Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Panglima Perang Cyber

$
0
0

Panglima Perang Cyber


5 Anak Pegawai Atasan DCA Jadi Juruterbang Kapal @TonyFernandes @AirAsia - MyPA

Posted: 02 Jun 2013 10:32 PM PDT


KUALA LUMPUR 31 Mei - Air Asia didakwa mengamalkan budaya diskriminasi dalam pemilihan juruterbang dengan mengutamakan ahli keluarga juruterbang sedia ada.

Presiden Persatuan Belia Juruterbang Malaysia (MyPA), Tuan Ahmad Humaizi Tuan Muhammad Kamal berkata, 30 juruterbang yang terpilih daripada pemilihan terakhir yang dijalankan lima daripadanya adalah anak kepada pegawai atasan Jabatan Penerbangan Komersial (DCA).

"Tiada beza antara kami dan anak-anak pegawai yang lain, semua sama membelanjakan sejumlah RM250,000 untuk mengikuti penerbangan komersil perlesenan juruterbang.

"Malah seorang daripada calon yang terpilih tidak tersenarai dalam temuduga untuk menjalani pemilihan berjaya kepemilihan terakhir," katanya ketika ditemui pada sidang media di ibu pejabat Berita Harian di sini hari ini.

Humaizi juga menegaskan, lebih 1000 juruterbang telah menyatakan bantahan terhadap tindakan syarikat penerbangan tambang murah berkenaan.

"Saya rasa pekara ini bukan saya saja yang tidak bersetuju malah saya mewakili seribu juruterbang yang lain supaya pekar ini harus diberi tindakan yang wajar dan telus kepada Air Asia dan DCA harus ambil tindakan.

"Saya syorkan pihak DCA menubuhkan satu jawatan kuasa khas untuk menangani isu juruterbang yang menganggur." katanya.

Sebelum ini, Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) turut membidas AirAsia yang mencetuskan beberapa isu baru-baru ini dengan menyifatkannya sebagai memalukan dan tidak berperikemanusiaan.

Sumber : KLPOST

http://kulaanniring.blogspot.com/2013/06/panas-bukti-air-asia-pilih-kasih.html


Sent from my iPad

KDN cadang CCTV di lokap tahanan - @Zahid_Hamidi - Sinar Harian

Posted: 02 Jun 2013 06:43 AM PDT

KUALA LUMPUR - Penyediaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bilik lokap tahanan dan pewujudan lebih banyak lokap berpusat merupakan antara cadangan yang dikemukakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menambah baik prosedur melibatkan tahanan polis.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia juga dapat memberi gambaran sebenar mengenai keadaan di bilik tahanan bagi mengelak pandangan serong masyarakat terhadap polis.
    
Beliau berkata apabila CCTV disediakan, rakaman dapat menjadi bahan bukti jika sebarang kecederaan dan kematian berlaku.
    
"Kami juga bercadang untuk tidak letakkan orang kena tuduh di balai-balai polis berkenaan tapi kita akan mohon kepada kerajaan untuk wujudkan (lebih banyak) pusat tahanan berpusat seperti lokap di Jinjang agar polis tidak terus dituduh ketika jalankan soal siasat," katanya kepada pemberita selepas melawat Jabatan Pertahanan Awam, Jalan Semarak di sini hari ini.
    
Ahmad Zahid, dalam pada itu, meminta semua pihak memberi kepercayaan kepada kementerian dalam melakukan siasatan rapi berhubung kes kematian seorang tahanan di dalam lokap.

Beliau merujuk kepada kematian N. Dharmendran, 32, di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Selasa lepas.
    
Ahmad Zahid berkata siasatan dalaman dilakukan sekumpulan penyiasat dan ia diharap dapat menyelesaikan kes itu dan seterusnya membawa sesiapa yang terlibat ke muka pengadilan.
    
"Berilah kepercayaan kepada KDN untuk jalanan siasatan ini secara adil...jika benar ada sesiapa yang telah lakukan sesuatu di luar kuasa dan perundangan, tindakan yang setimpal akan diambil," katanya.
    
Mengenai perhimpunan jalanan yang kerap dilakukan pembangkang sejak akhir-akhir ini, Ahmad Zahid berkata ia lebih bersifat provokasi bertujuan mendapat liputan media luar negara.
    
"Ia untuk menggambarkan seolah-olah negara kita ini sedang mengalami huru-hara kerana pihak pembangkang kalah pilihan raya," katanya.- Bernama

http://www.sinarharian.com.my/nasional/kdn-cadang-cctv-di-lokap-tahanan-1.164923


Panglima : sebenarnya selagi nama pembangkang mereka akan tetap membangkang.

Pembangkang yang baik akan bangkang untuk baiki manakala pembangkang yang jahat mahu rosakkan yang telah baik.

Namun kesediaan KDN menyediakan CCTV satu pukulan maut kepada pembangkang yang ghairah memainkan semua isu termasuk perkauman.

Perkara ini turut diikuti Red Bean Army yang juga bernafsu timbulkan kemarahan orang Melayu!

Sekali lagi jangan terlalu mengikut kehendak hati kerana jika negara musnah negara mana lagi yang sudi menerima kita berpayung?

Jangan buang masa sangat layan pembangkang kerana mereka sebenar bukan mahu penyelesaian tetapi mahu liputan untuk pengundian PRU 14 akan datang !

Mari bersama kita fikirkan.


Sent from my iPhone

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>