BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- (Video) Adegan s.e k s ketika siaran berita [Tontonan dewasa]
- (Gambar) Wajah guru rasis hina pelajar Melayu sudah tersebar
- 'Anak mak' Safwan Anang akhirnya diikat jamin keluarga
- Bung Mokhtar 'terkilan' Izzah ditahan, mahu penjelasan
- Piala FA: Khairy bantai FAM
- Pasca PRU13: Umno parti terkuat
- Abang dipukau rakam video adik diperkosa bomoh siam
- DAP beri amaran supaya RoS berhati-hati keluarkan kenyataan
- Nampak lembik, tapi semua terpukau dengan Khalid
- Cina Pas naik angin dengan Zulkifli Nordin
- Doktor selak baju, cabul ahli perniagaan wanita dalam klinik
- RoS mula bongkar kepincangan pemilihan CEC DAP
- Exco wanita:Dorayah akui ada pihak kurang senang
- Hukuman penjara 12 bulan Khir Toyo kekal
- Peguam sokong laman web berita perlu ada lesen
(Video) Adegan s.e k s ketika siaran berita [Tontonan dewasa] Posted: 31 May 2013 03:13 PM PDT
Ketika penyampai berita itu menyampaikan laporan semasa, skrin di belakangnya telah secara tidak sengaja menyiarkan visual filem lucah. Ia melibatkan aksi hubungan seks. Penyampai berita tersebut ternyata tidak menyedarinya dan terus membacakan berita. Ironinya, berita yang disampaikan adalah mengenai kemungkinan stesen penyiaran awam terpaksa ditutup untuk sementara waktu susulan langkah memotong perbelanjaan. Aksi berkenaan kemudiannya menjadi popular di rangkaian sosial media dan telah ditonton beribu-ribu kali. | ||
(Gambar) Wajah guru rasis hina pelajar Melayu sudah tersebar Posted: 31 May 2013 09:01 AM PDT
Anda boleh rujuk SINI untuk laporan berkenaan. Namun begitu, sampai sekarang masih lagi belum kedengaran tindakan yang diambil oleh Kementerian Pendidikan terhadap guru yang rasis ini. Adakah masih sibuk dengan penyelarasan portfolio akibat bergabung kot dua kementerian? Perkara sebegini tidak harus dibiarkan lama kerana ia bakal mengeruhkan lagi keadaan. Kini dikatakan wajah guru tersebut juga telah tersebar di laman sosial Facebook, andainya ada pihak yang hilang pertimbangan, mungkin perkara luar jangkaan boleh berlaku. | ||
'Anak mak' Safwan Anang akhirnya diikat jamin keluarga Posted: 31 May 2013 08:11 AM PDT Keluarga mana yang mahukan anaknya mendapat gelaran bekas banduan? Mak mana mahu anaknya merengkok dalam penjara? Berkat didikan pembangkang, ramai anak-anak muda yang tak faham erti perjuangan sebenar terjerumus dalam kancah menentang kerajaan membuta tuli. Keluarga langsung tidak dipedulikan, akhirnya keluarga sendiri yang datang menjamin. Kita sendiri dapat lihat bagaimana keluarga seorang ahli politik yang porak peranda hanya kerana membontoti big bossnya. Belajarnya belum habis, tapi terpekik terlolong membantah itu dan ini, akhirnya disumbat dalam lokap, hati ibu mana yang tak sayu? KUALA LUMPUR – Aktivis pelajar, Safwan Anang yang menolak diikat jamin sebelum didakwa di bawah Akta Hasutan pada Rabu, telah dibebaskan selepas keluarganya membayar ikat jamin RM5,000 pada Jumaat. | ||
Bung Mokhtar 'terkilan' Izzah ditahan, mahu penjelasan Posted: 31 May 2013 07:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin menyifatkan penghantaran pulang Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dari Sabah semalam semasa Pesta Menuai sebagai "bencana" dan "kesilapan besar". "Saya percaya ini adalah kesilapan besar dan perlu diperbetulkan," kata Bung melalui akaun Twitternya @MyKinabatangan turut menyebut akaun Twitter Nurul Izzah dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, malam tadi. "Saya tak faham mengapa Nurul tidak dibenarkan memasuki Sabah, kalau benar ini satu kesilapan dan malapetaka," tambah ahli majlis tertinggi Umno itu. Nurul Izzah dinafikan masuk ke Sabah selepas mendarat di Kota Kinabalu petang semalam. Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking dari PKR juga turut mengkritik halangan masuk ahli Parlimen Lembah Pantai itu ke Sabah dengan mengatakan ia telah mencemarkan "reputasi negeri sebagai tuan rumah". Darell berkata ini kerana Nurul Izzah datang ke Sabah untuk menyambut Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai atas kapasiti peribadinya. "Mengapa rakyat Malaysia yang mahu menyambut perayaan bersama rakyat Malaysia lain terutamanya Kadazan dari Sabah dan di Sabah, sekarang menjadi sebab untuk halangan masuk?" kata Darell dalam satu kenyataan malam tadi. Darell mengatakan kerajaan negeri Sabah mempunyai hak untuk menghalang sesiapa untuk masuk akan tetapi hak tersebut tidak seharusnya disalahgunakan. "Saya cabar ketua menteri dan semua anggota Kabinet negeri untuk menjelaskan kepada semua rakyat Sabah dan Malaysia mengapa ini semua berlaku," katanya. Naib Presiden PKR Chua Tian Chang turut dihalang masuk ke Sabah pada April lepas. | ||
Posted: 31 May 2013 06:15 AM PDT MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mempertikaikan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi hak tuan rumah kepada Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) bagi perlawanan tertunda separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok. Ini kerana, katanya persatuan itu telah gagal menjamin keselamatan pada perlawanan yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur, Selasa lepas. "Kutipan hasil yang patut diberikan kepada Pahang sebagai tuan rumah tak boleh lebih daripada kapasiti Stadium Darul Makmur iaitu 10,000 sedangkan kapasiti di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah lebih besar iaitu 80,000. "Pahang tidak layak mendapat hasil kutipan jualan tiket lebih dari 10,000 kerana mereka telah dikenakan tindakan denda tapi FAM bagi keuntungan lebih kepada PBNP. Ini tidak masuk akal," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan rasmi bersama Timbalannya, Datuk M.Saravanan ke Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil hari ini. Khairy juga menyifatkan sebagai tindakan kurang tegas FAM terhadap PBNP ekoran kekecohan melibatkan penyokong kedua-dua pasukan di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Selasa lalu, menyebabkan perlawanan terpaksa ditunda dan diadakan di gelanggang berkecuali. Jawatankuasa Tatatertib FAM mendenda PBNP sebanyak RM100,000 manakala Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) didenda RM20,000 ekoran kekecohan itu. "Kita tidak tahu kenapa terlalu ramai penonton boleh berada di stadium sedangkan tiket perlu dijual mengikut kapasiti stadium," katanya. Menurutnya insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku dan FAM perlu segera menyiasat dan mencari jawapan kerana ianya telah mencemarkan nama baik bola sepak negara. "Saya sebagai Menteri Belia dan Sukan amat kecewa dengan PBNP kerana mereka gagal menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai tuan rumah," katanya. Khairy turut meminta agar FAM bertindak menjatuhkan hukuman yang setimpal terhadap pesuruhjaya perlawanan kerana gagal menyelaraskan semua aspek perlawanan termasuk soal keselamatan dan tiket. - Bernama | ||
Pasca PRU13: Umno parti terkuat Posted: 31 May 2013 05:43 AM PDT KUALA LUMPUR 31 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO muncul parti terkuat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu apabila jumlah kerusi yang dimenangi terlalu hampir dengan jumlah dimenangi oleh pihak pembangkang. Beliau berkata, pada PRU-13 jumlah kerusi yang dimenangi oleh UMNO sebagai parti tunggal adalah sebanyak 88 kerusi manakala jumlah kerusi yang dimenangi oleh ketiga-tiga parti pembangkang hanya lebih satu kerusi iaitu 89 kerusi. Begitu juga katanya, berlaku peningkatan dari segi jumlah kerusi yang dimenangi oleh UMNO pada pilihan raya kali ini berbanding PRU-12, daripada 79 kerusi kepada 88 kerusi. - UTUSAN | ||
Abang dipukau rakam video adik diperkosa bomoh siam Posted: 31 May 2013 03:45 AM PDT
Difahamkan lelaki berketurunan Siam berkenaan turut mempunyai 15 rekod jenayah lampau membabitkan pelbagai kesalahan termasuk buang daerah, penipuan, cabul dan rogol. Dalam kes terbaru yang dilaporkan awal Ogos lalu, suspek bukan saja mencabul seorang remaja berusia 13 tahun, malah turut merogolnya beberapa kali kononnya untuk membuang sial yang dialami mangsa sejak lahir. Malah, dia turut memperdaya keluarga mangsa supaya membeli patung pemujaan bernilai lebih RM1,000 sedangkan barangan itu berharga sekitar RM10 di pasaran. Mangsa yang masih bersekolah di tingkatan satu di sebuah sekolah di sini turut dipaksa melakukan seks oral dan lebih mengaibkan lagi gambar bogelnya dirakam untuk dijadikan koleksi pelik bomoh terbabit. Menceritakan semula peristiwa hitam itu, abang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Khoo, 35, berkata dia mula mengenali lelaki berkenaan yang berusia 57 tahun ketika bercuti di Terengganu sekitar 2004. Katanya, lelaki itu amat dikenali masyarakat sekitar kerana kebolehan ajaibnya termasuk mampu menghilangkan diri selain mempunyai ramai pengikut. "Saya tertarik dengan perubatan pelik dia apabila diberitahu rakan yang lelaki itu boleh menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk membuang sial seseorang. "Kebetulan pula pada masa itu adik saya mahu menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan dia sering gagal dalam ujian, malah lemah dari segi pembelajaran," katanya ketika ditemui di rumah mereka. Menurut Khoo, dia bertemu suspek dan lelaki terbabit memberitahu adiknya itu dilahirkan sebagai seseorang yang akan mempunyai pelbagai masalah sepanjang hidupnya. Terkejut dengan pendedahan itu, katanya, keluarga membawa adiknya bertemu dengan suspek yang mendakwa mampu mengubah nasibnya dengan mengadakan satu pemujaan aneh. "Saya diarahkan lelaki berkenaan untuk menjadi pembantunya dengan merakam segala perbuatannya ketika cuba untuk memulihkan adik saya. "Adik saya diarahkan menanggalkan pakaiannya sebelum diminta untuk duduk seperti patung Buddha dan pada masa yang sama lelaki terbabit turut mencium dan meraba adik yang kononnya disifatkan sebahagian daripada upacara pemujaan," katanya. Mangsa yang seakan berada dalam separuh sedar hanya mengikut saja kehendak bomoh itu dan lebih menjijikkan lagi dia dipaksa melakukan seks oral sebelum lelaki terbabit merogolnya beberapa kali. Khoo berkata, peristiwa itu berulang beberapa kali sejak setahun lalu namun nasib adiknya itu tidak berubah, malah dia kerugian lebih RM1,000 kerana dipaksa membayar harga sebuah patung. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali berkata, suspek akhirnya berjaya ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada 15 Ogos lalu ketika dia cuba melarikan diri ke Seremban. Harian Metro | ||
DAP beri amaran supaya RoS berhati-hati keluarkan kenyataan Posted: 31 May 2013 01:01 AM PDT SHAH ALAM - Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) digesa lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan, demikian menurut Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok. Beliau berkata demikian ekoran kenyataan Ketua Pengarah RoS, Datuk Abdul Rahman Othman yang berkata ramai anggota DAP yang layak, tidak menerima notis panggilan untuk menghadiri kongres kebangsaan parti pada 15 Dis lalu. Menurut Teresa, perkara ini timbul disebabkan beberapa masalah termasuk surat yang dihantar tidak sampai ke rumah anggota DAP kerana pertukaran alamat. Selain itu katanya, terdapat juga usaha daripada beberapa anggota DAP yang mempunyai masalah disiplin mengadu perkara ini kepada RoS bagi menjejaskan imej parti. " Semua orang tahu, konvesyen DAP telah dihebohkan sebelum tarikhnya lagi, bukannya ahli perwakilan tidak tahu, sepatutnya ahli perwakilan ini merujuk kepada ibu pejabat DAP, bukannya mengadu kepada pihak luar. " Jadi perkara ini sepatutnya tidak dipolitikkan, jangan membuat tuduhan yang tidak baik ke atas parti DAP," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini. Semalam, Abdul Rahman berkata, keputusan siasatan itu diperoleh selepas siasatan ke atas aduan daripada anggota DAP yang tidak menerima notis tersebut. "Anggota-anggota DAP yang tidak menerima notis itu telah dinafikan hak untuk mengundi dan seterusnya membuat pemilihan di kongres tersebut," katanya dalam satu kenyataan. Mengulas perkara sama, Teresa turut mengharapkan supaya RoS lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang melibatkan parti itu. Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Rahman juga memaklumkan bahawa RoS akan meneruskan siasatan terhadap isu lain yang dikemukakan pengadu dan akan meneliti semua dokumen sebelum keputusan dibuat berdasarkan Akta Pertubuhan 1966. Isu pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti berkenaan pada tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan oleh anggotanya sendiri apabila DAP dikatakan gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan anggota sah dan layak mengundi pada hari tersebut. | ||
Nampak lembik, tapi semua terpukau dengan Khalid Posted: 31 May 2013 12:00 AM PDT Kini semakin jelas yang Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak boleh memerintah, baik di peringkat kerajaan negeri dan apatah lagi kerajaan pusat. Ini berlaku sama ada kerana ia tiada pemimpin yang layak ataupun kebanyakan pemimpin utamanya tamak. Dalam sejarah, PKR hanya pernah memerintah sebuah negeri sahaja iaitu Selangor. PKR mempertaruhkan seorang bekas ahli korporat, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, untuk mengemudi negeri itu. Bagaimanapun adalah jelas kini beliau bukan calon sesuai untuk jawatan Menteri Besar. Yang diperbesar-besarkan oleh PKR, terutama Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah di segi kebendaan yang dikatakan dicapai oleh Khalid. Walhal sebenarnya, mutu kehidupan dan kesejahteraan hidup rakyat tidaklah banyak berubah di bawah pimpinannya. Politik Khalid sebagai "itik cacat" Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menyindir Khalid sebagai menteri besar yang mudah dicucuk hidung. Penyokong tegar Khalid, Nathaniel Tan pula menafsirkan sindiran itu sebagai "lame duck" atau itik cacat. Jika benar demikian, katanya, maka pengkritik Khalid tentu golongan yang menganggap diri mereka "itik perkasa". Rupa-rupanya, Nathaniel yang pernah ditahan semasa era reformasi dahulu beria-ia mencampuri debat kepemimpinan Selangor itu kerana beliau diberi habuan yang agak besar apabila diamanahkan oleh Setiausaha Akhbar Khalid, Arfa'eza Abdul Aziz, untuk mengendalikan "server" portal berita kerajaan negeri, Selangorku.com. Memang demikian cara Khalid beroperasi. Beliau lebih senang mempunyai "pak turut" sekelilingnya. Diketuai oleh Faekah Husin sebagai ketua turus pejabatnya hingga ke setiausaha akhbar, setiausaha sulit dan juga ketua pegawai operasi Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) semuanya wanita. Malah apabila di dalam urusan pentadbiran negeri juga Khalid lebih senang "memerintah" ahli mesyuarat kerajaan negeri terdiri wanita. Terbaru, ketiga-tiga exco PKR iaitu Rodziah Ismail, Elizabeth Wong, dan Dr Daroyah Alwi adalah wanita. Pelantikan Saifuddin sebagai Pegawai Perhubungan Politik MB mahu imbangi kuasa wanita Di segi strateginya Khalid mahu mengimbangi satu lagi tekanan daripada partinya sendiri. PKR akan melantik Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail untuk menjadi Pegawai Perhubungan Politik Menteri Besar Selangor. Ini adalah berikutan tuntutan pimpinan negeri PKR mahu supaya pengaruh "wanita yang tiada kedudukan dalam parti" ini disekat dan diimbangi. Jenama politik Khalid sebagai itik cacat (seperti kata Nathaniel Tan) adalah tepat pada permukaannya. Namun pada hakikatnya di sinilah kecekapan politik Khalid. Selama lebih empat tahun dalam penggal lalu melalui strategi ini Khalid membuktikan bahawa ilmu dan kemahiran politik Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor tidaklah seberapa tinggi. Setiap kali Anwar menegur, Khalid akan menyalahkan penasihat-penasihat wanitanya, Anwar takkan mahu bergaduh dengan wanita. Jadi semua perkara mati di situ sahaja. Hantarlah bekas Timbalan Presiden, Syed Husin Ali atau pakar strategi, Rahim Ghouse, semuanya tak sanggup bersilang pandang dengan wanita. Taktik lakonan Khalid Satu lagi taktik Khalid ialah berlakon. Seperti dalam kongres 2010 dan kongres PKR baru-baru ini, apabila diterjah, Khalid akan mengaku kesilapan dan kelemahannya dan berjanji akan memperbaiki keadaan. Namun dalam banyak teguran Anwar, termasuk supaya menyingkirkan penasihat-penasihat wanitanya, Khalid mengemukakan pelbagai dalih. Pimpinan PKR negeri semakin jengkel. Sebab itu pasca Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, Azmin bangkit mempertikaikan pelantikan semula Khalid sebagai menteri besar. Namun Anwar masih terkesima dengan gambaran manis rizab RM 2.6 bilion kerajaan negeri Selangor dan keberatan untuk memberi jawatan itu kepada orang lain. Ini sekaligus membuktikan betapa Anwar juga seorang pemimpin yang sebenarnya tidak merakyat. Beliau tidak menyemak apakah laporan kewangan Khalid itu benar atau tidak. Lihatlah sendiri keadaan jalanraya di kawasan perindustrian dan juga luar bandar. Kerosakan ditampal secara tangkap muat. Terbaharu belum jemaah exco dilantik, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sudah menaikkan bayaran letak kereta sebanyak 20 sen. Jika kenaikan ini disertai dengan peningkatan kemudahan meletak kereta tidak mengapa. Malah masalah kekurangan petak letak kereta masih berlarutan. Ini belum berbicara tentang segala skim yang dikatakan merakyatkan ekonomi. Pernahkah, walau sekalipun Anwar sebagai Penasihat Ekonomi meninjau kesahihan data skim Merakyatkan Ekonomi Selangor seperti Tawas, Usia emas dan juga ibu tunggal? Mudah sangat Anwar gelap mata dan terpukau silap mata politik Khalid. Mampukah Saifuddin menundukkan pasukan wanita Khalid ? Kini Saifuddin ditempatkan di sebelah Khalid. Jika Anwar sendiri gagal melentur Khalid, apa jaminannya Saifuddin akan berjaya? Lebih menyedihkan ialah ada yang beranggapan Saifuddin diletakkan di situ sebagai "pengubat luka" kerana kalah di Kulim Bandar Baru. Apakah kedudukan Saifuddin ini untuk menyaingi Faekah? Wanita bujang itu mempunyai reputasi untuk menjadi jurucakap kerajaan negeri yang tidak dimiliki oleh mana-mana exco sendiri? Adakah Saifuddin juga akhirnya akan melaksanakan tugas menjadi jurucakap Khalid sahaja? Jika tugasnya untuk menyelia aktiviti dan keputusan politik Khalid, mampukah beliau mempengaruhi dan melentur barisan wanita exco PKR yang hanya bertanggungjawab kepada Khalid? Paling merapati realiti ialah Saifuddin akan menghabiskan masa bertelegah dengan leftenan-leftenan wanita Khalid. Sebagai Menteri Besar Khalid akan ambil sikap berkecuali sahaja. Kehadiran Saifuddin juga nampaknya hanya untuk meluruhkan kuasa dan kedudukan Azmin Ali sebagai Pengerusi Perhubungan Pimpinan PKR Selangor. Khalid akan dengan segala senang hati akan melaporkan semua aktiviti politik Selangor kepada Saifuddin dan bukan Azmin lagi. Sekaligus ini menggambarkan cara Anwar tidak lagi merestui kepimpinan Azmin yang berani mempertikaikan kewibawaan isterinya, Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden PKR berhubung isu pelantikan Menteri Besar baru-baru ini. Agak mudah dibayangkan bahawa Saifuddin juga akan menghadapi nasib yang sama seperti Rafizi Ramli. Ahli Parlimen Pandan itu pernah menjadi Ketua Pegawai Operasi di pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Jika beliau mahu berlaku jujur, tentu beliau akur bahawa bukan mudah untuk menundukkan pasukan wanita Khalid. Menilai barisan exco Khalid, seharusnya Anwar bergirang hati bahawa Azmin gagal sama sekali untuk menyusup pengaruh dalam pasukan penggubal dasar dan pelaksana Selangor. Tidak seorang excopun yang dilantik adalah penyokong Azmin. Pengaruh Azmin semakin mengecut di Selangor Dengan pengaruh Azmin semakin mengecut di Selangor, sudah tentu ini akan melemahkan semangat Azmin untuk mencabar Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan presiden dalam pemilihan tahun hadapan. Malah jika kedudukan Azmin semakin tidak releven dalam PKR berdasarkan banyak kelemahannya dalam strategi Pengarah Pilihan raya Umum lalu, akan lebih mudah Anwar untuk mengarahkan Saifuddin dan mungkin juga Nurul Izzah untuk mencabar Azmin dalam pemilihan akan datang. Lantas adalah tidak menghairankan betapa lantaran karenah PKR, politik Selangor begitu berkecamuk hingga negeri itu menjadi yang tercorot melantik barisan exconya. Adakah itu tanda satu pimpinan yang progresif? Atau, tebal dengan kudis politik PKR? DAP dan PAS hanya memerhati? Ulasan@Antarapos | ||
Cina Pas naik angin dengan Zulkifli Nordin Posted: 30 May 2013 11:01 PM PDT KOTA BHARU - Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) menyifatkan kenyataan bekas Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin bahawa 'Pas diperbodoh Anwar' bersifat peribadi dan tidak relevan. Ketuanya, Hu Pang Chaw berkata, Zulkifli tidak sepatutnya mencampuri urusan Pas kerana dia bukan ahli parti itu atau Pakatan Rakyat (PR). "Siapa Zulkifli Nordin? Beliau bukan ahli Pas atau PR, jadi itu bukan urusan beliau, malah sekiranya berlaku perkara itu tidak ada kaitan dengannya, ia urusan parti, dan pandangan dilontarkan tidak relevan. "Biarkan ahli parti menentukan perkara itu," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Pang Chaw berkata, beliau berpendapat isu berkenaan hanyalah rekaan dan sengaja dibangkitkan pemimpin itu. Sambil menasihatkan Zulkifli agar menggunakan masa yang ada untuk melakukan kebajikan kepada rakyat Malaysia, Pang Chaw berkata, tindakan mencampuri urusan Pas dan PR akan menampakkan kejahilan calon Barisan Nasional Parlimen Shah Alam itu. "Hentikan semua ini, usahakan agar beliau dapat berada dalam barisan kepimpinan Umno seterusnya dapat melontarkan pandangan untuk perjalanan parti itu," katanya. Sementara itu, Zulkifli yang juga bekas peguam bela Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembangkang khususnya Pas perlu berhenti daripada bersekongkol Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu kerana kempen Anwar Spring yang digerakkan sejak pilihan raya umum lalu bermotif peribadi. Menurutnya, Pas akan dihukum dengan lebih teruk oleh majoriti rakyat jika berterusan membiarkan diri menjadi alat tunggangan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kerana masyarakat mahukan keamanan bukan demonstrasi Anwar Spring. | ||
Doktor selak baju, cabul ahli perniagaan wanita dalam klinik Posted: 30 May 2013 09:16 PM PDT Ipoh: Seorang ahli perniagaan mendakwa dicabul seorang doktor berusia lingkungan 60-an ketika berkunjung di sebuah poliklinik di Simpang Pulai, di sini, pada 22 Mei lalu. Mangsa berusia 49 tahun dari Lapangan Panorama Perdana itu mendakwa dirinya dipeluk dan diraba doktor lelaki ketika hadir di klinik itu jam 11.30 pagi. Dia yang ditemui semalam berkata, dia pergi ke poliklinik berkenaan membawa lapan pekerja asing warga Bangladesh kelolaannya bagi menjalani pemeriksaan kesihatan. "Selepas membuat pendaftaran, saya diminta doktor yang memang saya kenali sejak 20 tahun lalu ke tingkat atas poliklinik itu dan masuk ke bilik x-ray dengan alasan ingin menunjukkan sesuatu. "Saya menurut permintaan itu dan sebaik masuk ke dalam bilik berkenaan, doktor itu terus memeluknya dari arah belakang dan menolaknya ke dinding sambil memegang kuat kedua-dua tangannya," katanya. Katanya, tanpa rasa bersalah, suspek mencium mulut dan menyelak bajunya sebelum berjaya melepaskan diri dan berlari ke tingkat bawah. Selepas kejadian itu, mangsa memaklumkan perkara itu kepada suaminya yang kemudian mengajaknya ke klinik terbabit Isnin lalu untuk bertemu doktor terbabit. "Lebih kurang jam 11.37 pagi, saya dan suami ke klinik terbabit untuk berbincang, namun doktor itu tidak mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu dan menghalau kami keluar daripada kliniknya. "Sebelum beredar, berlaku pergaduhan antara suami dan doktor terbabit menyebabkan suami cedera di muka, tangan kiri dan kanan serta calar di dada akibat dicucuk dengan pen," katanya yang turut membuat laporan di Balai Polis Simpang Pulai. Menurutnya, tahun lalu dia pernah berdepan situasi sama dan hampir dicabul doktor terbabit namun cubaannya gagal kerana perbuatan itu disedari jururawat bertugas. | ||
RoS mula bongkar kepincangan pemilihan CEC DAP Posted: 30 May 2013 08:31 PM PDT Siasatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mendapati ramai anggota DAP yang layak, tidak menerima notis panggilan untuk menghadiri kongres kebangsaan parti, pada 15 Disember lalu. Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman berkata keputusan siasatan itu diperoleh selepas siasatan ke atas aduan daripada anggota DAP yang tidak menerima notis tersebut. "Anggota-anggota DAP yang tidak menerima notis itu telah dinafikan hak untuk mengundi dan seterusnya membuat pemilihan di kongres tersebut," katanya dalam kenyataan di ibu negara hari ini. Abdul Rahman juga memaklumkan bahawa ROS akan meneruskan siasatan terhadap isu lain yang dikemukakan pengadu dan akan meneliti semua dokumen sebelum keputusan dibuat berdasarkan Akta Pertubuhan 1966. Isu pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti berkenaan pada tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan oleh anggotanya sendiri apabila DAP dikatakan gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan anggota sah dan layak mengundi pada hari tersebut. -Bernama | ||
Exco wanita:Dorayah akui ada pihak kurang senang Posted: 30 May 2013 08:01 PM PDT KLANG: Exco kerajaan negeri Selangor yang baru dilantik hari ini, Dr Daroyah Alwi tidak menolak kemungkinan jumlah wanita yang ramai mengangotai barisan exco kali ini bakal mengundang rasa kurang senang di kalangan sesetengah pihak. Namun, exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi itu yakin keputusan pemilihan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mampu mengendalikan tugas mereka dengan baik dan tidak akan mengecewakan rakyat. "Mungkin ada yang rasa kurang puas hati dengan pemilihan ramai wanita. Dalam barisan exco ada sepuluh orang. Wanita PKR menuntut kemunculan 30 peratus wanita dalam pentadbiran. Jadi ruang untuk kita ada tiga, jadi PKR kena bagi tigalah (pada wanita)," katanya selesai Upacara Angkat Sumpah di Istana Alam Shah hari ini. Menurut beliau, PKR dilihat meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada wanita untuk terus menerajui membantu kepimpinan kerajaan negeri Selangor dalam memberikan khidmat bakti kepada rakyat. "Mungkin dari pimpinan dilihat kami wanita boleh melaksanakan, kami ada kekuatan, jadi mungkin itu membuatkan ketiga-tiga wanita (dipilih)," katanya sambil menambah Wanita PKR sebelum ini menuntut 30 peratus kuasa mentadbir kerajaan negeri diserahkan kepada wanita. Kerajaan negeri Selangor kali menampilkan empat exco wanita. Selain Daroyah, dua lagi exco wanita dari PKR adalah ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail dan ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong. PAS pula menampilkan ADUN Selat Klang, Dr Halimah Ali sebagai exco wanita. Kerajaan negeri Selangor juga mencipta sejarah apabila ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh menjadi wanita pertama di negara ini yang dilantik sebagai speaker dewan undangan negeri Selangor. Antarapos | ||
Hukuman penjara 12 bulan Khir Toyo kekal Posted: 30 May 2013 07:31 PM PDT PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 12 bulan terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam empat tahun lepas. Mahkamah juga mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Dis 2011 lepas yang memerintahkan agar tertuduh dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan diserahkan kepada kerajaan. Tiga panel hakim yang diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin bagaimanapun membenarkan peguam perayu Datuk Seri Mohamad Shafee Abdullah agar menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menantikan keputusan rayuan Mahkamah Persekutuan. Hakim Datuk Azahar Mohamed yang membacakan penghakimannya selama hampir dua jam berkata panel tiga hakim yang turut dianggotai Datuk Aziah Ali telah sebulat suara berpendapat bahawa tiada sebab untuk mahkamah rayuan mengganggu dapatan fakta serta penyabitan yang dibuat oleh hakim mahkamah tinggi pada 23 Dis, 2011. Beliau berkata setelah meneliti semua rekod rayuan, serta hujah daripada kedua-dua pihak, panel bersetuju bahawa hakim perbicaran telah membuat keputusan yang tepat dan tidak terkhilaf dalam menyabitkan Dr Mohamad Khir dengan pertuduhan itu. Azahar menjelaskan panel telah meneliti secara mendalam enam alasan utama yang diutarakan terutamanya oleh pihak perayu (Dr Mohamad Khir) mengapa rayuan tersebut seharusnya dibenarkan. Pertama, isu sama ada perayu merupakan seorang penjawat awam sepertimana diperuntukkan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, kedua sama ada bayaran RM3.5 juta untuk hartanah tersebut mencukupi atau tidak, ketiga sama ada perayu mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan penjual hartanah terbabit Shamsuddin Hayroni (SP2), keempat sama ada SP2 merupakan rakan sepenjenayah, kelima kredibiliti SP2 dan keenam sama ada pihak pendakwaan berjaya menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. Untuk isu pertama, Dr Mohamad Khir selaku ahli lembaga serta pengerusi PKNS telah menjalankan banyak menunaikan tanggungjawab ekskutifnya dan beliau termasuk dalam tafsiran sebagai penjawat awam. Bagi isu kedua, beliau berkata perayu memang telah menunjukkan minat terhadap hartanah tersebut sejak 2004 dan akhirnya Shamsuddin bersetuju untuk menjualnya pada harga RM3.5 juta untuk menjaga kepentingan perniagaannya di mana beliau membuat banyak berurusan terutamanya dengan PKNS. "Transaksi tersebut dibuat bukan di atas dasar 'willing buyer and willing seller' di mana SP2 telah membeli haratanah tersebut pada harga RM7 juta," jelas Azahar. "Selain itu, saksi-saksi yang dipanggil oleh pihak perayu di peringkat pembelaannya telah gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah, serta pembantu peribadi perayu juga telah memberikan keterangan bercanggah," jelas Azahar. Dr Mohamad Khir yang berada di kandang tertuduh kelihatan tenang sepanjang prosiding hari ini dan bersalaman dengan penyokongnya yang hadir di mahkamah. Sementara itu, Muhammad Shafee memberitahu pemberita beliau akan memfailkan satu notis rayuan di pejabat pendaftaran Mahkamah Rayuan esok. Dr Mohamad Khir, 48, dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin. Beliau yang juga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007. Azahar berkata hujah peguam perayu bahawa penilaian hartanah yang dibuat juruperunding dari Rahim & Co sebanyak RM3.5 juta yang dibuat berdasarkan nilai pasaran, tidak boleh mengikat mahkamah dan ia perlu ditaksirkan berdasarkan kepada penilaian keseluruhan fakta transaksi hartanah tersebut. Mengenai isu bahawa SP2 (Shamsuddin) adalah rakan sejenayah, Azahar menjelaskan bahawa hakim perbicaraan telah mendapati SP2 merupakan seorang saksi yang berkredibiliti serta bukan mengambil bahagian dalam jenayah itu secara sukarela. Azahar berkata SP2 pada asalnya (pada 2004) ketika Dr Mohamad Khir menunjukkan minat terhadap hartanah terbabit, telah menawarkan harga RM6.5 juta dan terpaksa bersetuju kepada harga yang lebih rendah kemudiannya kerana untuk menjaga kepentingan perniagaannya sebagai kontraktor. | ||
Peguam sokong laman web berita perlu ada lesen Posted: 30 May 2013 07:01 PM PDT KUALA LUMPUR - Malaysia perlu melaksanakan peraturan yang sama seperti kerajaan Singapura yang mengenakan lesen terhadap semua laman web berita negara itu bagi menyekat tindakan sesetengah pihak menggunakan saluran itu untuk menghasut dan menganggu-gugat ketenteraman awam. Peguam bela dan peguam cara Datuk Salehuddin Saidin berkata walaupun Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak kebebasan bersuara kepada rakyat, namun perlu diingat, hak itu juga dihasilkan secara bersyarat iaitu antaranya kebebasan tidak menimbulkan fitnah, hasutan dan mempersoal keistimewaan sultan. "Pada saya, sebelum keharmonian kaum terus diganggu adalah lebih baik ia dikawal dan disekat. "Maknanya, lesen yang dikenakan ke atas laman web berita itu pastinya akan menjadikan pemilik laman web tersebut lebih berhati-hati dengan artikel yang dikeluarkan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Singapura yang akan menguatkusakan peraturan tersebut mulai Sabtu ini di mana laman web yang mempunyai 50,000 pelawat dari Singapura setiap bulan dan menghasilkan sekurang-kurangnya satu artikel tempatan seminggu mesti memperoleh lesen tahunan daripada Lembaga Pembangunan Media (MDA) negara itu. Sebuah agensi berita antarabangsa memetik kenyataan MDA menghendaki laman web yang diberi lesen itu mengeluarkan bahan larangan seperti artikel yang boleh menjejaskan keharmonian agama dan kaum daripada laman web dalam tempoh 24 jam setelah dimaklumkan oleh pihak berkuasa. Laman web yang dilesenkan itu perlu menyediakan S$50,000 sebagai jaminan bon. Salehuddin yang menyokong tindakan Singapura itu berkata rakyat di negara ini sudah lama "diberi muka dan aktiviti menghasut menerusi hebahan artikel perlu dilihat sebagai suatu fenomena yang serius kerana ia semakin mengganggu kelestarian kaum." Beliau turut menyarankan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang diberi tanggungjawab memantau laman web di negara ini supaya mengambil tindakan mengenakan lesen terhadap portal berita di negara ini bagi memastikan pemantauan dapat diadakan dengan lebih telus. Katanya dengan mengadakan peraturan tersebut, SKMM dapat mengumpul maklumat mengenai pemilik portal berita berkenaan, selain memiliki maklumat mengenai penulis dan individu yang terlibat dengan portal itu. Cara ini akan memudahkan kerajaan mengambil tindakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab, terutama portal berita yang cuba menggugat perpaduan negara dan ketenteraman awam, katanya. Salehuddin turut mencadangkan kerajaan mengenakan jumlah bon yang sesuai dalam lingkungan RM10,000 hingga RM50,000 atau mengikut kesesuaian semasa sebagai cagaran kepada pemilik lamab web tersebut bagi memastikan mereka mengikut peraturan yang ditetapkan. Seorang lagi pengamal undang-undang Wan Azmir Wan Majid berkata penguatkuasaan undang-undang secara tegas amat perlu memandangkan langkah untuk mengenakan lesen semata-mata tidak akan mengekang sesetengah pihak daripada mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan. "Isunya bukan ada lesen atau tidak tetapi sejauh mana kerajaan menggunakan undang-undang itu untuk mengekang hasutan berlaku. "Jika macam-macam lesen diberikan kepada mana-mana pihak, tetapi lemah dari segi penguatkuasaan, pastinya tidak akan nampak sebarang perubahan malah individu tidak bertanggungjawab akan menggunakan hal ini sebagai satu stigma untuk terus menyiarkan artikel yang boleh mencetus kekacauan kaum," katanya. Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan perlu lebih prihatin dalam melaksanakan undang-undang agar provokasi yang ditimbulkan saban hari tidak terus menjadi duri yang memecahbelahkan masyarakat berbilang kaum di negara ini. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |