Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Taipingmali (tm)

$
0
0

Taipingmali (tm)


PRK Besut: Ada berita kata Pas dan Umno Sepakat

Posted: 09 Jul 2013 11:16 PM PDT

Tadi ada terbaca kononnya Umno dan Pas sepakat untuk meletakkan calon baru.

Betul kah?

Rasanya salah sebab ia berita dari pihak Pas nak tutup aib calon yang kalah.

Ia juga kenyataan untuk tutup buku kisah calon wanita Pas.

Tak payahlah buat cerita dongeng, nak letak calon lama takut kalah, pilihlah calon baru, habis cerita. Tak payah buat lawak kata Umno dan Pas sepakat letak muka baru.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Celup dan calit

Posted: 09 Jul 2013 11:09 PM PDT

Isu dakwat tak kekal terus menjadi topik utama di PRK K. Besut.

Penggunaan dakwat tak kekal diteruskan, tetapi bukan dicalit atau disapu, sebaliknya jari dicelup ke dalam botol dakwat.

Bagus dan jimat masa, nak tunggu kena sapu dengan berus, ambil masa seminit dua. Celup dan angkat adalah terbaik.

Cuma TM sarankan proses mencelup jari ke dalam botol dibuat selepas selesai membuang undi.

Dalam PRU lepas, dakwat disapukan ke jari sebaik saja kita masuk ke dewan atau bilik darjah. Ia didapati mengganggu proses memangkah dan ada kes semasa kiraan undi ditolak kononnya rosak akibat terkena dakwat.

SPR kenalah bertindak lebih bijak kali ini dan dakwat perlulah digoncang terlebih dahulu supaya kelarutannya stabil dan tidak mendap di bawah botol.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jambatan Labuan?

Posted: 09 Jul 2013 09:14 PM PDT

Hari ini Ghapur Salleh buat hal lagi, beliau bertanya soalan, bila kerajaan nak bina jambatan Labuan ke Mainland Sabah seperti yang dijanjikan dalam kempen PRU.

Ghapur Salleh mungkin tak sahur pagi tadi agaknya. Beliau tak perlu tanya soalan mengenai Labuan tetapi sepatutnya bawa isu Kalabakan.

Ini lah kalau dok berkawan dengan Anwar. Kita tahu, bila Anwar ke Sabah, Ghapur sambut Anwar di airport. So terbawa-bawa lah dengan janji Anwar.

Tengku Adnan bagi seketul kat Ghapor, bahawa kerajaan tak janji tetapi akan mengkaji projek tersebut dan ia di sokong oleh seorang lagi wakil Sabah.

Jambatan Labuan ke tanah besar tidak perlu dibuat kerana ia akan merosakkan dasar laut yang dipenuhi dengan batu karang yang cantik.

Hari ini jika kita menaiki teksi ( boat) dari Labuan ke Menumbuk kita akan lihat betapa cantiknya keadaan permukaan dibawah air.

Minggu lepas, Ghapur mempersoalkan pembinaan Lahad Datu.

Sorang lagi wakil rakyat Kinabatangan yang tak berapa nak berkenan iaitu Bung Mokhtar yang suka mencelah apabila ada orang bercakap. Tak boleh kah duduk diam dan dengar?

Hairan macam mana dua orang ini boleh kekal jadi wakil rakyat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PRK Kuala Besut

Posted: 09 Jul 2013 04:15 PM PDT

Presiden Pas , Datuk Seri Hai Hadi Awang telah mengumumkan bendahari PAS Besut, Azlan Jusoh dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, 24 Julai ini.

Apj dimaklumkan kehadiran di ceramah itu lebih kurang 600 orang lebih dan kebanyakan yang hadir adalah daripada penyokong PAS yang bukan dari penduduk Kuala Besut . Antara kepemimpinan yang hadir adalah Mohamad Sabu, YB Dato Husam bin Musa, Dato Mustaffa bin Ali dan YB Mohd Abd Wahid bin Endut.

Kata Mahfus, PRK kali ini melambangkan kebijaksaan berpolitik dan dengan itu calon Pas lebih sedikit kebijaksaannya berbanding Mahfus.

Kita juga ingin melihat kebijaksanaan Pembangkang seperti DAP dan PKR dalam menyusun strategi untuk kemenangan PAS.

Terdahulu sewaktu PRK P 112 Sibu, berbondon-bondon orang PAS dari Semenanjung bertungkus lumoih untuk memberi kemenangan kepada DAP.

Dengar khabar beribu-ribu Cina Dap dari Sarawak akan turun ke Besut untuk membalas budi kepada Pas.

Tahniah lah Pas, kalau tak menang lagi, tak tahu lah apa akan jadi pada Pas.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dua penjenayah rompak kedai runcit di Aulong Taiping pada 1 Julai 2013

Posted: 09 Jul 2013 03:31 PM PDT

Adun BN buka Pusat Khidmat

Posted: 09 Jul 2013 02:35 AM PDT

Pusat Khidmat Masyarakat Pertama Diwujudkan Di Changkat Jong:- Adun Changkat Jong Azhar Jamaluddin

Setelah merampas semula kerusi Dun Changkat Jong dari kepimpinan Pas, Barisan Nasional kini mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan Pusat Khidmat Masyarakat yang pertama di Parlimen Teluk Intan.

Adun Changkat Jong, Azhar Jamaluddin berkata pembangunan serta kebajikan rakyat di kawasan berkenaan sebelum ini agak ketinggalan setelah berada di bawah wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.

"Khususnya di Changkat Jong dan Teluk Intan berkaitan dengan perkhidmatan seorang wakil rakyat tertinggal hampir 10 tahun kalau di peringkat parlimen dan 5 tahun di peringkat dun.

"Ini mengakibatkan banyak perkara sebenarnya tertinggal terutama dari segi pembangunan dan perkhidmatan masyarakat di kawasan ini.

"Rakyat Teluk Intan boleh dikatakan teraniaya apabila PR ambil alih dan mereka tidak tunaikan tanggungjawab mereka sebagai adun atau ahli parlimen.

Azhar menambah, menyedari perkara itu ...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pendedahan Sebenar Calon BN

Posted: 09 Jul 2013 01:45 AM PDT



Ketua Penolong Pengarah Bahagian Korporat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman, 37, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di Dataran Kuala Besut, sebentar tadi dan disambut sorakan kira-kira 3,000 penyokong BN yang hadir.

Hadir sama pada majlis pengumuman itu, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said; Menteri Pelajaran II, Dato' Seri Idris Jusoh dan para pemimpin parti komponen.

Dalam ucapannya, Muhyiddin yakin Tengku Zaihan adalah taruhan terbaik BN untuk pengundi di DUN Kuala Besut berdasarkan pengalaman luas beliau dalam jabatan kerajaan dan boleh diterima rakyat khususnya golongan muda.

Tegas beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN, pemilihan Tengku Zaihan dibuat selepas melalui proses pemilihan yang ketat apabila disaring berkali-kali oleh pucuk pimpinan parti.

"Saya yakin ini adalah calon terbaik. Memang kita janjikan kepada pengundi bahawa kita akan letak calon terbaik. Calon yang diterima oleh semua," ujar beliau.

Tengku Zaihan ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak yang memilih beliau sebagai calon pilihan raya berkenaan yang disifatkannya sebagai 'pilihan raya kecil yang besar'.

Anak kelahiran Kampung Nail, Kuala Besut yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM) itu berjanji akan membela nasib rakyat dan berkhidmat dengan penuh dedikasi jika dipilih sebagai wakil rakyat DUN tersebut.

"Setinggi-tinggi penghargaan kepada jentera dan penyokong BN kerana memberi sokongan kepada saya demi rakyat Kuala Besut," katanya yang juga ahli UMNO Cawangan Seri Seratus.Tengku Zaihan sebenarnya telah banyak memainkan peranan membantu masyarakat kawasan berkenaan ketika berkhidmat sebagai Jurutera Daerah JPS Besut.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ku Zaihan calon N01 K. Besut

Posted: 09 Jul 2013 01:43 AM PDT

TENGKU ZAIHAN CHE KU ABD RAHMAN,37 seorang jurutera dan anak tempatan ialah calon BN bagi PRK DUN Besut.Namanya diumum oleh TPM sebentar tadi
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Harga barang naik menjelang perayaan?

Posted: 09 Jul 2013 01:36 AM PDT

Pelbagai barangan keperluan termasuk ayam, ikan serta pelbagai jenis sayuran mencatat peningkatan secara mendadak.

Perkembangan itu nyata meresahkan pengguna terutama masyarakat Islam yang bakal menyambut 1 Ramadan tidak lama lagi.

Justeru kerajaan diminta segera membantu bagi meringankan beban mereka.

Tinjauan krew di Pasar Besar Kuantan semalam mendapati harga pelbagai keperluan mencatat kenaikan yang ketara.

Harga ayam antara paling tinggi naik iaitu antara RM8.50 hingga RM9 sekilogram.

Daerah Raub dan Bentong mencatat rekod kenaikan harga ayam paling tinggi.

Sumber memaklumkan peningkatan itu disebabkan bekalan ayam yang berkurangan atas faktor cuaca.

Manakala ikan bawal menyaksikan peningkatan dari RM18 kepada RM22 sekilogram.

Paling ketara ikan kembung yang sebelum ini dijual pada harga RM12 sekilogram kini mencecah RM18 sekilogram.

Pelbagai jenis sayuran termasuk cili merah, kobis bulat dan pelbagai jenis sayuran hijau juga naik harga.

Cili merah yang dijual pada harga RM10 sekilogram sebelum ini naik hingga RM18 sekiloram membabitkan semua daerah di Pahang.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710