Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

tun faisal dot com

$
0
0

tun faisal dot com


Pasca #PRU13 - Tun Daim bukan 100% benar

Posted: 02 Jun 2013 08:36 PM PDT


Image

Sehingga kini di keliling pemimpin hanya ada kepalsuan dan yang menulis juga, tanpa mengkaji fakta turut menulis kepalsuan - pertama kerana ada kepentingan, kedua kerana ketololan mengikut arus tanpa usaha mencari kebenaran...


Benar, di Malaysia bukan Presidential election, tetapi sejak bilakah Pilihan Raya Umum negara ini adalah berkenaan kawasan Parlimen yang lain?

Dalam Pilihan Raya Umum 1990 misalnya, walaupun ia adalah pertandingan di antara Barisan Nasional (BN) menentang Angkatan Perpaduan Ummah (APU), tetapi yang lebih menonjol adalah pertandingan di antara Tun Dr Mahathir menentang Tengku Razaleigh, Lim Kit Siang, Hadi Awang dan Joseph Pairin Kitingan.

Dalam Pilihan Raya Umum 1999, ia bukan mengenai BN menentang Barisan Alternatif (BA), tetapi lebih kepada Tun Dr Mahathir menentang Anwar Ibrahim. Dalam Pilihan Raya Umum 2008, ia adalah mengenai Tun Abdullah Badawi menentang Anwar. 

Jelasnya, soal siapa bertanding di 221 kawasan Parlimen yang lain memang bukan sesuatu yang selalu ditonjolkan, sebaliknya yang ditonjolkan adalah pemimpin utama parti-parti yang bertanding. Dalam banyak keadaan, ada sejumlah rakyat Malaysia tidak mengenali pun siapa Presiden parti komponen yang bertanding dan ada yang mengambil sikap tidak peduli asalkan mereka mereka mengundi BN atau parti pembangkang.

Saya tidak menolak pandangan `school of thoughts' yang menyatakan bahawa BN ketika itu kekal relevan disebabkan kesungguhan Perdana Menteri Najib Razak dan agenda transformasi beliau. Malah ada tinjauan penjenamaan yang menunjukkan bahawa Najib Razak adalah jenama yang lebih popular berbanding 1Malaysia dan Barisan Nasional. Tinjauan yang sama juga menunjukkan ada personaliti, parti dan `soundbites' tertentu menjadi `brand eroders' atau penghakis jenama untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.

Jadi tidak salah jika pakar penjenamaan yang menasihati `bilik peperangan' / `war room' untuk meneruskan penjenamaan Najib Razak berbanding jenama lain dan mengenepikan sama sekali 'brand eroders' daripada sebarang jendela kempen PRU13. Cuma saya dan beberapa orang rakan seperti Timbalan Pengerusi UMB, Razlan Rafii sering mengingatkan bahawa sampai satu ketika sebelum tempoh berkempen, jenama BN itu mesti ditonjolkan kerana rakyat akan mengundi BN atau PR; bukan Najib Razak atau Anwar.

Bagaimanapun pandangan Tun Daim adalah tepat bila menyatakan bahawa terdapat masalah dan kecelaruan dalam pemilihan calon-calon BN.

Cuma apa yang para penulis blog dan cybertroopers tidak sedar - bukan Datuk Allies Anor yang menasihatkan pemilihan calon-calon tersebut, tetapi individu lain. Masalahnya, individu yang menasihati PM tentang calon ini terus bebas tanpa dipersalahkan, baik selepas pengumuman calon mahu pun selepas hari pengundian PRU13.

Saya bukan peminat dan penyokong Datuk Allies, dia pun bukan kenal dan pedulikan saya pun tetapi jangan lah sampai kita berlaku tidak adil sehingga menyalahkan individu yang tidak bersalah.

Apa pun game anda - ia seharusnya untuk meningkatkan kekuatan UMNO untuk menghadapi PRU14 bukan kepentingan kumpulan anda. Jika kumpulan anda lebih diutamakan berbanding kekukuhan parti dan perjuangan, maka apakah perbezaan anda dengan penasihat PM yang meletakkan kepentingan kumpulan melebihi kepentingan parti ketika mendesak PM menamakan calon-calon pilihan mereka.

Anda dan mereka sama saja, tiada bezanya.... 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>