Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

KEPAL NASI KEPAL BERAS

$
0
0

KEPAL NASI KEPAL BERAS


KETAKJUBAN PM TERHADAP NASIHAT OMAR ONG!!

Posted: 12 Jun 2013 06:45 AM PDT


Keraguan dan kritikan pelbagai pihak berkaitan personaliti-personaliti yang dipertikaikan di sekeliling PM yang dikatakan menyumbang kepada prestasi buruk BN pada PRU13, terus kekal dalam keraguan tanpa sebarang penjelasan.

1. Isu berkaitan peranan penasihat politik tiada respon.
2. Isu kegagalan war room dan tuduhan berkaitan pegawai-pegawai ibupejabat UMNO yang dikatakan lebih mengutamakan "membuat duit" daripada membantu PM secara ikhlas dan jujur, juga tiada respon hingga kini.
3. Isu Omar Ong yang dikatakan menjadi penasihat politik yang terbukti gagal dan menjadi penasihat hal-ehwal korporat PM yang melibatkan peranan Ethos Consulting dan McKinsey/APCO yang telah "mentiadakan" agenda melayu, juga tiada apa-apa respon dari PM.

Banyak lagi isu lain berkaitan dengan "circle PM" terus kekal misteri tanpa penjelasan yang mampu menjernihkan semula pemikiran dan syak wasangka rakyat terhadap pentadbiran PM Najib.

Pendekatan "tiada reaksi", "degil dan liat" dalam senyap yang diamalkan di zaman Pak Lah terus berlarutan dalam pentadbiran PM Najib.

Pendekatan menyapu sampah ke bawah tikar seperti ini sudah terbukti telah hampir membawa padah dalam 2 kali PRU, tapi pendekatan ini masih tetap juga diamalkan. 

Omar Ong juga adalah di antara nama-nama tingkat 4 yang telah membusukkan nama Pak Lah, dan semua orang tahu dan mengakui nama ini adalah di antara nama-nama yang telah menyebabkan pentadbiran Pak Lah diselubungi pelbagai persepsi yang begitu buruk.

Ramai menjangkakan apabila ayam mati, maka tungau pun akan turut mati. Tapi apa yang berlaku tungau ini semakin merebak, beranak-pinak, berjangkit-jangkit dan menular masuk hingga ke Petronas dan lain-lain GLC.

Apa yang menyebabkan PM tidak boleh langsung membebaskan dirinya dari peranan dan cadangan Omar Ong? Kenapa PM "sangat takjub" dengan setiap cadangan yang dipersembahkan oleh Omar Ong ini? Apa rahsia di sebalik kehebatan manusia yang bernama Omar Ong ini?

Petronas ini diwujud dan dibangunkan hingga ke tahap yang ada pada hari ini oleh manusia yang diberi tanggungjawab pada usia yang begitu muda, malah lebih muda dari Omar Ong. Mungkinkah Petronas ini juga akan dilingkupkan oleh orang yang diberi tanggungjawab pada usia muda? Siapalah Omar Ong jika mahu dibandingkan dengan Tengku Razaleigh yang menjadi arkitek dan perancang utama hingga Petronas tersenarai di dalam 500 fortune?      

Pelbagai "corporate exercise" yang berlaku semuanya hanya menampakkan pemilikan bumiputera semakin "diluted". Kombinasi gabungan dan peranan kumpulan neo-liberal dan anti-agenda bumi yang diketuai oleh pemegang authority Nor Yackob dan jaringan tungau-tungau yang sudah berselerak di EPU, PEMANDU dan GLC-GLC sudah menjadi "untouchable". Malah Airasia sendiri pun sudah tidak boleh disentuh lagi. Kritiklah apa pun, Airasia tetap dengan gaya dan lagaknya memanipulasi pelanggan dan pemilik airport yang memberi hak dia mendarat.

Tungau-tungau ini sudah jadi alien yang sukar dibendung. Bukan saja tidak boleh lagi dibendung, malah alien ini sudah mendatangkan ketakutan kepada penciptanya sendiri. Alien Tungau ini sudah diprogramkan otak mereka dengan otak neo-liberal dan anti-agenda bumi. Mungkin alien ini suatu hari nanti akan pandai cipta kod untuk membunuh inventornya sendiri.         


APA KATA KALAU REGU KU LI-MUHYIDDIN ATAU MUHYIDDIN-ZAHID PIMPIN NEGARA??

Posted: 11 Jun 2013 06:10 PM PDT

Adik Perdana Menteri Malaysia, Dato Nazir Razak sifatkan Osman Azran Rani sebagai "hero melayu" dan menyokong pendirian CEO Airasia-X ini melabel Utusan sebagai rasis.

Rafidah Aziz juga turut mengkritik pihak yang mensensasikan twitter yang bersifat pandangan peribadi Azran, dan bukan pandangan rasmi Airasia-X.

Pendek kata, adik Perdana Menteri dan bekas menteri yang mahu mengatakan, "Azran tidak bersalah dan memang benar Utusan rasis"

Jadi apa pendirian sebenar yang harus diambil oleh rakyat Malaysia dalam hal ini jika menurut perspektif budaya Malaysia yang sebenar?

Apakah mahu dibiarkan semua rakyat bebas menganut fahaman dan perspektif masing-masing dalam setiap perkara dan setiap isu berbangkit?

Apakah rakyat negara ini bebas membuat interpretasi dan definasi sendiri tentang sesuatu perkara, dan tidak perlu lagi apa-apa garis panduan dan batasan tertentu?

Apakah setiap rakyat sudah boleh bebas menentukan sendiri hukuman salah atau benar tentang sesuatu perkara tanpa perlu bersandarkan kepada apa-apa asas, perundangan dan adat serta adab menurut rasmi cara dan budaya Malaysia?

Sudah pasti kepelbagaian perspektif rakyat dalam menilai satu-satu dan setiap isu menurut kefahaman sendiri ini bakal membawa negara ke suatu keadaan yang tidak lagi harmoni. "

Siapa yang boleh memimpin rakyat Malaysia untuk keluar dari kemelut "ketidak-harmonian pandangan dan perspektif rakyat" dalam hal-hal pokok dan asas ini? Siapa seharusnya dipertanggungjawabkan untuk memberikan "leadership" terhadap segala "salah taja" pemikiran rakyat yang tidak lagi dapat di"harmonise"kan ini?   

"Feeling" and "opinion" rakyat yang pelbagai dan tidak lagi "harmonise" dalam perkara-perkara "pokok dan asas" adalah merupakan manifestasi dari kegagalan kepimpinan di sesebuah negara.

Banyak negara musnah apabila "kecaca-merbaan" pemikiran rakyat sudah sampai ke tahap ini.

Tiada ubat yang boleh mengubati dan menahan senario ini dari terus merebak menjadi barah melainkan "leadership" yang kuat, "commanding" dan tegas tanpa kompromi.

Pemimpin negara yang ada, wajib mempunyai kriteria ini dalam keadaan "darurat" dan kecamuk "feeling and opinion" rakyat yang sedang melanda negara kini.

Jika pemimpin hari ini tiada kesanggupan untuk menjadi pemimpin yang "commanding, berjiwa kuat dan tegas", negara sudah ada jawaban masa depan yang jelas iaitu "bakal hancus"!!

Jika tahu menilai dan menyuluh kemampuan bahawa kepimpinan sendiri yang ada tidak mampu berhadapan dengan senario ini, segeralah bertindak dan berbuat sesuatu. 

Jika patut beri peluang kepada orang lain yang difikirkan lebih mampu, maka berikanlah kepada beliau demi agama, bangsa dan tanah air.

Jika masih mahu mencuba memperbetulkan keadaan, sekurang-kurangnya janganlah disekat orang lain dari menawarkan diri untuk bertanding dan memberi kepimpinan alternatif juga di atas maksud sayangkan agama, bangsa dan tanah air. 

Jika ahli dan perwakilan masih menyokong tanpa "dipandu paksa", itu bermakna kepimpinannya masih diharapkan. Jika tewas, maka terimalah dan hormatilah hak dan pilihan ahli dan perwakilan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>