjuran mereka, seperti Himpunan Kebangkitan Rakyat"? 'Rakyat' dalam konteks PR hanya membawa satu maksud, iaitu 'rakyat Malaysia' sedangkan parti itu tidak mewakili semua rakyat. Malah majoriti rakyat menolak PR sepertimana yang dapat dilihat dengan jelas dalam HKR#112 di mana hanya 45,000 sahaja 'rakyat' yang terlibat.

Jika mengikut logik Tokong Lim yang tak tahu mengira atau sengaja menipu undi, PR wajib mendapatkan kebenaran dari seluruh rakyat sebelum menggunakan nama Rakyat dalam setiap program mereka. Ini kerana, penyalahgunaan nama 'rakyat' boleh menimbulkan salahfaham kononnya semua rakyat terlibat dalam program PR tersebut.

Nampaknya, semakin dekat pilihanraya, semakin terserlah pula segala perangai buruk si Tokong Lim Guan Eng ini. Tidak cukup dengan ingin merampas hak agama Islam, iaitu Kalimah Allah, untuk diguna di dalam kitab Kristian, kini beliau ingin menafikan hak rakyat Pulau Pinang ke atas nama negeri mereka sendiri.

Tindakan Guan Eng ini dilihat sebagai satu paranoia, iaitu takutkan bayang-bayang sendiri, sentiasa merasa tidak selamat dan tidak percaya kepada sesiapa sahaja. Seorang Ketua Menteri yang mendapat sokongan rakyat tidak mungkin akan mengalami paranoia sebegini. Jelaslah, bahawa Guan Eng cukup sedar bahawa rakyat Pulau Pinang membencinya.

Bukan kita tidak tahu yang Guan Eng membenci kaum lain, maka adalah perkara biasa jika benci dibalas benci. Bagaimana rakyat boleh menghormati dan menyayangi Ketua Menteri yang tidak mempercayai mereka dan sentiasa merancang untuk 'menghalau' mereka?

Inilah dikatakan bahawa politik DAP adalah politik rasis. Sikap rasis membawa rasa benci yang ekstrem. Dan ekstremisme pula membawa kepada tindakan tidak rasional dan seterusnya, bodoh. Hanya politikus yang bodoh sahaja yang dengan sengaja mencabar umat Islam dengan isu Kalimah Allah, terutama di ambang pilihanraya. Kononnya ingin melihat umat Islam semakin berpecah, tetapi keangkuhannya menyebabkan beliau gagal mencongak kemungkinan yang sebaliknya, iaitu umat Islam semakin membuka mata dan mula bersatu.

Oleh kerana Guan Eng langsung tidak menghormati kaum dan agama lain, maka beliau juga tidak berhak untuk menuntut penghormatan kepada diri, kaum dan agamanya. Beliau menuntut kebebasan menghentam dan menyalahgunakan hak kaum dan agama lain maka beliau tidak berhak menentang perbuatan yang sama dilakukan ke atas dirinya.

Apapun, beliau bernasib baik kerana masih ramai umat Islam negara ini yang waras dan bijak. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada Guan Eng jika sikap yang sama ditunjukkan di negara-negara Islam lain.

Oleh itu, hari ini kita hanya menyaksikan bagaimana beberapa orang puak PAS telah berani memijak bendera DAP walaupun mereka masih terikat sebagai balaci DAP.

Namun, hari esok belum tentu, jika Guan Eng meneruskan kebiadapan dan keangkuhan ini, mungkin kepalanya juga akan dipijak akhirnya.

Justeru, eloklah Guan Eng belajar cara menghormati orang lain, yang mana nampaknya tidak pernah diajar oleh ibunya. Skil menghormati orang adalah penting bukan sahaja untuk berkomunikasi dengan berkesan atau untuk berpolitik, tetapi juga untuk keselamatan diri.

Sekadar peringatan untuk Guan Eng, paranoia atau takutkan bayang-bayang sendiri adalah sebahagian dari masalah psikologi. Cukuplah rakyat Pulau Pinang terpaksa bertahan dengan Ketua Menteri yang rasis, chauvinis, kiasu, bodoh, tidak telus dan tidak cekap, janganlah di tambah kekusutan ini dengan masalah psikologi lagi.

Khairy: Nasrudin Tak Patut Perlekeh Lawatan PM Ke Gaza

Posted: 24 Jan 2013 01:00 AM PST


Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan tidak sepatutnya memperlekeh lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza bagi memberi sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin membebaskan negara mereka daripada Israel.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, Nasrudin sebenarnya iri hati kerana lawatan Perdana Menteri mendapat sambutan luar biasa rakyat Palestin dan pemimpin Hamas.

Beliau berkata Nasrudin sepatutnya mengetepikan kepentingan politik dengan memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri kerana lawatan itu menunjukkan rakyat negara ini sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin.

"Sikapnya itu amat tidak matang apabila mencampurkan soal politik dalam negara dengan perjuangan kemanusiaan bagi membebaskan bumi Palestin dan rakyatnya yang dizalimi Israel sejak puluhan tahun lalu," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua Pemuda Umno Pahang dalam siri lawatan kerjanya bagi meninjau persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 di sini, hari ini.

Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nasrudin dalam blognya yang mencemuh lawatan Perdana Menteri ke Gaza dengan perkataan kesat.

Dalam perkembangan lain, Khairy malahirkan rasa hairan dengan sikap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kekal dengan pendirian membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam.

Katanya, Anwar sepatutnya tidak menunjukkan sikap percanggahan dengan keputusan Majlis Syura Pas pada 13 Jan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu.

"Kenyataan bercanggah antara Pas dan Anwar menyebabkan umat Islam terutamanya mereka yang tidak berparti merasa kecewa dan Pas sepatutnya perlu memikirkan semula kedudukan mereka dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata, Pemuda Umno akan memberi tumpuan untuk menawan pengundi muda yang masih tidak mempunyai parti dan akan mengundi kali pertama pada pilihan raya umum akan datang bagi menyokong Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata Pemuda Umno akan memberi fokus memikat 40 peratus pengundi muda atas pagar daripada keseluruhan pengundi muda semua kaum di seluruh negara.

Sehubungan itu, katanya, jentera pilihan raya pemuda BN perlu mendekati seramai mungkin pengundi muda dengan menggunakan rangkaian media sosial seperti Facebook dan Twitter.

"Selain menggunakan hujah berfakta, Pemuda BN perlu berkempen 24 jam menerusi akses media sosial terutamanya bagi mengesan mereka yang berada di luar kawasan serta melalui aktiviti sukan, masjid, ceramah, kebajikan dan sebagainya," katanya.

Khairy berkata sokongan golongan muda terhadap BN dan kepimpinan Najib semakin meningkat setiap hari.

"Walaupun kita berpuas hati terhadap respons yang ditunjukkan oleh pengundi muda, namun kita akan terus tingkatkan lagi sokongan golongan itu kepada BN.

-SH

PRU 13 - Anwar Tidak Pertahan Kerusi Permatang Pauh?

Posted: 23 Jan 2013 11:30 PM PST


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan kemungkinan tidak akan bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), tetapi bertanding di di kawasan lain.

"Insya-ALLAH, saya akan bertanding tetapi kemungkinan besar saya masih diminta untuk pertimbangkan satu dua kawasan lain,"katanya pertemuannya bersama Sinar Harian semalam.

Bagaimanapun, Anwar enggan menyatakan kerusi yang bakal dipertimbangkan itu.

Menurut daftar pemilih sehingga 31 Julai 2008, majoritinya pengundi di Permatang Pauh berbangsa Melayu dengan 69.4 % diikuti bangsa Cina, 24.5 % dan bangsa India hanya 6 % manakala lain-lain adalah 0.1 %.

Pada 7 Januari lalu, Zulkifli Jalil dari Utusan Malaysia melaporkan sambutan pengundi Permatang Pauh terhadap Anwar tidak seperti dahulu lagi.

"Dikhabarkan hangat ke telinga penulis, Permatang Pauh bukanlah lagi kubu kuat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim.

"Program dan ceramah-ceramah yang dihadiri Anwar bersama gengnya tidak lagi 'dilambung-lambung' macam dulu. Apabila kelibatnya muncul di sana dalam satu program baru-baru ini, ada yang duduk dalam kereta sahaja. Tak ada sambutan hangat. Tidak ramai orang Permatang Pauh hadir.

"Kebanyakannya 'diimport' dari Tasek Gelugor dan Batu Kawan. Baru sebulan lepas ketika hadir di Taman Perda, Bukit Mertajam, hanya 20 orang hadir. Melihatkan itu, Anwar pun cabut, tak jadi berceramah,"lapornya.

Kemudian diikuti laporan kedua oleh blogger GA pada 21 Januari lalu yang menyebut Anwar rungsing dengan kehadiran kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke parlimennya itu.

"Special instruction Anwar kepada beberapa orang inner circle – untuk turun semula ke Permatang Pauh dan buat analisa selepas lawatan Tun Mahathir ke kawasan tersebut.

"Pada mulanya, Anwar tak risau langsung dengan kehadiran Mahathir. Pada Anwar, 'old man' will not make an impact. Cumanya, Anwar jadi rasa tak sedap hati kerana kebanyakan kawasan di Permatang Pauh sudah berani meletakkan banner Mahathir secara terbuka.

"Anwar cukup terperanjat apabila dimaklumkan oleh seorang Koperal cabuk, kehadiran lebih 6,000 orang.

"Mana pergi sentimen benci Mahathir yang patut ada di Permatang Pauh? Lebih mengecewakan Anwar, semua ini disusun oleh Ibrahim Ali. Injured politician. Tapi mampu kumpul 6,000 orang. Shit."lapornya.

Apabila Nurul Izzah Tersasul... Apa Pun Tak Boleh!

Posted: 23 Jan 2013 10:00 PM PST


Lepas menang PRU ke-12 dulu, Nurul Izzah dilihat jarang jejak kaki kat Lembah Pantai ni. Dia lebih suka goyang kaki, makan angin ke luar negara sambil memburukkan nama Malaysia di mata dunia.

Kononnya Malaysia ni banyak rasuah, banyak kacau-bilau, tak selamat – sampai pelabur dan pelancong asing pun takut nak ke mari. Lepas tu bila pelabur dan pelancong tak datang, yang merana ialah rakyat Malaysia sendiri kerana ekonomi negara terjejas. Bila ekonomi terjejas, Nurul Izzah tuding jari menyalahkan Kerajaan, padahal punca ekonomi merudum sebenarnya ialah dia sendiri!

Contoh terbaik ialah isu kapal selam. Dia pergi ke Indonesia, buat sidang media besar-besaran jaja cerita kononnya kapal selam Malaysia tak boleh menyelam! Jadi Malaysia pun jadi bahan momokan masyarakat antarabangsa, kononnya langsung tak efisien. Tapi bila diadakan majlis perasmian dengan DYMM Yang diPertuan Agong sendiri berada di atas kapal selam tersebut semasa ia menyelam, terdiam Nurul Izzah. Tapi pada masa itu nama Malaysia dah pun diburukkan di mata orang asing.

Dek kerana jarang turun padang, maka bila sekali-sekala buat majlis, Nurul Izzah boleh sesat-larat! Lembah Pantai tak besar mana pun boleh sesat?

Tak percaya? Boleh baca sendiri tweet si Nurul ni.

Nurul Izzah Anwar
Alhamdulillah ramai turut serta dalam pertandingan mewarna yg kami anjurkan :) -medan angkasa

Aduhai Nurul… Mana ada tempat nama Medan Angkasa kat Lembah Pantai. Tempat program kau tu ialah Dataran Angkasa Jaya…

Apa ni Nurul? Nama tempat program sendiri pun tak tahu ke?

Lepas tu, sebab dia jarang turun padang, maka nak tahu pasal kejadian pun tumpang tweet Dato' Raja Nong Chik.

Bila ada kebakaran kecil di Lembah Pantai, Dato' Raja Nong Chik segera minta wakilnya datang melawat mangsa untuk hulurkan bantuan. Dato' Raja Nong Chik juga minta DBKL untuk segerakan pembaikian.

Raja Nong Chik ‏ @RajaNongChik
Dpt makluman kebakaran kecil dapur @Blok B,PPR Kerinci.Peg saya hadir utk dpt butiran mangsa.Terima kasih anggota Bomba atas kecekapan anda!

Bila Nurul Izzah baca Twitter Dato' Raja Nong Chik dan tahu pasal kebakaran ni, dia pun jadi tak tentu arah. Bayangkan kawan-kawan, nak tahu pasal kebakaran di Lembah Pantai pun kena baca Twitter Dato' Raja Nong Chik. Apa jenis wakil rakyat macam ni?

Bila dapat tahu Dato' Raja Nong Chik dah hantar wakil, dia pun tak nak kalah, hantar juga wakil dia…

Nurul Izzah Anwar
‎"Kebakaran kecil Blok D PPR Kerinchi (bhg dapur).Wakil Nurul Izzah (@n_izzah) hadir melihat kerosakan

Malangnya hantar wakil pun tempat salah… Kebakaran di Blok B PPR Kerinchi, wakil dia pergi Blok D PPR Kerinchi. Lepas tu Nurul Izzah dengan bangganya dabik dada konon dah hantar wakil, padahal dia tak sedar, wakil pergi tempat salah!!!

Itulah Nurul, orang lantik jadi wakil rakyat, tak nak buat kerja betul-betul. Dato' Raja Nong Chik hantar wakil aku tak hairan, sebab dia Menteri, jadi banyak perkara yang perlu diuruskan, bukan setakat Lembah Pantai semata-mata.

Tapi kau tu Ahli Parlimen Lembah Pantai sepenuh masa. Sepatutnya 24 jam kau ada di Lembah Pantai. Sepatutnya bila ada sebarang isu, kau yang dapat tahu dulu, bukan dapat tahu dari Twitter Dato' Raja Nong Chik. Sepatutnya bila ada sebarang isu, kaulah yang dulu sampai, bukannya sekadar hantar wakil.

Itulah kau, lebih suka makan angin dari berkhidmat untuk penduduk Lembah Pantai. Tahun ni je berapa negara kau dah pergi untuk makan angin sambil burukkan nama Malaysia di mata dunia? Aku rasa si Nurul ni lebih arif tentang tempat-tempat di London, Australia, Turki, Singapura dan Indonesia berbanding dengan tempat-tempat di Lembah Pantai!

Sebab tak biasa turun padang tu lah, bila sekarang dia cuba memancing undi dengan turun majlis pengkebumian orang boleh tanya, "Eh, awak ni siapa ye? Sedara arwah ke?"

Orang Lembah Pantai pun tak kenal siapa Nurul Izzah!! Aku harap jangan ada yang terpedaya dengan kemunculan tiba-tiba Nurul Izzah di Lembah Pantai!

Apa kecoh-kecoh

Azwan Ali Hina Ibunya Di Twitter

Posted: 23 Jan 2013 08:00 PM PST


Terdahulu Murai.com telah menyiarkan berita ibu kepada Azwan Ali iaitu Mak Tom dikatakan jatuh di bilik air pada malam persandingan Ummi Hafilda.

Rentetan dari berita tersebut... Azwan Ali adik kepada Ahli Parlimen PKR Azmin Ali mengeluarkan kenyataan biadap menghina ibunya sendiri di twitter, beliau turut dikecam oleh peminat beliau di twitter.. 

Macam Haram!! Sikap jijik seorang anak yang kononnya diminati berjuta manusia yang dahagakan responnya di Twitter.

Menurut Azwan, kejadian itu adalah balasan di atas perbuatan Mak Tom dan Ummi Hafilda diatas apa yang dorang lakukan pada dirinya sebelum ni.. 


Petikan dari Murai.com - Mak Tom Jatuh Bilik Air Di Malam Persandingan Anaknya

KL, 21 JAN 2012: Murai Batu rasa tak perlulah Murai Batu jelaskan siapa itu Mak Tom. Sebab, nama Mak Tom tu dah cukup sinonim dengan industri hiburan tanah air. Apatah lagi bila dia adalah ibu kandung kepada pengacara laser lagi kontroversi iaitu Azwan Ali yang pernah mengecohkan program Masterchef Selebriti Malaysia serta menambahkan lagi sensasi dalam program Propaganza menerusi segmen Katanya.

Malah, waktu diserang oleh 4 pengacara wanita di dalam program Primadona tidak lama dulu, Azwan sempat mempromosikan rendang Mak Tom yang memang terkenal di kalangan rakan-rakan selebriti dan pihak media.

Malah ada 2 orang lagi anaknya yang sering menggegarkan dunia politik tanah air. Tak payah Murai Batu sebut nama diaorang ya. Yang penting, seorang dah pun berumahtangga serta memiliki beberapa cahayamata dan yang seorang lagi baru saja bersanding pada malam Jumaat lalu.

Berita terbaru yang mengejutkan Murai Batu terima, Mak Tom dikhabarkan telah jatuh di dalam bilik air di rumahnya yang terletak Kg Klang Gate, Hulu Klang, sekitar jam 12.30 pada malam yang sama anaknya dikatakan bersanding.

Khabarnya teruk juga keadaan Mak Tom itu sehingga orang tua itu terpaksa dikejarkan ke hospital dengan ambulans. Kini, Mak Tom dilaporkan sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta.

Kisah ini, Murai Batu perolehi daripada penduduk di Kg Klang Gate sendiri yang terkejut bila melihat sebuah ambulan berada di rumah Mak Tom. Sebab sejak ketiadaan arwah bapa Azwan Ali, boleh dikatakan bertahun-tahun jugalah ambulan dilihat tidak berada di perkarangan rumah yang berbentuk ala Minangkabau itu.

Murai Batu cuba jugak mendapatkan kenyataan daripada Azwan Ali sendiri berhubung hal ini. Tapi, telefon bimbitnya memanjang saja asyik off. Terdetik jugak di hati Murai Batu, apakah yang menyebabkan Azwan Ali tetiba menutup telefon bimbitnya itu.

Adakah, ia mempunyai kena-mengena dengan kejadian Mak Tom jatuh pengsan di dalam bilik air di malam persandingan salah seorang anaknya itu. Murai Batu terdetik...

Majlis Syura Cabar Keputusan Anwar!

Posted: 23 Jan 2013 07:00 PM PST


Keputusan Pas berhubung isu kalimah ALLAH mengikut keputusan Majlis Syura adalah muktamad yang berasaskan kepada nas-nas dan syarak.

Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, ia adalah keputusan terbaik kepada semua agama dan kaum di negara ini.


Menurutnya, semua agama perlu hormati Perlembagaan Malaysia yang meletak Islam sebagai agama rasmi.

"Itu adalah perundangan Islam. Pas anggap isu ini telah selesai dan tidak seharusnya mana-mana umat Islam mempertikaikan perkara ini.

"Keputusan tersebut adalah muktamad dan Pas mewakili umat Islam di Malaysia," katanya.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembangkang tetap dengan pendirian yang diputuskan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat (PR) pada 8 Januari lalu berhubung isu penggunaan kalimah iaitu bukan Islam boleh guna tetapi dengan syarat tidak boleh disalahgunakan.

Anwar berkata, pihaknya tidak menolak untuk mengadakan sebarang perbincangan susulan keputusan Majlis Syura Pas, 13 Januari lalu.

Selepas keputusan Majlis Syura Pas, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, semua pihak termasuk pimpinan PR menerima keputusan Majlis Syura bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Nik Aziz berkata, perkara itu tidak perlu ditimbulkan semula setelah Majlis Syura menetapkan larangan penggunaan kalimah yang eksklusif bagi orang Islam itu diterjemahkan mana-mana kitab agama bukan Islam kerana salah dari segi maknanya.

Katanya, kita tidak boleh menterjemahkan perkataan ALLAH kepada God atau Lord atau sebaliknya.

"Terjemahan itu tidak menggantikan ALLAH yang maha Esa, tidak beranak dan diperanakkan," katanya.-SH

Nasrudin Tantawi Dikecam Pengikut Sendiri

Posted: 23 Jan 2013 06:00 PM PST

Tindakan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan mencemuh lawatan bersejarah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Palestin dikecam oleh pengikut Facebooknya sendiri.

Ia ekoran tindakan melampau Nasrudin yang bukan sahaja tidak menghargai sokongan tertinggi ditunjukkan Najib terhadap nasib rakyat Palestin sebaliknya mencemuh lawatan bersejarah itu dengan perkataan kesat.



Kebanyakan pengikut Nasrudin mempersoal mengapa sebagai orang yang dilabel ustaz beliau sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian dan tidak kurang menyifatkan Ketua Dewan Pemuda Pas itu iri hati.

Salah seorang yang mempersoal tindakan tersebut ialah Izham Bina Tamshah Eizham apabila berkata, dijelaskan dalam hadis terdapat golongan orang yang kelihatan alim tetapi hatinya hitam seperti serigala kelaparan.

"Salam ustaz, kenapa prasangka buruk Perdana Menteri pergi Palestin? Berbeza dengan rakan anda iaitu Nasharudin Mat Isa. Berprasangka baiklah. Ingat kemenangan sebenar umat Islam ialah membebaskan Palestin.

"Jangan dengki dan busuk hati serta mahukan kemenangan politik. Ustaz berkata begini. Nauzubillah. Semoga dapat rahmat Allah," kata Izham Bina sebagaimana dipetik dari laman Facebook Nasrudin di sini hari ini.

Nasrudin dalam laman Facebooknya dipetik sebagai berkata, lawatan Perdana Menteri ke Palestin dan pertemuannya dengan Perdana Menteri Kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh sebagai hipokrit tahap durjana.

Semalam, Najib mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama mengadakan lawatan ke bumi Palestin sambil menawarkan bantuan menjadi orang tengah bagi menjayakan pelan damai antara Fatah dan Hamas.

Dalam pada itu, tidak terkecuali mengecam tindakan Nasrudin ialah Farhan Fauzi apabila berkata: "Ustaz cakap apa ini? Malaysia tidak pernah menjalin hubungan dengan Israel. Usah berdengki dan memusuhi ustaz."

Mohamad Shuhaimi pula menyifatkan kenyataan Nasrudin sebagai tidak cerdik kerana sebelum ini, tidak pula mempersoal sokongan terbuka Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keselamatan Israel.

Turut berkongsi kemarahan sama ialah Syakizan Yusof apabila berkata: "Seperti meludah ke langit kena balik diri sendiri. Jadi buanglah perasaan iri hati sesama sendiri. Kamu itu ustaz, buat malu saja".

Hal yang sama juga disuarakan Siddiq Sharil yang berkata: "Ustaz, berjuang dan berdakwahlah dengan cara yang ikhlas dan bersih. Tak perlu bagi ayat macam ini. Seolah-olah ustaz melagakan sesama umat." -Utusan

Harun Din Akan Meninggalkan PAS?

Posted: 23 Jan 2013 08:00 AM PST


PANAS! Menurut sumber, Prof. Dato' Dr. Harun Din dikatakan telah menolak pencalonannya sebagai calon Pas pada pilihan raya umum akan datang.

Walaupun belum dipastikan kesahihannya, sumber menjelaskan, Harun Din juga menolak untuk terlibat sebagai jentera Pas pada kempen pilihan raya akan datang.

Jika benar, keputusan itu sudah pasti memberi sedikit tekanan kepada jentera Pas Perlis bagi menghadapi PRU-13.

Khabar angin mula bertiup kencang apabila Harun Din dilihat tidak aktif dalam aktiviti parti melainkan hanya hadir di dalam mesyuarat Majlis Syura Pas sahaja.

Perubahan itu dilihat bermula sejak pemilihan parti yang lepas. Ini mungkin berkait rapat dengan keputusan pemilihan yang tidak berpihak kepada golongan ulama di dalam Pas.

Harun Din juga dikatakan menolak sebarang undangan untuk berceramah di dalam program yang dianjurkan pakatan haram. Sebaliknya hanya berceramah jika tiada unsur politik.

Sumber: Shah Alam Rebels

Video Pendedahan Graduan Mesir Masuk DAP Insaf

Posted: 23 Jan 2013 06:00 AM PST


Graduan dari Mesir Ustaz Wan Khairuddin Bin Ahmad berasa menyesal dan tertipu oleh kepimpinan yang dibawa oleh DAP...  Alhamdulil... Diharap lebih ramai lagi orang Islam kembali kepada Sunnah..
credit to http://abuaqifstudio.blogspot.com



Video URL: http://youtu.be/aqNwBd_IyzI

Pendedahan Laporan Audit JKR Terhadap Asrama Unisel

Posted: 23 Jan 2013 05:00 AM PST


KGC- Selangor semenjak pentadbiran Khalid Gagap tidak pernah sunyi daripada kontroversi. Antaranya adalah skandal pasir, masalah air, penyalahgunaan dana MBI untuk membayar kos perwakilan PKR, rampasan tanah YBK, penjualan aset-aset PKNS, kegagalan menunaikan mainfesto PRU 2008 dan tidak ketinggalan kerugian Unisel.

Lebih menarik selepas isu-isu ini berpanjangan rakyat berjaya menilai semua isu tersebut telah dipolitikkan sehingga menjejaskan kepentingan rakyat Selangor sendiri.

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, edisi pembongkaran pembohongan kerajaan Khalid Gagap akan bermula sempena PRU yang bakal menjelang. Pembongkaran pertama adalah laporan audit daripada JKR yang dijalankan terhadap asrama pelajar Unisel di Berjuntai Bisrati.

Hasil daripada laporan audit tersebut, pengurusan Unisel mengambil pendekatan menututup asrama tersebut atas alasan mendapat arahan daripada JKR dan juga Jabatan Audit Negara kerana ketidak selamatnya asrama untuk diduduki pelajar.

Alhamdulillah pembohongan pertama mereka dijawap oleh Jabatan Audit Negara yang menarfikan arahan tersebut.

Ini pula adalah laporan audit yang dijalankan oleh JKR oleh Encik Kamarul Arif bin Abdul Wahab Penolong Pengarah Juruukur Bahan bersama Norain bt Osman Penolong Pengarah Bangunan pada 20 Disember 2012.Laporan tersebut menjurus kepada pemeriksaan terhadap mendapan tanah.

Hasil daripada laporan audit tersebut jelas menunjukkan bahawa struktur bangunan asrama masih selamat untuk diduduki walaupun terhadap aktiviti pemendapan tanah berlaku.Laporan audit tersebut juga mengesyorkan supaya blok asrama ditutup semasa kerja-kerja dibaik pulih dilakukan dan bukannya menutup keseluruhan 44 blok asrama tersebut.

Hasil penutupan keseluruhan blok asrama tersebut, pelajar telah dipindahkan ke merata tempat dan ini secara logiknya mengganggu tumpuan pelajar untuk memberi fokus kepada pengajian mereka.

Sebagai rujukan sila klik di tajuk-tajuk dibawah untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkenaan masalah asrama Unisel.

1- Kenyataan Media Kontraktor Asrama Unisel- Tiada Perbincangan Bersama

2- Pelajar UNISEL Ditindas - Mana Bantuan Buat Mereka Dari Kerajaan Negeri Pakatan Haram

3- Countdown PRU- Siri Pendedahan Pembohongan Kerajaan Selangor Bermula

4- Asrama Pelajar- Cabaran Kepada Unisel Atau Mereka DiBogelkan

5- Asrama Pelajar- Unisel diminta jamin keselamatan pelajar













Rumusan daripada laporan audit juga mengesahkan bahawa bangunan asrama selamat untuk diduduki tetapi memerlukan pembaikan segera. Sebagai ingatan hutang Unisel kepada kontraktor yang bertanggungjawap terhadap kerja-kerja penyelenggaran telah mencecah RM23 juta. Bagaimana cara terbaik untuk mereka menyelesaikan masalah ini dan pada masa yang sama menunding jari kepada pihak lain diatas kelemahan mereka sendiri. Ini perkara biasa yang mereka lakukan daripada dulu. Tidak pernah mengakui kelemahan sendiri. Mereke sekarang mendesak Jana Niaga Sdn Bhd untuk bertanggungjawap tetapi natijahnya adalah masalah ini berpunca daripada sikap mereka yang enggan menjelaskan bayaran tertunggak sehingga Jana Niaga tidak dapat menyelenggara asrama seperti yang telah dipersetujui.

Persoalannya adalah kenapa hutang kepada kontraktor penyelenggaraan asrama iaitu Jana Niaga Sdn Bhd tidak jelaskan sehingga mencecah puluhan juta ringgit walhal selepas laporan audit JKR ini dikeluarkan mereka mengatakan bahawa mereka mempunyai peruntukan RM20 juta untuk kerja-kerja pembaikkan. Adakah lebih baik mereka bersikap mencegah lebih baik daripada membaiki. Barulah betul satu pentadbiran yang baik.

Mungkin mereka mempunyai alasan-alasan tertentu untuk mempertahankan tindakan mereka menutup asrama tetapi sebagai rakyat Selangor, jangan terus terlena dengan janji-janji palsu dan kata-kata manis kerana yang terang lagi bersuluh, sektor pendidikan tidak terkecuali menjadi bahan politik pakatan pembangkang dalam menyelamatkan survival politik mereka.

Fikirkan Bersama.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>