Belantan |
- Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat dikecam pengikut sendiri?
- Nizar Lambai dimalukan depan penyokong sendiri?
- Perjuangan PAS zalim : Bai'ah ceraikan isteri dan kejahilan!!!
- Masih Sayangkah Pas Pada Pakatan Rakyat!
Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat dikecam pengikut sendiri? Posted: 23 Jan 2013 10:50 PM PST Tindakan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) mencemuh lawatan bersejarah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Palestin dikecam oleh pengikut Facebooknya sendiri. Ia ekoran tindakan melampau Nasrudin yang bukan sahaja tidak menghargai sokongan tertinggi ditunjukkan Najib terhadap nasib rakyat Palestin sebaliknya mencemuh lawatan bersejarah itu dengan perkataan kesat. Kebanyakan pengikut Nasrudin mempersoal mengapa sebagai orang yang dilabel ustaz beliau sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian dan tidak kurang menyifatkan Ketua Dewan Pemuda Pas itu iri hati. Salah seorang yang mempersoal tindakan tersebut ialah Izham Bina Tamshah Eizham apabila berkata, dijelaskan dalam hadis terdapat golongan orang yang kelihatan alim tetapi hatinya hitam seperti serigala kelaparan. "Salam ustaz, kenapa prasangka buruk Perdana Menteri pergi Palestin? Berbeza dengan rakan anda iaitu Nasharudin Mat Isa. Berprasangka baiklah. Ingat kemenangan sebenar umat Islam ialah membebaskan Palestin. "Jangan dengki dan busuk hati serta mahukan kemenangan politik. Ustaz berkata begini. Nauzubillah. Semoga dapat rahmat Allah," kata Izham Bina sebagaimana dipetik dari laman Facebook Nasrudin di sini hari ini. Nasrudin dalam laman Facebooknya dipetik sebagai berkata, lawatan Perdana Menteri ke Palestin dan pertemuannya dengan Perdana Menteri Kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh sebagai hipokrit tahap durjana. Semalam, Najib mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama mengadakan lawatan ke bumi Palestin sambil menawarkan bantuan menjadi orang tengah bagi menjayakan pelan damai antara Fatah dan Hamas. Dalam pada itu, tidak terkecuali mengecam tindakan Nasrudin ialah Farhan Fauzi apabila berkata: "Ustaz cakap apa ini? Malaysia tidak pernah menjalin hubungan dengan Israel. Usah berdengki dan memusuhi ustaz." Mohamad Shuhaimi pula menyifatkan kenyataan Nasrudin sebagai tidak cerdik kerana sebelum ini, tidak pula mempersoal sokongan terbuka Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keselamatan Israel. Turut berkongsi kemarahan sama ialah Syakizan Yusof apabila berkata: "Seperti meludah ke langit kena balik diri sendiri. Jadi buanglah perasaan iri hati sesama sendiri. Kamu itu ustaz, buat malu saja". Hal yang sama juga disuarakan Siddiq Sharil yang berkata: "Ustaz, berjuang dan berdakwahlah dengan cara yang ikhlas dan bersih. Tak perlu bagi ayat macam ini. Seolah-olah ustaz melagakan sesama umat." Suara Politik Belantan |
Nizar Lambai dimalukan depan penyokong sendiri? Posted: 23 Jan 2013 02:49 PM PST Tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Mohammad Nizar Jamaluddin yang semakin aktif berceramah di sekitar Perak kebelakangan ini dibayangi jentera UMNO yang mengekorinya bagi membongkar segala tohmahan yang dilemparkan pemimpin itu. Terbaharu, hasrat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu untuk memperdayakan rakyat dalam siri ceramahnya di Kampung Senin, Layang-Layang Kanan, di sini malam tadi tidak kesampaian apabila jentera UMNO turut mengadakan ceramah di tempat sama. Malahan, pemimpin Pas itu dimalukan apabila lebih 15 klip video yang membuktikan tohmahannya dalam beberapa isu sebelum ini dimainkan dalam ceramah yang berlangsung hampir tiga jam. Penceramah UMNO, Hanafiah Man berucap pada sesi ceramah Nizar Jamaluddin Pembohong Bersiri di Parit, Perak malam tadi. Majlis ceramah bertajuk 'Mohammad Nizar Pembohong Bersiri' itu turut didengari dengan jelas para penyokong Pas yang hadir memandangkan lokasi kedua-dua parti itu berceramah hanya dibezakan kira-kira 50 meter. "Saya tidak minta anda percaya bulat-bulat apa yang saya cakap, tetapi minta anda lihat dan menilai sendiri semua video ini yang menunjukkan betapa Mohammad Nizar ini selalu berbohong kepada rakyat," kata penceramah UMNO, Hanafiah Man ketika berceramah dalam majlis tersebut. Suara Politik Belantan |
Perjuangan PAS zalim : Bai'ah ceraikan isteri dan kejahilan!!! Posted: 23 Jan 2013 08:15 AM PST Pengakuan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tentang wujudnya bai'ah atau sumpah menceraikan isteri dengan talak tiga sekiranya ada wakil rakyat Pas berhenti atau keluar parti, agak menggemparkan. Walaupun cakap-cakap mengenai perkara itu sudah kedengaran ketika isu lompat parti hangat diperkatakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, ia masih tinggal sebagai desas-desus kerana pemimpin Pas mengunci mulut. Maka apabila Khalid membuat pengakuan itu, ia membongkarkan apa yang sudah membuak-buak tersimpan sebagai rahsia yang menanti pecah. Awang percaya pendedahan itu bukan sahaja mengejutkan orang ramai malah di kalangan para pemimpin dan ahli parti itu sendiri. Pelbagai pihak termasuk ulama seperti Mufti Perak, Harussani Zakaria dan Profesor Dr. Mahmood Zuhdi serta badan bukan kerajaan (NGO) Islam membantah bai'ah tersebut yang bercanggah dengan amalan dan nilai Islam sebenar. Beberapa pemimpin pembangkang terutama DAP dan Kelab Penyokong Pas turut mempersoalkannya. Asas bantahan semua pihak cukup jelas iaitu isteri dan perkahwinan yang dilihat mulia tidak sepatutnya menjadi bahan pertaruhan hanya kerana politik. Persoalannya mengapa sampai ke tahap itu pemikiran pemimpin Pas yang mencampurkan urusan parti dan perkahwinan? Mengapa wanita dijadikan mangsa kejahilan? Kita bukan berada di zaman jahiliah. Sesungguhnya kita tidak terkejut dengan bai'ah seperti itu kerana Pas untuk sekian lamanya sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan politik berbanding kepentingan Islam. Ia jelas memperlihatkan budaya politik yang rendah pada parti itu selain kurang keyakinan dalam mengurus barisan wakil rakyatnya. Kita percaya tiada parti politik dalam dunia termasuk yang menggunakan label Islam mengadakan bai'ah menceraikan isteri talak tiga (yang tidak boleh dirujuk semula kecuali Cina buta). Rasanya juga tiada parti politik termasuk di negara mundur seperti di benua Afrika, yang wakil-wakil rakyatnya akan membenarkan diri terikat dengan sumpah seumpama itu yang tidak munasabah, bercanggah dengan semangat demokrasi, keadilan dan kebebasan jiwa yang merupakan prinsip Islam. Pas perlu ada keyakinan, ia bukan Parti Ajaran Sesat sebagaimana Ayah Pin yang mengubahsuai agama untuk kepentingan dan keseronokan diri. (Mungkin Ayah Pin pun tidak tergamak adakan bai'ah itu). Bagaimana jika kepimpinan Pas melakukan perkara yang bercanggah dengan Islam, kezaliman, kejahilan dan segala macam eksploitasi serta kelemahan memudaratkan tetapi enggan membetulkannya, apakah wakil rakyat Pas akan terus bersubahat dan tidak berani bertindak keluar parti? Menurut Khalid, bai'ah tersebut bagi mengelakkan pengkhianatan, tetapi mengapa isteri yang menjadi galang ganti? Tidakkah ia bersifat ugutan yang melampau. Kalau begitu, mana-mana wanita yang berkahwin dan bakal berkahwin dengan aktivis politik Pas perlu berhati-hati dan bersedia dari sekarang kerana anda mungkin terjebak menjadi mangsa sumpah politik. Jika keadaan ini dibiarkan, kita tidak terkejut jika selepas ini, akan ada bai'ah lain seperti murtad seisi keluarga jika keluar parti. Sekali lagi, ia membuktikan Pas mempergunakan agama demi kepentingan dan muslihat politik. Kita melihat ini sebagai ketaksuban berparti yang akan terus meletakkan Pas sebagai parti ekstrem. Sebab itulah, Pas sukar memberikan impak dalam politik nasional. Parti itu juga selalu melepaskan kesempatan terbaik untuk mengamalkan kesederhanaan dalam pendekatannya sebagaimana amalan Nabi Muhammad SAW. Belum terlewat untuk kembali ke pangkal jalan dengan membatalkan bai'ah tersebut. Persoalannya apakah Pas bersedia melakukannya sambil mengakui kesilapan? Yang Menariknya : Muslimat Pas pertahan bai'ah! Agak menarik kerana dalam para pemimpin PAS menafikannya, Dewan Muslimat Pas hari ini mempertahankan amalan bai'ah atau sumpah taat setia talak tiga terhadap isteri wakil rakyat parti itu yang melompat parti. Selain membela wanita, Dewan Muslimat turut menyifatkan amalan bai'ah itu dapat menguatkan azam pemimpin Pas yang menang pilihan raya untuk terus komited kepada perjuangan parti. Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd. Salleh menegaskan, pihaknya tidak menolak amalan itu kerana sangat memahami mengapa bai'ah tersebut dilakukan iaitu demi memperteguhkan parti. "Kami sangat setuju dengan bai'ah ini, ikrar ini bukan bermakna mereka tidak sayang tetapi satu istiqamah terhadap parti, perjuangan ini satu amanah. "Bagaimana mereka kasihkan isteri, begitu juga mereka perlu kasih parti sama kasihnya," kata beliau pada seminar memperkasakan Parti Pas di markas parti itu di Taman Melewar, Gombak di sini. Beliau mengulas laporan muka depan sebuah akhbar mengenai pendedahan beberapa pemimpin Pas tentang bai'ah talak tiga itu yang akan jatuh ke atas isteri wakil rakyatnya yang mengkhianati parti itu seperti melompat parti. Setiausaha Badan Perhubungan Pas Selangor, Mohd. Khairuddin Othman berkata, beliau sendiri pernah melakukan bai'ah semasa dipilih sebagai calon pilihan raya untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dan DUN Paya Jaras tahun lalu. Beliau berkata, bai'ah itu yang disediakan Dewan Ulama Pas akan dibaca beramai-ramai di hadapan Pesuruhjaya Pas negeri sebelum pilihan raya berlangsung. Mengulas lanjut, Nuridah berkata, amalan bai'ah ini diperkenalkan kepada calon Pas lelaki sejak pilihan raya 2007. "Saya tak rasa wanita direndahkan. Ini merupakan satu cabaran kepada pada muslimin. Ia bukan menggalakkan penceraian, ia satu pengorbanan. Mereka tidak boleh 'main-main' masuk parti Pas yang berjuang memperteguh syiar Islam. "Saya melihatnya positif. Media jangan 'main-main' dengan isu ini," katanya. Turut bersetuju dengan pendapat beliau ialah Naib Ketua Dewan Muslimat Pas, Senator Mumtaz Md. Nawi yang menyifatkan amalan tersebut menjadikan wakil rakyat Pas lebih menyayangi isteri serta tidak berani memungkiri janji yang mereka ikrar sendiri. "Ini pembelaan kepada wanita. Janji tetap janji. Apa pula pelik? Taklik kalau keluar pintu pun jatuh talak. Inikan pula keluar perjuangan Islam, lepas habis tempoh nak lompat, lompatlah. "Kenapa pula orang nak bising. Taklik itu sah. Kalau tak sanggup tak ada orang paksa jadi calon," katanya. Jelasnya, semua wakil rakyat Pas memahami Islam dan mereka tidak ada masalah untuk memahami mengapa bai'ah dilakukan oleh parti. Sila baca di sini. Komen : Pelik tapi benar kerana Ustaz Hadi pun tak mengaku ada perkara seperti ini ( bai'ah ) ada didalam PAS? Apa lagi yang pemimpin PAS hendak temberang mengenai Bai'ah ! Husam Musa sendiri berkata yang perjuangan negara Islam hanyalah ideslisma sahaja manakala bekas MB Perak Nizar pula mancabar ahli dewan DUN Perak supaya ditunjukkan bukti yang PAS hendak menegakkan negara Islam? Jadi apa sebenarnya yang PAS perjuangkan? Adakah kerana semata-mata hendak berkuasa, agama di pergunakan. PAS menipu pengikut-pengikutnya dengan menggunakan undang-undang ALONG supaya ahli mereka yang terjebak tidak dapat melarikan diri lagi. MasyaAllah. Suara Politik Belantan |
Masih Sayangkah Pas Pada Pakatan Rakyat! Posted: 23 Jan 2013 01:15 AM PST Untuk mendapatkan kuasa, Pas sanggup menggugurkan penubuhan negara Islam Pas. Pas sanggup berkompromi ataupun bekerjasama dengan DAP dan PKR dengan memperjudikan prinsip perjuangan, semata-mata untuk dapat merasai kerusi empuk Yang Berhormat ataupun Menteri Besar. Merasa tidak bersalah mengata UMNO dan orang-orang UMNO kafir kerana bekerjasama dengan parti komponen terbesar BN iaitu MCA dan MIC, tetapi pada masa yang sama apabila mereka bekerjasama dengan DAP dan PKR semuanya menjadi " halal ". Dengan kata lain menghalalkan apa yang mereka haramkan sebelum ini. Bagi Pas, UMNO itu terlalu keji manakala DAP dan PKR adalah terlalu baik bagi mereka. Sudah siang lagi bersuluh. Itulah rasa-rasanya kata-kata perumpamaan yang tepat digunakan untuk Pas ketika ini. Adakah Pas sedar akan kehadiran mereka untuk menceriakan Pakatan Rakyat sebenarnya telah menimbulkan kesangsian dikalangan ahli penyokong Pas itu sendiri. Siapakah yang membenarkan penggabungan itu sehingga menyebabkan Pas kini hilang cengkamam dalam usaha menubuhkan Negara Islam Pas. Adakah arahan dari Presiden Pas, Ustaz Abdul Hadi ataupun Tuan Guru Nik Aziz? Bukankah ketaatan kepada pemimpin khususnya kepada Sultan merupakan salah satu ajaran Islam? Adakah Pas sedar yang Karpal Singh telah berjaya menguji kekuatan dan ketaatan Pas kepada ajaran Islam. Adakah Pas sedar ini adalah perancangan yang licik oleh Karpal Singh dan rakan-rakan dalam DAP untuk menguji kesetiaan orang melayu kepada Sulatan dan Raja-raja mereka. Pada pemikiran Karpal Singh, Pas hanya mementingkan kuasa pemerintahan berbandingkan agamanya dan Pas boleh pada bila-bila masa saja dijadikan budak suruhan dalam menjayakan agenda DAP. Apabila ditegur, Pas akan cepat melenting sambil mempertahankan diri dengan menyatakan bahawa akhbar atau media massa yang lain cuba memperbesarkan isu Karpal Singh ini. Pas akan cuba sedaya upaya untuk menangkis segala dakwaan dan kenyataan dari pihak media seolah-olah cuba menegakkan benang yang basah. Contoh yang mudah kita boleh lihat dengan apa yang sudah terjadi di negeri Perak sebelum ini. Walau apapun berlaku, Pas akan tetap mempertahankan Karpal Singh dan DAP kerana bagi mereka DAP adalah " abang besar ". Kalau hitam kata DAP, maka hitamlah. Kalau putih, maka putihlah. Memanglah benar PAS hanya berkuasa di Kelantan dan Kedah, manakala di tiga negeri lain Pas hanya diibaratkan sebagai " Pak Turut ", menyokong setiap ketetapan dan keputusan yang dibuat oleh DAP. PKR pula hanyalah penumpang dalam kesemua negeri Pakatan Rakyat. Secara tak langsung DAP telah menjadi kuasa penentu yang berkuasa kepada PKR dan PAS. Takutkah PAS kepada DAP sehingga sanggup diperbudak-budakkan, diperkotak katikkan supaya terus kekal di dalam Pakatan Rakyat. Sayang sangatkah Pas pada DAP. Adakah Pas lebih takut dan sayangkan DAP daripada Allah S.W.T. Dimanakah sinar penubuhan negara Islam Pas yang dilaung-laungkan selama ini. Adakah ulama-ulama Pas lemah dan terkulai layu selepas di pergunakan oleh DAP tanpa mampu bangkit menentang. Berkuasa betul DAP sehingga dapat mengunci mulut pemimpin-pemimpin Pas daripada menegur atau berkata sesuatu. Mereka lebih rela mencari kesalahan dalam apa jua yang dilakukan oleh UMNO kerana bagi mereka UMNO adalah sangat keji walaupun mereka tahu ahli-ahli UMNO adalah beragama Islam. Inilah jadinya apabila memperalatkan agama untuk kepentingan politik. Betapa ramai cendiakawan dalam PAS tetapi tak mampu memikirkan kesan kepada PAS. Islam bukan lagi menjadi agenda perjuangan PAS tatkala ini. Mereka hanya mahukan kerusi. Kalau dah gila kuasa beginilah jadinya. Dan menjadi bertambah parah apabila Penasihat PKR, Anwar Ibrahim pula mengatakan beliau menolak penubuhan negara Islam. Beliau mengumumkan bahawa beliau memilih jalan moderate dimana Pas sebelum ini mengatakan moderate itu adalah sekular iaitu tolak Islam dan tolak ketuanan Melayu ke ketuanan Rakyat. Sanggupkah Pas bekerjasama dengan PKR untuk menubuhkan Negara Islam bilamana Penasihat PKR, Anwar Ibrahim secara terang-terang menolak penubuhan sebuah Negara Islam di Malaysia. Sanggupkah Pas bekerjasama dengan kumpulan yang anti-Islam iaitu IFC yang mana rata-rata ahlinya adalah dari PKR. Sebab itulah Anwar Ibrahim sanggup mengenepikan cita-cita Pas untuk menubuhkan negara Islam Pas. Bagaimana pula dengan alim ulama dalam PKR. Masih sanggupkah bersama PKR untuk menperjuangkan Islam bilamana ketua anda sendiri yang tolak Islam. Dalam apa jua hal pun, UMNO konsisten dalam memperjuangkan syiar Islam dibumi Malaysia. Cuma Pas dan PKR sahaja yang tidak tahu menilai dan menghargainya. DAP melalui Lim Kit Siang dan Karpal Singh sejak penubuhannya telah lama menolak Negara Islam. Manakala Anwar selepas bebas untuk membolehkan beliau berpolitik, menukar haluan PKR untuk menolak penubuhan Negara Islam. Jadi dimanakah hala tuju Pas yang sebenarnya? Adakah Pas mahu atau masih setia dengan Pakatan Rakyat? Masih adakah hari esok buat Pas dengan negara Islamnya. Apa gunanya Pas bekerjasama dengan Pakatan Rakyat kalau semata-mata untuk mendapatkan kuasa. Dimana letaknya darjat Islam itu sendiri apabila untuk mendapatkan kuasa adalah lebih penting dari mempertahankan penubuhan Negara Islam Pas. Nasihat buat Pas, kembalilah kepangkal jalan. Sama-samalah kita renung dan fikirkan. Suara Politik Belantan |
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |