Kata Pakteh...!! |
Panas..!! Anwar terperangkap antara auta dan fakta Posted: 27 Jun 2013 08:48 PM PDT 5 Mei 2013, BN kembali menerajui negara dengan kemenangan yang berkurangan berbanding 2008. Itu adalah lebih baik jika dibandingkan dengan keyakinan Anwar bahawa BN akan kalah teruk. Entah lojik mana yang diguna pakai Anwar tidak dapat dipastikan tetapi aura semangat pada ketika itu ialah, ahli UMNO begitu teruja dan berkobar-kobar untuk mengundi. Apakah faktor ini gagal dikesan oleh Anwar?. Anwar mungkin membaca dari satu sudut kebiasaan iaitu, undi kaum China akan menjadi penentu. Bacaan Anwar ini tidak ada peliknya kerana selama puluhan tahun undi kaum China memihak kepada BN dan kali ini Anwar yakin 100% bahawa kaum China akan berpihak kepada PR. Faktor inilah yang mendorong Anwar mempercayai 100% beliau akan menjadi PM menggantikan Najib. Sebaik-baik perancangan ialah percaturan Allah SWT. Anwar terkhilaf dari satu sudut yang amat klasik iaitu undi ahli UMNO. Jika sebelum ini, ahli UMNO boleh dikatakan antara yang peratusan keluar mengundinya rendah. Pernah ada kawasan hanya menganggarkan 60% sahaja ahli UMNO akan keluar. Namun pilihanraya ke 13 ini menyaksikan semangat ahli UMNO yang begitu berkobar-kobar dan mereka keluar dengan satu tujuan, mengundi calon BN. Semangat ini juga terlihat ketika sebelum dan ketika tempoh berkempen. Ini sebenarnya disedari Anwar namun bacaan politiknya masih terlupa tentang peratusan keluar mengundi dan keyakinan undi kaum China. Hari ini selepas beberapa hari mengangkat sumpah di Parlimen, wajarlah Anwar mengakui beliau seorang yang gagal. Jika Anwar berjaya menghalang ahli UMNO dari keluar mengundi, pasti PM Malaysia kini ialah beliau. Plan menakutkan pengundi itu ada dilakukan dengan konvoi bermotor yang bergerak ke semua kawasan malah flashmop di simpang-simpang jalan pada 2 malam terkakhir memang itu tujuannya. Malng sekali kerana ahli UMNO telah bersemangat dan tidak menghiraukan ugutan sebegini malah yang menjadi takut ialah generasi tua Pas dan golongan atas pagar. Akhirnya UMNO dapat menarik ramai ahlinya keluar mengundi dan undi dari beberapa golongan dalam Pas serta atas pagar memihak kepada BN. Anwar perlu disedarkan bahawa beliau telah kalah. Parti beliau PKR mempunyai bilangan ahli parlimen yang sedikit malah banyak calonnya tewas jika nak dibandingkan dengan DAP dan PAS. Anwar perlu disedarkan bahawa kekalahan dalma PRU13 yang lalu adalah berpunca dari kelemahannya mengesan sesuatu yang sangat klasik iaitu undi dari ahli UMNO sendiri. p/s: Kira kot mana pun...pusing kot mana pun....putaq pi la lagu mana pun....PM Malaysia ialah Najib dan Ketua Pembangkang ialah Anwar. Itu adalah hakikat yang diterima sendiri oleh Anwar. |
You are subscribed to email updates from Betoika blog To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |