Apa Yang Tersirat |
Kalimah Allah: Pas Sudah Hilang Wibawa: Hassan Ali Posted: 09 Jan 2013 12:32 AM PST KEPUTUSAN mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat membenarkan penggunaan kalimah Allah digunakan oleh penganut agama Kristian pada hari ini (semalam) memang telah dijangkakan. Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dua hari yang lalu yang mengesahkan bahawa Pas bersetuju kalimah ALLAH digunakan oleh masyarakat bukan Islam menjadi petanda yang memudahkan lagi proses membuat keputusan di kalangan ketiga-tiga komponen parti gabunganPakatan Rakyat. Lebih mendukacitakan keputusan yang dibuat terang-terang menyanggah dan tidak menghormati titah Sultan Selangor yang bertindak sebagai Ketua Agama atas nasihat Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang menyelar pihak-pihak yang cuba mengganggu-gugat kesucian Islam dengan membawa Isu kalimah ALLAH itu. Logiknya masalah ini terbeban kepada Pas disebabkan parti inilah sejak penubuhannya 60 tahun yang lalu memperjuangkan Islam termasuk hal yang menyentuh persoalan Akidah. Sikap Pas yang sanggup menggadaikan maruah perjuangannya amat disanjung oleh DAP dan PKR. Seingat saya belum ada lagi perkara-perkara yang membabitkan Islam dalamana Pas dapat mempertahankannya. Kes-kes kecil seperti tukang gunting rambut wanita di Kota Bharu, papan iklan dan penutupan pusat-pusat hiburan dalam bulan Ramadan di Kedah membuktikan pandangan ini. Tindakan yang saya ambil semasa diamanahkan memegang portfolio Hal Ehwal Islam dalam barisan ExcoKerajaan Negeri Selangor seperti arak, judi, rumah urut, hotel bajet dan terakhir peristiwa DUMC menserlahkan betapa Pas sudah hilang maruah akibat tunduk dengan kehendak DAP dan PKR. Dalam isu kalimah ALLAH yang menyentuh persolan pokok dalamIslam iaitu Akidah menyerlahkan ketidakupayaan Pas mempertahankan dirinya. Pas terpaksa memilih DAP dan PKR bukan ulama-ulama besar mereka seperti Ketua Dewan Ulama,Datuk Harun Taib, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din dan ,Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ramai lagi yang telah menyuarakan pandangan mereka bila isu ini timbul dua tahun yang lalu. Jelas kepada kita ulama dalam Pas semakin terpinggir, suara mereka tidak lagi didengar dan tidak hairan kalau golongan ini terus dipencilkan. Bagi saya inilah kerja golongan parasit dalam Pas. Setakat ini mereka begitu berjaya mengubah hala tuju Pas. Atas pengaruh mereka Pas telah membuat keputusan yang berkaitan dengan dasar parti tanpa merujuk kepada Majlis Syura Ulama. Apa yang ada lagi kepada parti ini bila Majlis Syura Ulama pun tidak lagi diberi penghormatan yang selayaknya. Saya berharap sejuta ahli Pas dan ramai lagi penyokong mereka akan dapat segera merenung apakah mereka akan terus berada dan menyokong sebuah parti yang sudah hilang wibawa dan kredibiliti akibat daripada keghairahan yang tidak terperi untuk ke Putrajaya dan untuk melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun. * Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Presiden Jati |
Kalimah Allah: Datuk Harun Taib berdepan pemecatan Posted: 08 Jan 2013 11:04 PM PST Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib tegas dengan pendiriannya sebelum ini bahawa penggunaan kalimah Allah khusus untuk orang Islam dan penganut agama lain tidak berhak untuk menggunakannya. Penegasan itu sekaligus bercanggah dengan pendirian pakatan pembangkang pada Selasa seperti diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam tetapi tidak wajar disalahguna oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan. Namun demikian menurut Harun pula, penggunakan kalimah Allah merupakan soal akidah umat Islam yang perlu dipertahankan dan penganut agama lain termasuk Kristian harus dilarang sama sekali daripada menggunakan kalimah itu dalam apa jua keadaan. "Bukan Islam tak boleh guna (kalimah Allah) sebab mereka tak percaya kepada Allah. Perkataan 'God' dalam Bible bermaksud Tuhan. Kalau mereka kata mereka juga percaya kepada kewujudan Allah, maka dengan sendirinya mereka tak boleh menggunakan Bible, kena guna al-Quran. "Kalau mereka percaya kepada kewujudan Allah, maka berimanlah kepada Allah. Mengapa masih menganut Kristian," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu. Selain itu menurut Harun, penggunaan kalimah Allah dalam Bible dikuatiri akan merosakkan akidah generasi akan datang. "Sekarang mungkin tak timbul masalah, tapi masa depan macam mana? Kalau Kristian pun pakai kalimah Allah iaitu nama tuhan orang Islam...ia akan menimbulkan kecelaruan. Ini sangat bahaya," tegasnya. Menerusi sidang media khas pakatan pembangkang pada Selasa, Abdul Hadi berkata Pakatan Rakyat mempertahankan keputusan dua tahun lalu untuk membenarkan kalimah itu digunakan penganut agama lain. Katanya, Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah itu dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal seperti dalam al-Quran. Sementara itu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membuat ketetapan bahawa kalimah Allah yang khusus untuk umat Islam tidak boleh digunakan di negeri itu oleh mana-mana agama bukan Islam. Polemik penggunaan kalimah Allah muncul semula apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan Krismas pada 24 Disember lalu menggesa kerajaan membenarkan penggunaan kalimah itu dalam Bible bahasa Melayu memandangkan ia dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu. |
You are subscribed to email updates from Apa Yang Tersirat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |