Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

PEJUANG BANGSA

$
0
0

PEJUANG BANGSA


HOT ! PRK KUALA BESUT DEDAHKAN ANWAR PEMIMPIN PALING GELOJOH ... @Shaberyc

Posted: 27 Jun 2013 09:00 AM PDT




Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai gelojoh kerana bercakap soal pilihan raya kecil ketika keluarga Allahyarham Dr A. Rahman Mokhtar bersedih atas pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut itu.

Katanya perbuatan Ketua Pembangkang itu menunjukkan Anwar tidak tahu bersabar dan teruja kerana kematian A. Rahman membuka peluang kepada pilihan raya kecil bagi kerusi dewan undangan negeri (DUN) di Terengganu tersebut.

"Bila orang bersedih bagi dia seolah-olah dia gembira untuk (merampas satu lagi kerusi)...(Ini) kegembiraan untuk Anwar dan terus menunjukkan rasa tamak dan gelojoh untuk menerkam satu kerusi yang ada di situ.

"Bagi saya ini masih lagi waktu bersedih kami...untuk menunjukkan simpati, dukacita dan takziah kepada keluarga Allahyarham...itu yang lebih penting, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Anwar semalam yang bercakap mengenai pilihan raya kecil di DUN itu sedangkan penyandangnya Allahyarham A. Rahman Mokhtar baru sahaja meninggal dunia pada sebelah pagi.

Allahyarham A. Rahman, 55, disahkan meninggal dunia pada pukul 10.18 pagi semalam di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu akibat kanser paru-paru.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, A. Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon PAS Napisah Ismail.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata beliau yakin Barisan Nasional (BN)mampu mempertahankan kerusi itu jika pilihan raya kecil diadakan.

"Berdasarkan keputusan lepas, BN menang dengan agak selesa, jadi tidak ada sebab untuk BN kalah," katanya.

PKR TAK MAKAN DUIT RAKYAT YE ... SEKARANG BEKAS PEGAWAI KHAS MB BUKTIKAN !!!

Posted: 27 Jun 2013 08:00 AM PDT





Bekas pegawai khas kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dihukum penjara dua tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan menipu bagi mendapatkan sumbangan Majlis Sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat, lima tahun lepas.

Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah membuat keputusan itu terhadap Mohd Yahya Mat Sahri, 46, selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen di sini membebaskan tertuduh pada Mei 2011.

Abdul Alim bagaimanapun membenarkan permohonan peguam Ahmad Nizam Hamid, yang mewakili Mohd Yahya, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Rayuan.

Hakim kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.




Timbalan Pendakwa Raya Nor Azah Kasran hadir bagi pihak perayu. Pada 20 Mei 2011, Hakim Azhaniz Teh Azman Teh melepas dan membebaskan Mohd Yahya daripada tuduhan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mohd Yahya dituduh menipu Presiden Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Datuk Abdul Karim Munisar untuk mempercayai bahawa Sekretariat Pakatan Rakyat memohon sumbangan bagi menampung pembiayaan majlis sambutan itu di Gardenia Coffee House, Quality Hotel di sini pada 4 Jun 2008.

Tertuduh, selaku pengarah program acara itu, dituduh dengan curangnya mendorong Abdul Karim untuk menyerahkan RM50,000 kepadanya sebagai sumbangan, sedangkan Abdul Karim tidak akan melakukannya sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat dan boleh juga didenda.

Seramai 28 saksi pendakwaan termasuk Menteri Besar Selangor dan lapan saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Apahal DAP rasis nak pertikai pengambilan pelajar matrikulasi ?? @MuhyiddinYassin

Posted: 27 Jun 2013 07:24 AM PDT




Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan kerajaan BN tidak pernah menipu rakyat dalam soal pendidikan, termasuk kepada masyarakat India.

Menyifatkan dakwaan sebegitu yang dilontarkan M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) sebagai melulu, beliau menarik perhatian bahawa sebenarnya kuota 1,500 tempat matrikulasi untuk pelajar India telah dipenuhi pada sesi pengajian tahun ini dan tahun sebelumnya.

"Kerajaan tidak pernah menipu rakyat, itu satu tuduhan agak melulu, lebih-lebih lagi terhadap komitmen yang telah dibuat kerajaan.

"Jadi, jika beliau nak tahu sama ada komitmen kementerian untuk sediakan 1,500 tempat kepada pelajar India memasuki program matrikulasi dipenuhi, jawapannya ya, ia telah dipenuhi tahun lalu, malah tahun ini juga telah dipenuhkan," kata Muhyiddin pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, menjawab soalan tambahan Kulasegaran yang antara lain mendakwa masyarakat India tidak mendapat manfaat dan tertipu dengan janji yang dibuat kerajaan.

Pada Februari tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersetuju menambah 1,000 tempat kepada pelajar India bagi mengikuti kursus prauniversiti kepada jumlah awal 559 tempat.

Muhyiddin menjelaskan kementerian terpaksa menurunkan peratusan kelayakan bagi memenuhi kuota yang dijanjikan kerana sebahagian daripada mereka yang memohon tidak memenuhi kriteria terutama daripada segi peratusan kelayakan.

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau terpaksa menyebut perkara itu bagi mengelak kerajaan daripada dituduh tidak memenuhi janji dan komitmen yang telah dibuat.

"Saya nak sebutkan di sini, kita terpaksa jelaskan bahawa daripada sejumlah beberapa ribu pelajar yang membuat permohonan memasuki matrikulasi, kita sudah tapis, dan sebahagian daripada mereka dikatakan tidak memenuhi kriteria kelayakan.

"Kerana hendak memenuhi kuota, kita terpaksa turunkan peratusan kelayakan yang biasanya antara 92 hingga 95 peratus....ini terpaksa saya sebutkan dalam dewan, kerana hendak memenuhi janji walaupun mereka sebenarnya tidaklah begituberkelayakan daripada segi tahap kompetensi dan prestasi," katanya.

Menyentuh penyatuan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran sebelum ini, Muhyiddin berkata langkah itu akan memberi kesan besar terutama dalam soal menyelaras dan memperhalusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) 2007-2020. - Bernama

HOT ! PENIAGA MELAYU UPTOWN PERDA SOKONG TINDAKAN REGIM DAP !

Posted: 26 Jun 2013 10:30 PM PDT


Apasal tajuk GPB seperti itu ?? ...sebabnya  ada macai-macai  DAP dok pertahan   kata ini  fitnah UMNO   dan uptown ini tak pernah  ditutup pun oleh Khalifah kesayangan,  Guan Eng . KLIK DI SINI

Biar gambar berbicara .... kalau tiada angin ..pokok tak akan bergoyang ...

Kalau barangan mereka tak dirampas & bisnes mereka tak diganggu ..mereka tak akan pergi berdemo dan mengamuk seperti ini di pejabat MPSP milik kerajaan DAP ..

Hadiah paling MANIS kerajaan DAP untuk peniaga Melayu Bandar Perda  di atas sokongan padu terhadap PR semasa PRU13 hingga membolehkan 4 kerusi di parlimen ini disapu bersih .

HOT ! PASAL JONKER WALK , DAP BALAS DENDAM UGUT TUTUP BAZAR RAMADHAN !!

Posted: 26 Jun 2013 09:02 PM PDT



Katanya, jika benar alasan kerajaan negeri bahawa keputusan untuk menutup pasar malam pelancong Jonker Walk di Kota Melaka kerana mahu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang melampau, maka tindakan yang sama perlu diambil ke atas Pasar Ramadan.

"Saya rasakan kalau-kalau satu pasar malam mahupun pasar tani ataupun pasar Ramadan akan menyebabkan kesesakan lalu lintas, maka semua pasar-pasar, semua pasar tani di Melaka atau mana-mana negeri perlu dibatalkan secara langsung.

"Kenapa tutup saja di Jonker Walk? Saya rasa semua tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri ini adalah tindakan politik yang langsung tidak mengambil kira keperluan rakyat di Malaysia. Ia hanya mengambil kepentingan politik Umno," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau selain itu turut menggesa penutupan Jonker Walk itu dibatalkan dengan serta merta.

Kemelut itu timbul apabila akhbar berbahasa Cina Kwong Wah Daily hari Isnin lalu melaporkan Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron sebagai berkata, mesyuarat anggota exco pada 12 Jun lalu memutuskan menutup pasar malam berkenaan demi memenuhi hasrat rakyat.

Bagaimanapun Idris telah menafikan laporan itu. Katanya, keputusan yang diambil pada mesyuarat exco itu adalah untuk membuka semula jalan raya yang ditutup kerana kerajaan negeri menerima banyak rungutan daripada pengguna berhubung kesesakan teruk di sekitar laluan masuk ke bandar raya Melaka berhampiran Jonker Walk setiap hujung minggu.

"Ada pengguna mendakwa untuk sampai ke bandar raya Melaka dari Plaza Tol Ayer Keroh memakan masa sehingga empat jam," katanya.

Perkara itu bertambah kusut apabila sebuah portal mesra pembangkang memetik ADUN Kesidang, Chin Choong Seong bahawa penutupan Jonker Walk adalah 'pembalasan' kepada pengundi Cina yang menyokong pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Hot ! Guan Eng biaDAP , tidak hormati titah YDP Agong !!

Posted: 26 Jun 2013 08:25 PM PDT


- Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diingatkan tidak mempertikai dan memperlekehkan titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua'dzam Shah semasa majlis pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-13 di Dewan Rakyat semalam. Peringatan itu disuarakan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri ini yang melihat Ahli Parlimen Bagan itu seolah-olah tidak menghormati institusi raja selain Perlembagaan negara.

 Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak), Wan Khairul Ihsan Muhammad berkata, Guan Eng tidak sepatutnya mempolitikkan titah Seri Paduka dengan menyifatkannya sebagai skrip yang disediakan kerajaan Barisan Nasional (BN).

 Katanya, pemimpin DAP itu sepatutnya memandang serius titah ucapan Seri Paduka dalam usaha memperkasakan tanggungjawab setelah mendapat mandat daripada rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

 "Tetapi kalau dari awal lagi Guan Eng sudah menunjukkan sandiwara politik sempitnya dan mahu menjadikannya sebagai isu, sampai bilapun politik pembangkang tidak selesai dan rakyat tidak akan mendapat apa-apa manfaat yang diperjuangkan mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Beliau mengulas kenyataan Guan Eng yang mendakwa titah Seri Paduka dalam majlis berkenaan sebenarnya telah disediakan kerajaan BN, tidak melibatkan kepentingan rakyat malah terdapat banyak kepincangan kerajaan yang cuba disorokkan.

 Dalam pada itu, Wan Khairul Ihsan berkata, pemimpin pembangkang termasuk Guan Eng sepatutnya memberi tumpuan penuh pada usaha pembangunan rakyat dan negara, bukannya 'mencuri' kesempatan untuk terus memenuhi kepentingan politik satu pihak.

 Sementara itu, Presiden Angkatan Generasi Melayu Muda (Agenda), Mohd. Zaidan Abdul Rahim berkata, selaku ketua negara, Yang di-Pertuan Agong sememangnya sedia maklum landskap politik semasa, maka titah Seri Paduka itu bukan satu omong kosong yang boleh dipandang remeh.

 Katanya, titah Seri Paduka tersebut perlu dijadikan landasan oleh semua pemimpin bagi memastikan setiap amanah rakyat akan dilaksanakan dengan penuh bertanggungjawab.

 "Rakyat tidak akan dapat mengecap sebarang perubahan atau kemajuan yang sepatutnya selagi pemimpin yang dipilih mereka terus meletakkan politik di hadapan," katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>