Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

KEPAL NASI KEPAL BERAS

$
0
0

KEPAL NASI KEPAL BERAS


BUKAN SAHAJA MELAYU, SELURUH RAKYAT TAK SELAMAT!!

Posted: 16 Jun 2013 07:21 AM PDT


Secara konvensyen, siapa pun yang menjadi Perdana Menteri di Malaysia kepimpinan beliau mestilah diterima oleh semua kaum.

Seseorang Presiden UMNO yang secara lazimnya menjadi Perdana Menteri Malaysia setakat ini, bukan sahaja harus memimpin ahli UMNO dan orang melayu, tetapi beliau juga harus menjadi pemimpin kepada seluruh rakyat Malaysia. 

Bermakna, selama ini rakyat Malaysia ber"Perdana Menteri"kan seorang Presiden UMNO yang diterima secara konsensus sebagai pemimpin untuk seluruh kaum.

Hasil yang dianugerahkan kepada kita dari konvensyen ini ialah negara ini menjadi aman, stabil dan dihormati.

Pendekatan konsensus ini seperti sudah menjadi resepi atau kunci kejayaan bagi sesebuah kerajaan yang mentadbir negara ini.

Hilang kunci ini maka hilanglah keamanan, kemakmuran, kestabilan dan penghormatan bagi rakyat dan negara.

Berkarat atau patah kunci ini maka cacatlah keamanan, kemakmuran dan kestabilan.

Kita harus mengakui kunci tersebut telah berkarat pada PRU12 yang lalu. Kita juga harus mengakui, kunci berkarat ini kemudiannya telah patah sebaik saja selesai PRU13 baru-baru ini.

Ini yang sangat membimbangkan kita.

Perdana Menteri hanya mendapat sokongan konsensus dari melayu/bumiputera, manakala sokongan kaum cina tidak sampai pun 10%. Sokongan kaum India juga tidak sampai 50%.

Mahu tidak mahu kita harus menerima hakikat bahawa negara ini sedang ditadbir oleh sebuah kerajaan yang tempang. Kerajaan Tempang ini adalah "unprecedented". Belum pernah terjadi sejak merdeka.

Apakah saki-baki pemikir-pemikir negara, (bukan Ethos consulting) tidak terfikir akan kesan buruk akibat ketempangan yang wujud ini secara jangka panjang? Jika mereka terfikir dan merasa bimbang dengan keadaan ini, apakah mereka hanya mahu duduk memerhati di tepi padang, membiarkan saja keadaan ini dan menunggu saja "risiko besar" yang bakal terjadi seperti penjayah menunggu hukuman ke tali gantung?

Negara bukan saja berhadapan dengan risiko "imbalanced government", malah lebih merbahaya lagi ialah "imbalanced government" ini terpaksa berhadapan dengan "irrational opponent" yang nekad dan sanggup melakukan apa saja amalan di luar batas demokrasi dan pendulum perlembagaan serta perundangan negara demi untuk mendapatkan kuasa pemerintahan.

Tolaklah Anwar Ibrahim, saya masih yakin pemimpin PAS dan DAP masih ada setidak-tidaknya cebisan kebimbangan yang sama di dalam hal ini. 

Tolaklah Anwar Ibrahim, saya yakin PAS dan DAP masih berupaya membuang fikir dan sikap irrational, seterusnya mengambil fikiran yang positif dan rasional untuk melakukan tindakan "jiwa besar", untuk turut bersama memperbetulkan semula "ketempangan" yang sudah terjadi. Mereka harus mengakui hakikat bahawa "imbalanced government" yang berlaku ini turut disumbangkan juga oleh tangan-tangan mereka.

Bukan bermaksud untuk mengenepikan atau mahu bersangka buruk terhadap Anwar Ibrahim, tetapi dari "kerja buat" yang digambarkan melalui gerakan politik yang dilakukannya, kita sudah boleh membuat kesimpulan bahawa Anwar Ibrahim tidak mungkin boleh menerima apa saja realiti, jika realiti yang berlaku itu tidak menyebelahi dirinya. 

Nilai pertanggungjawaban, patriotisma dan nasionalisma terhadap bangsa, negara dan rakyat negara yang ada di dalam dirinya sudah boleh dianggap "mati". Nilai yang masih "hidup" dalam dirinya hanya tinggal "kemahuan mendesak" untuk menjadi Perdana Menteri.

Jadi, jika masih ada kebimbangan, masih ada kudrat, kemahuan dan pertanggungjawaban untuk membuat pembetulan dan rekonsiliasi besar demi negara, maka para pemikir, para pemimpin kerajaan dan pembangkang, tidak termasuk Anwar Ibrahim, buatlah sesuatu sebelum hukuman gantung terhadap keamanan dan kestabilan negara ini dijalankan.

Bila keamanan dan kestabilan negara sudah mati dihukum gantung, ia tidak akan hidup lagi.

PERJANJIAN KONGSI GELAP HAI SAN -GEE HIN DI JAKARTA DIBAHARUI!!

Posted: 15 Jun 2013 07:45 PM PDT



Kenapa mesti sampai mengguna pemimpin asing untuk selesaikan masalah politik dalam negara? Lainlah kalau konflik di negara ini sudah sampai ke tahap peperangan dan keganasan luar batasan seperti konflik Moro-Manila, Timor-Timor atau seperti di sesetengah negara Afrika.

Apa perlunya orang tengah seperti Jussuf Kalla untuk membuat perjanjian sulit. Apa locus standi yang ada pada Jussuf Kalla? Apakah Jussuf Kalla ini setaraf dengan PBB? 

Lihatlah. Sebaik saja Anwar engkar dengan perjanjian sulit tersebut, paling-paling pun Jussuf Kalla hanya boleh membuat tindakan mendedahkan wujudnya perjanjian. Bukan boleh kenakan apa-apa tindakan pun terhadap Anwar. Malah Jussuf Kalla pun terjerat dengan game Anwar yang tidak mahu mengaku dia yang minta Jussuf Kalla jadi orang tengah, sebaliknya memusing cakap mengatakan Jussuf Kalla yang nak jumpa dia.

Inilah nilai dan taraf haprak yang dimiliki oleh sesetengah pemimpin di negara ini. Berpolitik tidak mengenal sempadan, batas dan garis panduan. Jika boleh satu dunia mahu diperguna dan diperalatkan dan dijadikan bahan manipulasi untuk memenuhi agenda politik haprak mereka.

DS Najib pun sama 2x5. Terikut-ikut dengan apa saja rentak yang dimainkan oleh Anwar. Bila sudah terdedah kepada umum pun masih tidak mahu memperjelaskan secara terus-terang apa yang sebenarnya berlaku dan apa tujuan di sebalik perjanjian yang telah disembunyikan dari pengetahuan parti, gabungan, barisan kepimpinan dan penyokong masing-masing.

Kenapa mereka berdua ini membuat perjanjian sulit tanpa pengetahuan sesiapa dengan menjadikan orang asing sebagai saksi dan orang tengah. Kedua-dua individu ini berjanji di atas kapasiti apa? Di atas locus standi apa? 

Apakah hanya mereka berdua yang berhak ke atas negara ini dan hanya mereka berdua yang boleh menuntut secara faraid terhadap segala warisan negara ini sehingga mereka berdua bebas melakukan perjanjian persefahaman tanpa perlu dimaklumkan kepada mana-mana stakeholder lain di negara ini?

Jangan sama-tarafkan kedaulatan negara ini seperti mahu menentukan hak pemilikan sebuah lombong bijih timah. Kenapa mereka berdua mengulangi perjanjian sulit tanpa locus standi ala-kumpulan Kongsi Gelap Hai San dan Gee Hin yang berperang bukan di atas maksud negara, sebaliknya hanya mahu menguasai pemilikan konsesi lombong bijih timah? 

Kumpulan Kongsi Gelap yang membuat kacau dan berperang sesama sendiri, akhirnya Ngah Ibrahim yang mempunyai locus standi yang dijatuhkan bersalah dan dihukum membayar denda oleh British kepada kongsi gelap.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>