JEBAT BERKOKOK |
Betul ke bekas SUPOL PM nak jadi SUPOL Menteri pulak? Posted: 16 Jun 2013 07:50 PM PDT Betul ke ada seorang bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri yang kalah dalam PRU yang baru lalu kini berhasrat untuk menjadi Setiausaha Politik kepada seorang Menteri Kabinet? Mungkin kerana malu alah untuk memohon supaya dikekalkan untuk terus menjadi Setiausaha Politik PM kerana kalah dalam PRU maka tak ada jalan lain selain daripada menebalkan muka memeohon untuk jadi Setiausaha Politik kepada Menteri tu. Downgrade tu..daripada SUPOL PM jadi SUPOL Menteri..!! Yelah dah biasa ada pemandu dan kereta rasmi mana boleh nak tahan diri daripada terus ada kemudahan tu. Betullah kata Tun Daim, PM kena pecat penasihat yang tak membantu beliau dalam PRU yang lalu. Setuju sangatlah Jebat kalau ramai orang yang kata ada di antara SUPOL PM dulu lebih mengutamakan diri masing-masing daripada membantu PM. Kepada bekas SUPOL PM yang nak jadi SUPOL Menteri tu, berilah peluang kepada muka-muka baru. Anda sudah diberi peluang dan anda gagal menjalankan tugas anda dengan baik dan pendekatan anda telah jelas ditolak oleh rakyat di dalam PRU yang baru lalu. Apa lagi yang anda cuba buktikan? Anda perlu buang sifat sombong dan belajarlah untuk senyum!!! Sudah kalah, kalahlah!!! p/s: Alamak bekas SUPOL PM ni nak jadi SUPOL kepada seorang Menteri yang lebih kurang sama perangai macam dia..!! Hahaha..Menteri ni pun entahlah macam mana PM boleh jadikan Menteri. Bukan kenang jasa Menteri ni..Pegawai kanan dia dulu pun dia singkirkan selepas dapat jadi Menteri..Ada ke patut!! |
You are subscribed to email updates from JEBAT BERKOKOK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |