BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- (Video) Aksi gadis hanya pakai G-string dalam berek tentera pula tersebar
- 30 wartawan, editor tinggalkan portal The Malaysian Insider
- Guan Eng 'bangga' Nazir anti-Melayu
- Rafizi terhegeh-hegeh cari alasan nak angkat sumpah
- Blackout 505 Kota Bharu, Pas Kelantan tak terima 'kad jemputan'
- Janda, duda dalam keadaan mengaibkan di tepi pantai
- Khalid Ismath persenda isra', anggap Harun Taib nabi?
- Tiada NGO pertahan kematian perompak kedai emas kerana beliau Melayu dan bukan India?
- (Video) 'Saya tak bogel, cuma berkemban' - Izreen Azminda
- Ustaz Azhar Idrus jadi antara punca BN fail petisyen
- Lemah Bahasa Inggeris punca Husam kalah saman fitnah RM10 juta
- Pandikar Amin dijangka kekal selaku Speaker Dewan Rakyat
- CEO CIMB, Nazir Razak juga anti-Melayu sokong Azran?
(Video) Aksi gadis hanya pakai G-string dalam berek tentera pula tersebar Posted: 12 Jun 2013 04:01 PM PDT Sebelum ini, Kementerian Pertahanan Israel dikejutkan dengan beberapa keping gambar tentera wanitanya yang beraksi separuh bogel dengan senjata berdekatan kem mereka. Berita tersebut anda boleh rujuk sini. Setelah foto-foto tersebut tersebar, kini video yang menunjukkan kelakuan sebenar tentera wanita pula tersebar melalui media sosial Facebook. Dalam video tersebut, kelihatan seorang tentera wanita hanya memakai seluar dalam mundar-mandir dalam kem dan kemudiannya cuba beraksi 'pole dancing' dengan senjatanya. Lokasi tersebut hampir sama dengan latar belakang foto-foto tak senonoh yang tersebar sebelum ini. | ||||
30 wartawan, editor tinggalkan portal The Malaysian Insider Posted: 12 Jun 2013 07:04 AM PDT SHAH ALAM: Pasangan adik beradik Leslie Lau dan Joan Lau akan mengetuai sekumpulan 30 kakitangan meninggalkan portal berita The Malaysian Insider (TMI) untuk menyertai Trinity Diligence Sdn Bhd, yang telah diberi kontrak bagi menguruskan portal The Malay Mail Online. Menariknya, akhbar The Malay Mail juga mempunyai perjanjian perkongsian kandungan dengan satu lagi portal berita - Malaysiakini. "Pasukan cetak dan pasukan online (The Malay Mail) akan diuruskan secara berasingan dan pasukan Insider yang akan datang tidak akan memberi kesan kepada perkongsian yang diadakan dengan Malaysiakini," kata seorang sumber. Menurut sumber, penyumbang dana TMI tidak berpuas hati dengan sidang redaksi portal itu yang dikatakan banyak menyimpang daripada apa yang dihajatkan mereka, terutamanya berhubung liputan sepanjang kempen pilihan raya 5 Mei lalu. Sumber yang lain juga memberitahu Antarapos bahawa minggu ini adalah minggu terakhir bagi kumpulan yang akan ke Malay Mail itu. Difahamkan hanya Ketua Pegawai Eksekutif TMI, Jahabar Sadiq tidak akan meninggalkan syarikat itu dan beliau ditugaskan meneruskan penerbitan dengan membawa masuk kakitangan baru. Penyumbang sedia ada juga akan terus menyuntik dana. TMI dimulakan pada Disember 2007 oleh sekumpulan ahli perniagaan dan wartawan yang rapat dengan perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai mengimbangi pengaruh Malaysiakini, yang disifatkan sebagai tidak mesra dengan Barisan Nasional (BN). Tetapi selepas Abdullah dipaksa melepaskan jawatannya pada tahun 2009, kumpulan itu menghentikan dananya. Namun pihak pengurusan tertinggi TMI berjaya memujuk seorang ahli perniagaan dari Pulau Pinang yang rapat dengan kerajaan BN. Akhbar The Malay Mail dimiliki oleh Datuk Siew Ka Wei melalui syarikat senarai awam Ancom Bhd yang memiliki Kumpulan Redberry. Adalah difahamkan ketua pegawai eksekutif dan pengarah urusan syarikat insurans am Pacific & Orient Bhd, Chan Thye Seng, yang mempunyai kepentingan 18 peratus dalam Ancom menjadi orang tengah yang memujuk kakitangan TMI untuk meninggalkan portal mereka. Siew juga dikatakan telah berjaya memujuk Editor Eksekutif The Star, Datuk Wong Sai Wan, untuk menjadi Pengarah Projek Khas untuk Kumpulan Redberry. Sebelum ini, beliau juga berjaya membawa pengarang kanan dari The News Straits Times Press Datuk Syed Nadzri Syed Harun. Antarapos | ||||
Guan Eng 'bangga' Nazir anti-Melayu Posted: 12 Jun 2013 06:01 AM PDT Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempertahankan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Nazir Abdul Razak berhubung kenyataannya berkaitan Ketua Eksekutif AirAsia X Azran Osman Rani. "Kami tidak menyebelahi sesiapa. Kami hanya mahu beritahu apa yang benar. Kami ingin memuji Nazir kerana bercakap benar," kata Lim (kanan) dalam sidang media hari ini. "Kami harap abangnya boleh seberani Nazir," kata Lim yang mengaku membaca laporan Utusan Malaysia semalam yang mengkritik Nazir sebagai "anti-Melayu". "Kami harap lebih ramai rakyat Malaysia seperti Nazir. Tetapi malangnya, jumlahnya tidak banyak," kata Lim. Nazir merupakan adik bongsu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Azran sebelum ini dikritik Utusan dan NGO Melayu ekoran tweet beliau yang menggelar harian itu sebagai "rasis" apabila memuatkan artikel berjudul "Apa Lagi Cina Mahu". Malaysiakini | ||||
Rafizi terhegeh-hegeh cari alasan nak angkat sumpah Posted: 12 Jun 2013 05:01 AM PDT ![]() Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata keputusan itu akan mengambil kira pandangan semua pihak termasuklah cadangan supaya majlis itu patut dihadiri sebagai menghormati Parlimen. "Kita akan bincang malam ini, tapi itu bukan hak dia (Speaker), saya kena ingatkan kepada wakil rakyat BN, kami menang undi popular, dan majoriti kita jauh lebih besar daripada mereka. "Itu hak kami untuk tentukan dan saya tak nak terlibat dalam soal cabar mencabar yang dibuat oleh seorang ahli Parlimen yang menang sipi-sipi," katanya kepada Sinar Harian Online di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini. Beliau berkata demikian mengulas pendirian ahli Parlimen Pas dan DAP dari Selangor yang tidak berhasrat untuk memulaukan sidang Dewan Rakyat 24 Jun ini. Timbalan Pesuruhjaya III Pas, Khalid Samad berkata, pihaknya setakat ini dimaklumkan, tindakan boikot itu hanya pada sesi taklimat ahli Dewan Rakyat semalam. Selain itu, Naib Pengerusi DAP Selangor, Charles Anthony Santiago pula berkata, tujuan PR memboikot sesi taklimat Parlimen itu sebagai simbolik kepada protes penipuan pada PRU13. | ||||
Blackout 505 Kota Bharu, Pas Kelantan tak terima 'kad jemputan' Posted: 12 Jun 2013 03:31 AM PDT KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengesahkan bahawa beliau tidak akan hadir pada perhimpunan 'Blackout 505' malam ini kerana terikat dengan komitmen lain. Selain itu, beliau juga mengesahkan dirinya tidak diberi jemputan rasmi untuk menghadiri perhimpunan yang bakal diadakan di Padang Majlis Daerah Ketereh di sini malam ini biarpun ia dihadiri oleh pemimpin utama pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saya tidak menerima jemputan rasmi, saya dimaklumkan orang lain pun tidak ada jemputan rasmi. "Saya sendiri pun tidak dapat hadir kerana ada komitmen pada malam ini, Menteri Besar (Datuk Ahmad Yakob) hadir atau tidak saya tidak tahu, kena tanya beliau?," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini hari ini. Sebelum ini, ramai pemimpin PAS khususnya dari Dewan Ulama memilih untuk menjauhkan diri mereka dengan perhimpunan itu bagi membantah keputusan pilihan raya umum 5 Mei lalu yang didakwa tidak telus dan berlaku penipuan. Keadaan tersebut menguatkan lagi spekulasi bahawa PAS Kelantan juga menolak perhimpunan untuk menyatakan rasa tidak puas hati rakyat. Walaupun tidak berpuas hati dengan keputusan PRU-13, pembangkang tidak pula menyatakan berlakunya penipuan di negeri-negeri yang dimenanginya seperti di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. | ||||
Janda, duda dalam keadaan mengaibkan di tepi pantai Posted: 12 Jun 2013 02:02 AM PDT
Hakim Syarie, Mohd Nazri Yusof yang berpuas hati terhadap pengakuan salah tertuduh turut memerintahkan mereka dipenjara sebulan jika gagal membayar denda dikenakan. Mereka ditangkap ketika melakukan perbuatan tidak bermoral itu pada jam 1.25 pagi, 13 Oktober tahun lalu di tepi pantai. Tertuduh wanita ketika ditangkap masih berstatus isteri orang kini berusia 44 tahun beralamat di Seberang Jertih, manakala pasangannya, seorang duda berusia 28 tahun bekerja sebagai peniaga pasar malam dan beralamat di Kampung Kemudu Bongkok, Pasir Puteh, Kelantan. Kedua-dua mereka dituduh di bawah Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (takzir) Terengganu 2001 kerana persediaan melakukan persetubuhan haram yang sabit kesalahan boleh dihukum denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Pendakwaan dijalankan Pendakwa Syarie, Wan Abdul Hakim Wan Khairul Anuar manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Menurut fakta kes, bertindak atas maklumat pada masa berkenaan, anggota penguat kuasa bersama dua orang awam membuat rondaan di kawasan Pantai Bukit Keluang.
"Pengadu (pegawai penguat kuasa) menghampiri pasangan itu dan memperkenalkan diri kemudian mengarahkan mereka memakai baju dan pemeriksaan mendapati mereka bukan suami isteri," kata Wan Abdul Hakim. Tertuduh wanita dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman kerana menanggung enam anak termasuk seorang orang kurang upaya, tiga masih bersekolah, seorang masih kecil dan seorang lagi lepasan sekolah. Dia juga memberitahu ketika ditangkap dia dalam proses perceraian dengan suaminya dan kini tujuh bulan sudah bercerai. Tertuduh wanita membayar denda yang dikenakan, manakala pasangannya terpaksa dihantar ke Penjara Pangkalan Chepa, Kelantan kerana gagal membayar denda yang dikenakan. | ||||
Khalid Ismath persenda isra', anggap Harun Taib nabi? Posted: 12 Jun 2013 12:01 AM PDT ![]() Khalid Ismath, seorang syiah, yang tak punya harga diri berlawak dengan diri nabi dan peristiwa isra' Ada pulak 'ustaz' yang pendek aqalnya sanggup like komen biadap dia (rujuk gambar) Ustaz yang aqal pendek ni mungkin tak baca ayat berikut, al-An'am ayat 70 وَذَرِ الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۚ وَذَكِّرْ بِهِ أَنْ تُبْسَلَ نَفْسٌ بِمَا كَسَبَتْ لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلِيٌّ وَلَا شَفِيعٌ وَإِنْ تَعْدِلْ كُلَّ عَدْلٍ لَا يُؤْخَذْ مِنْهَا ۗ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ أُبْسِلُوا بِمَا كَسَبُوا ۖ لَهُمْ شَرَابٌ مِنْ حَمِيمٍ وَعَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْفُرُونَ {70} Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya). | ||||
Tiada NGO pertahan kematian perompak kedai emas kerana beliau Melayu dan bukan India? Posted: 11 Jun 2013 11:01 PM PDT Tulisan blogger dan juga penulis pro pembangkang, MSO kali ini agak menarik sedikit untuk dikongsikan. JARANG melihatkan penulis-penulis yang berpaksikan Anwar ini menulis mengenai nasib bangsa, kerana takut dituduh rasis. Namun artikel terbaru beliau mengenai seorang penjenayah yang mati ditembak setelah dibiarkan begitu sahaja menarik perhatian kami. Di perenggan-perenggan awal beliau banyak membebel mengenai tanggungjawab polis, orang dan pelbagai lagi isu makro namun di akhir-akhir kesimpulan, beliau tiba-tiba mempertikaikan mengenai nasib penjenayah tersebut berdasarkan dari kaumnya. Mungkin beliau juga teringin dan mahu bercakap soal ini, tapi platfrom agak rigid, akhirnya terpaksa menulis secara berkias-kias pula. Jom baca! Sejak semalam telah tersebar secara meluas rakaman video di facebook dan blog bagaimana seorang penjenayah yang ditembak polis menggelepar kesakitan di atas aspa. Penjenayah itu dipercayai cuba merompak sebuah kedia emas di Kota Bharu Kelantan. Dari video berkenaan nampaknya lelaki itu ditembak dipaha sebelah kanan. | ||||
(Video) 'Saya tak bogel, cuma berkemban' - Izreen Azminda Posted: 11 Jun 2013 10:01 PM PDT Filem sulung lakonan Izreen berjudul Pecah arahan Asrulhisyam Ahmad atau Black difahamkan akan mula ditayangkan di pawagam-pawagam terpilih pada 13 Jun ini. Izreen yang ditemui ketika majlis pratonton filem Pecah mengakui agak berdebar menantikan respon peminat berkenaan satu babak lakonannya yang dikira agak berani. Untuk pengetahuan semua, terdapat satu babak dalam filem itu yang memerlukan Izreen untuk berkemban menggunakan tuala. Izreen menyatakan yang dia sebenarnya agak kekok untuk melakonkan watak itu namun tetap meneruskan atas dasar kerja dan menganggap ianya tidak keterlaluan. "Bagi saya perkara itu bukan satu masalah. Saya tidak berbogel, cuma bahagian atas dada sahaja yang diambil. Saya harap perkara itu tidak menjadi isu," katanya. Izreen juga menjelaskan penggambaran filem itu telah berjalan sebelum dia berkahwin lagi dan mengharapkan respon yang positif dari suaminya selepas Pecah ditayangkan.
"Suami belum tengok lagi babak berkemban itu tapi harapnya respon yang saya terima positif sebab dia sendiri seorang yang positif dan memahami," katanya lagi. Menurut Izreen lagi, dia akan lebih selektif mengenai tawaran lakonan selepas ini memandangkan dia kini membawa status isteri dan juga ibu tak lama lagi. "Saya tidak akan menerima lagi tawaran yang memerlukan saya beraksi sebegitu atau yang sewaktu dengannya. Saya kena lebih sensitif selepas ini. "Selepas berkahwin suami juga ada pesan, karakter atau watak yang Izreen bawakan haruslah sesuai dengan status Izreen," jelasnya. Pelakon yang popular melalui drama bersiri Juvana ini juga berharap perkara ini tidak diperbesarkan dan sudah bersedia untuk menerima segala respon baik yang positif mahupun negatif dari peminatnya. | ||||
Ustaz Azhar Idrus jadi antara punca BN fail petisyen Posted: 11 Jun 2013 08:01 PM PDT KOTA BHARU - Kempen yang memaparkan kata-kata pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, antara alasan yang dikemukakan BN dalam lima petisyen yang difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, semalam. Petisyen difailkan membabitkan keputusan PRU13 di Parlimen Bachok, Dun Jelawat, Gaal, Mengkebang dan Manik Urai. Peguam BN, Nor Azli Ahamed mendakwa, Pas menggunakan banyak pengaruh tidak wajar, antaranya Azhar dan Ustaz Zahazan Muhammad, bagi menarik sokongan pengundi di Kelantan. "Antara penggunaan bahan kempen salah itu boleh dilihat di seluruh Kelantan seperti papan tanda memaparkan gambar Ustaz Azhar Idrus dengan kata-kata yang mempengaruhi dari segi kerohanian dan agama. "Sebenarnya ini ialah satu kesalahan mengikut Akta Pilihan Raya 1954 di bawah Seksyen 9, iaitu pengaruh tidak wajar," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar pejabat itu, semalam. Petisyen itu difailkan calon kerusi masing-masing melalui Tetuan Mohd Ilyas and Co di hadapan Pendaftar, Noor Haslinda Che Seman, pada jam 2.30 petang.
Sebelum itu, calon PKR bagi kawasan Parlimen Machang, Dr Wan Zawawi Wan Ismail dan calon PKR Parlimen Ketereh, Ab Aziz Ab Kadir serta wakil calon Dun Selising, Timbalan Pengarahnya, Semsudin Muhmmad, juga memfailkan petisyen di hadapan pendaftar sama pada jam 2.25 petang. Kelmarin, Pas memfailkan dua petisyen membabitkan Dun Ayer Lanas dan Dun Kok Lanas di mahkamah sama, menjadikan jumlah petisyen difailkan Pas, lima. Pada PRU13 lalu, calon BN Parlimen Bachok, Datuk Awang Adek Hussin tewas kepada Ahli Parlimen Pas, Ahmad Marzuk Shaary dengan majoriti 201 undi, sementara Adun Ayer Lanas, Datuk Sri Mustapa Mohamed menang dengan majoriti 47 undi, menewaskan calon Pas, Abdullah Ya'kub. Sinar | ||||
Lemah Bahasa Inggeris punca Husam kalah saman fitnah RM10 juta Posted: 11 Jun 2013 07:10 PM PDT KUALA LUMPUR 11 Jun - Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa hari ini gagal dalam tuntutan saman fitnah RM10 juta yang dikemukakannya terhadap syarikat akhbar The New Straits Times Press (M) Bhd. (NSTP) dan empat yang lain. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu memfailkan saman tersebut pada 22 Februari 2010 setelah mendakwa artikel bertajuk Husam: They go or I'll quit. Nik Aziz won't allow blue eyed boy to resign even if he wishes yang disiarkan oleh akhbar New Straits Times (NST) memfitnahnya. Husam mendakwa artikel yang disiarkan di muka surat 10 dalam akhbar bertarikh 23 November 2009 ditulis dengan niat jahat itu telah menjatuhkan dan merendahkan reputasinya. Keputusan menolak saman itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Heng Cheong di kamar hakim di Mahkamah Tinggi di sini hari ini. Beliau juga memerintahkan Husam membayar kos RM22,000. Peguam Dr. Zulqarnain Lukman yang mewakili Husam selaku pihak plaintif memberitahu pemberita, mahkamah memutuskan demikian setelah mendapati pihaknya telah gagal membuktikan kes saman tersebut. Ini kerana, menurut Zulqarnain, Heng Cheong berpendapat, artikel itu lebih berbentuk pujian kepada Husam dan bukannya memfitnah beliau. ''Jika artikel itu berbentuk fitnah sekalipun, mahkamah mendapati, perlindungan bersyarat dan prinsip kewartawanan bertanggungjawab terpakai dalam kes ini,'' katanya. Dalam saman itu, Husam menamakan NSTP, dua wartawannya, Shuhada Elis (kini bekas wartawan NST) dan Nik Imran Abdullah (kini Ketua Biro NST Kota Bahru); bekas Pengarang Kumpulan NST, Datuk Syed Nadzri Syed Harun dan Ketua Pengarang Urusan Kumpulan NSTP ketika itu, Datuk Zainul Arifin Mohammed Isa sebagai pihak defendan. Plaintif dalam pernyataan tuntutannya menyatakan, pernyataan fitnah pihak defendan itu, dibuat dengan niat jahat telah menjatuhkan dan merendahkan reputasinya dalam khalayak umum. Artikel tersebut menurut plaintif juga didakwa membawa maksud beliau seorang yang suka mengambil kesempatan, menekan orang lain, tidak jujur dan bertelingkah serta berpecah-belah. Oleh itu plaintif, menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan berjumlah RM10 juta daripada kesemua defendan. Pihak defendan dalam pernyataan pembelaan menegaskan, kata-kata tersebut mempunyai maksud yang jelas atau biasa dan tiada satu pun daripadanya bersifat memfitnah Husam. Menurut pihak defendan, pernyataan tersebut membabitkan kepentingan awam, diterbitkan dengan cara adil dan wajar dengan cara yang konsisten dengan kewartawanan bertanggungjawab. Selain itu, bagi pihak, defendan pernyataan itu membabitkan laporan fakta yang berdasarkan penyiasatan dan tanpa penonjolan atau elemen sensasi yang tidak wajar. | ||||
Pandikar Amin dijangka kekal selaku Speaker Dewan Rakyat Posted: 11 Jun 2013 07:01 PM PDT PETALING JAYA: Tan Sri Pandikar Amin Mulia dijangka akan kekal sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk tempoh lima tahun akan datang bagi sesi Parlimen ke-13, menurut sumber. Pandikar, yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menggantikan Tan Sri Ramli Ngah Talib sebagai Speaker pada 2008. Kedua-dua dewan memerlukan seorang pemimpin yang tegas serta dihormati oleh kedua-dua belah pihak, kerana pada sesi kali ini terdapat lebih ramai ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat. Pada ketika ini, Pakatan Rakyat memperoleh 89 kerusi, tujuh kerusi lebih banyak berbanding pilihan raya umum 2008, ia merupakan jumlah wakil rakyat pembangkang paling ramai pernah dicatatkan di Parlimen setakat ini. Barisan Nasional pula memiliki 133 kerusi. Sidang Parlimen akan bermula pada 24 Jun dan dijangka lebih dinamik dan kecoh dengan kehadiran wakil Pembangkang yang lebih ramai. Beberapa nama lain yang turut dikhabarkan akan memegang jawatan Speaker, ialah bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh dan bekas Menteri Penerangan, Konukasi dan Kebudayaan, Tan Sri Rais Yatim. | ||||
CEO CIMB, Nazir Razak juga anti-Melayu sokong Azran? Posted: 11 Jun 2013 06:01 PM PDT KUALA LUMPUR 11 Jun - Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam mempersoal tindakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB Bank Bhd., Datuk Seri Nazir Tun Razak yang memuji sikap CEO AirAsia X, Azran Osman-Rani melabel akhbar Utusan Malaysia sebagai rasis. Pertubuhan itu dalam kenyataan di sini hari ini menjelaskan, mereka kesal dengan tindakan Nazir itu dan menyifatkan beliau terperangkap dalam kerangka minda membelakangkan sensitiviti kaum Melayu. Sehubungan itu, pertubuhan berkenaan secara sinis meminta Nazir bertukar-tukar jawatan atas dasar suka sama suka dengan Azran demi menguatkan lagi sikap anti-Melayu mereka. "Nazir dan Azran adalah dua contoh terbaik anak Melayu yang menepati maksud peribahasa 'Seperti Kacang Lupakan Kulit'. "Janganlah hanya disebabkan bank dipimpin oleh Nazir menjadi penasihat utama AirAsia X, maka beliau sanggup mengecewakan bangsa Melayu yang sememangnya mengharapkan pembelaan daripada anak-anak Melayu yang sudah berjaya seperti beliau," kata kenyataan itu. Baru-baru ini, Azran menerusi akaun Twitter serta Facebook miliknya menyatakan pendirian meluatnya terhadap Utusan Malaysia yang dilabel sebagai tidak mewakili Melayu Malaysia. Ahli korporat Melayu baharu itu secara terbuka menerusi kedua-dua akaun laman sosial tersebut menyalahkan Utusan Malaysia sebagai rasis kerana menyiarkan artikel di muka hadapan bertajuk Apa lagi Cina mahu pada 7 Mei lalu. Menerusi akaun Facebook beliau, Azran menulis: "I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya antiperkauman. Saya meluat dengan pendirian Pengarang Utusan)." Dalam akaun Twitter pula, Azran turut menyatakan pihaknya akan menarik balik iklan AirAsia di Utusan Malaysia. Dalam pada itu, Gabungan NGO Islam juga menggesa Nazir serta Azran supaya segera sedar asal-usul mereka dan jangan sekali-kali bersikap angkuh dengan wang, kekayaan termasuklah pangkat yang dimiliki. "Apa yang anda berdua miliki adalah hasil perit-jerih nenek moyang bangsa Melayu menyabung nyawa, jiwa dan raga mempertahankan tanah tumpah darah yang bertuah ini. "Adakah benar seperti yang pernah diluahkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa anak Melayu seperti anda adalah 'Melayu mudah lupa'?" jelas kenyataan itu. Utusan |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |