Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

yeopPERAK

$
0
0

yeopPERAK


ANDAI DIA PERGI DULU SEBELUM MU…

Posted: 03 Jun 2013 08:06 AM PDT


Pandanglah wajah orang yang paling kita sayangi…samada ibu, bapa, suami, isteri, anak-anak atau siapa sahaja. Pasti kita akan berpisah dengannya satu hari nanti. Detik itu pasti datang. Itu janji kita sejak dulu… sanggup datang, sanggup pulang. Kita dan dia pasti berpisah oleh takdir yang dinamakan kematian.
Itulah detik yang paling menyedihkan. Sedih bagi mereka atau kita yang ditinggalkan. Dan lebih sedih bagi kita yang mungkin meninggalkan. Tidak kira siapa yang dahulu, siapa yang kemudian..ditinggalkan atau meninggalkan pasti menggetirkan.
Seorang isteri yang kematian suami… ketika seluruh dan sepenuh hati masih bersamanya. Masih banyak yang perlu diselesaikan..anak-anak, cita-cita dan harapan tetapi ajal maut datang memutuskan segala dan semua yang kita inginkan. Ya, kita cuma hamba. Pada kita cuma tadbir, pada-Nya segala takdir.
Kekadang masih tak puas bermanja dengan ayah dan ibu… tiba-tiba sahaja mereka dipanggil pergi. Hingga lidah kelu dan hati sayu, tidak ada lagi insan yang boleh panggil ibu. Oh, sedihnya apabila ditinggalkan ayah… insan yang paling kita yakini sangat mencintai kita dan kasihnya yang tidak pernah berbelah, tetapi terpaksa berpisah! 
Andai dia pergi dulu sebelum mu, sapulah air mata dan teguhkanlah jiwa. Kita yang masih hidup perlu menyambung perjuangannya. Tidak mengapa bersedihlah seketika. Itu fitrah jiwa. Namun sederhanalah kerana esok kau mesti bangkit semula. Katakan pada diri, ya… kau telah pergi, pergi bersama doa ku. Kau tunggu di sana, pasti aku akan menyusul nanti!
Andai dia pergi dulu sebelum mu, walau pun dia tidak akan kembali lagi, tetapi itu akhir pertemuan. Dulu kita bertemu untuk berpisah.  Kini kita berpisah untuk bertemu. Inilah jalan takwa yang telah dilalui oleh Siti Aishah, Siti Habshah, Ummu Salamah, Mariah Qibtiyah bila ditinggalkan Rasulullah. Syukur kau terpilih untuk melalui jalan mujahadah. Mujur kau ditakdirkan merasai mehnah Ilahi – tradisi hidup Ummahatul mukminin yang ditinggalkan suami!
Andai dia pergi dulu sebelum mu, sibuklah diri mu. Beribadahlah sehingga kau letih untuk merasa sedih. Gembirakanlah hati mu dengan menggembirakan orang lain. Carilah peluang kebajikan dan kebaikan yang bertaburan. Bila sesekali kesedihan datang tanpa diundang, berwuduk dan bacalah Al Quran. Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu satu kerehatan. Begitulah setiap kali Rasulullah SAW bila terasa gundah… diadukan kesedihan kepada Allah.
Andai dia pergi dulu sebelum mu, bisikan ke dalam hati mu yang paling dalam. Dia bukan milik ku. Dan aku pun bukan miliknya. Pemilik segala ialah Al Malik. DIAlah yang memiliki dan menguasai segala-galanya. Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah.   Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi… tapi katakan pada ku sentiasa ada pemerhati.
Bagaimana IMAN kita hari ini??
Bersediakah kita untuk menghadapi KEMATIAN?
kematian yang sudah tertulis pada suratan takdir kehidupan ini..
Tapi.. hanya Allah sahaja yang tahu bila ajal kita akan tiba,
yang PASTI ia akan tetap terjadi,
semua makhluk tidak dapat lari daripada ini...

Adakah kita sedar saat kematian itu semakin lama, semakin menghampiri kita??
Apabila setiap kali menyambut hari kelahiran kita, 
ingat kah kita tentang usia yang kian meningkat ini bakal menemui kematian??
Detik kematian itu semakin menghampiri kita tanpa sebarang Petanda atau Petunjuk diberikan kepada kita...
Pabila tiba detik ini, tiada seorang pun kan dapat melarikan diri..
Tidak takut kah kita dengan KEMATIAN??

Inilah HAKIKAT dan sesuatu yang sangat PASTI,
akan berlakunya KEMATIAN dalam diri setiap makhluk yang bernyawa di muka bumi Allah ini..
Tidak kira lah mereka yang miskin, kaya, tua, muda, perdana menteri, ulama', raja, semua akan melaluinya..
KESAKITAN KEMATIAN yang dirasa tidak terkata sakitnya,
apabila dipisahkan ROH dari JASADnya..
Hanya amalan yang SOLEH/SOLEHAH yang boleh redakan bebanan derita diambang KEMATIAN kita..
Jadi, pilihan sudah ada di tangan anda, hendak menjadi soleh/solehah ataupun anda rasai lah KEMATIAN yang begitu dahsyat sekali..

Akhirnya.. terhentilah denyutan nadi dan nafas itu kerana ROH telah meninggalkan pergi kepada jasadnya untuk menghadap Ilahi.. Seterunya ROH nya lah yang akan dihitung dan dihisab oleh ALLAH AZZA WAJALLA..

SAAT KEMATIAN itu pasti tiba, adakah kita sudah bersedia dengan amalan-amalan untuk dijadikan bekalan di akhirat kelak?? Sama-sama lah kita muhsabah diri kita..


Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>