Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

sekupangdua

$
0
0

sekupangdua


PELIK, KOLAM RENANG BAWAH TANAH

Posted: 09 Jul 2013 09:15 PM PDT

Kolam Renang di bawah tanah Di Utah. Di Utah ada kolam renang paling gelap. Mengapa demikian?
Ini kolam renang benar-benar gelap kerana itu di dalam kubah batu kapur. Hanya 17 meter di bawah tanah. Kolam renang sangat unik kerana hampir tidak ada kolam lain seperti ini. Suhu di kolam renang selalu tetap hangat. Suhu disimpan kira-kira 35 darjah celcius. Kolam ini terletak di kawasan ski di Utah Homestead Centre.

Homestead Crater di Utah, Amerika Syarikat, menyediakan kolam air panas semulajadi di dalam kawah gunung kapur. Kolam itu ada sejak 10,000 tahun yang lalu dan ia adalah satu-satunya kolam renang yang diletakkan di kawasan bawah tanah. Kerana lokasi ini unik, ramai pelancong melawat destinasi eksotik ini untuk menikmati air.

Terselip di pergunungan Wasatch megah, Homestead Utah Resort menawarkan alternatif menarik untuk resort tradisional Park City Utah. Delight di persekitaran yang menakjubkan, keramahan ramah, dan array yang tak terbatas kegiatan menarik.Hotel resort empat musim ini terletak di tengah-tengah "Alps Utah," menawarkan penginapan yang elegan, kemudahan mesyuarat, padang golf kejohanan 18 lubang, menunggang kuda, berbasikal gunung, ski, dan giring rides. Pengalaman Kawah Homestead, di mana anda boleh berenang, snorkeling, menyelam, atau mengambil mineral mandi hangat di dalam sebuah gua batu kapur 55-kaki.sumber






INSYALLAH... SEKUPANGDUA RAMADHAN DIBESUT

Posted: 09 Jul 2013 05:00 PM PDT



Kepada semua saudara se Islam teman ucapkan selamat berpuasa, apa jua bangsa, kulit, rupa, muda tua, kecil besar, kaya miskin, pemimpin dan rakyat atau apa sekalipun perbezaannya sekali pun parti selagi kita seagama maka marilah kita hayati Ramadhan penghulu segala bulan yang menawarkan segala kelebihan dengan pelbagai gandaan yang dijanjikan bagi setiap apa sahaja yang dilakukan dengan niat baik apatah lagi ibadah...

Tahniah juga pada yang mengerjakan ibadah solat sunat Tarawih semalam, bagai dijanjikan keikhlasan ibadah kamu bagai bersih sebagai mana kain putih. Kalau tidak diuzurkan biarlah bertali arus sehingga malam terakhir sehinggalah terbitnya syawal.

Nampak gayanya kali ini teman kali ini terasa macam berpuasa di Negeri Mayang Diulik pulak kali ini, insyllah kalau ada rezeki kita ketemu dinegari yang mempunyai keajaiban kerana 7 Masjid yang begitu mengkangumkan kita seblum ini. Kopok losong atau sata bukan lagi tujuan utama kesana, dimana-mana saja boleh didapati... 

Kali ini rasanya bukan kerana makan yang memang jadi bualan apatah lagi bulan posa... Kali ini sekupang juga turut mewarnai PRK N 01 Kuala Besut. Melihat, menafsir, menyatakan, menziarah serta membantu rakan. Apa pun sekali parti moga kali ini Ramadahan menjadi hijab kepada kita sebagai umat Islam untuk menghormatinya. Apa pun kepentingannya janganlah kita lupa Islam adalah kaitan kepada semua supaya tidak keterlaluan hanya kerana untuk menang. Jadikanlah Ramadhan sebagai hijab kepada segala perlakuan dan pekara yang dilarang oleh agama itu sendiri. Macamana pun sukar pada kita mahu melihat pemfitnah yang berkata benar... Moga Ramadhan memberi iktibar kepada semua yang suka memfitnah...

Insyallah... Kepada sahabat semua kita jumpa disana, kalau tak berbuka sekali kita masih boleh bersahur sekali. Tak salah kalau kita jadikan Ramadhan permulaan salitulrahim untuk rapatkan Saf. pada kemelut di Mesir dan timur tengah yang kita ketahui sedang bergolak, moga Ramadhan memberi ketenagan serta meredakan segala kemusnahan yang sedang berlaku... 

PENGKID DIBURU KERANA MEMBAKAR RUMAH KEKASIH SONSANGNYA

Posted: 09 Jul 2013 07:56 AM PDT

Pengkid diburu bakar rumah kekasih


ROMPIN:  Polis memburu seorang 'pengkid' yang dipercayai membakar rumah kekasihnya yang juga seorang wanita di Felda Keratong 10 dekat sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Johari Yahaya berkata suspek yang berusia  21 itu dan tidak berkerja dipercayai melakukan perbuatan tersebut kerana berang selepas hubungan cinta mereka tidak direstui keluarga kekasihnya.

"Selain memiliki rekod jenayah, suspek juga dikehendaki polis bersabit kesalahan kes dadah," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kejadian berlaku pada pukul 2 pagi apabila mangsa yang berusia 17 sedang tidur dan terjaga kerana terbau asap di biliknya.

Pasukan bomba yang dihubungi dapat mengawal kebakaran dan hanya bilik berkenaan yang terbakar, katanya.

Johari berkata suspek yang berasal dari Felda Keratong 10 itu sedang dikesan dan beliau meminta orang ramai yang mengetahui tempat suspek bersembunyi agar menghubunghi pihak polis.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>