Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Kata Pakteh...!!

Kata Pakteh...!!
Image may be NSFW.
Clik here to view.


Dr Maza yang dihormati....Pakteh berpandangan tuan terkhilaf tafsir isu kelimah Allah dalam lagu Negeri2

Posted: 08 Jan 2013 10:51 PM PST

Pakteh sejak dulu amat menyukai tokoh ilmuan muda Dr Asri (MAZA), begitu juga dengan Dr Juanda Jaya
Kedua-duanya Mufti Perlis dan bekas mufti Perlis.
Kedua-duanya muda dan mempunyai ilmu yang mendalam tentang Islam.

Kali ini Pakteh yang hanya tahu menebang buluh terpaksa mengatakan tidak kepada pandangan Dr Asri berkaitan kalimah Allah dalam senikata lagu2 negeri.

Pakeh berpandangan kalimah Allah dalam lagu negeri merujuk kepada Allah Yang Maha Esa yang diperakui oleh umat Islam. Demografi penduduk Tanah Melayu/Malaya yang bertukar kepada Malaysia dengan gabungan seluruh negeri-negeri seperti yang ada sekarang. Sedar atau tidak Dr Asri bahawa negeri-negeri ini mempunyai Sultan/Raja Melayu Islam yang memerintah dan amat-amat pasti, setiap lagu yang digubah, bait-bait liriknya membawa maksud seperti kehendak Sultan dan Raja.

Apakah mungkin Sultan Kedah sebenarnya bermaksudkan lirik "Allah selamatkan Sultan" dalam lagu negeri Kedah itu ialah Allah pengganut Kristian?

Seperti yang Dr Asri fahami, membaca sesuatu ayat, biarlah dari maksud keseluruhannya dan bukan dari satu ayat yang boleh diselewengkan seperti yang acapkali dibuat oleh ahli Pas dengan ayat-ayat Al-Quran.

Apa yang dipertikaikan dalam isu penggunaan nama Allah ini ialah pengganut Kristian (kini disokong kuat DAP dan PAS) mahu menggunakan kalimah Allah untuk tuhan mereka yang samasekali tidak mungkin Allah Yang Maha Esa.

Secara nyata, Pakteh berharap Dr Asri dapat mengulas semula artikel ini demi kebaikan bersama. InsyaAllah...ilmu tuan amat bernilai untuk dikongsi oleh rakyat, pergunakan ilmu itu dengan sebaik-baiknya.

Artikel berkaitan disini

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>