Cucu Tok Selampit |
Posted: 28 Jun 2013 01:40 AM PDT Ahli Parlimen Pulai dari DAP, Teo Nie Ching, di dalam laman sosial Facebooknya semalam, cuba membangkitkan isu perkauman apabila beliau dengan sengaja telah cuba membandingkan pecahan sekolah yang baru dibina dalam RMK8, RMK9 dan RMK10 di antara Sekolah Kebangsaan berbanding SJK Tamil dan SJK China. Teo Nie Ching membuat soalan provokasi bertulis "Tell me, why Indian and Chinese community should not be angry?" Begitu bangsatnya pemimpin DAP ini sehingga membandingkan pembinaan jumlah sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah vernakular (SJKT/SJKC) oleh kerajaan semata-mata untuk menimbulkan sentimen perkauman. Apakah Sekolah Kebangsaan yang ada sekarang hanya terhad untuk pelajar Melayu sahaja? Adakah apa-apa yang menghalang pelajar-pelajar India dan Cina dari menuntut di Sekolah Kebangsaan? Bukankah Sekolah Kebangsaan untuk semua kaum, Melayu, India, Cina, Iban, Kadazan, Murut, Sikh dan sebagainya? Kita boleh lihat rata-rata komen ditinggalkan di posting beliau (baca di sini) membuktikan betapa rasisnya kaum Cina sehingga mempersoalkan hak orang Melayu. Bukankah selama ini DAP mewar-warkan sebagai parti semua kaum. Kenapakah memperjuangkan sekolah "vernacular"? Kepada Teo Nie Ching, jangan mainkan sentimen begini kerana ada kalangan orang Cina di luar sana mendapat pendidikan melalui Sekolah Kebangsaan dan berkawan baik dengan anak-anak Melayu. |
Azalina Cabar Shahrizat Untuk Jawatan Ketua Wanita UMNO - Demokrasi Akhirnya Wujud Dalam UMNO Posted: 27 Jun 2013 08:55 PM PDT Persaingan utama dalam sayap Wanita UMNO akan menyaksikan DS Shahrizat Abdul Jalil dan DS Azalina Othman Said akan berjuang dalam menerajui kepimpinan Wanita UMNO. Shahrizat mengesahkan bahawa beliau berhasrat untuk mempertahankan jawatan Ketua Wanita yang dimenangi beliau pada tahun 2009 selepas menewaskan TS Rafidah Aziz, manakala Azalina pula diberitakan di dalam akhbar-akhbar tempatan telah membuat keputusan dan berminat untuk bertanding bagi jawatan berkenaan. Bagi CTS, pertandingan ini amat menarik kerana ahli-ahli UMNO "tiada telur" untuk membolehkan jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Ketua Pemuda UMNO dipertandingkan. Biar Wanita UMNO membuktikan bahawa demokrasi sememangnya wujud dalam UMNO. Menang kalah Azalina tidak akan rugi apa-apa kerana dia bukan ada jawatanpun dalam Majlis Tertinggi mahupun kabinet, hanya ahli Parlimen biasa saja. Sebaliknya, sekiranya menang, jawatan Menteri sudah dalam tangan buat beliau. Azalina sememangnya bercita-cita tinggi hendak menjadi Menteri balik. Ialah kalau ada duit banyak sekalipun tetapi tiada kuasa, tak ada maknanya. Kalau dulu disanjung ke mana-mana, sekarang orang buat tak tahu saja. Baguslah. Lawanlah Azalina. Lagipun dia layak lawan kalau dia ahli wanita. (Kita tidak lupa bagaimana Rafidah ada mempertikaikan keahlian Azalina suatu masa dulu). Apa hendak takut dengan pertandingan terbuka? Kak Jatpun rasanya boleh terima pertandingan ini kerana kalau Kak Jat menangpun, Kak Jat tidak boleh mewakili wanita di peringkat Menteri. Melainkan kalau beliau boleh buat "comeback" yang menyakinkan. Lawanlah. Janji jangan ada perpecahan dalam sayap Wanita ini. Kalau Kak Rafidah hendak masuk dalam persaingan ini, lagi baik. Lagi "boom"!! Azalina kata, "I have decided." Jadi tunggu apa lagi. Baik Azalina mahupun Kak Jat, mereka tidak mengenali CTS dan CTS tidak menyebelahi mana-mana pihak, jadi bergasaklah korang. |
You are subscribed to email updates from Cucu Tok Selampit To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |