Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Panglima Perang Cyber

$
0
0

Panglima Perang Cyber


Liang Teck Meng Tetap Desak @Anwaribrahim Jawab Pendedahan Wikileaks 20 Akaun Beratus Juta Dollar Termasuk Di Bank Israel

Posted: 05 Jul 2013 04:20 PM PDT

Utusan Malaysia 5.6.2013 Jumaat

@UMNOOnline - @Anwaribrahim Sah Gila Bila Mahu Runtuh Demokrasi Malaysia Ketika Pertahan Demokrasi Mursi Luar Negara ???

Posted: 05 Jul 2013 07:36 AM PDT

Hormat Keputusan Pilihanraya Mesir.. Anwar Terlupa Hina Diri Sendiri

Berikut adalah kenyataan Anwar Ibrahim sejurus selepas Mesir menyaksikan kejatuhan Presiden Morsi:

"Pemimpin yang dipilih secara demokratik melalui pilihan raya bebas dan adil tidak seharusnya digulingkan sebegitu rupa.  Tidak kira apa pengakhirannya, caranya adalah tidak wajar."

Anwar nampaknya tidak dapat menerima rampasan kuasa oleh tentera Mesir kerana menyifatkannya sebagai tidak menghormati keputusan pilihanraya yang meletakkan Presiden Morsi di puncak kuasa.

Anwar juga menganggap tindakan merampas kuasa tanpa melalui pilihanraya adalah tidak wajar kerana menyalahi demokrasi.

Tetapi, berikut pula adalah laporan oleh Free Malaysia Today serta dipetik oleh AltThaiNews http://altthainews.blogspot.com/2013/05/us-prepares-to-overthrow-malaysian.html pada 15 Mei 2013, bertajuk "BN Akan diTumbangkan Tahun Ini":

Pakatan Rakyat berikrar akan menggulingkan kerajaan BN melalui jalanraya.  Jurucakap di dalam forum yang berlangsung semalam sebulat suara bersetuju bahawa menunggu 5 tahun lagi untuk pilihanraya adalah terlalu lama dan berikrar akan menggulingkan kerajaan BN melalui kekerasan.

Tambah laporan itu lagi:

Hishamuddin Rais menyatakan bahawa tiada gunanya membawa ketidakpuasan hati mereka ke mahkamah kerana sistem perundangan dikawal oleh kerajaan.

"Kerana itulah kita mesti membawanya ke jalanraya.  Kita mesti keluar.  Apa yang Najib suka adalah salah dan apa yang dia tidak suka, itulah yang kita mesti lakukan.  Kita akan gerakkan kumpulan yang besar ke jalanraya.  Ini bukan ugutan, ini adalah janji!"

Dan ini pula laporan dan wawancara Anwar dengan Interpress Service News Agency http://www.ipsnews.net/2012/02/malaysians-must-vote-out-corruption-racism/ pada 24 Februari 2012:

BANGKOK, Feb 24 2012 (IPS) – Pemimpin pembangkang Malaysia yang berkarisma, Anwar Ibrahim, menyentuh semangat 'Arab Spring' bagi menamatkan 55 tahun pemerintahan UMNO dan parti komponennya di negara Asia Tenggara itu.  

"Malaysia tidak boleh tersisih dari apa yang berlaku di seluruh dunia, terutamanya dunia Islam," kata ketua Parti Keadilan Rakyat yang berumur 64 tahun itu. 

"Bagi kami di Malaysia, ini adalah tanda yang meyakinkan:  trend ke arah demokrasi, kebebasan dan lebih ketelusan di dunia Arab."

dan: "Arab Spring, adalah berguna bagi kami di dunia Islam dalam hal ini.  Ia mempunya impak bagi erti demokrasi."

Nampaknya ketika mengutuk rampasan kuasa yang berlaku di Mesir, Anwar telah dengan tidak sengaja mengutuk diri sendiri.

Nampaknya ketika mengutuk rampasan kuasa yang berlaku di Mesir, Anwar telah dengan tidak sengaja mengutuk diri sendiri.

Mungkinkah Anwar lupa bahawa beliaulah yang ke hulu ke hilir meragam tidak mahu menerima keputusan pilihanraya dan beliau jugalah yang menggerakkan 'lembu dan kambingnya' ke jalanraya kerana ingin melakukan rampasan kuasa.

Walaupun sering menafikan yang beliau ingin merampas kuasa melalui keganasan, tetapi perkataan Arab Spring yang dipilih oleh Anwar itu sendiri sudah cukup untuk membuktikan yang beliau ingin mencetuskan anarki.

Arab Spring sehingga kini telah menyaksikan hampir 130,000 kematian di semua negara yang terlibat.  Paling ramai adalah di Syria iaitu hampir 100,000, tetapi dikhuatiri lebih ramai lagi yang belum dilaporkan.  Diikuti Libya 30,000 dan beberapa ratus atau ribu lagi di Mesir, Tunisia, Algeria, Yemen dan lain-lain.

Justeru, bagaimana Anwar boleh menjadikan Arab Spring sebagai sumber inspirasi tetapi di masa yang sama menafikan ingin mencetuskan anarki?

Bagaimana Anwar mengutuk rampasan kuasa melalui kekerasan tetapi di masa yang sama turut ingin melakukannya?  Bagaimana Anwar meminta orang lain menerima keputusan pilihanraya sedangkan beliau sendiri tidak mahu menerimanya?

Kesimpulannya, benarlah kata orang-orang di keliling Anwar, bahawa Anwar sudah gila.

Mr Beruang Biru










Sent from my iPhone

Gelombang Kick Siar Video Sedih Ibrahim Ali Luah Kekecewaan Terhadap BN & PM @NajibRazak

Posted: 05 Jul 2013 07:25 AM PDT



Panglima begitu sedih melihat kekecewaan Datuk Ibrahim Ali yang jelas lagi nyata beliau adalah pejuang Melayu Islam sejati dulu kini selamanya. Beliau memang hebat berpidato dan juga hebat memimpin NGO Perkasa beliau. Meskipun pernah melompat kerana teguh berpegang pendirian dan berani menyuarakan pandangan.

Dalam usia beliau hari ini di saat rakyat kerugian membiarkan beliau tidak dipilih sekali lagi di Parlimen, adalah lebih rugi kepada kita jika beliau tidak diberi penghargaan sewajarnya.

Sedih bila pejuang sebegini diperlakukan tanpa dipandang! Adakah sudah buta mata penasihat di sekeliling Perdana Menteri akan usaha keras Datuk Ibrahim Ali ?

Adakah sudah dianggap rasis usaha Perkasa?

Adakah Melayu akan terbela tanpa NGO seperti Perkasa memperkuanhkannya???

Sayang seribu kalo sayang beliau dilupakan.

Apakah tidak ada jasa beliau yang selari dengan perjuangan Umno wahai YAB Perdana Menteri?

Adakah selepas meninggal baru kita mahu peduli? Begitukah wahai penasihat Perdana Menteri?

Rayu kami agar orang seperti ini jangan dilupakan. Jangan ada orang meminggirkan pejuang sejati seperti beliau ini.

Jangan kerana tegar membela Melayu maka PM khuatir melantik beliau sedangkan PRU yang lalu jelas Cina tidak jugak sokong BN walau bermacam cara dilakukan.

Lihat video serta artikel dan harap kita semua dapat memberi mesej yang membina kepada PM melalui alam maya agar ia dapat tembus pintu Seri Perdana demi kebaikan anak bangsa kita.

Jika ia gagal juga dibaca oleh YAB Perdana Menteri maknanya ada 'hantu' yang cuba menghalang komunikasi antara rakyat jelata dengan pemimpin tertinggi negara!

Jangan sampai laporan kepada PM diubah lalu menjadikan fakta tidak benar  hingga menyebabkan keadaan makin parah.

Baca selanjutnya.

Entri ini dari Blogger Kelantan





Datuk Ibrahim Ali meluahkan kekecewaannya terhadap kepimpinan Umno dan Barisan Nasional yang dikatakan telah meminggirkan beliau dan lebih mementingkan golongan penentang.

Rasanya bukan setakat Ibrahim Ali yang merasakan demikian, bahkan ramai lagi kerana itulah hakikat sebenar yang diamalkan oleh kepimpinan UmnoBN.

Dijangkakan lebih ramai lagi yang akan mengikut jejak Tok Him, selain kumpulan NGO, penulis blog juga tidak terkecuali

Baca dan lihat video di bawah :















Baca lagi

http://gelombangkick.blogspot.com/2013/07/video-ibrahim-ali-luah-kekecewaan.html?m=1


Sent from my iPhone

Kedudukan Blog Mesra Kerajaan Terbaru cc @NajibRazak @MuhyiddinYassin @Zahid_Hamidi

Posted: 05 Jul 2013 06:55 AM PDT

Berikut adalah kedudukan semasa blog mesra kerajaan sehingga tarikh 1 Julai 2013. Untuk makluman,kami kini hanya menyenaraikan 100 Blog terbaik sahaja. Harap maklum.

 Slide1 Slide2


Klik link di bawah untuk ranking seterusnya...

http://www.suaragenerasibaru.com/?p=83961


Sent from my iPhone

@UMNOOnline - Kerajaan Tarik Balik Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam 2013 - @MuhyiddinYassin

Posted: 05 Jul 2013 04:29 AM PDT

Kerajaan Tarik Balik Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam 2013

KUALA LUMPUR, 5 Julai –  Jemaah Menteri pada Jumaat bersetuju untuk menarik balik Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Rang Undang-Rang tersebut dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 26 Jun lalu oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Muhyiddin berkata isu status agama anak dalam kes ibu atau bapa memeluk agama Islam telah dibincangkan secara mendalam oleh Kabinet dengan mengambil kira pandangan dan kebimbangan pelbagai pihak termasuk parti komponen Barisan Nasional (BN).

"Kabinet bersetuju penarikan balik Rang Undang-Undang itu adalah perlu demi memastikan isu penentuan agama anak dalam kes seumpama itu diselesaikan dengan cara yang adil kepada semua," katanya dalam kenyataan selepas mesyuarat Kabinet, Jumaat.

Muhyiddin berkata keputusan untuk menarik balik Rang Undang-Undang itu juga dibuat bagi memberi masa kepada kerajaan dan semua pihak untuk meneliti semula undang-undang tersebut secara holistik.

"Rang undang-undang ini hanya akan dibentangkan semula setelah mendapat persetujuan semua pihak," katanya.

Semua pindaan yang berbangkit daripada penggubalan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013 juga akan ditarik balik, katanya.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan kerajaan percaya Islam adalah agama yang adil kepada umat manusia, maka isu pertikaian status agama anak perlu diselesaikan secara adil berdasarkan prinsip keadilan dalam Islam.

Fasal (4) Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh "his parent or guardian" (ibu bapa atau penjaga).

Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan dalam kes Subashini a/p Rajasingam melawan Saravanan a/l Thangathoray [2008] 2 MLJ 147 telah mentafsirkan perkataan 'parent' sebagai mufrad.

Fasal 107(b) dalam Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013 telah digubal berdasarkan peruntukan Fasal (4) Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan dan kes Subashini.

http://www.umno-online.my/?p=88389&utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter


Sent from my iPhone

Naib Ketua Pemuda UMNO @Razaliibrahim Ulas Jonker Walk dan Bazar Ramadhan & Tiga Sebab Yang Boleh Meruntuhkan Malaysia !!!

Posted: 05 Jul 2013 02:15 AM PDT

Pandangan ini wajar diteliti dan dihayati oleh semua kaum di Malaysia agar jangan menelan hasutan sehingga menjejaskan perpaduan dan keamanan negara kita.

Jangan kerana tangan kita musuh negara bakal bertepuk tangan gembira ekoran emosi yang dibakar sehingga meruntuhkan kemakmuran yang telah dicapai hasil pengorbanan semua bangsa dan dinikmati oleh semua tanpa sebarang diskriminasi.

Semangat patriotisme sememangnya sangat penting kerana jika tidak ada di dalam hati maka ia akan menjadikan setiap orang memikirkan diri sendiri sehingga memudahkan usaha meruntuhkan negara dapat dilakukan dengan mudah.

Baca dan sebarkan pandangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini yang juga merupakan Ahli Parlimen Muar...

Pembangkang Digesa Henti Peralat Emosi Rakyat – Razali

KUALA LUMPUR 3 Julai – Ahli Majlis Tertinggi UMNO,  Datuk Razali Ibrahim mengingatkan pembangkang agar tidak terus-menerus memperalat emosi rakyat dalam permainan politik mereka kerana dikhuatiri boleh mencetuskan perkara yang tidak baik untuk negara.

Menurut beliau tindak-tanduk seumpama itu adalah sesuatu yang amat merbahaya dan jangan sesekali berterusan memperalatkan apa yang berlaku demi kepentingan mana-mana pihak.

"Banyak contoh dalam dunia, konflik pergaduhan berlaku atas perkara seumpama ini.Ada tiga sebab ….pertamanya berebut wilayah, keduanya suku kaum dan ketiganya perbezaan agama. Di banyak tempat berlaku kerana ketiga-tiga sebab di atas dan ketiga-tiga di atas ada di Malaysia.

"Kita boleh hidup aman, sejahtera dan membangunkan negara sebabnya kita jaga ketiga-tiga perkara berkenaan. Malangnya hari ini perkara itu telah dipolitikkan dan ianya berbahaya kepada kedudukan negara kita sebab ketiga-tiga punca yang biasa berlaku mana-mana tempat di dunia ada di negara kita hari ini.

"Kita ada pelbagai kaum etnik dan kita ada juga pelbagai agama. Jadi apa yang dibuat oleh pembangkang untuk menyelesaikan isu yang berbangkit di Melaka (Jonker Walk) contohnya adalah tidak betul," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO seterusnya berkata tindak tanduk sedemikian perlu dihentikan demi pembinaan sebuah negara bangsa yang cemerlang dan berjaya.

"Kita dah cakap banyak kali dah. Kes kematian Teo Beng Hock contohnya masih dibangkitkan lagi pada pilihan raya umum yang lalu di kawasan saya. Rakyat masih diberikan maklumat yang tidak tepat sehingga menimbulkan kemarahan seolah-olah tidak wujud keadilan sedangkan kerajaan telah mengambil segala yang perlu.

"Perkara itu tidak seharusnya berlaku. Jangan menghukum dan menggunakan rakyat. Perasaan marah seumpama itu amat merbahaya," katanya.




Sent from my iPad

Berita Harian: SPR tak benar rakam kiraan undi Kuala Besut

Posted: 05 Jul 2013 12:05 AM PDT

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membenarkan rakaman secara langsung diadakan ketika proses pengiraan undi semasa pilihan raya kecil Kuala Besut.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata ini kerana ketika proses pengiraan berjalan, calon sudah mempunyai ejen yang mewakili mereka.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat khas SPR di sini, sebentar tadi.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SPRtakbenarsiaranlangsungproseskiraanundiKualaBesut/m/mArticle


Sent from my iPhone

PRK Dun Kuala Besut: Tarikh-tarikh Penting

Posted: 04 Jul 2013 11:43 PM PDT

Tarikh Keluar Writ : 5 Julai 2013

Tarikh Notis Pilihan raya : 6 Julai 2013

Tarikh Penamaan Calon : 12 Julai 2013

Tarikh Pengundian Awal : 20 Julai 2013

Tarikh Pengundian Sebenar : 24 Julai 2013

http://mymassa.blogspot.com/2013/07/prk-dun-kuala-besut-tarikh-tarikh.html?m=1


Sent from my iPhone

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>