Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Sahabat-Gunung

$
0
0

Sahabat-Gunung


Tengku Zaihan Calon BN PRK Kuala Besut

Posted: 09 Jul 2013 08:28 AM PDT


Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37 tahun, diumumkan sebagai calon BN PRK Kuala Besut, 24 April nie.

Beliau adalah jurutera JPS di putrajaya, Bekas jurutera daerah jps besut adalah Anak jati Kuala Besut.

Beliau Memiliki Ijazah sarjana muda kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia

Sent from Yahoo! Mail for iPhone

Perutusan Khaled Nordin Sempena Menyambut Ramadhan 1434

Posted: 09 Jul 2013 04:41 AM PDT



PERUTUSAN
DATUK SERI MOHAMED KHALED NORDIN
MENTERI BESAR JOHOR
SEMPENA MENYAMBUT RAMADHAN 1434

Bismillahir-rahmanir-rahim
As-salamu'alaikum dan salam sejahtera

Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan izin Nya kita dipertemukan sekali lagi dengan bulan yang penuh keberkatan, iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Rakyat Johor yang dikasihi sekalian,

Saya mengambil kesempatan sempena kedatangan Ramadhan 1434 Hijrah mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua rakyat yang beragama Islam di negeri ini.

Sempena bulan penuh yang penuh keberkatan, Kerajaan Negeri Johor menyeru umat Islam, agar memanfaatkan setiap detik dan hari dalam bulan yang mulia ini dengan amalan-amalan bermanfaat. Amalan-amalan itu mestilah dilaksanakan dengan penuh keinsafan dan keikhlasan bagi mendapatkan keredaan Allah SWT.

Pada kesempatan bulan Ramadan juga, saya menyeru supaya kita semua mengambil peluang menguatkan lagi semangat "permuafakatan" di negeri Johor. Semangat itu boleh disemarakkan melalui program-program yang bakal diadakan di pelbagai peringkat masyarakat dan komuniti. Majlis berbuka puasa, solat tarawih, tadarus Al-Quran sudah pastinya merupakan suatu ibadah yang dapat menambahkan amalan di samping menguatkan lagi hubungan sesama kita.

Pada bulan mulia ini, kita digalakkan untuk banyak bersedekah dan berzakat bagi mengejar ganjaran pahala yang besar dan memenuhi tuntutan agama. Amalan ini sememangnya mempunyai hikmah tersendiri di mana ia dapat meningkatkan semangat prihatin dan nilai saling memberi bantuan di kalangan umat Islam.

Akhir kata, marilah, kita bersama-sama memanfaatkan sepenuhnya fadilat yang ada di bulan ini agar ianya dijadikan amalan berterusan. Semoga segala amalan dan usaha kita akan diterima dan dikurniakan ganjaran sewajarnya daripada Allah SWT. Saya mendoakan agar kita semua diberi kekuatan untuk meningkatkan ilmu, amal dan taqwa di bulan Ramadhan ini.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah,
Wasaalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh


Sekian, terima kasih.

Tengku Zaihan Sandaran BN Di PRK Kuala Besut

Posted: 09 Jul 2013 02:35 AM PDT

Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan calon muka baru, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada pilihan raya kecil kawasan itu 24 Julai ini.

Tengku Zaihan merupakan bekas Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut,  yang kini jurutera JPS di Putrajaya.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Besut sebentar tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Julai ini sebagai hari penamaan calon manakala tarikh mengundi adalah 24 Julai.

PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu, akibat masalah paru-paru pada 26 Jun lalu.


Pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lepas, Allahyarham mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut yang dimenanginya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 mengatasi calon PAS, Napisah Ismail.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>