Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Video) Rakaman pelajar UITM pula tersebar

Posted: 16 Jun 2013 03:31 PM PDT

Nurfarina antara yang menjadi mangsa
SHAH ALAM 16 Jun - Tiga daripada empat pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) maut selepas kereta Perodua Viva yang mereka naiki hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Kilometer 14.5 Lebuh Raya Persekutuan di sini awal pagi ini.

Hasil daripada siasatan, kereta tersebut dipandu dengan laju sebelum terbabas dan merempuh penghadang jalan.

Akibat daripada rempuhan kuat, bonet kereta yang terperosok di bawah pembahagi jalan rosak teruk dan dinding kereta sebelah kanan terkopak menyebabkan pemandu dan seorang penumpang wanita yang duduk di belakang tercampak keluar.
Senarai Mangsa Kemalangan Perodua VIVA 16 Jun 2013
  • (Gambar Pertama Dari Kiri) Terkorban- Adam merupakan pelajar Diploma Pengajian Sukan di Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang;
  • (Gambar Kedua dari Kiri) Terkorban- Ameer (pelajar asasi jurusan perakauan di UiTM Shah Alam);
  • (Gambar Ketiga dari kiri)- Terkorban- Nurfarina (pelajar asasi Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua, UiTM Shah Alam)
  • Gambar keempat dari kiri (Hanya Cedera) Nurul Maizura (pelajar asasi Sains Pertanian, Universiti Putra Malaysia).

Kemalangan Perodua Viva, Federal Highway, Batu...by ohmedia


Pelakon Miera Liyana dedah kisah 'dirogol'

Posted: 16 Jun 2013 09:02 AM PDT

Bagi Miera Liyana, babak rogol yang dibawanya menerusi watak Sarah dalam filem Pecah adalah satu cabaran yang agak besar dalam dirinya, apatahlagi babak itu sahaja dilakukan berulang kali bersama dengan Zain Ruffedge yang membawakan watak Baka

Akur dengan pandangan serong masyarakat terhadap babak sedemikian, Meira yang kami temui di tayangan perdana filem Pecah sudah bersedia andaikata babak yang hanya beberapa saat itu akan dikritik dan menjadikan dirinya sekali lagi dihentam.

"Bagi Miera ok je dengan watak yang dirogol tu. Tapi tak tahulah pula dengan pandangan penonton macam mana nanti. Yang pasti babak sedemikian dilakukan hasil 'Camera Tricks'.

"Nak kata ada sentuhan berlebihan diantara saya dan Zain dalam babak rogol itu memang tidak.
Babak Miera Liyana dirogol dalam filem Pecah
"Lagipun bila lakukan babak rogol bersama Zain, Miera memang tidak ada apa-apa perasaan pun masa tu.

"Cuma Miera akui jugalah yang babak ini agak mencabar kerana babak ini dilakukan sekitar jam 3 pagi dan untuk babak rogol seperti ini Miera kena pastikan tenaga yang ada pada waktu itu cukup.

"Ye la orang kena rogol mesti akan menjerit dan meronta dengan sekuat hati mereka" ujar Miera tersenyum.

Buahmulut.com


Lagi page FB Hina Islam, mohon pihak berkuasa ambil tindakan

Posted: 16 Jun 2013 08:01 AM PDT

Semakin menjadi-jadi pula penghinaan terhadap agama Islam ini berlaku seolah-olah tidak takut dengan azab yang bakal diterima kelak.

Adakah kerana penguatkuasaan undang-undang masih belum mencukupi untuk mengajar puak-puak kurang ajar ini?

Kami percaya, lama Facebook terbaru ini yang baru sahaja dibina sengaja mahu mencetuskan porak peranda terutama dalam pergolakan politik tanahair.

Status-statusnya benar-benar menghina keesaan Allah S.W.T. Laman ini masih lagi hidup dan belum dihapuskan dan anda boleh lawatinya di SINI

Harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sepantas mungkin seperti mana biasa dilakukan tetapi lebih tegas dalam penghukuman

Pekeliling Perkhidmatan Bil 5/2013 untuk kenaikan gaji penjawat awam Julai 2013

Posted: 16 Jun 2013 07:07 AM PDT

Semua sedia maklum pejawat awam akan menerima kenaikan satu tangga gaji pada bulan Julai ini.

Berikutan dengan itu, melalui portal Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, telah dimuatnaik Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/2013 untuk rujukan semua penjawat
awam.

Melalui pekeliling ini kerajaan memutuskan supaya kajian penambahbaikan skim perkhidmatan, penambahbaikan landasan kemajuan kerjaya serta pembetulan kepada masalah struktur gaji dalam SSM diselesaikan sebelum 31 Disember 2013.

Berikutan daripada kajian penambahbaikan tersebut, gaji pegawai di bawah SSM akan dipindahkan ke struktur gaji baru dengan diberikan faedah pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) KGT.

Memandangkan kajian tersebut dijangka selesai pada akhir tahun 2013, maka Kerajaan bersetuju supaya faedah pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) KGT diberi lebih awal pada 1 Julai 2013.

Muat turun Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/2013 untuk panduan dan rujukan semua di SINI.

(Video) Syabas anggota polis yang tenang diherdik bodoh oleh Lebai PAS, DAP

Posted: 16 Jun 2013 06:01 AM PDT

Apa itu Flash MOB?..Maklumat yang diperolehi dari Wikipedia ..

Flash mob (atau flashmob)[1] ialah sekumpulan besar orang ramai yang berhimpun secara mengejut di tempat awam untuk melakukan persembahan yang aneh dan tidak bererti untuk seketika, kemudian bersurai.[2]

Apa yang berlaku di SOGO siang tadi tidak lah mengejutkan kerana orang awam sudah pun diberitahu mengenai event tersebut. Ianya sudah jadi event yang dinanti nantikan. Aneh tidak juga aneh kerana SOP mereka masih juga tidak berubah. Mencari publisiti kerana insiden insiden bertembung dengan Polis menjadi terlalu ketara sebagai motif mereka. Jumlah peserta pula tak sampai pun 100 orang. Jadi Flash MOB ini gagal secara pukal pada pandangan saya.

Pihak Polis pula tidak menggunakan kekerasan ketika menyuraikan Flash MOB tersebut. Nama nama besar yang biasa terlibat dalam gerakan jalanan tidak pula kelihatan. Yang ada pun cuma veteran Nora Reformis yang mungkin hadir untuk bersosial..

Tinggal lagi seminggu sebelum perhimpunan besar Blackout 505 pada 22/6/2013. Satu lagi Flash MOB dijadualkan pada 19/6/2013. Maklumat yang saya perolehi hasil dari perbualan bersama aktivis yang berada didepan IPD Dang Wangi memberi indikasi bahawa penganjur mungkin akan melakukan sesuatu yang radikal untuk tarik perhatian penyokong yang semakin menipis..

Saksikan rakaman video berikut dan nilaikan lah sendiri pendekatan PDRM dalam berhadapan dengan puak puak Flash Mobsters ini..

(Pompuan Cina yang banyak cakap tu pernah kena penampar Panglima PEWARIS kerana menyerang majlis mereka. Sila rujuk PEWARIS - Siri Jelajah Majlis Permuafakatan Ummah)
Minaq-jinggo

Sultan Kelantan mahu kerjaaan negeri, pusat kerjasama

Posted: 16 Jun 2013 03:32 AM PDT

KOTA BHARU 16 Jun - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menyarankan supaya Kerajaan Pas Kelantan bekerjasama dengan Kerajaan Pusat dalam menyediakan kemudahan infrastruktur dan utiliti di negeri ini untuk kesejahteraan rakyat.

Titah baginda, antara kemudahan itu ialah pembinaan Lebuh Raya Central Spine Road (CSR), lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai dan kemudahan bekalan air bersih yang sehingga kini masih gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri.

"Di samping itu, pelaksanaan projek-projek infrastruktur yang lain diteruskan sebagaimana yang telah dirancang," titah baginda ketika menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kelantan Ke-13 di sini hari ini.

Sementara itu, kerajaan Pusat berjanji akan terus memberi kerjasama kepada kepemimpinan baharu kerajaan Pas Kelantan dalam usaha memajukan negeri ini terutama keperluan infrastruktur dan kemudahan untuk rakyat.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerjasama antara kedua-dua pihak telah terjalin sebelum ini, namun kehendak rakyat selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) mahukan hubungan itu dipertingkatkan lagi.

"Insya-Allah, ini merupakan kehendak akar umbi. Saya setelah berjumpa beberapa pihak, saya sendiri berhasrat supaya ditingkatkan kerjasama itu.

"Sebelum ini ada kerjasama bukan tiada, ia sudah ada cuma hasrat akar umbi supaya ditingkatkan lagi, insya Allah saya akan tunaikan hasrat yang datang daripada akar umbi, titah tuanku sendiri mengenai kerjasama maka jelas kita perlu bekerjasama," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN) Kelantan Ke-13 di sini hari ini.

'Kesalahan' hadir ke taklimat kecil, tak perlu tindakan drastik

Posted: 16 Jun 2013 02:15 AM PDT

KEPONG: Naib Presiden DAP, Tan Seng Giaw tidak mahu parti itu mengenakan tindakan tatatertib terhadap Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa yang tidak menyertai 88 ahli parlimen Pakatan lain memboikot sesi taklimat awal angkat sumpah, minggu lalu.

Menurut beliau, kesalahan tersebut tidak serius, sambil menambah Er sendiri sudah mengakui melakukan kesilapannya dan memohon maaf secara terbuka di Facebook.

Walau bagaimanapun beliau tidak mempunyai kuasa dalam menentukan keputusan tersebut yang terletak kepada jawatankuasa tatatertib parti.

"Terserah kepada jawatankuasa tatatertib (parti).. Belum bermesyuarat lagi.

" (Tapi) Dia sudah minta maaf.. Lagipun dia bukan bunuh orang. Dia sudah minta maaf, apa nak buat lagi," katanya dalam sidang media di sini, pagi ini.

Minggu lalu Er telah menghadirkan diri pada taklimat tersebut dengan alasan beliau mahu mendengar syarat-syarat yang akan digunapakai pada sidang Dewan Rakyat kali ini sambil menegaskan, kehadirannya kerana merasakan sesi tersebut penting.

Namun beliau telah memohon maaf dan mendakwa tidak menerima apa-apa arahan rasmi untuk tidak menghadiri majlis berkenaan, walau mengetahui mengenai perkara itu melalui laporan media.

Er berkata, arahan seperti itu biasanya dihantar melalui SMS dan emel dari jawatankuasa pusat partinya dan tidak menganggap pemulauan tersebut sebagai arahan rasmi.

Sementara itu Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata ahli Parlimen yang tidak mengangkat sumpah dalam tempoh enam bulan selepas hari pertama persidangan Dewan Rakyat tanpa alasan akan gugur kelayakan sebagai ahli parlimen.

"Mengikut perlembagaan, artikel 59 (1) kalau ahli Yang Berhormat yang tidak mengangkat sumpah dalam tempoh enam bulan selepas persidangan pertama selepas pilihan raya, maka dia akan disqualified (sebagai ahli parlimen)," katanya.

Tegasnya, beliau sendiri tidak akan teragak-agak untuk memboikot ahli Parlimen pembangkang untuk upacara angkat sumpah di hari yang lain.

"Kalau mereka boleh boikot sistem demokrasi, saya juga akan memboikot mereka jika mereka mahu mengangkat sumpah pada hari lain," katanya.

Gerakan pecat seorang anggota, gantung dua yang lain

Posted: 16 Jun 2013 01:48 AM PDT

KUALA LUMPUR - Gerakan memecat seorang anggotanya dan menggantung keanggotaan dua yang lain kerana melanggar peraturan, termasuk menentang calon yang dipilih mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) baru-baru ini.

Pemangku presidennya Datuk Chang Ko Youn hari ini berkata keputusan itu diambil pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Gerakan semalam.

"Sebelum ini, lima anggota mengambil keputusan mengundur diri...sebabnya, ada daripada mereka bertanding sebagai calon bebas dan sesetengahnya pula menentang calon kami. Terdapat juga beberapa aduan lain," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan sesi percambahan fikiran parti itu di ibu pejabatnya di sini.

Bagaimanapun, Chang tidak menyatakan nama tiga anggota terbabit dan menjelaskan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan terhadap aduan lain yang diterima parti itu.

Mengenai sesi percambahan fikiran itu, beliau berkata ia diadakan untuk untuk mengkaji kekuatan dan kelemahan parti berkenaan dan Barisan Nasional pada PRU13.

"Kami ada kira-kira empat atau lima tahun lagi untuk mendapatkan kembali keyakinan pengundi, kami perlu susun rancangan yang konkrit," katanya. - Bernama

Tak kisah jadi 'mangsa rogol'

Posted: 16 Jun 2013 12:01 AM PDT

Marsha Milan Londoh
Bukan semua pelakon wanita suka menjadi mangsa rogol. Ia boleh menimbulkan tanggapan kurang elok kepada penonton dan masyarakat walaupun ia sekadar lakonan semata-mata.

Babak rogol itu sendiri harus dilakukan dengan sempurna supaya tidak kelihatan seperti dilakukan secara keterlaluan.

Mungkin inilah yang difikirkan oleh Marsha Milan apabila menjadi mangsa perkosa dalam filem terbarunya, Tujuh arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin.

Bagi Marsha, dia tidak ada masalah untuk melakonkan adegan itu cuma yang dibimbangi adalah kemungkinan berlakunya kontroversi kerana melakukan aksi yang agak panas itu.

"Saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk melakonkan babak terbabit kerana, ia adalah lakonan semata-mata.

"Sebelum penggambaran pengarah ada bertanyakan sama ada saya selesa atau tidak untuk membawa watak terbabit.

Cabaran lakonan

"Bagi saya ia adalah lakonan semata-mata untuk menjayakan watak yang diberikan. Itu adalah amanah yang diberikan dan saya harus memberi komitmen yang baik untuk watak terbabit.

"Sekiranya wujud sebarang kontroversi ataupun ada yang berkata-kata terhadap babak yang saya lakonan selepas filem ini ditayangkan kelak, itu adalah sekadar penilaian penonton namun saya beranggapan yang saya sudah berjaya untuk melakonkan watak itu dengan baik," katanya.

Marsha menganggap melakukan babak dirogol adalah antara cabaran yang perlu dihadapi dalam memberikan aksi lakonan terbaik.

Satu lagi cabaran yang dihadapinya ialah keadaan cuaca di Cameron Highland yang sejuk. Kesejukan itu dirasakan seperti sampai ke tulang apabila penggambaran Tujuh dilakukan pada waktu malam.

Terus mencari peluang

Marsha terbabit dengan penggambaran filem Tujuh ketika sedang menunggu penayangan satu lagi filem yang dibintanginya iaitu Jwanita, Laga dan Qada.

Gadis kelahiran Tamparuli, Sabah ini juga berkata, pada masa sama dia turut merangka beberapa peluang lain apabila penggambaran membabitkan dirinya itu akan habis pada penghujung bulan ini.

"Saya kena bijak mencari peluang dan bukannya menunggu tawaran jatuh ke riba.

"Saya tidak boleh mengharapkan kepada populariti dan kontroversi walaupun ia mungkin membantu untuk menaikkan nama seseorang artis," katanya.

Dia juga sedar tidak boleh mengharapkan kepada bidang nyanyian atau lakonan semata-mata sebaliknya mencari ruang lain seperti bidang pengacaraan.

Sekiranya ada peluang dan merasakan bersesuaian, tentu sekali peluang itu tidak dilepaskannya.

Single terbaru

"Sekarang juga saya sedang mempromosikan single terbaru Jujur Bilang Cinta yang juga ciptaan saya sepenuhnya. Lagu ini boleh dianggap sebagai luahan peribadi terhadap perasaan cinta yang mana saya ekspresi luahan itu menerusi lagu ini.

"Pada mulanya, saya mahu berikan lagu ini kepada penyanyi lain, tapi melihat kepada kekuatan lagu ini, saya yakin lagu ini mampu untuk melonjakkan nama saya kembali sebagai penyanyi dan jadikan lagu ini sebagai single terbaru.

"Lagu ini saya tidak tujukan kepada sesiapa saja sebaliknya sekadar luahan seni. Tapi saya berharap apabila peminat mendengar lagu ini, mereka boleh merasakan apa yang cuba untuk saya sampaikan," kata bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga ini.

Sukar diterima penonton

Filem Tujuh yang giat menjalani penggambaran di Tanah Rata, Cameron Highland arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin turut menampilkan lakonan Johan As'ari, Pekin Ibrahim, Aeril Zafril, Siti Saleha, Christina Suzanne dan Faizal Hussain terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd.

"Dalam filem ini, saya membawakan watak sebagai Suri seorang gadis daripada suku kaum Temuan. Keluarga saya menjaga rumah banglo kepunyaan keluarga Sam, yang dilakonkan oleh Johan As'ari. Konflik bermula apabila Sam membawa kawan-kawannya ke rumah banglonya itu dan salah seorang daripada mereka merogol Suri.

"Suri bersumpah yang dia akan membalas dendam terhadap Sam dan rakan-rakannya menerusi mimpi sebelum terjun membunuh diri. Kemudiannya seorang demi seorang ditemui mati dibunuh dengan kejam kerana sumpahan Suri terbabit," katanya.

Kata Marsha, dia tidak kisah untuk menjayakan salah satu babak besar yang membabitkan dirinya dirogol walaupun mungkin akan timbul kata-kata belakang suatu hari nanti apabila filem ini ditayangkan kelak.

"Saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk melakonkan babak terbabit kerana, ia adalah lakonan semata-mata. Sebelum penggambaran pengarah ada bertanyakan sama ada saya selesa atau tidak untuk membawa watak berkenaan.

"Tapi bagi saya ia adalah lakonan semata-mata untuk menjayakan watak yang diberikan. Itu adalah amanah yang diberikan dan saya harus memberi komitmen yang baik untuk watak itu," katanya.

Berita Harian Online

Akhirnya beliau nekad 'gantung raket'

Posted: 15 Jun 2013 08:41 PM PDT

Jakarta: Bekas juara Olimpik Indonesia dan juara dunia, Taufik Hidayat begitu beremosi ketika mengucapkan selamat tinggal kepada kerjayanya yang pernah menjadikannya antara bintang badminton terbesar, di depan penyokongnya.

Dengan beratus-ratus penyokongnya terus melaungkan 'Taufik Boleh' sambil mengibar kain rentang tertera 'Legenda', pemain berusia 31 tahun itu bermain buat kali terakhir secara profesional di Terbuka Indonesia, kejohanan yang pernah enam kali dimenanginya.

Namun Taufik kecundang di pusingan pertama kepada pemain India, Sai Praneeth dan sekali gus tersingkir awal daripada kejohanan itu. Sememangnya Taufik tidak berharap untuk pergi jauh kali ini, tapi dia tetap melangkah keluar gelanggang sebagai seorang jaguh.

"Apa yang paling sukar adalah meninggalkan badminton, sukan yang saya kenali sejak 25 tahun lalu dengan 18 daripadanya sebagai pemain profesional," kata Taufik dengan nada pilu.

Taufik yang pernah disifatkan sebagai 'budak jahat badminton' dan sering dibandingkan dengan pemain hebat tenis bersuara lantang, John McEnroe, tampil dengan perwatakan berbeza ketika dia bersedia untuk menggantung raket.

"Kini, saya akan meletakkan tumpuan penuh terhadap keluarga," katanya sambil ditemani anak perempuannya, selepas perlawanan.

Bagaimanapun, Taufik mengaku kecewa tumpas di tangan Praneeth yang berada 20 kedudukan di belakangnya. Rentetan itu, dia berharap penyokong tidak 'menilainya dengan berdasarkan kepada perlawanan itu saja'. Taufik memenangi set pertama perlawanan yang tertangguh beberapa jam. Dia menang 21-15 dengan beberapa pukulan kilas ke belakang selain bermain baik di jaring.

Malangnya, dia mula hambar di set kedua, menentang lawan yang 11 tahun lebih muda daripadanya, sekali gus tewas 21-12. Di set terakhir, hantaran Taufik terus gagal melepasi jaring bagi membolehkan Praneeth menang 21-17.

Kekalahan Taufik bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sudah beberapa tahun dia tidak merangkul sebarang gelaran utama. Kekalahan di peringkat awal itu dijangka tidak akan mempengaruhi kehebatan kerjayanya yang menjadikannya sebagai ikon badminton di Indonesia.

Berbekalkan gaya aksi menari, Taufik menyumbang emas pertama buat Indonesia di Olimpik Athens 2004 yang menyaksikannya tanpa segan silu menangis ketika dikalungi pingat itu. Dia kemudian terus gah meraih gelaran dunia pada 2005.

Dalam pada bergelar jaguh, sama seperti atlet lain, Taufik tidak lari dihimpit kontroversi sepanjang kerjayanya.

Dia pernah menarik diri daripada Persatuan Bulu Tangkis Indonesia dan berpangkalan di Singapura. Malah, pernah sekali diarah keluar gelanggang oleh pengawal keselamatan selepas bertegang leher dengan pengadil di Sukan SEA Thailand.

Taufik juga dilapor pernah menyerang penyokong di kejohanan kebangsaan pada 2001 dan keluar gelanggang ketika berlangsungnya Sukan Asia 2002 tapi memenanginya selepas berlaku kekecohan berhubung pengadil garisan.

Pada 2006, juara Olimpik itu sekali lagi keluar gelanggang, kali ini ketika menentang seteru utama, Lin Dan di Hong Kong, membantah keputusan pengadil garisan. - AFP

Sering mimpi aneh dan gelisah, Yana Samsudin disihir

Posted: 15 Jun 2013 08:01 PM PDT

Yana Samsudin
Siapa sangka di sebalik keramahan dan senyum manis, hati Yana Samsudin gundah gulana. Sudah lama dia me­ngalami pengalaman pelik dan sering berteka-teki apa sebenarnya yang menghantui dirinya.

Tidak tahu apa puncanya, pelakon, pe­ngarah, penulis skrip dan penyanyi yang mempunyai deria keenam sejak kecil ini selalu tidak sihat. Ketika menjayakan drama Adnan Sempit the Series, suhu badannya naik mendadak menjelang Maghrib dan akan kembali normal pada waktu Subuh.

Pernah panas badannya mencecah 42 darjah Celsius hingga beberapa kali dinasihatkan doktor supaya dimasukkan ke hospital. Tambah pelik, doktor tidak dapat mengesan punca penyakitnya.

Bukan itu saja, pelakon filem wanita popular Anugerah Bintang Popular BH 2012 ini berdepan kejadian aneh di mana sering bertemu gumpalan rambut bukan saja di rumah, tetapi tempat kerja.

Perkara itu berlarutan hingga ke hari ini, malah teman serumahnya memaklumkan dia sering meracau di tengah malam.

"Saya tak tahu apa sebenarnya berlaku, tetapi perkara ini merunsingkan fikiran. Saya tenggelam punca kenapa tiba-tiba demam dan selalu jumpa rambut. Sampai satu tahap, saya tidak boleh fokus berlakon disebabkan badan dan otak terlalu penat.

"Saya mamai di lokasi hingga orang ingat saya ambil benda tak elok, walhal semua itu kesan ubat antibiotik yang doktor beri. Sehari dua mungkin kita tahan tetapi kalau setiap hari perkara sama berulang (demam malam), kita akan jadi lemah. Macam-macam kaedah dilakukan doktor untuk me­ngesan punca sebenar demam berlarutan, tetapi tiada jawapan.

"Keadaan semakin teruk bila saya berlakon cerita seram. Selalu saya jumpa gumpalan rambut di bilik air, walhal saya sudah bersihkan bilik sebelum keluar. Bila belek, rambut itu panjang, sedangkan rambut saya pula pendek. Tak ada orang lain gunakan bilik air saya melainkan saya seorang.

"Pernah ketika mahu masuk lif, ada rambut panjang melintang di pintu masuk," katanya sambil menghela nafas.

Berdasarkan apa dilalui, ada kenalan mencadangkan dia bertemu orang bijak pandai kerana mungkin disihir, namun si manis ini tidak mahu bersangka buruk. Buat masa ini, dia masih bertahan dan akan terus bertahan selagi mampu.

Bukan itu saja pengalaman pelik dialami Yana. Katanya, dari dulu gerak hatinya kuat, malah dapat membaca apa yang berada dalam fikiran orang lain.

Kerap dia didatangi mimpi indah dan menakutkan. Namun yang membuatkan dia gelisah apabila mimpi itu seakan-akan alamat, begitu juga apa yang terdetik di hatinya.

Lebih musykil apabila kebanyakannya menjadi kenyataan. Andai apa yang terlintas di hati atau dimimpikan itu indah tidak mengapa namun jika sebaliknya, dia pasti runsing memikirkan apa bakal berlaku.

"Saya tidak pasti sama ada ini kebetulan atau satu kelebihan. Jauh di sudut hati, saya takut apabila apa yang terlintas di hati benar-benar berlaku. Mimpi buruk atau indah pula bagaikan alamat supaya saya beringat atau bersedia kerana tidak lama selepas itu saya berdepan situasi seakan-akan jawapan kepada mimpi itu.

"Pernah ketika memandu, saya nampak kanak-kanak menunggang basikal. Ketika itu saya dapat rasakan dia akan mengalami kemalangan dan ia benar-benar berlaku. Itu antara kejadian yang tidak dapat saya lupakan hingga ke hari ini.

"Saya tidak tenang bila fikirkan apa rahsia di sebalik semua ini. Susah hati jadinya, namun saya kena kuatkan hati. Saya tidak boleh lemah kerana bukan semua buruk. Ada juga yang baik-baik berlaku. Cuma ada ketikanya saya rasa penat," katanya.

Beralih perihal kerjaya, Yana yang kembali aktif berlakon selepas sebulan bercuti berkata, dia perlu menjayakan beberapa telefilem untuk tayangan pada Ramadan dan Aidilfitri.

Memandangkan dia mahu menumpukan perhatian terhadap bisnes jualan biskut raya sepanjang bulan puasa, Yana perlu menyelesaikan komitmen itu secepat mungkin.

Ramadan nanti, dia cuma terikat dengan promosi filem Adnan Sempit 3 yang akan bertemu penonton pada Aidilfitri dan menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak yatim anjuran syarikat pengurusannya, MIG atau badan lain yang sudi mengundangnya.

"Syukur Yana Super Cookish mendapat sambutan dan insya-Allah, tahun ini saya akan kembangkan bisnes dengan buka tiga gerai, termasuk satu di Johor.

"Tahun lalu, saya hanya berniaga di Bazar Ramadan Gombak dan kali ini antara lokasi yang menarik perhatian saya mungkin di Uptown Shah Alam, Damansara atau
Subang Jaya.

"Itu perancangan, menjadi atau tidak bergantung kepada keadaan dan tenaga kerja. Namun yang pasti, saya akan berniaga awal bulan puasa. Kali ini saya mahu betul-betul fokus.

"Sesiapa yang berminat jadi pengedar boleh menghubungi saya di Facebook," katanya yang mengarah filem Selamat Pagi Cinta pada usia 23 tahun.

Meskipun bakatnya diiktiraf ramai, Yana tidak pernah mendabik dada. Dari dulu hing­ga sekarang orangnya peramah dan mudah mesra dengan sesiapa saja. Tiada istilah pilih bulu, malah dia sentiasa melayan peminat dengan baik.

Tidak hairan mengapa dia disenangi ramai, termasuk penerbit, pengarah serta teman media. Saat diusik bagaimana dia berjaya mengekalkan sikap itu meskipun sudah terkenal, sambil tersenyum Yana berkata, tiada rahsia kerana apa yang diperlihatkan selama ini adalah warna sebenar dirinya.

"Barangkali saya bermula sebagai orang belakang tabir, jadi saya tak pernah letakkan diri sebagai artis. Mana-mana saya pergi, saya bawa diri sebagai Nurliana Samsudin. Berlakon hanya kerjaya dan saya tidak biarkan diri terbuai dengan populariti.

"Dulu pun saya pernah berada di bawah, ambil masa lama untuk naik. Saya tengok macam mana teman lain berjaya dan belajar daripada mereka. Jika mahu bertahan lama dalam bidang ini, kena ada perancangan dan banyak buat penyelidikan.

"Syukur selain berlakon, saya boleh menulis skrip dan tahu selok-belok belakang tabir. Dengan kelebihan yang Allah SWT beri, saya dapat corakkan watak serta lakonan saya.

"Dalam berkawan, saya tak ada pantang larang. Kalau ada yang hulurkan salam persahabatan, pasti saya sambut. Bagi saya, peminat adalah sahabat dan tanpa mereka, siapalah saya," katanya.

Yana turut menegaskan, dia bukan anak emas MIG. Seperti mana bakat lain yang bernaung di bawah syarikat produksi itu, dia pernah ditegur David Teo andai melakukan kesilapan dan selalu turun naik turun pejabat untuk bincangkan soal tawaran dan bayaran.

Sejak menyertai MIG, dia dididik menjadi pemimpin, baik ketika bekerja atau kehidupan peribadi. David tidak pernah pilih kasih, jika tunjukkan minat tinggi dan kesungguhan, peluang pasti terbentang depan mata.

"David seperti ayah saya. Dia ajar saya jadi wanita tabah dan ada ciri-ciri kepemimpinan. Dia pantang kalau saya tidak bersemangat atau lembik. Saya berterima kasih kepada David kerana percayakan bakat saya dan sudi buka peluang untuk saya lebarkan sayap sebagai pengarah dan penulis skrip," katanya.

Petisyen BN 'diketawakan' Ustaz Azhar Idrus...

Posted: 15 Jun 2013 07:01 PM PDT

KUALA TERENGGANU – Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menyifatkan petisyen BN Kelantan mengaitkan beliau sebagai punca kekalahan BN di negeri itu pada PRU13 lalu sebagai kelakar.

Ikon agama itu dalam reaksinya berkata, perkara itu langsung tiada kena mengena dengan beliau kerana kenyataan berhubung 'Haram jatuhkan kerajaan Islam' yang dimainkan Pas pada kempen pilihan raya itu bukan kenyataan peribadi beliau, sebaliknya daripada al-Quran.

"Saya rasa kelakar sebab tiada kena mengena. Bukan saya berceramah (tetapi) ada dalam buku-buku agama (berkaitan), haram kita jatuhkan apa sahaja bernama Islam. Tidak boleh," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas Majlis Jamuan Meraikan Ustaz Azhar Idrus anjuran Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT), di Padang Hiliran, semalam.

Memberitahu petisyen BN itu disedari melalui laman sosial Facebooknya, Azhar berkata, sekiranya kenyataan dibuat cenderung mempengaruhi rakyat tidak menjatuhkan kerajaan Kelantan, mungkin BN boleh mempertimbangkan untuk menjadikan beliau sebagai alasan.

"Kalau (kaitkan) benda itu saya rasa bukan. Itu dalam al-Quran. Yang boleh buat petisyen (kalau) saya kata 'jangan jatuhkan kerajaan Kelantan' tetapi (saya) tidak kata begitu. (Saya kata) jangan jatuhkan kerajaan Islam," katanya.

Mengulas lanjut, Azhar yang turut dikenali dengan akronimnya UAI sekali lagi menegaskan, apa-apa sahaja perkara yang berbentuk Islamik tidak patut dihalang dan haram sama sekali menjatuhkannya.

Hoki: Campurtangan luar, ketua jurulatin Paul Ravington letak jawatan

Posted: 15 Jun 2013 06:43 PM PDT

KUALA LUMPUR - Persiapan skuad hoki negara bagi menghadapi kejohanan Liga Hoki Dunia di Johor Bahru pada 29 Jun hingga 7 Julai ini menerima tamparan hebat apabila jurulatih, Paul Revington secara mengejut menghantar surat peletakan jawatan berkuat-kuasa serta merta.

Melalui satu emel yang dihantar Revington kepada Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), dia berterus-terang sudah tidak mampu lagi bekerjasama dengan jurulatih hoki remaja, K. Dharmaraj dan Pengarah Program Pembangunan Hoki Satu Malaysia, Lim Chiow Chuan yang didakwa sering campur tangan semasa mengendalikan skuad kebangsaan.

Namun, Pengerusi Kejurulatihan MHC, Majid Manjit Abdullah berkata, seramai 16 orang ahli jawatankuasa kejurulatihan belum bersedia menerima peletakan jawatan Revington dan perkara itu akan dirujuk kepada Presiden MHC, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebelum kata putus akan ditentukan dalam mesyuarat Eksekutif MHC pada 30 Jun ini di Johor Bahru.

"Kami mahu Paul untuk terus kekal kerana dia telah melakukan kerja yang sangat baik setakat ini kami tidak mendapat sebarang aduan mengenai corak latihannya.

"Dia tidak gembira dan mengakui tidak boleh bekerja apabila terdapat campur tangan daripada jurulatih lain semasa mengendalikan skuad kebangsaan

"Kami akan berusaha untuk bersemuka dengan Revington dalam beberapa hari ini dan berharap dapat memberi keyakinan kepadanya kerana apa yang lebih penting adalah persiapan skuad negara untuk menghadapi separuh akhir Liga Hoki Dunia di Johor Bahru hujung bulan ini," katanya pada sidang media selepas mesyuarat kejurulatihan MHC di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, semalam.

Jelasnya, mereka sudah dimaklumkan perkara ini lebih awal oleh Revington apabila sering mengadu terdapat gangguan daripada pihak lain dan berjaya diselesaikan, namun tidak menyangka masalah ini kembali berulang.

"Sebelum ini, saya menjangkakan perkara ini telah selesai apabila surat peguam sampai di tangan Lim, dia telah meminta maaf dan Paul juga menerima maaf daripada Lim.

"Namun. apabila Paul memberikan emel terbaharu ini yang menyatakan segalanya masih belum selesai, saya sendiri terkejut malahan dia telah menutup telefon sepanjang hari ini dan tidak dapat menghubunginya secara langsung," katanya.

Jika Revington masih berhasrat melepaskan jawatan, Majid mengakui mereka sudah ada perancangan melantik Sarjit Singh sebagai jurulatih sementara dalam menghadapi Liga Hoki Dunia tidak lama lagi.

"Kami mencadangkan Sarjit menjadi pengurus sementara biarpun buat masa ini Arul (Selvaraj) merupakan pembantu kepada Revington sekarang," katanya.

Malaysia yang memburu tiket ke Piala Dunia 2014 perlu memastikan berada di kalangan tiga terbaik daripada lapan pasukan bertanding.

Berada dalam Kumpulan B, skuad hoki negara diletakkan bersama Pakistan, England dan Afrika Selatan manakala Kumpulan A persaingan melibatkan Jerman, Korea Selatan, Argentina dan Jepun.

Sepanjang 10 bulan dilantik menjadi jurulatih menggantikan Tai Beng Hai, pencapaian skuad hoki boleh dianggap berada di tahap membanggakan apabila berjaya muncul naib juara Piala Sultan Azlan Shah 2013, meraih tempat ketiga trofi Juara-Juara Asia 2012 dan menduduki tangga keempat dalam kejohanan Cabaran Juara-Juara 1 di Argentina, tahun lalu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130616/su_01/Revington-letak-jawatan#ixzz2WL5kiLEi
© Utusan Melayu (M) Bhd


Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710