Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Dialog Dewasa Kritik Berasa

$
0
0

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Keratan Akhbar hari ini: Imaginasi Anwar Melampau

Posted: 27 Jun 2013 06:31 PM PDT


"Malangnya, Anwar ego, imaginasinya sangat melampau-lampau, beliau tetap mahu jadi Perdana Menteri. Saya memberitahunya, kamu sudah gila? Mana mungkin menjadi Perdana Menteri sedangkan hanya menang 89 kerusi Parlimen walhal Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) menang 133."

Jusuf Kalla
Bekas Naib Presiden Indonesia


Bekas pegawai khas MB Selangor, Hj Yahya Sahri dihukum penjara kerana menipu

Posted: 27 Jun 2013 05:30 AM PDT





SHAH ALAM - Bekas pegawai khas kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dihukum penjara dua tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan menipu bagi mendapatkan sumbangan Majlis Sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat, lima tahun lepas.
 
Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah membuat keputusan itu terhadap Mohd Yahya Mat Sahri, 46, selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen di sini membebaskan tertuduh pada Mei 2011.
 
Abdul Alim bagaimanapun membenarkan permohonan peguam Ahmad Nizam Hamid, yang mewakili Mohd Yahya, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Rayuan.
 
Hakim kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.  

Timbalan Pendakwa Raya Nor Azah Kasran hadir bagi pihak perayu.  

Pada 20 Mei 2011, Hakim Azhaniz Teh Azman Teh melepas dan membebaskan Mohd Yahya daripada tuduhan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
 
Mohd Yahya dituduh menipu Presiden Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Datuk Abdul Karim Munisar untuk mempercayai bahawa Sekretariat Pakatan Rakyat  memohon sumbangan bagi menampung pembiayaan majlis sambutan itu di Gardenia Coffee House, Quality Hotel di sini pada 4 Jun 2008.
 
Tertuduh, selaku pengarah program acara itu, dituduh dengan curangnya mendorong Abdul Karim untuk menyerahkan RM50,000 kepadanya sebagai sumbangan, sedangkan Abdul Karim tidak akan melakukannya sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.
 
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat dan boleh juga didenda.  

Seramai 28 saksi pendakwaan termasuk Menteri Besar Selangor dan lapan saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan. - Bernama

#Haji penipu? Apa nak jadi.

PAS disaran terima Sosialis dan Liberal oleh DAP

Posted: 27 Jun 2013 04:27 AM PDT


Untuk kekal relevan sebagai parti politik dalam Pakatan Rakyat, maka PAS perlu menerima konsep liberal dan sosialis yang didokong oleh parti-parti sekutunya yang lain.

Pegawai Perhubungan Pejabat Parlimen DAP, Al-Mustaqeem Mahmod Radhi berkata PAS perlu menerima kepelbagaian itu kerana elemen liberal dan sosialis pernah dibawa oleh bekas Presiden PAS, Burhanuddin Al-Helmy.

"Saya rasa tidak ada parti politik yang tetap bentuknya, kesemua parti tidak kira PAS, DAP dan PKR sedang dalam proses untuk 'menjadi'.

"Contohnya mungkin DAP lebih sosialistik berbanding PKR. PAS pula misalnya menunjukkan sifat sosialistik melalui tokoh bernama Burhanuddin Al-Helmy yang berhujah dengan retorik sosialis. Ini salah satu dari kepelbagaian," ujarnya dalam forum anjuran Free Public Forum (FPF) bertempat di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), malam tadi.

Al-Mustaqeem Mahmod Radhi yang juga panel penulis kontroversi Institut Kajian Dasar (IKD) berkata demikian dalam forum bertajuk, "Islam, Sosialis, Liberal dan PAS di mana?.".

Al-Mustaqeem mencadangkan kepada PAS agar mengalihkan paradigma dari perjuangan tradionalis kepada modenis untuk kekal relevan dalam arus politik pada masa hadapan.

"Ke mana dan di mana PAS, pada saya mereka akan terus bertahan lama dengan lebih menumpukan pada perkara 'fundamental' contohnya soal hak rakyat.

"Tapi ianya terpulang kepada mereka untuk kekal pada fahaman tradisional atau bergerak ke depan," ujarnya dilaporkan organ DAP, roketkini.

Baru-baru ini PAS menyokong kenyataan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menolak kemasukan Parti Sosialis Malaysia (PR) sebagai rakan kompenan Pakatan.

PSM ditolak kerana didakwa membawa agenda 'sosialis' yang dikaitkan dengan komunis, namun Anwar sebagai Ketua Pakatan membuka ruang untuk PSM menyertai kompenan pembangkang itu setelah didesak oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh. AIDC

#PAS tak ubah seperti kuda tunggangan DAP

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>