anakbukitgantang says |
Benarkah Candi di Lembah Bujang mengadap Kiblat? Bahagian 2 Posted: 13 Jul 2013 04:18 PM PDT ![]() Photo benua Sundaland; Malaysia, Indonesia dan Borneo pernah bersatu dengan Tanah besar Asia Rujukan Sundaland Dari teori geologi plat tektonik bumi ini sentiasa berubah berubah sesesuai dengan Firman Allah dalam ayat Al Quran "Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kokoh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka..." (Al Qur'an, 21:31)" "Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan?, dan gunung-gunung sebagai pasak?" (Al Qur'an, 78:6-7) Dengan perpanjangannya yang menghujam jauh ke dalam maupun ke atas permukaan bumi, gunung-gunung menggenggam lempengan-lempengan kerak bumi yang berbeda, layaknya pasak. Kerak bumi terdiri atas lempengan-lempengan yang senantiasa dalam keadaan bergerak. Fungsi pasak dari gunung ini mencegah guncangan dengan cara memancangkan kerak bumi yang memiliki struktur sangat mudah bergerak. Menurut penemuan ini, gunung-gunung muncul sebagai hasil pergerakan dan tumbukan dari lempengan-lempengan raksasa yang membentuk kerak bumi. Ketika dua lempengan bertumbukan, lempengan yang lebih kuat menyelip di bawah lempengan yang satunya, sementara yang di atas melipat dan membentuk dataran tinggi dan gunung. Lapisan bawah bergerak di bawah permukaan dan membentuk perpanjangan yang dalam ke bawah. Ini berarti gunung mempunyai bagian yang menghujam jauh ke bawah yang tak kalah besarnya dengan yang tampak di permukaan bumi. Dalam tulisan ilmiah, struktur gunung digambarkan sebagai berikut: Pada bagian benua yang lebih tebal, seperti pada jajaran pegunungan, kerak bumi akan terbenam lebih dalam ke dalam lapisan magma. (General Science, Carolyn Sheets, Robert Gardner, Samuel F. Howe; Allyn and Bacon Inc. Newton, Massachusetts, 1985, s. 305). Baca Selengkapnya Di: SINI Kita kembali ke kedudukan Candi di Lembah Bujang -apakah ia benar sebuah Candi Buddha /Hindu atau sebuah Mihrab seorang Islam atau ugama Hanif ? (bahagian depan tempat solat seorang Imam). Berdasarkan teori pergerakan benua Sundaland, Malaysia dan Sumatera pernah bersatu. Maka Radzi Sapiee telah membuat satu photoshop bagi melihat Candi asal di Lembah Bujang pada sudut yang lain; ![]() Dengan menggunakan Photoshop saya mencabut dan menyengetkan Semenanjung pada 32.09 darjah kemudian merapatkannya dengan Pulau Sumatera. Pada kedudukan ini candi di Lembah Bujang akan menghadap Kaabah. ! Jika begitu benarlah ruang di hadapan "candi" itu adalah sebuah MIHRAB. Sebenarnya banyak prasasti dan warisan arkeologi di nusantara yang telah diselewengkan faktanya. Islam dan ugama Hanif telah bertapak lama di Nusantara! Jika begitu kitab sejarah Bangsa Bani Jawi seperti Babad Tanah Jawi , Sulatus Salikin , Merong Mahawangsa, Hikayat Amir Hamzah, Sejarah Melayu wajar dikaji balik dan di cross check dengan Al Quran dan Hadis, catatan Ptolemy dan sejarawan Arab, Cina, India serta Yunani kerana ia memberi gambaran geografi, geology, sejarah serta rahsia besar di Nusantara. Berdasarkan kitab kitab dan cerita orang lama tentang pergerakan benua dan lain lain kita dapat dapatan ini; 1. Fasa satu : Separuh tanah Asia Tenggara pernah bersambung dan terletak di hujung Tanah Arab. Kemungkinan begitulah keadaannya semasa zaman Nabi Sulaiman sehingga Yaman dan Asia Tenggara termasuk di dalam jajahan kerajaan Saba' yang diperintah Ratu Balqis. Petunjuknya ada pada cerita kanak-kanak Sang Kanchil yang asyik menyebut tentang Raja Sulaiman. 2. Fasa dua : Bahagian Asia Tenggara itu telah berpecah dari Tanah Arab lalu bersambung dengan kawasan benua besar Asia yang kita kenali sebagai Indo China. Ketika ini Sumatera masih sebahagian dari Semenanjung dan ini pernah dilukiskan di dalam peta pemikir Yunani bernama Ptolemy yang dibuat sebelum atau sekitar zaman Nabi Isa AS. Keadaan ini masih berlangsung sehingga zaman para sahabat Nabi Muhammad SAW lalu jika kapal belayar dari Tanah Arab atau India untuk ke China mesti melalui pantai barat Sumatera. Maka naiklah pelabuhan-pelabuhan seperti Barus juga daerah Minangkabau sebagai persinggahan segala dagang. 3. Fasa tiga. Sumatera dan Semenanjung berpisah dari Indo China. Laluan dagang dari India ke China dan sebaliknya perlu melepasi utara Aceh yang rapat dengan Pattani dan Kelantan. Lalu kawasan-kawasan ini dan sekitarnya menjadi tempat persinggahan utama. 4. Fasa empat. Sumatera terpisah dari Semenanjung sedangkan Semenanjung bersambung kembali dengan Indo China lalu menutup laluan fasa tiga. Maka muncullah Selat Melaka sebagai laluan utama antara India dan China dan naiklah kerajaan Melaka. 5. Fasa lima? Kita sudah melihat bagaimana peristiwa Tsunami 26 Disember 2006 boleh mengalihkan seluruh Pulau Sumatera sejauh beberapa meter dan mengubah garisan pantai di beberapa tempat. Dengan segala macam gerakan seperti gempa bumi dan letusan gunung berapi yang mungkin terjadi, tidak mustahil nanti Sumatera akan bersambung kembali dengan Semenanjung dan Selat Melaka kembali menjadi sebesar sungai untuk memenuhi hadis akhir zaman tentang "negeri di belakang sungai". |
candi di Lembah Bujang mengadap kiblat? Posted: 13 Jul 2013 06:00 AM PDT Benarkan Kembah Bujang itu tapak candi? Atau benarkan memang terdapat dan juga masjid di sana? Lembah Bujang ialah tapak pelabuhan antarabangsa di zamannya dan juga tapak Kerajaan Kedah Tua. Nama Lembah Bujang adalah merujuk kepada perkataan Sanskrit iaitu nama pangkal "Bujang" atau "Bhujangga" yang bermaksud ular atau naga yang melambangkan kemakmuran sesuatu tempat. Kemakmuran Lembah Bujang telah menarik minat ramai pedagang, terutama daripada India, China dan Arab untuk singgah di sini. Manakala perkataan "Bhujangga" diambil daripada perkataan asal iaitu "Phujangga" yang membawa maksud golongan cerdik pandai atau "Brahmin" di dalam sistem kasta Hindu. Dengan erti kata lain, nama Lembah Bujang diambil daripada perkataan Sanskrit yang mempunyai pengaruh Hindu - Buddha Hasil tinjauan 2 rakan saya iaitu Puan Herleny yang sedang membuat PhD dalam Seni Mihrab serta Radzie Sapiee penulis blog Merah Silu saya bawakan di sini. Mihrab berada di ruang paling hadapan (Gambar Kiri). Runtuhan kubah di dapati dalam gambar sebelah kanan (Gambar Kanan) Gambar kiri menunjukkan Mihrab rumah Rasulullah SAW . Gambar kanan menunjukkan saiz ruang mihrab di Lembah Bujang yang hampir sama saiz dengan mihrab Rasulullah SAW dan mihrab tradisional lainnya di sebelah kiri Benarkah mihrab mengadap kiblat? Saya bawakan tulisan Radzi Sapiee untuk renungan pembaca ![]() Lembah Bujang di Merbok di dalam google map ![]() Melalui Google Earth kita boleh melihat ia menghadap pada sudut 323.48 darjah jika diukur menurut arah jam bermula dari paksi utara ![]() Sekarang kita tarik garisan itu jauh hingga ke separuh bumi. Mak ooiii... jauh betul dari Semenanjung Arab. Dari utara India dah lepas ke atas Laut Kaspian masuk ke Eropah hingga ke United Kingdom hampir ke London. Candi ni menghadap ke Stonehenge ke hapa ![]() Cuba kita tarikh garis yang sama hingga ke Mekah. ![]() Nah. Sudut yang menghadap kiblat adalah lebih kurang 291.39 darjah. Ada perbezaan 32.09 darjah berbanding arah yang dihadap oleh candi di Lembah Bujang. Kesimpulannya, candi di Lembah Bujang tidak menghadap kiblat di Kaabah. Nak menghadap kiblat lama di Baitul Muqaddis atau Jerusalem pun bukan kerana sudutnya adalah pada 302.31 darjah.......tapi tunggu dulu.....(bersambung) ![]() |
You are subscribed to email updates from Anakbukitgantang in Putrajaya To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |