PEJUANG BANGSA |
- HOT ! MENARA UMNO RUNTUH, DAP CONFIRM TERKEJUT BERUK BILA TENGOK GAMBAR INI !
- DAP dakwa Menara Umno dibina sebelum pelan diluluskan @dzainalabidin
- Media pembangkang kantoi , @NajibRazak tak ingin pun jumpa Anwar !!
HOT ! MENARA UMNO RUNTUH, DAP CONFIRM TERKEJUT BERUK BILA TENGOK GAMBAR INI ! Posted: 17 Jun 2013 05:03 AM PDT Biar gambar berbicara . Gambar ini mungkin mahu disembunyikan DAP P.Pinang yang sekarang ini giat menghentam UMNO disebalik runtuhan menara penebat petir ini walaupun ia berpunca daripada bencana alam . Malah, Ketua Pegawai Eksekutif JKP Adzmi Ariffin telah mengesahkan bahawa bangunan 21 tingkat itu kukuh kerana kerja penyelenggaraan dilakukan secara berkala dan menyifatkan insiden runtuhan itu sebagai bencana alam. Hari ini pemimpin DAP mempertikaikan pulak pelan bangunan berkenaan (klik di sini ) . Sepatutnya DAP perlu tanya Pengerusi Badan Perhubungan UMNO P.Pinang ketika itu iaitu Anwar Ibrahim kerana beliau mempunyai kaitan sepenuhnya pembinaan bangunan 21 tingkat ini . Semua bahagian UMNO P. Pinang calonkan Dr M. DR. MAHATHIR MOHAMAD menerima cenderamata daripada Anwar Ibrahim selepas merasmikan Menara UMNO Pulau Pinang di Jalan Macalister, Selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, beliau berharap pengisytiharan itu menamatkan desas-desus kononnya beliau bercadang untuk mencabar kepimpinan Dr. Mahathir. Anwar yang juga Timbalan Presiden UMNO membuat pengumuman tersebut di hadapan kira-kira 3,000 pemimpin dan ahli UMNO negeri ini yang menghadiri majlis perasmian Menara UMNO Pulau Pinang di Jalan Macalister di sini. Dalam satu ucapan ringkas sebelum Dr. Mahathir merasmikan bangunan baru setinggi 21 tingkat yang terletak di sebuah kawasan sibuk di tengah-tengah Pulau Mutiara ini, Anwar berkata, beliau sentiasa ''setia, terhutang budi dan mengasihi Dr Mahathir." Dr. Mahathir pula, ketika dijemput berucap pada majlis itu menyatakan bahawa beliau berterima kasih dengan sokongan UMNO Pulau Pinang dan berharap Anwar juga akan dikekalkan sebagai Timbalan Presiden. Beliau berkata: ''Jangan lupa dia (Anwar) sebagai Timbalan Presiden. Saya harap bukan setakat calonkan sahaja, tetapi undi samalah." Presiden UMNO itu berucap panjang mengenai pentingnya orang Melayu dan ahli-ahli UMNO, terutama yang menjadi minoriti di kawasan bukan Melayu seperti di Pulau Pinang, mengingati dan belajar daripada sejarah. Bagaimanapun, sebelum beliau mengakhiri ucapannya, Dr. Mahathir sekali lagi menyentuh kenyataan taat setia Anwar dan UMNO Pulau Pinang. ''Bahagian-bahagian tak calonkan sesiapa selain saya. Ini nampak kurang demokratik, tetapi kadang-kadang terlangsung banyak demokrasi pun teruk juga. "Dan jangan lupa, satu orang nak jadi Timbalan, jangan lupa Dia (Anwar) dah peringatkan.'' Kata-kata Dr. Mahathir itu disambut dengan ketawa kecil para hadirin. Dalam ucapannya, Anwar berkata, dengan pengumuman sokongan terhadap Dr. Mahathir hari ini, beliau ingin menghapuskan desas-desus, surat layang dan fitnah-memfitnah mengenai kesetiaannya terhadap Perdana Menteri. Katanya : ''Saya memberikan sokongan saya dan kesetiaan saya dalam mesyuarat-mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO termasuk beberapa bulan lalu. Saya kata desas-desus tentang pertandingan tahun depan ini tidak munasabah dan tidak berasas sama sekali. "Saya juga telah mengatakan dan berbincang dengan semua ketua bahagian dan badan perhubungan negeri Pulau Pinang. Eloklah dengar pendirian saya baik-baik. ''Kalau tidak, kalau dengar desas-desus dan racun, maka ia menimbulkan masalah kepada parti dan kepada rakyat.'' Majlis perasmian Menara UMNO Pulau Pinang yang berharga RM30 juta itu turut dihadiri oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Sabbaruddin Chik, Ketua-Ketua UMNO Bahagian Pulau Pinang dan banyak lagi pemimpin parti termasuk Menteri Besar beberapa negeri di Utara Semenanjung. Hadir sama ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon. Anwar yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, ketaatsetiaan beliau kepada Presiden UMNO bukan perkara baru, malangnya kenyataan-kenyataan yang dibuat sebelum ini termasuk semasa Perhimpunan Agung UMNO gagal menghentikan khabar angin mengenai isu itu. Sehubungan itu, beliau mengambil keputusan untuk sekali lagi mengisytiharkan sokongan tersebut di depan ahli-ahli dan pemimpin UMNO Pulau Pinang. Katanya, beliau dan Dr. Mahathir mempunyai hubungan baik dan persefahaman dalam menangani masalah ekonomi negara. Anwar memuji Perdana Menteri sebagai seorang ahli politik yang berpengalaman dan pintar. Katanya: ''Dr. Mahathir bukan pemimpin baru. Pengalamannya banyak, sepak terajang politiknya pun cukup luar biasa." Dalam loghat Pulau Pinang, beliau berkata, ''Saya ni kalau banding dengan dia, sebagai pelajar sahaja. Saya tahu, nak lawan guru tak boleh, apa lagi nak lawan pak.' |
DAP dakwa Menara Umno dibina sebelum pelan diluluskan @dzainalabidin Posted: 17 Jun 2013 01:46 AM PDT Bila dah runtuh , mula lah regim Dap mempolitikkan isu ini dengan mempersoal pulak pelan pembinaan bangunan Menara Umno di bawah kerajaan BN dahulu pada tahun 1995. Tapi bila tak runtuh sapa pun tak hendak amik tahu pasal bangunan tu pun ..hahaha.. Walaupun kejadian berkenaan disebabkan bencana alam , tapi sebab nama bangunan itu UMNO , seperti biasa lah DAP & Guan Eng nak politikkan juga tragedi ini . Harap pihak JKP Sdn Bhd selaku pemilik bangunan berkenaan dapat menjawab dakwaan terbaru DAP ini . Takkan barisan pemimpin UMNO P.Pinang sekarang yang perlu menjawab pulak taik yang ditinggalkan pemimpin terdahulu seperti Sharif Omar & Anwar Ibrahim. Lagi pun UMNO hanya menyewa di tingkat 6 & 7 sahaja ... DAP mungkin boleh tanya Anwar pasal Menara UMNO ni |
Media pembangkang kantoi , @NajibRazak tak ingin pun jumpa Anwar !! Posted: 16 Jun 2013 06:07 PM PDT - Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menafikan beliau bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini seperti yang digembar-gemburkan portal berita propembangkang, The Malaysian Insider. Menurut Perdana Menteri, beliau juga pada masa sama tidak ada sebarang perancangan untuk mengadakan pertemuan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. "Tidak ada... tidak ada... tidak ada perjumpaan (dengan Anwar) dan saya pun tidak tahu siapa yang sebarkan berita itu. "Memang tidak ada perancangan. Secara kebetulan dia (Anwar) di sini (Jakarta) dan saya juga di sini," kata Mohd Najib kepada wartawan selepas majlis makan tengah hari bersama pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia di dewan serbaguna Kedutaan Besar Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from GENERASI PEJUANG BANGSA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |