Panglima Perang Cyber |
Perutusan YAB Perdana Menteri @NajibRazak Sempena Bulan Ramadhan 1434H / 2013 M Posted: 09 Jul 2013 11:07 PM PDT Julai 9th, 2013 by Najib Razak Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. 1. Alhamdulillah dipanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita masih diberikan kesempatan untuk bertemu dengan Penghulu segala bulan, iaitu Ramadhan al-Mubarak yang penuh keberkatan dan kebaikan ini. 2. Kehadiran Ramadhan pada tahun ini adalah satu rahmat kepada semua rakyat Malaysia kerana kita masih berada di dalam keamanan yang berterusan dan rezeki yang melimpah ruah. Umat Islam di Malaysia sewajarnya bersyukur dengan anugerah yang sangat bermakna ini. 3. Sesungguhnya, kehadiran Ramadhan kali ini diharapkan dapat memupuk perpaduan di kalangan umat Islam di Malaysia khususnya kerana kita akan berkumpul di masjid-masjid dan surau untuk menunaikan solat sunat tarawih dan ibadat-ibadat sunat yang lain. 4. Bersempena bulan yang mulia ini, saya menyeru kepada semua umat Islam di Malaysia supaya terus kukuh bersatu demi mencapai kemajuan agama dan kesejahteraan bangsa serta kejayaan negara. 5. Mutakhir ini, perkembangan politik di negara-negara tertentu di Timur Tengah memperlihatkan betapa pentingnya nilai perpaduan dan semangat persaudaraan sesama Islam. Apabila perpaduan dan pertalian ukhuwwah itu lemah, maka akan berlakulah pertelingkahan dan perpecahan yang akhirnya melemahkan ummah. Justeru, saya menyeru agar umat Islam berpegang teguh kepada asas Al Quran dan Sunnah yang menyeru kepada pengukuhan tali persaudaraan secara berterusan. 6. Apabila kita berpaut kepada asas-asas ajaran Islam yang menyeru kearah kebaikan dan persaudaraan serta perjuangan untuk menegakkan syiar Islam secara kolektif, maka perpaduan yang kukuh akan terjalin. Perpaduan yang terbina ini lah membentuk sebuah barisan yang teratur rapi seperti bangunan yang tersusun kukuh sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah As-Saff ayat 4 yang bermaksud :
7. Oleh itu, semoga Ramadhan kali ini menjadi saksi, perpaduan umat Islam sejagat dan Malaysia khususnya demi merealisasikan kejayaan Agenda Transformasi Negara bagi semua rakyat Malaysia agar dapat terus hidup aman dan damai selama-lamanya. 8. Akhir kalam, saya sentiasa mendoakan kebahagiaan semua umat Islam di dunia dan di Malaysia khususnya agar dapat memanfaatkan bulan yang penuh rahmat ini semoga kita mendapat keberkatan dan ganjaran kebaikan seribu satu bulan. Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sumber :http://www.1malaysia.com.my/blog/perutusan-yab-perdana-menteri-sempena-bulan-ramadhan-1434h-2013 Sent from my iPhone |
You are subscribed to email updates from Panglima Perang Cyber To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |