Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Dialog Dewasa Kritik Berasa

$
0
0

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Hikmah Maulidur Rasul. Fitnah Jahat Kafir DAP Terkantoi.

Posted: 23 Jan 2013 10:33 PM PST

Tahniah blogger Unspinners kerana membuat pendedahan ini.

PR yang sebar risalah nak bakar bible


... tapi tuduh Perkasa. Risalah atas dah tunjukkan hasrat mereka.

Tengok saja risalah di bawah ... itu risalah stail sapa?


Baca Flying Kick SINI

Dato Ibrahim Ali kata secara bersantai mencadangkan dalam ceramah suruh mana-mana orang Islam yang terima Bible yang diberi secara niat jahat untuk melanggar peraturan melarang dakwah Kristian kepada orang Islam supaya dibakar saja. 

Ia hanya memarahi mereka yang berniat nak murtadkan orang Islam dan bukan suruh tidak hormat ugama lain atai kitab agama lain.

Bagi mereka yang mahu Ibrahim Ali disiasat atas tuduhan hasutan, betul cakap Dato Dr Chua Soil Lek supaya seluruh negara (maksudnya pembangkang lah tu) patut disiasat untuk hasutan juga!!!

Nanti kita jelaskan kegiatan sebar bible ini ada kaitan dengan agenda Negara Kristian untuk satu  objektif masa terdekat.

Sumber : http://theunspinners.blogspot.com/2013/01/pr-yang-sebar-risalah-nak-bakar-bible.html

Salam #MaulidurRasul 1434H: Ingat hukum @NikAbdulAziz , HARAM sambut #MaulidurRasul hari ini!!!

Posted: 23 Jan 2013 08:00 PM PST

Kredit kepada KETTHA


Salam Maulidur Rasul 1434H kepada semua pembaca MyMassa. Sebagai umat Islam yang beriman dan bertaqwa, hari ini seharusnya menjadi hari yang cukup istimewa buat kita semua kerana ia merupakan hari diutuskan junjungan kita, Nabi Muhammad SAW ke dunia ini. Kelahiran beliau telah membawa rahmat kepada kita semua, dan hasilnya kita semua dapat lahir dan hidup di dalam nikmat Islam.
 
Apa akan jadi jika Allah SWT mentakdirkan tiada lagi rasul selepas ISA AS?!! Sudah tentu kehidupan kita, malahan tamadun manusia tidak mencapai kemajuan seperti yang ada sekarang ini! Usah salah faham dengan menganggap bahawa tamadun Kristian yang membawa perubahan kepada peradaban manusia, kerana tanpa syiar Islam dan Al-Quran melalui Muhammad bin Abdullah, sudah tentu manusia akan terus hidup dalam zaman kegelapan dan jahiliyyah.
 
Begitulah pentingnya kita sebagai umat Muhammad mengingati dan menyambut hari ini sebagai satu hari penting dalam hidup kita semua. Tidak timbul soal bida'ah ataupun meniru perayaan Krismas. Malah, kalau ditanya tentang Hari Krismas kepada penganut Kristian sekali pun, mereka masuh lagi bercanggah yang tarikh 25 Disember itu sama ada hari kelahiran Jesus ataupun hari ia disalib.
 
Namun apa yang amat menyedihkan buat kita semua, sambutan Maulid Nabi ini mulai diperlekehkan oleh sesetengah pihak yang begitu terhutang budi dengan puak kafiruun. Dan yang lebih menyedihkan, orang yang mempunyai ilmu agama sendiri yang mengepalainya dengan mengaitkannya pula dengan ajaran Kristian/bid'ah! Dan kerana perbuatan-perbuatan seperti inilah umat Islam terus menerus menjadi keliru dan berpecah belah, sehingga ada di antara kita yang menghina perarakan Maulidur Rasul yang menjadi tradisi kita selama ini!
 
 
"Sebagai makluman, Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang 1431H/2010M dalam mesyuaratnya bertarikh 3 Februari 2010 telah memutuskan bahawa majlis perarakan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul adalah dibatalkan dan diteruskan dengan Majlis Perhimpunan Ummah pada 26 Februari 2010 yang akan diadakan di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang" berikut adalah surat pekeliling yang ditandatangani oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Muhammad Yusoff Wazir.
 
 
 
Jika Perarakan mengingati Rasulullah SAW dianggap Bid'ah dan meniru Kristian, maka apakah pula hukumnya bagi perarakan di jalan-jalanraya yang tidak mendapat permit dan restu orang ramai atas kerana mahu membela orang cina yang membunuh diri (TBH) dan menuntut pilihanraya yang adil (ikut acuan mereka)?!!
 
 
 
Dan jika menyambut hari kelahiran Nabi sebagai satu kesalahan di dalam Islam, jadi apakah pula keadaannya di bawah ini?!!
 
 


 
 
 


Pemimpin PAS Ulangi Pembohongan Haji Hadi.

Posted: 23 Jan 2013 06:16 PM PST

MyMassa tak terkejut bila 'pakar ekonomi' PAS keluarkan kenyataan ini bahawa Kerajaan PAS Kelantan telah menjumpai minyak di dataran.


Sebelum ini, Haji Hadi, Presiden PAS pun pernah mengeluarkan kenyataan yang sama ketika menjadi Menteri Besar Terengganu.


Ketika itu, selepas sebulan mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat minyak di dataran, Haji Hadi telah buat U-turn dan mengaku tiada telaga minyak baru ditemui.

Apa yang berlaku dalam tempoh sebulan tu? Syarikat kroni telah dilantik kononya 'satu kajian' akan dibuat. Duit Kerajaan negeri akan mengalir ke syarikat kroni.


Perbuatan yang sama telah 'pemimpin' bijak ekonomi ini buat dalam projek Kambing Jamnapari.

Apa yang pasti, memang terdapat penemuan minyak dan gas di dataran. Malangnya penemuan tersebut adalah di Negeri Sarawak.

PETRONAS temui telaga minyak daratan terbaru

pix_gal0
Penemuan 20 kilometer dari Miri selepas 24 tahun

PETRONAS mengumumkan satu penemuan minyak dan gas di daratan di Sarawak, iaitu penemuan di daratan yang pertama di negara ini selepas 24 tahun.

Penemuan itu dibuat di telaga Adong Kecil West-1, yang terletak kira-kira 20 kilometer di timur laut bandar raya Miri.

Ia digerudi oleh JX Nippon Oil & Gas Exploration (Onshore Sarawak) Ltd, iaitu operator bagi Blok SK333, bersama dengan akan usaha samanya, Petronas Carigali Sdn Bhd.


Kali terakhir minyak dan gas ditemui di daratan Malaysia ialah pada 1989, iaitu di medan Asam Paya yang juga terletak di Sarawak.

PETRONAS dalam kenyataannya semalam berkata, JX Nippon dan Petronas Carigali menggerudi telaga Adong Kecil West-1 itu pada kedalaman 3,170 meter dan menemui hidrokarbon bersih setebal kira-kira 349 meter.

"Dua ujian gerudi yang dijalankan telah mencatatkan kadar aliran kira-kira 440 tong minyak sehari dan 11.5 juta meter padu standard gas sehari di telaga berkenaan.

"Bagaimanapun penilaian teknikal sedang dijalankan oleh JX Nippon serta Petronas Carigali bagi menentukan jumlah sebenar sumber minyak dan gas yang terdapat di medan berkenaan," kata PETRONAS dalam kenyataan itu.
Syarikat minyak kebangsaan itu berkata, berdasarkan keputusan penggalian itu juga, terdapat tanda-tanda bahawa bahagian lebih dalam di kawasan berkenaan turut berpotensi mengandungi hidrokarbon.


Lebih mencabar

"Bagaimanapun dengan jangkaan tekanan yang lebih tinggi, operasi penggerudian untuk telaga yang lebih dalam adalah lebih mencabar dan memerlukan pelantar dengan spesifikasi lebih tinggi," katanya.

Penemuan di medan Adong Kecil West itu menjadikan jumlah penemuan minyak dan gas di daratan Sarawak kepada tiga. Selain di medan Asam Paya, penemuan yang satu lagi ialah di Miri yang temui pada 1910.

PETRONAS berkata, penemuan berkenaan membuktikan bahawa Sarawak mempunyai potensi memiliki lebih banyak rizab minyak dan gas di daratan.

Katanya, aktiviti penerokaan telaga minyak dan gas di daratan selanjutnya akan dilakukan oleh JX Nippon dan Petronas Carigali bagi membantu PETRONAS merancakkan semula aktiviti penerokaan sumber minyak dan gas di kawasan daratan Malaysia. 
Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PETRONAStemuitelagaminyakdaratanterbaru/Article/

Walaupun pendedahan bahawa penemuan minyak di dataran adalah satu pembohongan politik, namun MyMassa percaya ramai penyokong PAS yang 'bijak pandai' akan yakin dan percaya dengan kenyataan pemimpin mereka walaupun sejarah menunjukkan sebaliknya.

*Jom kita tunggu dan lihat syarikat mana dapat projek buat 'kajian'.

Perbezaan Anwar dan Najib Pada Kaca Mata Israel

Posted: 23 Jan 2013 02:00 PM PST


Anda boleh lihat sendiri perbezaan yang begitu ketara antara Anwar dan Najib di kaca mata Israel. Anwar di angkat dan dijulang tinggi oleh Israel sebagai pemimpin hebat manakala Najib diburuk-burukkan dan direndahkan darjatnya.

Sejauh mana atau sedalam manapun Anwar cuba menutup hubungannya dengan Israel, kebenaran pasti terserlah juga. Masih ingatkan anda dengan kata-kata Tun Dr. Mahathir yang amat dibenci oleh Isreal

ISREAL MENGUASAI DUNIA MELALUI PROKSI

Proksi Israel di Malaysia tidak lain dan tidak bukan ialah...

Anda sendiri dapat menekanya...

 fikir-fikirkan...



Gambar Muslimah Berjubah Depan Gereja. Satu Renungan Sempena Maulidur Rasul.

Posted: 23 Jan 2013 06:30 AM PST

Apa pandangan anda mengenai gambar ini?

Gambar ini dirakam ketika perhimpunan HKR anjuran pembangkang.

Bagaimana pula dengan gambar ini. Siapa yang mendoakan dan siapa pula yang mengaminkan?

Gambar dari blog AAKJ

Umat Islam makin keliru.


Bertambah keliru lagi bila pemimpin dari Parti Islam tetapi menyertai amalan agama bukan Islam.


Argghhhh....pening bila memikirkan ini semua. Bila ditanya kepada ahli dan pemimpin PAS, jawapan mereka adalah PAS mahu berdakwah kepada bukan Islam. Persoalannya, berapa ramaikah yang mereka telah ISLAMkan?

Bandingkan dengan pemimpin-pemimpin UMNO ini pula.

Siapa sebenarnya yang berdakwah, siapa pula yang terperangkap dalam dakyah agama lain untuk melemahkan Islam?

*Anda tahu jawapannya...


Panas : Video Nik Aziz Hina Nabi, Maulidur Rasul (2013)

Posted: 23 Jan 2013 04:00 AM PST

Kenyataan Nik Aziz Amat Menghina! Tidak Boleh Diterima!

Sempena sambutan Maulidur Rasul yang bakal disambut esok, 1434 Hijrah, bagi memperingati peristiwa Rasul junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. utusan Allah S.W.T yang terakhir dilahirkan kedunia, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. serta mengingati dan memperbanyakkan amal ibadah dan mengikut sunah-sunah yang menjadi amalan Nabi Muhammad S.A.W.

Namun masih terdapat seorang pemimpin yang mengecam serta melarang kita memperingati peristiwa yang sangat bersejarah tiada tolok bandingnya. Sehingga ke hari ini pemimpin tersebut tidak mengeluarkan kenyataan untuk menolak kenyataan beliau yang lalu


Dalam video tersebut Nik Aziz menerangkan, zaman kanak-kanak dan remaja Nabi Muhammad sama seperti pemuda-pemuda yang lain. Kata Nik Aziz, Nabi Muhammad tidak ada beza dengan pemuda-pemuda lain seusianya sebelum menjadi rasul. Nabi Muhammad sama macam budak-budak lain je sebelum jadi Rasul.

Nabi Muhammad tidak ada perkaitan dengan umat Islam sebelum baginda diangkat menjadi Rasul. Nabi Muhammad hanya dipandang tinggi setelah diangkat menjadi Rasul! Sebab itulah kata nik Aziz, sambutan maulid Nabi tidak perlu disambut beriya-iya dengan berarak dan berselawat di jalan.

Dalam ucapan Nik Aziz, yang gemar dipanggil Tuan Guru Besar, sambutan Maulud Nabi hanyalah bidaah kerana tidak pernah dilakukan pada zaman Nabi. Nik Aziz sekali lagi berkata, Nabi pun tak pernah sambut hari jadi dia, maka kita tidak perlulah beria-ria menyambut hari jadi Nabi Muhammad S.A.W.

Walaupun begitu nazaknya ucapan Nik Aziz terhadap personaliti Nabi Muhammad yang kita kasih dan cinta, walaupun begitu ceteknya pandangan Nik Aziz terhadap sambutan ulang tahun kelahiran Nabi kita, namun pengikut-pengikutnya tetap berdiri dibelakang Nik Aziz, tetap mengatakan Nik Aziz adalah pemimpin agama dan ilmuan ulama yang tersohor. Pengikut-pengikut Nik Aziz tetap kata Nik Aziz akan membawa mereka berbondong-bondong masuk syurga jika mengundi PAS, akan menghapuskan dosa-dosa mereka kerana menyokong PAS.

Nik Aziz mengecam perarakan dijalanan kerana menyambut kelahiran Nabi, tapi Nik Aziz dan pemimpin PAS ajak ramai orang berarak di jalanan kerana memperjuangkan Anwar Ibrahim. Nik Aziz membenarkan orang berhimpun di Bersih 1 Bersih 2.0, Bersih 3.0, Himpunan-himpunan Kebangkitan Rakyat,dan seterusnya di Himpunan 1 Juta 12 Januari lalu, itu semua boleh, malah keganasan serta pelanggaran undang-undang sivil turut dibenarkan. Namun Nik Aziz mengecam mereka yang berarak dan menyambut ulang tahun kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Apa sudah terlalu benak akal pikir si tua ini?


Alhamdulillah, Ustaz Kazim tampil dan memberi penjelasan dan mempertahankan sebab-sebab dan munasabahnya mengapa ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. harus diperingati. Moga tidak ada yang terpesong dan masih mengikut ajaran Tuan Guru Besar Nik Aziz.

Apapun, MyMassa menyeru seluruh umat Islam agar perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W kerana selawat kepada baginda lah yang akan membawa syafaat nabi atas kita pada hari perhitungan di akhirat kelak.

Santai Petang : Meme Untuk Pak Sheikh.

Posted: 23 Jan 2013 02:00 AM PST

Grafik yang MyMassa jumpa di FB.


Anwar hanya berani debat, tapi tak berani pergi Palestin.

*Bung Nuar penakut tak macam Abang Najib...(irama budak-budak ejek dalam Filem Sarjan Hassan)




Eksklusif : Luahan Hati Pejuang #KL112 #HKR Himpunan 1 Juta

Posted: 23 Jan 2013 12:00 AM PST



"Syukur, Alhamdulillah", hanya itu yang mampu ku ungkap, apabila wang yang ku kumpul hasil penat lelah ku berniaga menjual goreng pisang dan air kelapa sudah cukup untuk aku menunaikan Haji, ke bumi Anbiyya, di usia yang lewat senja ini.


Di benakku pelbagai masalah yang belum selesai, namun ku pikir harus ku dulukan urusan ini dahulu, kerana rinduku pada Makkah Almukaramah sudah tidak tertahan lagi.


Aku menyusun langkah menuju ke pejabat Imigresen berdekatan di Puchong, hendak menyelesaikan urusan passport. Sepanjang perjalanan, ku lihat, pelbagai iklan rumah Urut, pelbagai iklan pajak gadai, pelbagai iklan pinjaman wang, walaupun semuanya ditulis Cina, namun ku masih ingat apa yang dimaksudkan.

 

"Kering pula tekak ini." Fikir ku sendirian, lalu ku singgah di kedai mamak bersebelahan pejabat Imigresen. Hampir tersedak aku ketika menghirup kopi, ku lihat sekelompok anak-anak muda Melayu, berpakaian tidak senonoh, ada yang bercacah tatu palang, meneguk kencing Syaitan tanpa segan silu di dinihari. Aku hanya mampu menggeleng, memikirkan nasib Islam & Melayu yang kian pupus di bumi Malaysia. Aku termenung melihat deretan kedai-kedai yang rata-rata dimiliki orang Cina dan hampir semua iklan-iklannya tidak satupun yang bertulis bahasa Melayu. Pupus sudah peniaga Melayu, yang tinggal hanya peniaga jalanan sepertiku, menjual goreng pisang dan air kelapa bagi menyara keluarga. Aku sedar salahku, namun yang berlalu biarlah berlalu.



Ku tolak pintu ke pejabat Imigresen, terus aku terpikir, adakah aku di pasar borong? Hiruk pikuk, warga Cina berbual berbahasa pelbagai dialek Kantonese, Mandarin, Hakka dan pelbagai lagi, namun tiada seorang pun yang berbahasa Melayu. Aku teruskan langkahku ke kaunter, namun aku muskil, kerana yang tertulis di papan kenyataan hanya dua bahasa Inggeris & Cina. Aku yang hanya lepasan PMR tidak mengerti apa yang tertulis, aku terus bertanya kepada orang muda Melayu di situ.




"Anak di mana kaunter hendak membuat pasport" tanyaku

"What Uncle? Can i help you? Can you speak in english?" jawabnya

"Maaf anak, pak cik nak bertanya di mana boleh pak cik berurusan mengenai passport."

"Sorry uncle, I don't understand what are you speaking, if you can speak in Mandarin I can help you." jawab si anak muda, terus leka bermain talifon bimbitnya.

Sayu hatiku, bangsa sendiri tidak mengenal bahasa yang dulunya dibanggakan ketika ku masih di sekolah "Bahasa Jiwa Bangsa". Mungkin sekali hasil didikan SJKC yang seratus peratus berbahasa cina. Aku sedar salahku, namun apa yang boleh aku lakukan.

Aku terus ke kaunter, meranduk cina-cina yang kebanyakkannya tidak boleh berbahasa Melayu, yang sedang bertengkar di kaunter, kerana tidak memahami aturan atau adab di kaunter-kaunter kerajaan.

Terus ku ajukan soalan kepada pegawai bertugas

"Assalamualaikum, encik, pak cik nak tanya di mana pak cik boleh berurusan mengenai pasport?"tanyaku

"I'm sorry Sir, we only use english & chinese here, if you don't understand, please bring along a translator to help you." jawab pegawai tersebut

Pada mulanya rasa marah menguasa diriku, aku terus melulu keluar dari situ, namun bila ku buka pintu aku lihat suasana di luar, aku sedar itu semua salahku.

Jika tak kerana ku memilih Pakatan Rxkyat, jika bukan kerana undiku, pasti ini semua tidak akan terjadi, berkaca-kaca air mata bergenang di kelopak mataku.

Aku sedar, salahku menggadaikan agamaku, menggadaikan Bangsaku, menjual maruah kedaulatan negaraku. Hanya dek kerana termakan hasutan, pelajaran percuma, perbelanjaan tol percuma dan pelbagai lagi. Namun sebaliknya, anak-anak bangsaku, tersorong terkeluar dari sistem pendidikan, yang diutamakan hanyalah bahasa Inggeris & Cina, kerana tunduk pada tuntutan Dong Zhong. Aku sedar salahku, kini anak-anak bangsaku tidak kenal apa itu Melayu, apa itu Bahasa Melayu dan lagi teruk tidak mampu membezakan Islam & Kristian kerana kedua-duanya menggunakan Allah merujuk kepada tuhan. Aku sedar itu semua salahku, kuasa yang diberi padaku, kuasa mengundi telah ku sia-siakan.
 


 Aku menyesal, namun kini apa yang bangsaku ada? Bangsaku hanyalah pengemis di bumi sendiri, menagih simpati sisa ekonomi, politik serta kekayaan bangsa lainyang meragut hak-hak yang dulu milik bangsaku di bumi Malaysia.  

Tahun 2033

-Bekas Pejuang Rakyat 2013-


*Cerpen ini kiriman pembaca setia MyMassa ia hanyalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>