Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

KEPAL NASI KEPAL BERAS

$
0
0

KEPAL NASI KEPAL BERAS


PEMILIHAN UMNO: HANYA 10% PENJAWAT SEDIADA LAYAK!!

Posted: 31 May 2013 06:56 AM PDT

Sejak merdeka, UMNO dan pemimpin melayu adalah pemimpin kepada seluruh bangsa di Malaysia. Semua bangsa menghormati dan menerima pemimpin melayu sebagai pemimpin mereka. 

Inilah rahsia kejayaan Barisan Nasional dan kepimpinannya di negara kita hingga kekal berkuasa sehingga kini. Semua kaum memberi kepercayaan dan mandat kepada UMNO sebagai teras kepimpinan negara yang diterajui oleh pemimpin melayu melalui Barisan Nasional.

Jika kepimpinan melayu melalui UMNO itu kuat, maka bangsa melayu akan dihormati oleh kaum lain, khususnya cina dan India. Kuasa melayu diperkuatkan lagi apabila UMNO dikembangkan ke Sabah yang turut menerima keanggotaan bumiputera Sabah sebagai ahli. Melayu/ bumiputera di Sarawak pula terus kekal sebagai kerajaan yang diterima oleh seluruh rakyat Sarawak melalui parti-parti yang mewakili etnik bumiputera masing-masing.

Tetapi, Kekuatan dan penghormatan lain-lain kaum terhadap kepimpinan melayu/ bumiputera mula terlerai sejak PRU2008.

Kekuatan melayu/bumiputera itu adalah umpama kuasa graviti pada sesuatu magnet. Kapasiti (K/Watt@ megawatt) kuasa graviti magnet melayu/bumiputera ini bergantung kepada perpaduan melayu/bumiputera. Jika perpaduan mereka kuat dan padu, maka kuatlah kapasiti atau kuasa tarikan magnet tersebut. Lemah dan berpecah kekuatan melayu/bumiputera maka kuranglah kapasiti atau kuasa tarikan magnet melayu/bumiputera.

Apabila kapasiti atau kuasa tarikan magnet ini berkurangan, maka semakin kuranglah kapasiti atau kemampuan kepimpinan melayu untuk menarik sokongan kaum-kaum lain. Kaum lain juga akan beransur tidak lagi menghormati kepimpinan melayu. Hati mereka sudah "kurang lekat" dengan kepimpinan melayu/bumiputera.

Kepimpinan melayu UMNO tidak boleh semata-mata mempersalahkan orang-orang melayu kerana bertindak mencari haluan perjuangn lain dan meninggalkan UMNO.

Sebab-musababnya harus dikaji kerana bukan mereka meninggalkan perjuangan melayu melalui UMNO dengan sengaja tanpa sebab. Bukan juga kerana mereka sudah tidak mahu mengaku melayu atau mereka sudah hilang jati diri dan naluri sebagai seorang melayu.

Orang melayu yang meninggalkan perjuangan melayu melalui UMNO tidak boleh dipersalahkan jika UMNO masih berhasrat untuk berkuasa atau kembali diterima oleh hampir seluruh bangsa melayu. Mereja bukan bergantung hidup kepada UMNO, apatah lagi dalam dunia yang sudah cukup serba-serbi ini. 

Jika tidak kaya pun, orang melayu sebahagian besarnya sudah mempunyai kemampuan dalam memenuhi keperluas asas diri, keluarga dan masa depan generasi mereka. Pendidikan dan pengetahuan yang diberi kepada anak dan generasi mereka sudah lebih dari mencukupi untuk jaminan hidup masa depan mereka secara individu.

Hakikatnya, orang melayu hari ini tidak perlu bergantung hidup samada kepada parti politik samada UMNO, PAS mahupun PKR untuk survival peribadi, keluarga dan generasi masing-masing.

Tanggungjawab sebenar untuk menjaga kedaulatan, maruah, kuasa dan lain-lain agenda besar bangsa melayu bukan terletak kepada orang melayu secara individu, tetapi sebaliknya tertanggung di atas platform batu jemala wadah@jemaah@parti atau lebih tepat lagi pemimpin dan kepimpinan yang mengaku dan telah bersumpah-setia untuk memegang dan menjaga tanggungjawab dan amanah dalam membela agama, bangsa dan negara mereka.

Jika pemimpin dan kepimpinan UMNO yang selama ini menawarkan diri sendiri untuk menjaga kedaulatan bangsa mereka, maka merekalah yang sepatutnya berkewajiban untuk melunaskan segala amanah dan tanggungjawab yang sewajibnya selaku pemimpin UMNO yang mewakili bangsa melayu. 

Orang-orang melayu sebagai individu memberikan mandat kepada UMNO dan kepimpinannya di atas rasa percaya dan yakin bahawa UMNO dan kepimpinannya boleh diharapkan untuk melunaskan segala amanah dan tanggungjawab ini.

DAN, selama ini kekuatan seluruh bangsa melayu berdiri teguh di belakang UMNO "secara semula jadi" kerana apa yang ada di dalam roh, jiwa dan jati diri mereka sebagai bangsa melayu, itulah yang ada dan diperjuangkan oleh UMNO dan kepimpinannya. Dalam erti kata lain, "Aspirasi bangsa melayu berpadanan (matching) dengan perjuangan UMNO dan kepimpinannya". Bagaimana "prototype" begitulah "produknya".

Selama mana roh, jiwa dan jati diri semulajadi sebagai bangsa melayu ini berpadanan dengan roh, jiwa dan perjuangan UMNO, selama itulah bangsa melayu akan percaya dan yakin terhadap UMNO secara semula jadi juga.

Jika di antara dua entiti ini sudah tidak selari atau sepadan lagi, maka akan bermulalah konflik atau krisis kepercayaan dan keyakinan bangsa melayu terhadap UMNO dan kepimpinanya.

Semakin besar "ketidaksepadanan" naluri bangsa melayu dengan wadah atau platform perjuangannya yang bernama UMNO, maka akan semakin jauhlah bangsa melayu dari tubuh UMNO itu sendiri.

Apabila hati sudah berjauhan, maka mata pun mula melihat pelbagai alternatif lain yang dirasakan mampu mengisi naluri dan jiwa yang sudah kosong. 

Apabila bangsa melayu merasakan UMNO dan kepimpinannya tidak lagi prihatin dan mengabaikan naluri, roh dan aspirasi mereka sebagai bangsa melayu, tidak mengejutkan jika bangsa melayu kini berpecah membawa haluan masing-masing menurut kepercayaan dan keyakinan yang terbit di hati dan pemikiran mereka.

Dengan hujah dan analogi ini, wajarkah UMNO hari ini menyalahkan bangsa melayu dengan pelbagai tuduhan dan tanggapan yang salah? Wajarkah UMNO "bersungut"  mengatakan orang melayu sudah lupa asal usul, tidak mengenang budi atau pun tidak berterimakasih kepada UMNO yang sudah banyak berjasa?

Wajarkah seluruh bangsa melayu saja yang harus diperingatkan supaya insaf dan sedar akan asal usul serta betapa pentingnya perpaduan demi menjamin kesinambungan bangsa, sedangkan UMNO dan kepimpinannya terus membawa UMNO dan perjuangannya tersisih jauh dari naluri, roh dan jati diri semula jadi bangsa melayu?

Naluri, roh dan jati diri bangsa melayu begitu sensitif dengan apa saja yang berhubungkait  agama, bangsa dan tanah airnya. Walaupun melayu itu sedang minum arak, tetapi apabila ada orang lain cuba mencemar agama, bangsa dan tanah airnya, mereka akan bangkit. Itulah sifat semulajadi orang melayu. 

Harus diingat naluri, roh dan jati diri perjuangan bangsa melayu sudah dizahirkan secara bertulis di dalam perlembagaan parti mahupun di dalam perlembagaan persekutuan.

Tanya UMNO dan para pemimpinnya hari ini, sejauh mana kamu telah berpegang dengan apa yang telah dizahirkan di dalam perlembagaan yang mana kamu telah pun diamanah dan dipertanggungjawabkan untuk memeliharanya?

Jika persoalan ini dijadikan kriteria utama untuk pemilihan parti yang bakal berlangsung tahun ini, mungkin tidak sampai 10% di kalangan barisan kepimpinan yang ada hari ini layak untuk diberi kepercayaan dan amanah untuk memadankan semula naluri bangsa melayu dengan batang tubuh UMNO, seterusnya memulihkan kembali sokongan bangsa melayu terhadap UMNO.

Untuk mengembalikan penghormatan kaum cina dan India terhadap kepimpinan bangsa melayu jauh sekali la..

APA MESEJ TUN DAIM? APA MESEJ TUN M? APA PULA MESEJ RAKYAT?

Posted: 30 May 2013 06:07 PM PDT

Tidak seperti pasca PRU12. Pasca PRU13 tidak kelihatan suasana bimbang, lontaran kritikan mahupun pandangan konstruktif yang berani dari mana-mana pihak terhadap prestasi BN PRU13 dan masa depan parti.

Pasca PRU12 dulu sungguh dramatik, kritikal dan tegang. Tapi, pasca PRU13 kelihatan "business as usual". Macam tiada apa yang berlaku.

Pelbagai kritikan dan desakan dari pelbagai pihak telah dilontarkan khususnya terhadap Perdana Menteri, DS Abdullah Ahmad Badawi, sebaik saja BN gagal menang 2/3 pada PRU12.

Kali ini sungguh pelik. Semua pihak mengambil sikap berhati-hati dan amat berhemah dalam sebarang kenyataan yang ingin dibuat. 

Hanya Tun Daim dan DS Zainuddin Maidin yang sedikit keras, tetapi bukan secara langsung terhadap Perdana Menteri. Hanya bercakap "pukul anak sindir menantu". Menyarankan agar Penasihat Perdana Menteri "resign" kerana telah memberi nasihat yang salah kepada Perdana Menteri.

Apa yang "paling membimbangkan" Kepal Nasi ialah "apabila kelihatan tiada kebimbangan" dari mana-mana pihak berkaitan dengan prestasi BN yang semakin melongsor.

Apabila seseorang tiada kebimbangan apabila berkaku sesuatu yang buruk, ini memberi gambaran bahawa seseorang itu tiada keprihatinan terhadap apa yang telah berlaku. Ataupun, ia memberi gambaran bahawa seseorang itu tidak tahu apa yang sedang berlaku, dan ia juga memberi gambaran bahawa seseorang itu tidak tahu apa-apa dan tidak nampak apa-apa implikasi masa depan dari apa yang telah berlaku. 

They are annoying people.

Jika gambaran ini yang sedang berlaku di kalangan kepimpinan BN, maka hari-hari mendatang buat BN mungkin tidak lagi indah seperti sebelumnya.

Jika gambaran ini yang sedang terjadi di kalangan pemimpin UMNO, maka ia amatlah membimbangkan bagi kedudukan masa depan orang melayu dan agama Islam di negara ini.

Jika gambaran ini yang sedang berlaku di kalangan pemikir-pemikir negara, amat jelas masa depan negara adalah sangat-sangat membimbangkan.

1. Jika kita sudah tidak sedar apa yang sedang berlaku di sekeliling, itu tandanya kita sedang berada di antara separuh sedar atau hampir koma.

2. Jika kita sudah tidak boleh lagi membaca "apa" kemungkinan yang akan berlaku di masa depan, dan tidak mampu berbuat apa-apa,  akibat dari sesuatu musibah dan mala petaka yang sedang terjadi, itu menandakan bahawa kita memang benar-benar sudah berada di dalam keadaan koma.

3. Jika kita sudah tidak mampu lagi menggunakan akal dan anggota badan kita sudah tiada kudrat, dan tidak merasa apa-apa lagi, walaupun daging dan tulang kita dilapah-lapah, itu menandakan roh sudah keluar dari badan dan kita sebenarnya sudah mati atau tidak bernyawa lagi.

Di tahap manakah kita sedang berada kini?

Apakah ditahap separuh koma, koma sepenuhnya atau roh sudah bercerai dari badan?
 
Atau pun kita masih sehat dan segar bugar?
 
Ataupun adakah kita hanya sakit pening biasa-biasa saja?
 
Atau adakah kita sememamgnya sedang sakit kuat tapi kita cuba menafikannya dengan berpura-pura sehat dan melakukan jogging di keliling taman?

Atau, adakah kita sudah mati tapi kelihatan hidup seperti patung-patung di "Madam Tasaud"?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>