Panglima Perang Cyber |
- Mesti Baca : 5 Protokol Zionis Hancur Negara Islam Sumber Kepada Rukun Negara Malaysia ???
- 'No govt intention to obtain bloggers' identities' - Prime Minister's Department
- Semalam PM @NajibRazak Bertemu Tun Mahathir - Menafikan Perselisihan - Sokong Tiada Pertandingan Dua Jawatan
- Rupanya CIMB Adik PM @NajibRazak Lebih Awal Boikot Iklan Akhbar Utusan Malaysia dari Air Asia - Blog Zainuddin Maidin
- Sambungan Kisah Perjanjian @Anwaribrahim - Jusuf Kalla - @NajibRazak oleh Blogger Al-Azharri Siddiq
Mesti Baca : 5 Protokol Zionis Hancur Negara Islam Sumber Kepada Rukun Negara Malaysia ??? Posted: 17 Jun 2013 10:01 PM PDT 1. Di dalam buku Protokol Ilmuan Zionis, telah tertulis 5 langkah yang perlu dilaksanakan untuk menghancurkan sesebuah negara. 2. Cara tersebut mestilah dijalankan dari dalaman dan digerakkan oleh agen-agen Yahudi samada agen tersebut sedar ataupun tidak tahu dia digunakan. 3. Langkah ini dijalankan dalam jangka masa panjang. Yang penting bagi Yahudi adalah penanaman agen itu terlebih dahulu. 4. Agen ini mestilah rakyat tempatan dan boleh mempengaruhi pemikiran majoriti rakyat negara tersebut. 5. 5 langkah tersebut adalah: a. Menimbulkan ketidakpercayaan sesama rakyat. b. Menimbulkan ketidakpercayaan terhadap penguatkuasa undang- undang terutamanya Polis. c. Menimbulkan ketidakpercayaam terhadap sistem kehakiman dan perlembagaan. d. Menimbulkan ketidakpercayaan terhadap pemerintah, kerajaan, raja dan pemimpin majoriti. e. Menimbulkan ketidakpercayaan terhadap Tuhan, amalan keagamaan, pantang larang agama. (Sudahkah ini berlaku?) 6. Dalam masa 5 langkah ini berjalan, akan muncul kumpulan ekstremis yang akan mengepalai rasa ketidakpuashatian terhadap kepimpinan negara tersebut. 7. Di sini adalah suatu bentuk kesempatan kepada Yahudi untuk menyelinap masuk melalui golongan ekstremis, revolusis, pemberontak. 8. Secara sedar atau tidak, kelima-lima langkah ini bercanggah dengan Rukun Negara kita. Rupa-rupanya, Tun Dr Ismail dan kumpulannya mencipta Rukun Negara berasaskan kepada anti-gerakan Zionis. 9. Rukun Negara; a. Kepercayaan kepada Tuhan b. Kesetiaan kepada Raja dan Negara. c. Keluhuran Perlembagaan d. Kedaulatan undang-undang e. Kesopanan dan kesusilaan 10. Di Malaysia ada satu pihak yang membawa agenda Yahudi ini secara langsung dan terus. 11. Pakatan Rakyat. Bagaimana? a. Menimbulkan ketidakpercayaan sesama rakyat. Mewujudkan ketidakpercayaan antara kaum majoriti Melayu dan minoriti Cina dan India. Mewujudkan satu kaum yang kononnya rasis dan berat sebelah dan menindas kaum lain. Buktinya: baca juga tentang perkara berkaitan Dajjal dan Yahudi yang dibongkar http://dajjal.wordpress.com/2007/12/ Lihat video Tangan Asing yang berkaitan artikel di atas |
'No govt intention to obtain bloggers' identities' - Prime Minister's Department Posted: 17 Jun 2013 09:38 PM PDT Laporan awal telah disiarkan pada 13.6.2013 yang membawa maksud seolah blogger tiada identiti tidak akan dibenarkan lagi selepas ini. Ia disiar di Berita Harian http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Blogger_hantu_diharam/ArticleKandungannya : Pemilik blog, portal diwajib dedah identiti sebenar Kuala Lumpur: Pemilik blog dan portal yang menyebarkan maklumat tidak sahih dan fitnah akan dikenakan tindakan tegas selepas kerajaan mewajibkan mereka meletakkan maklumat identiti sebenar tidak lama lagi, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri menegaskan, peraturan 'ketetapan-sendiri' itu bertujuan memastikan pengamal media sosial lebih bertanggungjawab terhadap maklumat disampaikan, sekali gus mengelak perpaduan masyarakat pelbagai agama dan bangsa dirosakkan oleh maklumat palsu. Kerajaan tidak akan mengambil tindakan melesenkan portal berita seperti dilakukan negara jiran tetapi bagi memelihara keharmonian nasional, kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang sedia ada untuk memastikan pihak yang cuba menanam perpecahan menggunakan elemen bangsa, agama, bahasa atau cuba memperkecilkan institusi Raja Berperlembagaan serta mencuba merosakkan sistem demokrasi berparlimen, akan diambil tindakan," Datuk Seri Najib Razak Sehubungan itu, Najib menegaskan, tidak akan ada lagi penulis 'tidak bernama' dalam blog atau portal seperti sekarang bagi memastikan mereka lebih bertanggungjawab terhadap tulisan masing-masing. Berita yang sama juga turut disiarkan di sini Selepas itu rupanya telah dibuat penafian bahawa Kerajaan tidak membenarkan blog tiada identiti seperti berita NST di bawah :KUALA LUMPUR: The government has no intention to make it compulsory for bloggers and news portal writers to reveal their identities.In a statement yesterday, the Prime Minister's Department clarified that Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had never mentioned anything to the effect in his speech at the Malaysia MPI-Petronas Media Awards 2012 as reported by the media. Following is part of the prime minister's speech in relation to the matter. "As a growing nation in facing current challenges, we need to ensure that the social media is not abused. "We need to create an atmosphere where anything published in the realm of social media, is based on the existence of principles, values and responsibility. "For that, I would like the people and social media users to suggest positive measures that the government can implement to ensure the information is relayed responsibly and does not violate any law. "The freedom accorded to the social media must be parallel with a sense of responsibility. "Often, in the domain of social media, there are mischievous writers who will use the space given to them to relay information containing slanderous elements that can jeopardise harmony. "It is a different situation with the mainstream media where media practitioners are bound by journalism's code of ethics which make them extra careful when writing and relaying information. "It is my hope that the suggestions given are not against the Communications and Multimedia Act and also those provisions under the MSC Malaysia's Bill Of Guarantee which states that the Internet will not be censored. "In this case, I would like to explain here that the government will not impose licensing on news portals as has been done by a neighbouring country. "But to preserve harmony in the country, the government will continue to enforce existing laws to ensure that no quarters try to create disunity by resorting to elements of race, religion and language or try to belittle the royal institution or try to subvert the system of parliamentary democracy. "Appropriate action will be taken in accordance to existing laws." Dalam hal ini panglima telah menyambut baik perkara ini namun mahu tindakan tetap diambil jika wujud pihak samada beridentiti sebenar atau tidak yang menyebarkan perkara palsu dan bercanggah dengan undang-undang. Identiti tidak penting kecuai pihak yang mahu nama, namun yang paling penting ialah penjelasan isu dan fakta yang digunakan agar tidak wujud kekacauan hingga boleh meranapkan perpaduan antara kaum dan agama di negara kita. Bersama kita menjadi blogger terhormat bukan yang dilaknat Insya Allah ! |
Posted: 17 Jun 2013 08:33 PM PDT Pertemuan berlangsung jam 4.45 petang semalam menurut blog Minaq Jinggo. Sila baca seterusnya kisah pertemuan di blog Minaq Jinggo http://jinggo-fotopages.blogspot.com/2013/06/siapa-yang-nak-laga-najib-dengan-tun-m.html Sebelum ini banyak spekulasi timbul berhubung serangan secara halus ke atas YAB Perdana Menteri. Melalui kenyataan demi kenyataan dari pihak dilihat penyokong Tun Mahathir. Namun semalam Tun telah menjelaskan agar tidak ada pertandingan bagi dua jawatan tertinggi UMNO Kenyataan beliau : Dr M sokong jawatan tertinggi tak dipertandingkan Tarikh: June 17, 2013 PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong penuh cadangan jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak dipertandingkan pada pemilihan parti November ini. Katanya beliau bimbang pertandingan bagi dua jawatan tertinggi yang masing-masing disandang Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu akan menyebabkan perpecahan dalam Umno dan juga orang Melayu. "Mengikut amalan demokrasi, kita patut ada pertandingan tetapi orang Malaysia tidak begitu faham amalan demokrasi sebenar. Kalau kalah, mereka akan tarik diri (keluar parti) dan tubuhkan parti lain dan ini menyebabkan orang Melayu dan Umno berpecah lagi. "Sehubungan itu, saya sokong kalau ada pertandingan tetapi bukan untuk dua jawatan di puncak sekali iaitu presiden dan timbalan presiden. "Saya biasa bertanding dulu (jawatan presiden Umno) dan saya menang dengan 43 undi saja tetapi pihak yang kalah telah bawa (mendakwa) saya ke mahkamah dan menubuhkan parti lain... Orang kita (Melayu) berpecah kerana pertandingan," katanya pada sidang media di sini hari ini. Dr Mahathir sebelum itu melancarkan buku 'The Prisoners Diaries' yang disunting oleh Puan Sri Norma Hashim daripada Viva Palestina Malaysia. Buku setebal 125 muka surat itu dihasilkan Viva Palestina Malaysia dengan kerjasama Centre for Political & Development Studies di Gaza, menceritakan pengalaman banduan Palestin di penjara Israel. Buku itu dijual dengan harga RM20 dan semua keuntungan daripada jualan akan diguna untuk membiayai projek kewartawanan dalam kalangan rakyat di Gaza. Sementara itu, Dr Mahathir melahirkan kekecewaan apabila kuasa-kuasa besar yang lantang menyuarakan keadilan dan pemerintahan mengikut kedaulatan undang-undang "menghalalkan" tindakan Israel memenjara rakyat Palestin untuk ditukar sebagai tebusan jika askar Yahudi ditahan di Palestin. "Israel merupakan satu-satu negara di dunia yang menahan rakyat musuh untuk pertukaran tebusan "Lima ratus banduan Palestin yang ditahan akan digunakan sebagai pertukaran untuk seorang askar yang ditahan di Palestin," katanya. Dr Mahathir juga mengecam tindakan Israel yang sewenang-wenang melakukan apa sahaja termasuk melancarkan serangan di perairan antarabangsa dengan hanya alasan "bertindak atas kepentingan keselamatan". "Semuanya pasal keselamatan Israel, seolah-olah keselamatan orang lain tak penting... Inilah ketidakadilan yang berlaku tetapi ia dihalalkan negara-negara yang lantang menyuarakan keadilan," katanya. - Bernama |
Posted: 17 Jun 2013 07:11 PM PDT Panglima baru sahaja membaca blog Zainuddin Maidin mantan Menteri Penerangan Kabinet 2006 era Pak Lah sebentar tadi. Tulisan beliau memang digemari panglima sejak dulu dan beberapa buah buku beliau sudah dibeli. Kebanyakkannya berkaitan dengan mantan PM Tun Mahathir Mohamed. Penceritaan yang lancar dan padat dengan fakta antara keistimewaan penulis mantan Ketua Pengarang Utusan Malaysia ini. Beliau juga berani menyuarakan pandangannya dan itulah yang paling istimewa yang jarang ada pada diri seorang penulis. Sepatutnya keberanian menulis dan mempertahankan tulisan itu patut dan wajib ada pada seorang penulis. Kerana itulah integriti yang sangat mahal dan barangkali terpaksa dijual dengan tindakan saman, penjara berbulan-bulan atau dibalas dengan serangan yang memalukan. Dalam hal ini blogger juga seorang penulis dan tugas mereka juga sama cuma berbeza medium penerbitan tulisan yang lebih cepat dan mudah diakses dengan percuma berbeza dengan media massa bercetak. Blogger sepatutnya bukan sekadar menganalisa isu politik bahkan sebarang isu melibatkan manusia dan masa depan bangsa dan agama juga perlu disentuh dan dihuraikan dengan baik berdasarkan info yang cukup selepas mengkaji baik buruk di sebaliknya.. Blogger seperti ini yang sukar dicari. Yang ada sekarang pada hemat saya, hanya pandai melontar idea dipenuhi semangat mahu menunjukkan kehebatan menyerang lawan dan melanggar etika yang mendedahkan banyak perkara yang dikira sebagai rahsia. Matlamat blogger juga nampaknya bukan kerana perjuangan tetapi mula menyimpang ke arah mengejar wang dan juga pengaruh untuk dipandang. Kehebatan diukur sekarang ini berdasarkan hits dan juga wang diperolehi, serta 'connection' yang dibina bukan kepada idea yang digarap hasil pembacaan dan diskusi yang panjang dengan ahli-ahlinya serta mampu 'menggegarkan' negara. Jangan kita terlampau marah sehingga membuka perkara atau rahsia sulit yang semakin menjahanamkan parti yang kita kata kitalah pembelanya. Jangan sampai habis perang saudara di alam maya sehingga mengorbankan rakan seperjuangan yang bakal melemahkan lagi parti tulang belakang umat Melayu kita. Ini yang perlu dijaga dan diamalkan sebagai penggiat media sosial atau kita akan dipandang penuh menyampah lantaran sikap kita sendiri yang menghakis rasa hormat manusia terutama pemimpin tertinggi negara dan parti kita. Baca kisah CEO CIMB adik PM yang menyanjung Azran Rani Osman http://www.utusan.com.my/utusan/ dan lebih awal memboikot iklan kepada akhbar setia perjuangan Melayu iaitu Utusan Malaysia. Meskipun PM kita Datuk Seri Najib sendiri tidak sedemikian pendiriannya. Sehingga diakui pemimpin PERKASA tentang ketulenan jiwa Melayu DS Najib Razak dan pandangan jauh beliau. Klik sini http://www.utusan.com.my/ untuk membacanya. Jangan kerana adik maka abang dipersalahkan. Berikut petikan tulisan Zainuddin Maidin : The Star sangat bijak dan cekap memainkan isu-isu sensitif sehingga orang seperti adik Perdana Menteri, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Nazir dan CEO Air Asia, Azran tidak sedar akan rasismenya dan sanggup mencurahkan iklan berjuta ringgit kepadanya dan tidak memberikan iklan kepada Utusan kerana rasis. Bantuan ini tidak secara langsung memberi kekuatan kepada The Star untuk meneruskan ajendanya yang tersembunyi. CIMB memang memboikot iklannya kepada Utusan Malaysia mendahului AirAsia kerana memikirkan pelanggan Melayunya hanya kecil sahaja. Orang orang seperti Nazir dan Azran yang berpelaran tinggi tetapi tidak terpelajar (meminjam kata kata Pak Ungku Aziz) tidak akan dapat memahami apa yang tersirat dan tidak tersurat dalam permainan politik Sebenarnya ramai rakyat Malaysia malah penduduk di sekitar Ampang dan Selayang tidak sedar bahawa beberapa kejadian pembunuhan rakyat Myanmar yang berlaku di sekitar mereka adalah berkaitan dengan sentimen agama yang ada kaitan dengan rusuhan agama di Myanmar sebaliknya disangka mereka sebagai pergaduhan kumpulan semseng. Terima kasih kepada akhbar akhbar yang tidak membesar besarkan kejadian ini. |
Sambungan Kisah Perjanjian @Anwaribrahim - Jusuf Kalla - @NajibRazak oleh Blogger Al-Azharri Siddiq Posted: 17 Jun 2013 06:18 PM PDT Dalam bahagian kedua ini, saya akan menjurus kepada "Surat Perjanjian" oleh Anwar Ibrahim, Jusuf Kalla dan DS Najib Razak. Di luar sana, terlalu banyak rumors yang perlu saya perbetulkan, kerana jika saya tidak perbetulkan, orang-orang UMNO khususnya telah memberi satu persepsi yang silap khususnya kepada DS Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Jika apa yang saya tulis ini tidak benar, maka Bapak Jusuf Kalla berkata tidak benarlah juga kepada saya. Dalam hal ini, saya amat yakin integriti Bapak Jusuf Kalla. Oleh kerana saya terlibat dalam pertemuan ini, maka saya bertanggungjawab untuk berkongsi hal ini, dengan harapan pembaca akan berfikir dan bukannya menjatuhkan hukuman. SIAPA BUAT SURAT PERJANJIAN Dalam hal ini, saya kecewa dengan Anwar Ibrahim kerana saya dapati beliau tidak bercakap benar dalam beberapa perkara. Saya membaca satu berita kononnya Anwar mengatakan Bapak Jusuf Kalla yang menawarkan diri untuk menjadi orang tengah. Walhal, pada bulan Mac 2013, Anwar Ibrahim sendiri datang ke rumah Bapak Jusuf Kalla pada malam hari, dengan ada teman saksi iaitu Bapak Fahmi Idris dan Bapak Yusril Ihza Mahendra di ruang tamu tempat yang sama saya duduk bersebelahan Bapak Jusuf Kalla dalam gambar itu. Ketika itu (Mac, 2013), Anwar dengan yakin menghujahkan kepada Bapak Jusuf Kalla beliau akan menang PRU13. Bukannya Bapak Jusuf Kalla yang memanggil Anwar datang ke Jakarta. Kita harus faham, siapa tetamu dan siapa tuan rumah. Pada bulan Mac 2013 itu, Apakah Bapak Jusuf Kalla yang berkunjung ke Kuala Lumpur atau Anwar Ibrahim yang mendatangani Jakarta? Anda jawab sendiri! Selepas Anwar berjaya meyakinkan Bapak Jusuf Kalla dan berjaya memujuk beliau, maka Bapak Jusuf Kalla atas dasar sehabat seemosi (istilah di Indonesia untuk menunjukkan tahap keakraban) telah terbang ke Kuala Lumpur dan bertemu Anwar Ibrahim pada 4/5/2013 iaitu sehari sebelum PRU13. Dan seterusnya Bapak Jusuf Kalla turut bertemu DS Najib pada tengah malamnya. Bapak Jusuf Kalla memberitahu kepada saya, bahawa Anwar Ibrahim membuat Surat Perjanjian di antaranya sesiapa yang kalah hendaklah menerima kekalahan. Ada beberapa lagi yang saya tidak perlu nyatakan di sini. Bapak Jusuf Kalla memberitahu saya bahawa Anwar menandatangani Surat Perjanjian yang dibuatnya itu, dan Bapak Jusuf Kalla turut menurunkan tandatangan. Tetapi tidak oleh DS Najib! baca selanjutnya |
You are subscribed to email updates from Panglima Perang Cyber To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |