Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Video) Berpakaian seolah-olah 'bertelanjang', si jelita di kritik peminat

Posted: 28 Jun 2013 03:31 PM PDT

Kumpulan Girl's Day baru-baru ini melancarkan sebuah muzik video yang bertajuk "Female President".

Video tersebut kemudianya menjadi kontroversi apabila dalam salah satu babaknya menyaksikan kostum yang dipakai seolah-olah hampir bertelanjang.

Dalam video tersebut, salah seorang penyanyinya, Yura sedang bersandar pada sebuah kereta dengan hanya memakai baju ketat yang berwarna kulitnya.

Warna baju tersebut hampir memperlihatkan penyanyi tersebut seolah-olah tidak memakai pakaian.

Peminat mula mengkritik kumpulan ini dan jurucakap kumpulan menjelaskan, "Benar, Yura memang memakai pakaian ketat. Dan pakaian tersebut meliputi seluruh tubuhnya, jadi tidak timbul bahagian-bahagian tubuh yang terdedah."

Ada golongan yang mendoakan jerebu supaya kembali?

Posted: 28 Jun 2013 07:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas lebih daripada seminggu negara diselubungi jerebu, rakyat Malaysia kembali dapat melihat langit biru dan menghirup udara segar.

Setakat petang ini, tiada satu kawasan pun dalam Indeks Pencemaran Udara (IPU) Jabatan Alam Sekitar yang mencatatkan bacaan kualiti udara tidak sihat.

Bacaan ini amat memuaskan berbanding bacaan kualiti udara di negara ini beberapa hari lepas yang memaksa kebanyakan sekolah ditutup.

Udara segar dan langit biru disambut dengan gembira oleh rakyat Malaysia termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang berkongsi perasaan tersebut di media sosial.

Walaubagaimanapun, tidak semuanya berkongsi keceriaan, ada kumpulan yang nakal merungut dengan keadaan jerebu yang semakin pulih, maklumlah selepas mendapat cuti akibat sekolah ditutup atas masalah jerebu. Ini dapat dilihat pada tweet yang mereka kongsikan.



Hakim Kugan hantar surat letak jawatan lepas 'hadiahkan' RM800 ribu kepada keluarga penjenyah

Posted: 28 Jun 2013 06:02 AM PDT

Hakim Mahkamah Tinggi yang menghadiahkan RM801,700 dan gantirugi teladan RM50,000 kepada keluarga penjenayah yang mati dalam lokap tahanan polis, A.Kugan, selain mempertanggungjawabkan kematian penjenayah tersebut kepada Ketua Polis Negara, hari ini telah menghantar surat perletakan jawatan.

V.T. Singham, yang masih belum berkahwin, merupakan hakim Mahkamah Tinggi paling kanan. Kononnya, perletakan jawatannya itu tidak ada kena-mengena dengan kes yang memberikan penegasan baru dan konsep baru perundangan di Malaysia, PENJENAYAH DIBELA, POLIS DICERCA. Sebaliknya, menurut maklumat, dia mahu 'berehat'.

Untuk menambahkan sedap lagi ceritanya, hakim berkenaan dikatakan telah diserang oleh PERKASA terutama yang membabitkan orientasi seksualnya, selain kecenderungan politik selain beberapa keputusan penghakimannya yang kelihatan sangat 'aneh'. Singham dituduh pro-Pakatan dan keputusannya seringkali berpihak kepada Anwar Ibrahim dalam kes-kes saman ke atas Utusan Malaysia.

Pada 21 Januari, Singham membuat keputusan, Utusan Malaysia telah menfitnah Anwar Ibrahim dalam dua artikel membabitkan temuramah Anwar Ibrahim dengan BBC dalam hal undang-undang homoseksual.

Cukup menarik perkembangan terkini.

Baca lanjut di TFK

PRK Kuala Besut: Ustaz Azhar Idrus antara calon pilihan PAS

Posted: 28 Jun 2013 05:02 AM PDT

SUBANG JAYA - Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) antara nama yang dicanang bakal menjadi calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil Dewang Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Perkara itu juga jadi antara topik perbincangan hangat di media sosial.

Bagaimanapun, penganalisis politik, Profesor Madya Datuk Dr. Samsul Adabi Mamat berpendapat, perkara itu sekadar desas desus dan spekulasi semata-mata.

Ini kerana, kesanggupan UAI untuk jadi calon adalah sangat rendah.

"Kalau menggunakan Ustaz Azhar Idrus ada harapan PAS menang. Cuma tak dapat pastikan, Azhar mungkin akan menolak, sebab dia penceramah bebas.

"Jika dia terima sebagai calon maka secara tidak langsung akan menzahirkan dia telah memihak kepada satu parti sahaja. Jadi dia tidak akan popular lagi," kata Dr Samsul.

Dr Samsul juga berpendapat, personaliti yang dimiliki UAI dan latar belakang ilmu agamanya memang mampu menarik undi dari kalangan pengundi tempatan.

"Kawasan Kuala Besut adalah kawasan pedalaman, jika calon mempunyai latar belakang agama, penerimaan masyarakat lebih mudah diterima di sana.

"Tapi saya masih yakin peluang untuk dia terima adalah rendah," katanya ketika dihubungi ABN news.

Pada masa sama, beliau juga menegaskan bahawa Barisan Nasional (BN) mempunyai kelebihan besar untuk menang di kawasan DUN Kuala Besut.

"BN punyai majoriti tinggi dengan 2,400 undi. Sukar bagi PAS untuk tawan kembali. BN kalau nak menang kena letak calon yang mempunya kelebihan dalam bab agama, BN kena teliti. Calon muda atau tidak soal kedua," katanya.

Kematian Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN memerlukan satu pilihan raya kecil diadakan di negeri itu.

Kematian beliau menyebabkan BN kini hanya menguasai 16 daripada 17 kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum 5 Mei lepas, manakala Pakatan Rakyat menguasai 15 kerusi (PAS 14, PKR satu).

Sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya kecil yang perlu diadakan sebelum 27 Ogos ini, maka kedudukan jumlah kerusi yang dikuasai kedua-dua pihak ialah 16-16. -ABN

Wartawan Utusan protes selepas dihalang buat liputan DUN P. Pinang

Posted: 28 Jun 2013 03:17 AM PDT

Seorang wartawan akhbar Utusan Malaysia mengadakan protes selepas mendakwa dihalang daripada memasuki bangunan DUN Pulau Pinang untuk membuat liputan majis mengangkat sumpah jawatan ahli dewan.

Wartawan berkenaan, Mohd Firdaus Ismail, 27, berdiri di depan pintu pagar dewan dengan membawa plakad dengan slogan: "Ketelusan telah mati di sini".

Sementara itu, speaker DUN Law Choo Kiang berkata beliau tidak mengeluarkan apa-apa arahan untuk menghalang wartawan dari Utusan Malaysia.

ADUN Bukit Tambun itu berkata, anggota keselamatan tersebut mungkin bergantung kepada arahan semasa persidangan sebelum ini.

"Ini satu salah faham. Kami kesal kerana beliau dihalang, namun saya berjanji ia tidak akan berlaku lagi," kata Law dalam satu sidang media.

DUN Pulau Pinang mengeluarkan arahan untuk menghalang wartawan Utusan daripada membuat liputan persidangan dewan itu pada 2011.

Arahan berkenaan menerima kritikan keras dari pemimpin BN yang menyifatkan kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang bersikap hipokrit dalam isu kebebasan media.

PRK Kuala Besut: PAS janji kejutan, PKR jgn mimpi

Posted: 28 Jun 2013 01:51 AM PDT

SHAH ALAM: Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Terengganu Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh menjanjikan sesuatu yang mengejutkan akan berlaku pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut kerana katanya, masyarakat di sana sangat baik dan mempunyai tahap kesedaran agama yang tinggi.

Merujuk kekosongan kerusi itu selepas penyandangnya Dr Abdul Rahman Mokhtar dari Barisan Nasional (BN) yang meninggal dunia Rabu lalu akibat kanser paru-paru, Nik Zawawi berkeyakinan pengundi di kawasan itu akan menyokong parti berteraskan Islam itu.

"Kita sudah buat persiapan sejak daripada hari ini (semalam), kita sudah bincang dan insya-Allah dalam pilihan raya kecil akan berlaku sesuatu yang mengejutkan.

"Insya-Allah pilihan raya kecil ini kita meletakkan harapan tinggi supaya rakyat di sana memberi sokongan kepada PAS dan perjuangan PAS," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lalu, Allahyarham Abdul Rahman, 55, mempertahankan kerusi itu setelah mengalahkan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Menurut Nik Zawawi, PAS Terengganu sudah membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya kecil dengan menggerakkan jentera parti di semua peringkat.

Ditanya jika PAS mampu menawan kerusi itu, beliau berkata penyertaan dalam pilihan raya adalah untuk menang.

"Kita masuk pilihan raya untuk menang.

"...dan PAS Pusat akan bincang siapa yang akan jadi calon," katanya.

Semalam Ketua Umno Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh berkata BN mampu mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut pada pilihan raya kecil yang akan diadakan dalam tempoh terdekat.

"Kita yakin dapat mempertahankan DUN Kuala Besut, kita di peringkat bahagian Besut akan membuat persiapan rapi dari segi jentera pilihan raya.

"Kita juga akan bermesyuarat minggu ini dengan kehadiran wakil Umno pusat," katanya.

Sebelum itu, PKR mahu meletakkan calon mereka bagi menggantikan PAS yang tewas kepada BN pada PRU yang lpeas.

Pemilihan UMNO: Azalina sedia cabar Shahrizat

Posted: 28 Jun 2013 01:01 AM PDT

SHAH ALAM - Bekas Ketua Puteri Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said sedia untuk mencabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi jawatan Ketua Wanita Umno pada pemilihan parti itu hujung tahun ini.

The Star melaporkan, Azalina yang merupakan ahli Parlimen bagi kawasan Pengerang berkata, beliau sudah memutuskan untuk mencabar Shahrizat kali ini.

"Ya, saya berminat untuk bertanding. Saya telah membuat keputusan," beliau dipetik sebagai berkata.

Akhbar itu melaporkan Shahrizat juga mengesahkan bahawa beliau berhasrat untuk mempertahankan jawatan Ketua Wanita yang dimenangi beliau pada tahun 2009 selepas menewaskan Tan Sri Rafidah Aziz.

Karier politik Shahrizat terjejas selepas dirinya terpalit dengan skandal Pusat Fidlot Nasional atau NFC tahun lalu.

Meskipun begitu, Shahrizat berkata beliau masih mendapat sokongan daripada sayap wanita.

"Mereka berada untuk saya pada waktu gelap saya dan saya percaya mereka tidak akan meninggalkan saya. Mereka adalah sahabat saya dan sahabat adalah seperti bintang. Semakin gelap malam, sinarannya semakin bercahaya," kata beliau.

Shahrizat berada dalam Kabinet selama 11 tahun dan merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum didesak untuk meletak jawatan pada Mac tahun lalu.

Suaminya Datuk Seri Mohd Salleh Ismail yang menghadapi tuduhan di mahkamah kerana isu NFC tetapi Shahrizat menafikan mempunyai apa-apa kaitan dengan perkara itu.

Azalina pula seorang bekas menteri dan ahli Parlimen wanita menawarkan dirinya sebagai ejen perubahan untuk Wanita Umno.

Beliau berkata, generasi baru wanita Melayu telah muncul dalam Umno dan mereka boleh membantu membuatkan sayap wanita itu lebih menarik dan relevan dengan landskap politik baru.

Azalina adalah Ketua Puteri Umno dari 2002 sehingga 2004.

Sebelum ini beliau pernah dikaitkan dengan kontroversi dalam cadangan projek Brickendonbury ketika berkhidmat sebagai Menteri Belia dan Sukan dan mengenai perbelanjaan Pempena ketika beliau menjadi Menteri Pelancongan.

Rumah bekas kekasih Fizz Fairuz, Almy Nadya terbakar, ibu cedera parah

Posted: 28 Jun 2013 12:00 AM PDT

PETALING JAYA: Baru sahaja kes putus cinta dengan pelakon Fizz Fairuz reda, aktres Almy Nadia ditimpa ujian lain apabila rumahnya di kampung terbakar, manakala ibunya patah tulang rusuk kanan.

Almy Atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, berkata, dia amat sedih dengan kejadian itu, apatah lagi tidak dibenarkan pulang ke kampung oleh syarikat produksi kerana masih lagi terikat dengan penggambaran drama.

"Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya sekarang, fikiran saya hanya mengingatkan kampung halaman dan ibu yang sedang sakit.

"Saya memang minta cuti untuk balik sekejap sejak rumah saya terbakar minggu lalu tapi sehingga sekarang saya tidak dibenarkan cuti dengan alasan akan mengganggu jadual artis lain," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Almy memberitahu pada 16 Jun lalu, rumah keluarganya di Kampung Pondok Upih, Balik Pulau, Pulau Pinang terbakar pada bahagian bilik tingkat bawah akibat letupan kecil daripada sebuah radio lama.

Bagaimanapun, menurut Almy, tiada ahli keluarga yang tercedera dalam kejadian tersebut.

Manakala pada malam Rabu lalu, ibunya Roshida Hashim, 45, pula mengalami patah tulang rusuk kanan selepas terjatuh di bilik air.

"Alhamdulillah walaupun kebakaran agak teruk tetapi tiada siapa yang tercedera dan bomba dapat mengawal api sebelum merebak ke bahagian atas.

"Saya difahamkan ia berlaku apabila sebuah radio lama meletup secara tiba-tiba walaupun tiada sebarang aliran elektrik kepada radio tersebut.

"Belum sempat saya balik menjenguk keluarga, saya diberitahu ibu pula jatuh bilik air, bayangkan bagaimana perasaan saya ketika ini," jelasnya.

Tambah Almy, perniagaan makanan sejuk beku yang baru sahaja diusahakan bersama ibunya turut tergendala.

"Kami baru sebulan mulakan bisnes karipap sejuk beku yang dibuat sendiri namun selepas rumah terbakar ia dihentikan sementara, ditambah pula ibu sekarang dalam keadaan tidak sihat.

"Insya-Allah kalau rumah sudah siap dibaiki dan ibu sihat, perniagaan itu akan disambung semula kerana permintaan setakat ini menggalakkan," katanya.

Bagaimanapun, kata Almy dia menerima dugaan tersebut dengan hati yang tenang dan menganggap ia adalah sebagai satu ujian daripada Allah.

"Saya susah hati dan tiada pula tempat mengadu, semuanya saya tanggung sendiri.

"Sekarang saya hanya fikir positif dan anggap ujian tersebut adalah penghapus dosa-dosa yang telah saya lakukan," katanya yang sedang menjalani penggambaran drama Maahad Al-Amin untuk televisyen Al-Hijrah.

(Gambar) Setelah hati Azean Irdawaty dihancurkan Benjy, wartawan pula ditumbuknya!

Posted: 27 Jun 2013 09:01 PM PDT

Menyedari kisah penahanannya akibat menyalahguna dadah telah menarik perhatian ramai, pelakon Benjy telah bertindak mengasari jurugambar bagi mengelak gambarnya dirakam dalam keadaan bergari di Mahkamah Majistret Ampang, semalam.

Memetik laporan Utusan Online, pada mulanya Benjy cuba menutup wajah dan menghalang jurugambar daripada merakam gambarnya ketika keluar dari bilik mahkamah sebelum tiba-tiba bertukar agresif.

Benjy kemudiannya menumbuk kepala seorang jurugambar sebuah syarikat akhbar dan turut menepis beberapa kamera jurugambar lain.

Sebelum ini, anak pelakon Azean Irdawaty ini ditahan dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarbangsa dan polis telah menjumpai 4.7 gram dadah dalam sebuah bilik, bagaimanapun tiada sebarang dadah ditemui pada badan Benjy dan rakan-rakannya.


Difahamkan, dia ditahan selepas ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu.

Pada Mac 2010, Benjy telah didakwa atas tuduhan memiliki 0.24 gram syabu di No. A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B melalui Jalan Segambut tetapi awal tahun lalu, mahkamah mendapati pelakon itu tidak bersalah dan dibebaskan tanpa syarat.

Skandal pensyarah kanan UITM

Posted: 27 Jun 2013 08:01 PM PDT

Abdul Aziz Abdul Kadir (tengah) bersama Samad Sapari (hadapan) dan
Mohamad Farhan Chua Abdullah (kiri) ketika hadir di
Mahkamah Sesyen Johor Bahru, semalam.
JOHOR BAHRU 27 Jun - Seorang pensyarah kanan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersama dua rakannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 20 pertuduhan memalsukan invois berjumlah RM2.09 juta, lima tahun lalu.

Tertuduh, Abdul Aziz Abdul Kadir, 49, yang merupakan Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Petroleum UTM dan bekas Pengurus Kanan, Bahagian Teknologi, Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC), Samad Sapari, 49, serta ahli perniagaan, Mohamad Farhan Chua Abdullah, 46, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa dengan curang menggunakan dokumen palsu untuk memperdaya MTDC bagi menuntut dana daripada perbadanan itu antara Ogos 2009 dan November 2010.

Menurut kertas pertuduhan, mereka didakwa memalsukan dokumen berbentuk invois membabitkan enam syarikat tempatan berlainan dengan nilai berbeza.

Ia melibatkan 10 invois daripada Extra Basic Sdn. Bhd., dengan jumlah mencecah RM1.25 juta, manakala masing-masing dua invois palsu daripada Chuan Li Steel Construction (M) Sdn. Bhd., AJ Analytical Services & Trading dan Kurawah Fire System Sdn. Bhd., dan satu invois daripada Capin Pro Resources Sdn. Bhd. yang berjumlah RM853,000.

Mereka turut didakwa menggunakan tiga invois palsu daripada Dysha Global Holdings Sdn. Bhd., dengan nilai RM120,000 dan satu invois daripada Capin Pro Resources Sdn. Bhd., berjumlah RM68,800.

Perbuatan dengan niat bersama itu dilakukan di Pejabat Monitoring And Goverment Liaison, Malaysia Technology Corporation Sdn. Bhd., Menara Yayasan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 468 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdul Ghafar Abd. Latif, manakala tertuduh, Abdul Aziz dan Samad diwakili peguam bela, Muhammad Nor Izzat Nordin dan Mohamad Farhan diwakili peguam bela, Mohamad Fairoz Elyas Majeed.

Mahkamah kemudian membenarkan setiap tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 31 Julai ini sebagai sebutan semula kes.

Mansor Othman digugur sebagai calon speaker oleh LGE atau Anwar?

Posted: 27 Jun 2013 07:33 PM PDT

Chief Minister Lim Guan Eng will propose Bukit Tambun State Assemblyman, Law Choo Kiang as the State Assembly Speaker with Sungai Bakap State Assemblyman, Maktar Shapee, as the Deputy Speaker.

"I will propose this motion on Friday and First Deputy Chief Minister Rashid Hasnon will support it."

In a statement in Georgetown, Lim said the Penang State Executive Council had unanimously proposed Penang PKR chairman Datuk Mansor Othman as the State Assembly Speaker.


Walaupun pada realitinya, Mansor Othman mendapat sokongan kuat oleh kalangan YB PKR di Pulau Pinang, namun namanya digugurkan di saat akhir.

Menurut Guan Eng, pertukaran ini dimahukan oleh Anwar. Benar begitu? Atau nama Mansor pada hakikatnya ditolak oleh wakil-wakil rakyat DAP PP yang tidak mahu Melayu yang menghina Guan Eng diangkat menjadi Speaker. Tapi, bagi mengelakkan ketegangan di kalangan Pakatan Rakyat, Anwar akan dijadikan alasan.

Setakat semalam, Mansor Othman tidak langsung aktif di Parlimen. Malahan, ada ketika kelihatan seperti kera sumbang. Serba tidak kena. Kalangan wakil rakyat PR tidak begitu melayani Mansor. Apa punca?

Menurut Guan Eng, Anwar ada agenda lain untuk Mansor? Peranan lebih penting di peringkat pusat. Atau Anwar mahu memberi peranan Mansor untuk menahan kemaraan Azmin yang kelihatan sukar dikawal?

Jika PR menang PRU, Mansor sudahpun diterbangkan ke China sebagai Duta Besar bertaraf Menteri. Itu yang Mansor idam-idamkan. Sayangnya, tidak kesampaian.

Mansor perlu terima hakikat, ayat yang diucapkan bahawa Guan Eng itu adalah 'dewa' dan sebagainya, akan menjadi masalah kepadanya di masa akan datang. Malahan, Anwar sudah terfikir untuk memindahkan Mansor ke kawasan Setiawangsa untuk PRU 14. Mansor perlu mula bekerja dari sekarang di Setiawangsa.

Gelagat Anwar

PKR tak yakin PAS menang di Kuala Besut, mahu ketengah calon

Posted: 27 Jun 2013 07:01 PM PDT

KUALA TERENGGANU –Kekosongan kerusi Dun Kuala Besut menarik perhatian parti politik di negeri ini termasuk PKR, apabila kepimpinan parti di peringkat negeri menyatakan kesediaan kemuka calon bertanding.

Kekosongan kerusi itu berikutan kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar, menyaksikan Terengganu sekali lagi menjadi negeri pertama yang akan mengadakan pilihan raya kecil (PRK) selepas PRU13, 5 Mei lalu.

Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, PKR mempunyai calon berpotensi untuk bertanding di kawasan tersebut yang sebelum ini ditandingi calon Pas, Napisah Ismail.

"Saya yakin Pas akan pertimbangkan calon daripada PKR. Bagi memperbaiki kedudukan di Terengganu, adalah baik Pas beri pertimbangan calon PKR di situ," katanya.

Dengan kelebihan dua kerusi diperoleh BN berbanding pembangkang pada PRU13 lalu, Azan tidak menolak keadaan itu akan menjadikan kedudukan BN agak genting.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima notis rasmi daripada Yang Dipertua Dun Terengganu, Mohd Zuber Embong, berhubung kekosongan kerusi itu.

BN dan PR masing-masing akan berhempas-pulas untuk menang di Dun Kuala Besut. Bagi BN, kekalahannya di Kuala Besut akan meletakkannya seri 16-16 dengan PR. Selepas PRU13, BN menang 17 kerusi Dun, sementara PR mempunyai 15 kerusi.

Azan berkata, perkara itu perlu segera agar urusan pentadbiran portfolio Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri disandang Allahyarham Dr A Rahman tidak tertangguh.

"Urusan pentadbiran berkaitan portfolio akan tergendala. Jadi, kerajaan negeri dan SPR perlu ambil tindakan segera untuk selesaikan kerana kedudukan sekarang 16-15," katanya.

(Gambar) Inilah wajah Farah, pelakon yang dakwa dirinya dicabul pengarah

Posted: 27 Jun 2013 06:01 PM PDT

KUALA LUMPUR 27 Jun 2013 - Pelakon Farrah Ismail menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat olehnya terhadap seorang pengarah drama atas dakwaan mencabul kehormatannya di beberapa tempat di lokasi penggambaran dalam sidang akhbar di Plaza Damansara, di sini hari ini. - UTUSAN

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710