Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Cucu Tok Selampit

$
0
0

Cucu Tok Selampit


Video Pasangan Alvian & Vivian Minta Maaf Isu Bak Kut Teh

Posted: 14 Jul 2013 07:14 AM PDT


Setelah mendapat tekanan daripada majoriti Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan perpaduan kaum, pasangan pelakon video lucah Alvian dan Vivian tampil dengan video mereka meminta maaf kerana mempersendakan Umat Islam yang sedang berpuasa dengan mengucapkan Selamat Berbuka Puasa dengan Bak Kut Teh atau sup tulang rusuk babi! CTS tidak pasti sama ada video ini dibuat kerana mereka berdua sudah insaf atau mereka sudah tidak tahan dengan tekanan daripada pelbagai pihak sama ada daripada masyarakat Islam atau bukan Islam.

Pelbagai pihak tampil dengan puluhan laporan Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diberitakan memanggil mereka untuk mendapatkan penjelasan esok. Tahniah kepada blogger dan cybertrooper yang peka dan amat sensitif dengan penghinaan daripada puak-puak tertentu yang saban hari cuba menggugat sensitiviti Umat Islam. Malah Mingguan Malaysia hari ini turut memaparkan muka depan berita berkenaan.

Semoga mereka benar-benar insaf dan tidak akan mengulangi perbuatan ini. Pendapat peribadi CTS, sebagai umat Islam, seharusnya kita menunjukkan nilai murni yang diajar oleh Kekasih Allah. Memaafkan orang yang sudah insaf dan sedar akan kesalahan. Semoga Allah memberi keberkatan kepada orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Cuma, jangan pula terjadi seperti kes Namewee, selepas permohonan maaf kerana menghina Umat Islam di hadapan seorang Menteri, beliau telah "dihadiahkan" dengan geran untuk membuat filem bernilai RM1 juta!!!

Ini pula pendapat yang baik dan bernas dilontarkan oleh sahabat saya seorang blogger dan 'orang lama' - "Jangan diperdaya dengan 'maaf' ni. Dua ekor ni gila publisiti dan mempunyai rancangan yang sinis. Mereka dari awal-awal lagi sudah tahu orang Islam akan marah. Tapi mereka buat jugak. Mereka sudah rancang untuk pura-pura "menyesal" dan minta maaf. Di belakang, mereka ketawakan kita...begitu mudah Melayu Islam ni dipersendakan, dan dilepaskan begitu saja atas dasar "insaf". Pihak berkenaan kena ambil tindakan tegas terhadap dua bangsat ni".


Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>