Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

tun faisal dot com

tun faisal dot com


@UnitMediaBaru (UMB) bukan pasukan 10 orang blogger yang pandu BMW

Posted: 27 Jun 2013 06:30 AM PDT



Ada orang bertanya kepada saya, mana lebih baik RM 10 juta untuk 10 orang blogger atau RM 100,000 untuk 100 orang facebookers? Jawapan saya, jika 5 tahun dulu mungkin RM 10 juta untuk 10 orang blogger, tetapi selepas PRU13, mungkin lebih baik 100 orang facebookers tanpa menafikan blogger juga masih ada peranan dalam pertempuran siber hari ini.

Kenapa?

Zaman sudah berubah. 2008 adalah era kegemilangan blog dan portal media, tetapi 2013, medan tempur sudah beralih kepada media sosial.

Sebab itu bila BN memberi terlalu banyak perhatian kepada blogger dan portal berita, akhirnya  kesemua blogger dan portal media ini rupanya gagal menyaingi kelicikan dan penipuan 3,000 orang tentera berbayar Red Bean Army, baik blog dan portal bahasa Melayu, mahupun portal dan blog bahasa Inggeris, apa lagi jika blog tersebut hanya menyumbang kurang daripada 5 artikel sepanjang tempoh kempen PRU13.

Ia bukan kegagalan satu kumpulan, tetapi kegagalan sistemik dinosour-dinosour yang  merasakan bahawa kita masih bertempur dalam tahun 2008. Jangan tuduh satu-satu kumpulan sahaja yang gagal. Muhasabah dan nilai sendiri perhatian yang telah pemimpin dan bekas pemimpin BN berikan kepada kita semua walaupun ada di antara kita yang menolak daripada dilabelkan sebagai ahli UMNO dan BN. 

Itu adalah mukaddimah tentang satu lagi artikel yang akan ditulis dalam masa terdekat. Ini pula adalah siri ketiga artikel tentang Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO bagi membetulkan kekeliruan pihak yang mempunyai salah tanggapan tentang UMB akibat serangan pihak yang diarah menyerang UMB.

Apakah falsafah UMB?


Menyokong UMB bermaksud menyokong penggiat media siber pelbagai platform, terutama yang tidak diberikan perhatian oleh kepimpinan parti.


Bermula sebagai kumpulan kecil blogger, facebooker, penggerak multimedia kreatif yang sudi bergerak di bawah platform Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di bawah kepimpinan YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar, jumlah penggerak UMB bertambah dari satu tahun ke tahun kepada satu organisasi yang disertai oleh oleh 49 blogger dan aktivis media sosial sepenuh masa dan 175 orang blogger dan aktivis media sosial yang membantu secara sambilan di seluruh negara. Di bawah BNYCT, UMB turut dibantu oleh hampir 1,000 orang sukarelawan siber.

UMB mempunyai pasukan siber di Pulau Pinang, Kedah, Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Kelantan, Terengganu dan Putrajaya. UMB lebih banyak memberi tumpuan kepada negeri-negeri yang dikuasai pembangkang walaupun di negeri tertentu, penggerak UMB tidak mendapat sokongan yang baik daripada pemimpin dan agensi negeri tersebut.

UMB mengendalikan organisasi multi-platform yang terdiri daripada pengendali blog, portal, facebook, twitter, saluran you tube, radio internet, live streaming, multimedia kreatif dan penggerak operasi khas.

Anggota UMB berpengalaman mengendalikan operasi Pilihan raya Kecil Manek Urai, Pilihan Raya Negeri Sarawak dan Pilihan Raya Umum ke-13 di peringkat pusat, negeri Pulau Pinang, negeri Kedah, Wilayah Persekutuan, P125 Putrajaya dan P146 Muar

Anggota UMB juga berpengalaman mengendalikan operasi khas seperti Bersih 2.0, Bersih 3.0, 901, KL112, Sambutan Ambang Merdeka PR, Himpunan Lynas, Himpunan Hijau, Perhimpunan Agung UMNO, program-program, konvensyen dan muktamar parti pembangkang.

Selain itu anggota UMB berpengalaman mengendalikan dan membantu kempen seperti Persidangan Meja Bulat PTPTN, Tweet Merdeka, 1M4U, Himpunan Sejuta Belia dan Himpunan Jutaan Belia, Peluasan Penggunaan Twitter.

Anggota UMB turut berpengalaman membantu hebahan dan gerak kerja mahasiswa dan Pilihan Raya Kampus.

Blogger dan aktivis media sosial UMB juga mempunyai berpengalaman mengendalikan latihan latihan siber. 



UMB berusaha melahirkan seramai mungkin aktivis siber kerana berpendirian perang siber tidak boleh dimenangi hanya oleh 10-15 orang blogger elit dan terpilih semata-mata. Lebih ramai yang tahu, lebih bagus walaupun tahu, jika lebih ramai pejuang siber dilahirkan, akan ada lebih banyak persaingan.


Selain latihan, UMB turut menjalankan program-program pendampingan seperti Tweet-Up, Teh Tarik dan Coffee Corner.

UMB juga mempunyai pengalaman membantu latihan dan operasi jentera komponen BN Sarawak semasa PRN Sarawak dan jentera Pergerakan Pemuda parti komponen semasa PRU13.

UMB berterima kasih dan menghargai perhatian pemimpin tertinggi yang menjadikan UMB sebagai salah kumpulan dari sejumlah kumpulan yang membantu operasi war-room siber BN dalam  PRU13.

Jelasnya, berdasarkan perjalanan perjuangan UMB, UMB bukan tentang hanya 10 ke 15 orang blogger, sebaliknya kumpulan yang tidak lokek berkongsi ilmu dan peranan dengan seramai mungkin aktivis media siber asalkan mereka sanggup bekerja di bawah KPI dan peraturan yang ditetapkan oleh UMB. Walaupun begitu. saya akui, ada kalanya, sebagai blogger atau cybertrooper, adakalanya mereka terlupa dan terlanggar peraturan sedia ada.

Mereka ini merupakan pasukan penggerak di negeri-negeri yang pernah bernaung di bawah UMB sepanjang tempoh PRU13.









Terima kasih atas khidmat yang telah diberikan untuk UMB, ada yang sejak 2009 lagi. Terima kasih juga kerana sanggup bersusah payah bersama UMB walaupun tahu anda tidak mungkin dapat memandu kereta mewah ataupun bertukar kereta baru dengan compensation yang diberikan oleh UMB.


Dakwat kekal - Kenapa penyelidikan dan pengesahan penting bagi jawapan pertanyaan Parlimen

Posted: 26 Jun 2013 11:00 PM PDT

Image may be NSFW.
Clik here to view.

Jangan sekadar menyediakan jawapan kepada pertanyaan Parlimen, tetapi semaklah berulang kali untuk memastikan faktanya tepat, konsisten dan politically correct.

Lazimnya jawapan bagi pertanyaan Parlimen disediakan oleh pegawai kementerian atau agensi berkaitan. Selalunya perhatian yang tinggi diberikan oleh pegawai kementerian, Pegawai Tugas-tugas Khas (PTTK) dan Menteri berkaitan, jika pertanyaan tersebut akan dijawab secara lisan. Disebabkan itu, bukan sesuatu yang menghairankan jika ada kalanya pegawai kementerian, agensi dan pegawai Menteri terlepas pandang terhadap jawapan-jawapan bertulis yang disediakan bagi menjawab pertanyaan-pertanyaan Ahli Parlimen.

Dalam penyediaan jawapan ini elemen penyelidikan dan flavour politik penting. Jika pegawai meja (desk officer) melakukannya secara sambil lewa, pengesahan jawapan oleh pegawai atasannya juga sambi lewa dan pegawai Menteri pula kurang memberi perhatian terhadap apa yang disediakan - selalunya jawapan ini akan menjadi bahan polemik yang menyusahkan Barisan Nasional (BN).

Berdasarkan pengalaman peribadi sewaktu mula bertugas di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dahulu, saya ada menerima jawapan yang disediakan oleh pegawai Bahagian Sumber Manusia bagi menjawab secara lisan tentang sebab kenapa golongan guru ramai yang gagal ujian Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Jawapan yang disediakan adalah "ramai guru gagal ujian PTK kerana kebanyakan guru tidak membuat persediaan dan mengambilnya secara suka-suka."

Dari segi fakta, jawapan yang disediakan ini salah kerana tidak ada sebarang kajian atau tinjauan yang dibuat pada waktu itu tentang punca kegagalan guru dalam ujian PTK sehingga  membenarkan pegawai bertanggung jawab menyimpulkan dapatan seperti di atas. Dari segi rasa politik pula, jawapan ini politically incorrect kerana ia mencemarkan maruah guru yang sering menasihatkan murid untuk bersedia dan bersungguh-sungguh sewaktu menghadapi peperiksaan. Saya mengandaikan jawapan yang disediakan oleh pegawai BSM ini hanya disahkan oleh Setiausaha Bahagian dan tidak mendapat input dari profesional pendidikan dalam KPM.

Dalam isu jawapan bertulis mengenai dakwat kekal, saya mengandaikan jawapan untuk pertanyaan oleh Ahli Parlimen DAP, Lim Lip Eng (Segambut) disediakan oleh pegawai dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Di bawah adalah jawapan yang disediakan :-


Image may be NSFW.
Clik here to view.
NONE


Dalam satu pertanyaan berasingan oleh Ahli Parlimen DAP Seremban, Anthony Loke, laporan portal media pro-pembangkang menyebut bahawa jawapan yang disediakan adalah seperti berikut, 

"kos penggunaan dakwat kekal itu adalah sebanyak RM6.9 juta. Kos itu meliputi kerja-kerja mereka bentuk botol dakwat khas, berus, kotak botol dan membuat bancuhan khas dakwat memandangkan ia tiada di pasaran. Kos tambahan lain meliputi kos pengangkutan, pembungkusan serta penyimpanan dakwat kekal adalah sebanyak RM200,000 menjadikan jumlah kos keseluruhan sebanyak RM7,100,000. Pada masa ini SPR tidak bercadang memaklumkan maklumat pembekal dakwat kekal kepada umum atas sebab keselamatan," 


Saya tidak tahu apa jawapan sebenar, tetapi dari pengamatan saya, pegawai yang menyediakan jawapan ini tidak membuat penyelidikan yang baik dan tidak mengolah jawapan tersebut agar menjadi politically correct





Saya ingin merujuk salah satu kenyataan yang dibuat mengenai dakwat kekal ini, iaitu;

Antara perkara yang menjadi serangan utama pembangkang adalah penggunaan dakwat kekal yang pernah menjadi desakan mereka dahulu terhadap SPR. BN ingin menegaskan sokongan penuh kepada nasihat profesional pakar-pakar di Kementerian Kesihatan dan keputusan SPR untuk mengutamakan dan melindungi pengundi daripada bahaya kanser dan penyakit buah pinggang akibat kandungan bahan silver nitrat yang tinggi.

Dakwat kekal yang digunakan oleh SPR mengandungi 1% silver nitrat setelah menerima pakai nasihat pakar-pakar dari Kementerian Kesihatan. Kadar itu memadai untuk membolehkan dakwat itu kekal 30-70% di jari pengundi selama 10 jam. Untuk kekal lebih lama, kadar sodium nitrat perlu ditambah, tetapi risiko pengundi mendapat kanser akan lebih tinggi.


Saya mengandaikan kenyataan ini juga dibuat berdasarkan input SPR dan `sodium nitrat' dalam kenyataan di atas sebenarnya adalah silver nitrat.

Kenyataan SPR mengenai "Status Halal Jejaskan Ketahanan Dakwat Kekal" boleh dibaca di sini untuk membolehkan kesimpulan dibuat bahawa kenyataan di atas adalah hasil input SPR walaupun nampaknya SPR keliru antara istilah status `halal' dan status `suci' sesuatu produk.

Berdasarkan carian tersebut, saya berpandangan, pertama, mungkin terdapat kebenaran bahawa SPR mendapat input daripada pakar-pakar dari Kementerian Kesihatan mengenai kesan sampingan dan toksik silver nitrat kerana SPR tidak ada kepakaran dalam bidang toksikologi. Perkara yang sama dibuat oleh SPR dalam aspek hukum agama Islam, apabila mereka merujuk Majlis Fatwa Kebangsaan bagi mendapatkan input para ulama.

Bagaimanapun, dari segi fakta, input ini wajar disandarkan kepada rujukan tertentu bukan kenyataan kosong semata-mata. Beberapa carian saya gagal membuktikan fakta ini disokong oleh jurnal dan autoriti dalam bidang ini.

Tulisan Dr Zabidi Hj Ahmad mengenai isu kesihatan dalam penggunaan dakwat kekal menunjukkan kesan toksik yang minimum jika silver nitrat disapu pada kulit dan kuku. (baca di sini). Begitu juga dapatan saya dalam National Library of Medicine HSDB database mengenai toksisiti silver nitrat. 

Malah kelemahan koordinasi komunikasi dan pengesahan jawapan teserlah apabila Menteri Kesihatan yang baru, Datuk Seri S Subramaniam menafikan pula bahawa SPR ada merujuk KKM mengenai dakwat kekal di sini.

Kedua, jawapan ini tidak konsisten dari segi fakta, bila disebut tiada bahan-bahan kimia digunakan dalam dakwat tersebut sedangkan terdapat kenyataan daripada SPR sebelum ini bahan dakwat kekal dari jenis silver nitrat akan digunakan dalam PRU13. 





Baca di sini kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 12 Januari 2012 -
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DakwatkekaluntukPRU-13bukannajis/Article/

Baca di sini juga kenyataan yang dibuat oleh SPR pada 30 April 2013, selepas pengundian awal anggota polis dan tentera http://dialograkyat.blogspot.com/2013/04/dakwat-kekal-tidak-boleh-ditanggal-kata.html






Baca juga kenyataan SPR pada 2 Mei 2013 mengenai keputusan untuk terus menggunakan dakwat kekal pada hari pengundian
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SPRbolehkesancubaanundisemula/Article

Ada lagi kelemahan jawapan yang disediakan. Tak nak elaborate lebih-lebih....

Bukan kecil gaji dan gred Pegawai Tugas-Tugas Khas (PTTK). Pegawai-pegawai kementerian dan agensi pula janganlah bersikap sambil lewa dalam menyediakan jawapan bagi setiap pertanyaan. Pegawai atasan pula, tolonglah semak betul-betul sebelum mengesahkan jawapan yang disediakan oleh subordinat anda.

Janganlah malas membuat rujukan agar jawapan anda konsisten, betul dari segi fakta dan tidak silap dari aspek politik. Semaklah setiap jawapan kepada setiap pertanyaan, lisan mahupun bertulis.

Takkan itu pun nak diberitahu....

Transformasi FGV - Sabri perlu digantikan, tapi...?

Posted: 26 Jun 2013 05:00 PM PDT

Image may be NSFW.
Clik here to view.


Kelemahan Tan Sri Dato Sabri menyebabkan prestasi 
Felda Global Ventures (FGV) dipertikaikan?


Saya telah membaca artikel tulisan blogger APA tentang mengapa Tan Sri Dato Sabri Ahmad perlu digantikan. Dari segi prinsip, saya bersetuju Sabri digantikan dengan CEO baru. Alasannya - agenda transformasi memerlukan idea baru, kerja kuat dan pasukan yang segar dan cergas. Transformasi tidak mungkin dapat dilaksanakan oleh `dinosour', orang yang sudah sekian lama terperangkap di dalam kotak pemikiran lama dan pasukan yang menurun semangatnya. Sebab itu, Sabri perlu pergi.

Cuma tidak semestinya orang yang tidak mempunyai latar belakang pertanian dan ijazah pentadbiran perniagaan tidak boleh melaksanakan tugas dalam bidang tersebut. Apa saja yang Boon Siew tahu tentang motorsikal... sama lah macam menteri-menteri dan pegawai pentadbir dan diplomatik dalam kerajaan.

Harapan saya, dalam melaksanakan agenda transformasi, CEO baru perlu sedar bahawa Felda mempunyai kaitan yang rapat dengan agenda membangunkan ekonomi orang Melayu dalam bidang pertanian di luar bandar. Biarpun kita memerlukan akal-akal besar untuk agar FGV berdaya saing dan menyerlah di persada global, tetapi jangan sampai orang yang dilantik adalah di kalangan yang tidak menyokong agenda pembangunan ekonomi bumiputera.

Kita dah lihat ramai yang di dalam kerajaan dan agensinya, GLC dan dunia korporat, ketua dan kapten yang tidak boleh diharapkan untuk memastikan agenda ini terlaksana dengan berkesan. Dalam Pemandu macam mana pula?

Sakit mata melihat menteri, kapten GLC dan pegawai kanan kerajaan yang tidak ada agenda Bumiputera ni sebenarnya...

Korupsi dalam bidang korporat? Kata Lord Acton, "power tends to corrupt, absolute power corrupts absolutely".. 

Dalam syarikat keluarga sendiri pun orang boleh korup, apa lagi dalam syarikat awam. Hanya Melayu korup? Boleh belah.... korupsi di kalangan bukan Melayu pun banyak. Pengalaman saya dalam sektor swasta membuka mata. Korupsi tidak unik kepada kaum tertentu sahaja. Ia juga bukan tentang penerima, tetapi juga tentang pemberi.

Profesional tidak korup? Di kalangan profesional seperti doktor pakar pun ada yang korup. Tanyalah wakil jualan syarikat ubat-ubatan berjenama. Pensyarah? Kalau minta habuan seks daripada pelajarnya pun rasuah juga... Orang agama? Malas nak komen..

Petikan daripada blog APA
http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2013/06/najibrazak-why-felda-global-ventures.html


Why Felda Global Ventures (FGV) needs a new CEO?

* The answers lies on the outgoing CEO Tan Sri Dato Sabri Ahmad. What has he done during those 3 years in Felda? Nothing except FGV IPO listing which creates a lot of dissatisfactions to the settlers, the staff of Felda and most important the public.

* 2012 FGV performance was well below target/budget.

* Felda Plantation,now known as Felda Global Ventures Plantations performance was well below target/budget due to 29 experienced planters that were removed.

* FGV's downstream company i.e Delima Oil Product introduced so many new useless products in the market e.g Saji Mee, Saji Mayonaise, Sun Bear Peanut Butter etc and all these products failed to penetrate the market. All product end up as "return" for write-off (warehouse in Pasir Gudang is full of these "return" goods).Luckily came PRU13 and all these "return" products end up as "door gift".

All those millions RM (RM10 millions) spent on Promotions and Advertisement doesn't bring any benefits to Delima Oil but said to only benefited the CEO (Delima Oil) and his freindly boss TSS.It was said that many unnecessary trips and promotions was organised overseas where TSS's wife will always be included in the entourage with fully paid expenses.If its true then MACC should investigate on this matter for any "wrongdoings" (if any).No wonder Delima Oil's CEO got two promotions in a year.Delima Oil profit for the year 2012 was RM7 million only.

* Due to high expenses.it was very easy to hide all those ridiculous expenses in order to bring TSS's hardcore followers from Golden Hope e.g Fairuz,Alberto and Denise to ensure all his agendas can go through.Fairuz who holds only Diploma was quickly promoted to Executive Vice President.No wonder their cost of CPO production is one of the highest in Malaysia.

* Beside local TSS has also lined up his personal agenda overseas e.g Myanmar.He refused to utilise Felda's Special Rep to Myanmar who has more than 15 years experience on Myanmar to ensure TSS's close buddy Delima CEO's agenda could go ahead.TSS appointed Grand Wynn as FGV's partner and representative in Myamar.This company who is an agent for Delima's cooking oil is not even a member of Myamar Edible Oil Association (MEOMA) neither a permit holder for cooking oil importation.No wonder sale to Myamar was NIL for the bulk cooking oil this year and yet they declared high sale to Malaysian Palm Oil Council (MPOC) in a recent seminar in Kuala Lumpur.

* Last year,Delima sold more than 10,000 tons of bulk cooking oil to Grand Wynn and partner (the permit holder) at a LOSS due to "special discount" given whilst Grand Wynn unscrupulously made tons of money to be split between T**,Z*****, and N*** in cash and in kind (diamond for the lady in the house).Who's that lady?

No wonder TSS gave instruction that sale of bulk cooking oil must be done by Delima Oils (normally Felda Marketing handle bulk sale) and only through Grand Wynn.

Grand Wynn was given exclusive right to market Delima's Saji Oil. A big launching was done by TSS and Wife and it was heavily advertised in Myanmar and Malaysian newspaper.A few weeks later an injuction was given to Grand Wynn not to distribute/use Saji brand in Myanmar.How to go global as instructed by the Prime Minister when FGV choosed a wrong partner (small and non-creditable).Why cant FGV do a due diligence before choosing a partner overseas?They should learn from Petronas.

Why Tan Sri Dato Sabri Ahmad MUST go and retire from FGV?

1. Age factor - he is already an old man coming to 66 this years.

2. He is not really an expert in palm oil industry. Do check with Golden Hope and MPOB on his track records and you will hear a lot of negative reports and skeletons in his closet.

3. He is not a good corporate man with a good corporate governance. Everywhere he goes he spent a lot in appointing consultants, mostly foreigners with questionable fees.

4. He was said not a man with intergity, famous for back-stabbing, hypocrite and potraying himself as a religious person.

5.The wife is said to plays a leading role in managing FGV,that's why she has to accompany TSS whwrever he goes local or abroad.The question is...who pays for all her expenses?

An informer in London said that one of the 5 units apartments owned by Felda Marketing at the Collonnade Porchester Square is strictly for him and his family used only. We were told that the wife personally selected all the new and expensive furnitures. She was said to even demand VIP treatment with posh chauffer driven car,

WHO PAYS FOR ALL THAT?

Fitnah - Selepas Rafizi, Ong Kian Ming, Zairil dan Justin bakal dipenjara?

Posted: 26 Jun 2013 02:11 PM PDT

Image may be NSFW.
Clik here to view.

Pemimpin PR memang terkenal dengan fitnah dan pembohongan. Baik pemimpin yang ada masalah moral seperti Anwar Ibrahim, ulama suu' dalam Pas seperti Dr Mahfoudz mahupun pemimpin muda PR, mereka memang sudah terdidik dan terbiasa melakukan pembohongan dan fitnah. Kalau pemimpin dah macam tu, apa lagi para pencacai termasuk cybertrooper mereka seperti Red Bean Army.

Terbaru, tiga orang Ahli Parlimen DAP bakal menghadapi tindakan undang-undang kerana didakwa memfitnah Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot Jaem. Saya memang berharap lebih ramai lagi pemimpin BN yang menyaman pemimpin PR yang sering memfitnah mereka. Harapan saya yang lebih besar adalah untuk melihat Peguam Negara menyaman pemimpin pembangkang yang memfitnah kerajaan, kementerian dan agensi di bawahnya. Salah satu saman yang sedang saya nantikan adalah saman terhadap Latheefa Koya yang menipu kononnya ada 300,000 warga India yang dinafikan kewarganegaraan mereka. Bila mau bikin? 


Dakwaan Ijazah Palsu: Richard Riot Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap MP DAP
"Saya dengan sekeras-kerasnya membidas kandungan kenyataan mereka. Kerana ia dilakukan di luar Dewan Rakyat, apa yang saya akan lakukan ialah meminta peguam-peguam saya mengendalikan hal ini," katanya kepada pada pemberita di sini, Rabu.
Beliau menambah, ia merupakan tuduhan "fitnah yang serius".
"Ijazah Sarjana saya dalam Sumber Manusia daripada Hertfordshire, London, begitu juga Ijazah saya dalam Sumber Manusia. Sebab itu saya dalam Kementerian Sumber Manusia.
"Sebagai menteri yang bertanggungjawab, saya membidas perkara ini sebagai satu fitnah. Biar peguam saya mengendalikannya."
Terdahulu, Ong, bersama dua lagi Ahli Parlimen mendakwa kedua-dua Riot dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ewon Ebin memiliki ijazah palsu.
Ong berkata, dalam laman web Kementerian Sumber Manusia, Riot disenaraikan memiliki ijazah 'Charted Institute of Business Management' di Ireland, dan Universiti Preston di Amerika Syarikat (AS).
Katanya, Universiti Preston adalah sangat terkenal sebagai universiti yang palsu sebagaimana dilaporkan oleh beberapa laporan akhbar, sambil menambah bahawa beliau tidak dapat menjumpai laman web untuk Charted Institute of Business Management' Ireland.
Ong menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya kedua-dua individu itu meletakkan jawatan sekiranya beliau serius terhadap integriti dalam Kabinetnya.
Mengenai isu Ewon, Riot tidak mengulasnya.
"Saya hanya tahu tentang diri saya."
Katanya, beliau tidak tahu di mana Ong mendapat maklumat mengenai "ijazah palsu" dan di mana sahaja mereka mendapatkannya tidak penting.
"Apabila Perdana Menteri melantik seseorang menyertai Kabinetnya, beliau akan memastikan pilihannya itu dalam menjalankan tugas. Dan tugas di Kementerian Sumber Manusia bukannya mudah," kata Riot.





Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>