sekupangdua |
- TELAN IKAN HIDUP SEMBUHKAN PENYAKIT ASMA
- MAYAT BAYI DIBUANG HINGGA DIKERUMUNI KERENGGA
- BENJI DITANGKAP LAGI KES SYABU...
- AYAH RATAH DAGING ANAK SENDIRI UNTUK ILMU HITAM
TELAN IKAN HIDUP SEMBUHKAN PENYAKIT ASMA Posted: 27 Jun 2013 11:00 PM PDT HYDERABAD - Anda ada asma? Pelik tapi BENAR... Tahukah anda bila penyakit ini juga menggunakan ikan hidup yang ditelan hidup-hidup mengikut kepercayaan mereka dapat menyembuhkan penyakit ASMA yang dihadapi... Beribu-ribu pesakit asma dari seluruh negeri Andhra Pradesh dan beberapa negeri lain di India beratur untuk mendapatkan rawatan ikan hidup, lapor laman berita ZeeNews. Mereka percaya rawatan kontroversi itu melibatkan pesakit menelan sejenis ikan sardin hidup itu dapat menyembuhkan penyakit tersebut. Rawatan ikan itu dikendalikan oleh Keluarga Goud Bathini di 32 kaunter di Dataran Pameran di sini. Mereka mula mengagihkan ikan sardin hidup itu selepas satu upacara pada waktu tengah hari kelmarin dan berterusan sehingga tengah hari semalam Ubat tersebut merangkumi pes herba berwarna kuning yang ditelan bersama seekor ikan hidup. Keluarga Goud memberitahu, ubat itu hanya berkesan jika ditelan bersama ikan hidup untuk menyembuhkan asma jika dilakukan selama tiga tahun. Walaupun dianggap kontroversi, rawatan tersebut menarik kehadiran beribu-ribu sakit. "Saya datang ke sini untuk kali kedua. Penyakit asma saya berkurangan selepas mengambil ubat tersebut. Saya berharap saya akan sembuh," kata seorang pesakit dari bandar Kurnool, Ramakrishna Reddy. Menurut beberapa pegawai Jabatan Perikanan, mereka membekalkan sejumlah 50,000 ekor ikan untuk acara rawatan tahunan itu. Keluarga Goud mendakwa formula rahsia untuk ubat herba itu diberikan kepada moyang mereka oleh seorang keramat selepas moyang mereka bersumpah untuk mengagihkannya secara percuma. - Agensi |
MAYAT BAYI DIBUANG HINGGA DIKERUMUNI KERENGGA Posted: 27 Jun 2013 05:30 PM PDT Tak faham kenapa segelintir manusia yang hendak sangat keganasan, pemberontakan, dan mahukan negara huru hara, pernahkah mereka terfikir apa kesannya? Keganasan dan kejadian buruk terus berlaku semuanya gara-gara sekelumit manusia yang berfikir menyonsang Malaysia yang punya aman begini pun masih ada pencacai yang sanggup dilembukan cuma kerana hasrat ketua mereka tanpa memikirkan kesudahan sebenarnya, ada yang berfikiran sonsang dari etika hidup, malah tidak hairan lah kesannya amat merbahaya sekali. Mereka memang tidak pedulikan kesudahan dengan apa yang telah mereka lakukan, sebaliknya apa sahaja yang dilalukan maka pengakhirannya kita cukup tahu bia kerosakan akhlak tersebar merata-rata Berselindung kononnya atas fakta mencari kebenaran memperlihatkan kita betapa kumpulan ini mula menggangu keamanan dan keharmonian terhadap negara, paling mengecewakan golongan muda yang berfikiran lembu sangup diperbodohkan. Bukan setakat buang anak, malah budak sekolah pun tanpa rasa segan mempamerkan kehebatan mengadakan seks dalam bentuk visual dan mempaparkan kononnya kehebatan serta keberanian mereka untuk setaraf negara barat betapa sosialnya mereka macam kehidupan barat. Apapun alasan mereka disokong dengan bukti, apa lah yang nak dihairankan kalau mereka lakukan kerja terkutuk ini, di alasan kukuh yang Pemimpin pun boleh buat seks, siap dalam you tube lagi yang boleh ditonton. Bukan satu tapi berlambak, bukan balun jalang sahaja malah jantan ataupun bininya sekali pun orang besar tu buat, jadi apalah mereka... Mungkin kami pelajar tapi bagaimana dengan dia? Pemimpin nak jadi PM, pemimpin Parti berlandaskan perjuangan Islam lagi... Jadi apalah sangat yang kami buat.... Macamnilah kehidupan manusia yang tiada otak. Pandai buat tapi tak pandai nak jaga. Budak ni ke syurga kamu yang membuang bayi ini ke mana akhirnya tempat kamu nanti - posted@malaysiasensasi.net |
BENJI DITANGKAP LAGI KES SYABU... Posted: 27 Jun 2013 05:00 AM PDT PETALING JAYA: Pelakon Khaeryyl Benjamin Ibrahim, atau Benjy sekali lagi ditahan pada pagi Rabu atas kesalahan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa. Utusan Online melaporkan, anak kepada pelakon, Azean Irdawaty itu ditangkap pada kira-kira pukul 11.30 pagi Rabu selepas ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu. Pihak polis akan memohon perintah reman terhadap pelakon itu pada Khamis di bawah Seksyen 15(1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952. "Hasil pemeriksaan polis ke atas pelakon tersebut ketika serbuan bagaimanapun tidak menemui dadah yang dibawa bersamanya," kata sumber polis. Sumber : (KLIK) |
AYAH RATAH DAGING ANAK SENDIRI UNTUK ILMU HITAM Posted: 27 Jun 2013 01:55 AM PDT Warga dari sebuah kota di Papua New Guinea mengatakan, mereka telah menemui seorang lelaki yang menggunakan dadah disyaki memakan anaknya yang baru lahir dalam sebuah ritual sihir. Polis mengatakan warga di wilayah pinggiran kota Tabubil, daerah Barat, terbangun akibat suara jerit tangisan bayi itu. Setelah mengetahui bahawa ayahnya memakan anak, sekelompok orang ramai mengamuk dan mengejar lelaki tersebut sampai ke balai polis, dimana dia telah ditahan. Polis mengatakan mereka gagal menyelamatkan nyawa bayi itu, yang meninggal akibat luka yang yang parah. Ketua Polis Tabubil Demas Tapea mengatakan petugas polis telah menahan seorang lelaki dan isterinya untuk disoal siasat. "Hal itu merupakan insiden yang sangat ngeri," kata Sersan Tapea. "Masyarakat kecewa dan marah namun mereka juga takut serta khuatir kerana ada kepecayaan terhadap sihir atau ilmu hitam," katanya. Sersan Tapea mengatakan suspek utama telah dikenal pasti . "Para penduduk setempat mengatakan lelaki itu melakukan ritual sihir, atau upacara untuk meningkatkan ilmu menjadi sakti," katanya. Tape juga mengatakan suspek memiliki rekod sejarah tentang penggunaan dadah dan dia tidak terkejut bila hal itu terjadi padanya. "Beberapa tahun lalu dia menjadi gila yang diduga akibat dadah," katanya. Pada 2009, lebih 50 orang terbunuh dalam pembunuhan berkaitan dengan sihir kerana kematian yang mendadak atau tidak masuk akal dalam sebuah komuniti masyarakat tertutup. Sejumlah paderi Kristiani dan pemerintah Australia untuk wilayah itu, bersama dengan penguatkuasa Papua New Guinea, telah mengarahkan supaya mengakhiri kepercayaan terhadap sihir, namun hal itu sukar diatasi. |
You are subscribed to email updates from SEKUPANGDUA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |