BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- (Gambar) Alamak! Kenapa Eva tak pakai seluar dalam, kan dah kantoi....!
- (Gambar) Demo bantah Utusan, polis lagi ramai dari pendemo...kasihan!
- Tahan Adam Adli, Nasarudin Tantawi dakwa BN takut
- Dalang Lahad Datu tidak akan didedahkan...
- Syor RCI tangani fitnah pembangkang termasuk Red Bean Army
- Kekasih bawa rakan 'kendurikan' teman wanita bergilir-gilir
- Apologies to Wan Azizah, Azmin told
- Kenyataan rasmi Air Asia berkaitan insiden penumpang AK1455
- Enggan benar guna stadium, PKR mula gelar MB Kedah 'firaun'
- Perkara kedua Rukun Negara yang paling dibenci DAP
- PAS lebih layak untuk jawatan Speaker di Selangor
- Wajah 'ustaz' si perogol dicetak dan disebar
- 'Tony Pua lupa agaknya...' - Khalid Samad
- Dendam DAP kepada KDN tak pernah padam
- Selepas dizalimi Air Asia, ibu dan anak diselamatkan MAS dan Torism M'sia
- Former DAP Red Bean Army Trooper reveals 7 traits should they have to create chaos
- Piala Sudirman: Rashid 'naik angin' prestasi pemain
- Piala Sudirman: Taiwan aibkan tuan rumah Malaysia 3-2
(Gambar) Alamak! Kenapa Eva tak pakai seluar dalam, kan dah kantoi....! Posted: 20 May 2013 03:35 PM PDT Eva Longoria sekali lagi mengalami saat-saat memalukan apabila hujan membasahi karpet merah di Cannes semalam. ![]() Ketika beliau cuba mengangkat kainnya yang labuh bagi mengelakkan ia basah, pelakon jelita ini secara tidak sengaja mendedahkan bahawa beliau tidak memakai seluar dalam. Insiden memalukan tersebut berjaya dirakamkan kamera ketika beliau sedang menaiki tangga yang basah dek hujan. Bagi mengelakkan beliau terus malu, kami terpaksa menapis gambar di bawah, NSFW! Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama Eva mengalami 'wardrobe malfunction', sebelum ini beliau secara tidak sengaja mendedahkan payudaranya di malam Golden Globe Award di SINI | ||
(Gambar) Demo bantah Utusan, polis lagi ramai dari pendemo...kasihan! Posted: 20 May 2013 08:15 AM PDT ![]() Rancangan ahli DAP, Hata Wahari untuk mengadakan demonstrasi di hadapan ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di sini tidak mendapat sambutan apabila hanya dia bersendirian yang hadir petang tadi. Walaupun telah digembar-gemburkan di laman-laman sosial sejak lebih seminggu lalu namun demonstrasi yang dirancang diadakan pukul 5 petang itu itu ternyata gagal mendapat sokongan. Kalau perkara ini berlaku dengan sempurna, pasti ada berita yang paling best untuk Malaysiakini laporkan, namun himpunan tidak menjadi, jadi tajuk beritanya yang ditulis cuba raih simpati, KAKITANGAN UTUSAN LEMPAR MIHUN PADA HATA WAHARI, heh! Mihun pun jadi modal untuk buat berita! | ||
Tahan Adam Adli, Nasarudin Tantawi dakwa BN takut Posted: 20 May 2013 06:31 AM PDT SHAH ALAM - Penahanan Adam Adli Abdul Halim mengikut Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 4 Akta Hasutan dikecam Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan. Menyifatkan tindakan menahan Adam sebagai lambang ketakutan pemerintah, Nasrudin berkata, apa salah Adam ingin menyuarakan keinginan rakyat Malaysia kepada pemerintah. "Saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda Pas Malaysia, mendoakan agar Adam Adli tidak patah semangat mendepani ujian getir perjuangan ini. "Serentak itu kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun yang dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas saudara Adam Adli," katanya pada satu kenyataan media yang dihantar kepada Sinar Harian Online, hari ini. Pada 18 Mei lalu, Adam Adli dilaporkan ditahan di lokap Balai Polis Jinjang bersabit dengan satu siatan di bawah seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, pada jam 3.15 petang Sabtu lalu. Berikutan itu, semalam dipetik daripada satu portal berita, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh mengesahkan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu ditahan reman sehingga Khamis ini dan perintah tahanan reman itu dikeluarkan seorang majistret di Balai Polis Jinjang, tengah hari semalam. "Adam Adli ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang menghasut orang ramai menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan yang dibuatnya baru-baru ini," katanya. Dalam pada itu, Nasrudin yang merupakan Ahli Parlimen Temerloh berkata ramai pemimpin politik daripada BN dan akhbar yang pro-kerajaan turut mengeluarkan kenyataan secara terang-terangan berbaur hasutan namun tidak diambil tindakan. "... jelas tindakan pihak berkuasa hanya membela pembesar sebaliknya menindas rakyat serta seorang anak muda yang bersuara agar suara keinginannya didengari oleh pemerintah," katanya. Nasrudin juga turut menyeru anak muda bangkit menolak kerajaan yang didakwanya sebagai rakus dan zalim tersebut. | ||
Dalang Lahad Datu tidak akan didedahkan... Posted: 20 May 2013 05:31 AM PDT ![]() Katanya, semua dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit. "Semua dokumen dan maklumat terperinci telah diperoleh dan penelitian dari segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah sedang diteliti... kami iaitu Polis DiRaja Malaysia dan Kementerian Pertahanan akan adakan mesyuarat dengan pihak peguam negara untuk serahkan dokumen tersebut untuk tindakan selanjutnya. "Saya tidak berhajat untuk menamakan individu terlibat iaitu dua dari semenanjung dan seorang dari Sabah sebab saya tidak mahu berlakunya satu keadaan prasangka atau prejudis bila kes ini dibawa ke mahkamah," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja pertama ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini. Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. Beliau mengulas kenyataan Bekas Ketua Menteri Sabah Yong Teck Lee semalam, yang mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, didedahkan. Sebelum ini, Ahmad Zahid ketika menjadi Menteri Pertahanan berkata kementeriannya telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah. Ahmad Zahid juga sebelum ini dipetik sebagai berkata, masa yang terbaik untuk mendedahkan dalang tersebut adalah selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana jika pendedahan dibuat sebelum PRU13, ia seolah-olah mempunyai tujuan politik. - Bernama | ||
Syor RCI tangani fitnah pembangkang termasuk Red Bean Army Posted: 20 May 2013 05:07 AM PDT ![]() Ketua Pemudanya, Tan Keng Liang berkata, ia bertujuan untuk membuktikan kebenaran keputusan tersebut kerana tohmahan dan hujah-hujah penipuan oleh pembangkang telah menimbulkan persepsi umum yang salah terhadap kerajaan. "Tuduhan pembangkang itu menyebabkan persepsi awam yang salah terhadap PRU-13 and mencemarkan imej Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). "Ia menjadi lebih buruk apabila tuduhan-tuduhan palsu terus direkodkan dalam blog, facebook dan media sosial yang mudah dilayari di internet dan ia mungkin boleh menjadi sumber rujukan dalam sejarah," katanya. Keng Liang berkata, sejak keputusan PRU-13 diumumkan, pakatan pembangkang membuat pelbagai tuduhan antaranya Barisan Nasional (BN) membawa warga asing dari Bangladesh untuk mengundi pada PRU-13. "Sebaliknya sehingga ke tarikh ini, tiada seorang pun Bangladesh itu ditemui kecuali kes seorang lelaki India rakyat Malaysia yang mempunyai nama Cina yang disalah anggap sebagai Bangladesh. "Pemimpin DAP yang membuat tuduhan palsu itu telah meminta maaf tetapi hanya selepas pilihan raya," katanya. | ||
Kekasih bawa rakan 'kendurikan' teman wanita bergilir-gilir Posted: 20 May 2013 03:01 AM PDT KOTA BHARU - Akibat terlalu percaya kepada teman lelakinya, seorang pelajar perempuan tingkatan lima di sebuah sekolah di daerah ini dirogol secara bergilir-gilir oleh enam lelaki dikenali termasuk kekasihnya sendiri, dalam kejadian di Kampung Tok Akil di sini Jumaat lalu. Sebelum kejadian, mangsa dipercayai keluar dari rumah pada jam 1 pagi mengikut teman lelakinya ke rumah datuk salah seorang rakan kekasihnya itu di Kampung Tok Akil di sini. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa yang dipercayai masuk ke dalam rumah berkenaan selepas menemani teman lelakinya itu dan kemudiannya dirogol bergilir-gilir. "Hasil laporan awal yang diperoleh dari pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor, terdapat kesan koyakkan baru pada kemaluan mangsa. "Selepas menerima aduan daripada mangsa, pihak polis terus melakukan serbuan di kampung terbabit dan berjaya menahan enam lelaki berumur antara 17 hingga 18 tahun," katanya kepada Sinar Harian. Azham berkata, kesemua suspek yang ditahan merupakan bekas pelajar tingkatan lima yang juga merupakan sekolah mangsa berkenaan. "Kes terbabit disiasat di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) untuk tindakan lanjut," katanya. | ||
Apologies to Wan Azizah, Azmin told Posted: 20 May 2013 02:35 AM PDT PETALING JAYA: A prominent PKR grassroots member today called on party deputy president Azmin Ali to apologise to Dr Wan Azizah Wan Ismal for initiating baseless attacks against the party president. "What Azmin did was really unhealthy for the party. And we, party members want him to apologise to Wan Azizah," Dr V Neduchelian, a member from Kapar PKR division, told FMT. He said by 'attacking' Wan Azizah in the mainstream media, Azmin had set a bad precedence which allows party members to use the media to criticise the party and its fellow leaders. "All discussions involving party matters should be discussed behind closed doors . This is the advice given to us. But what surprises us, is that the same leader who propagates this uses the media to attack the president," he added. Recently, Azmin, who retained his Gombak parliamentary and Bukit Antrabangsa state seats, criticised the party leadership for nominating Abdul Khalid Ibrahim as the Selangor Menteri Besar without the consensus from Selangor PKR. Azmin is the Selangor PKR head. Azmin said Wan Azizah had submitted a letter to the Selangor palace nominating Khalid Ibrahim before getting consensus from the state PKR leaders. He also accused the PKR president of nepotism. "It is really weird that Azmin is talking about nepotism. In the last general election, he picked leaders aligned to him to contest seats. Those against him were not even given seats to contest. This is an open secret in PKR. "Azmin is not fit to talk about nepotism or cronyism since he himself piggybacked on PKR de facto leader Anwar Ibrahim's popularity to reach where he is now," he said. He said Azmin only wants to strengthen his position in the party, especially with party polls slated for later this year. Speculation is rife that PKR vice president and Lembah Pantai member of parliament Nurul Izzah Anwar would take on Azmin for the party number two post in the party elections. Nurul Izzah, the eldest daughter of Anwar and Azizah, has now become a major threat to Azmin's political ambition. Neduchelian claimed Nurul Izzah's popularity among party members, especially youths and from Sabah and Sarawak, has made Azmin 'uncomfortable'. | ||
Kenyataan rasmi Air Asia berkaitan insiden penumpang AK1455 Posted: 20 May 2013 12:14 AM PDT Air Asia yang tertekan dengan beberapa isu berkaitan perkauman oleh CEOnya dan kemudian penumpang yang dihalang untuk menaiki pesawat akhirnya mengeluarkan kenytaan rasmi mereka melalui laman Facebook. Berikut adalah kenyataannya: Merujuk kepada isu yang dibangkitkan dalam media sosial mengenai tetamu yang dinafikan menaiki penerbangan AK1455 dari Ho Chi Minh ke Kuala Lumpur pada 18 Mei 2013, kami ingin menjelaskan bahawa tetamu tersebut tidak dibenarkan menaiki pesawat disebabkan demam campak. | ||
Enggan benar guna stadium, PKR mula gelar MB Kedah 'firaun' Posted: 19 May 2013 11:35 PM PDT Keengganan Menteri Besar Datuk Muhkriz Mahathir memberikan Stadium Suka Menanti menandakan isyarat kemunculan pentadbiran "mini Mahathirfiraun" di negeri Kedah, kata anggota parlimen PKR. Wakil Rakyat Alor Setar daripada PKR Gooi Hsiao Leung berkata, Kedah menuju hari hitam dan kemerosotan kebebasan demokratik setelah Pakatan membuka stadium itu kepada semua dalam pentadbirannya lima tahun sebelum ini. "Adalah dikesali, bahawa tindakan terbaru Muhkriz menandakan permulaan pemerintahan penindasan dan penghapusan hak-hak dan amalan demokratik yang dinikmati oleh rakyat Kedah lima tahun sebelum ini. "Malah, penolakan permohonan perhimpunan oleh MB Muhkriz adalah satu isyarat kebangkitan satu 'mini Mahathirfiraun' yang sedang muncul," sindir Gooi (kiri). Bapa Mukhriz, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga bekas perdana menteri dalam era perhimpunan Reformasi membantah pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan pada 1998 turut mendapat gelaran hampir sama, iaitu "Mahafiraun" di Internet. Mukhriz pada Sabtu lalu berkata, beliau tidak akan membenarkan pembangkang mengadakan perhimpunan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, kerana ia bertujuan menimbulkan rasa benci terhadap kerajaan yang mendapat mandat rakyat. "Kalau setakat nak berhimpun takde masalah. Ini kandungan ucapan oleh pemimpin pakatan pembangkang sarat dengan tohmahan dan dakwaan tidak berasas," katanya kepada pemberita di kediaman rasmi menteri besar di Alor Setar, lapor Bernama. Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar pada hari yang sama merayu supaya Mukhriz selaku pengerusi Perbadanan Stadium Kedah membenarkan perhimpunan itu setelah ia ditolak pengurusan stadium. Mkini | ||
Perkara kedua Rukun Negara yang paling dibenci DAP Posted: 19 May 2013 11:01 PM PDT ![]() Sudah terlalu lama DAP mahu memansuhkan sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini. DAP dari tahun 1964 lagi, mahukan sistem Raja di Malaysia, dimansuhkan kerana berpendapat kewujudan Kesultanan Melayu adalah salah satu daripada bentuk pembaziran terbesar. Lebih-lebih lagi, DAP juga berpendapat bahawa kuasa sebenar terletak di Dewan Rakyat, bukannya kepada Sultan-Sultan Melayu. Mac 2008, apabila Pakatan Rakyat berjaya merampas Perak dengan DAP sebagai pemegang kuasa unggul, DYMM Sultan Perak menjadi sasaran DAP apabila Undang-Undang Tubuh Negeri Perak tidak membenarkan Ngeh Koo Ham menjadi Menteri Besar. Ngeh Koo Ham mengamuk sakan apabila diberitahu bahawa dia tidak layak menjadi Menteri Besar. Tuduhan yang dilemparkan ialah, Sultan Perak sengaja tidak mahu melantiknya. Kemudian apabila Undang-Undang Tubuh Negeri Perak diterangkan kepada khalayak DAP, barulah Ngeh Koo Ham tutup mulut. Pun begitu, Ngeh Koo Ham tetap tidak patuh kepada Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Perlantikan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak, mengundang campurtangan Ngeh Koo Ham bersama-sama sepupunya, Nga Kor Ming untuk menjadikan Nizar Jamaluddin sebagai boneka kuasa mereka. Banyak keputusan dan dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak sepanjang 11 bulan bermula Mac 2008 sehingga Februari 2009, mencabar kuasa DYMM Sultan Perak. Akhirnya apabila tiga orang wakil rakyat Pakatan melompat sebagai ADUN Bebas, kebiadapan DAP tidak lagi dapat dibendung. Pelbagai cercaan, sumpahan, makian dan cacian dihamburkan kepada DYMM Sultan dan Raja Muda Perak. Menariknya, kebiadapan DAP itu mendapat sokongan yang sangat meluas daripada kalangan Melayu yang menyokong Pakatan Rakyat. Bahkan mereka pula yang berlebih-lebih mengejek Sultan-Sultan Melayu tanpa mengetahui, tanpa peranan Sultan-Sultan Melayu, tidak akan ada Ngeh Koo Ham, Nga Kor Ming, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan berjuta-juta nama bukan Melayu-Bumiputera lain di negara ini. DAP dari semasa ke semasa sentiasa berkempen agar rakyat Malaysia bukan Melayu-Bumiputera tidak memberikan sebarang kepercayaan dan kesetiaan kepada Raja-Raja Melayu. Alasannya ialah, negara ini adalah pengamal demokrasi. Taat setia kepada Raja-Raja Melayu bermakna, demokrasi yang membolehkan DAP kekal menjadi salah sebuah parti politik di negara ini dan para pemimpinnya menjadi Wakil Rakyat, akan pincang kerana perlu tunduk kepada konsep Ketuanan Melayu. Walhal dari awal penubuhan lagi, DAP telah berkempenkan Malaysia Malaysian, iaitu konsep sama rata dan sama rasa yang memberikan terlalu banyak kelebihan kepada warga bukan Melayu-Bumiputera, khususnya Cina yang telah mendapat pelbagai keistimewaan sepanjang penjajahan negara ini oleh British. Syak wasangka bahawa suatu masa nanti Raja-Raja Melayu akan memerintahkan orang Melayu dan Bumiputera menjarah serta merampas kekayaan kaum bukan Melayu, khususnya Cina yang kerap didendangkan oleh para pemimpin DAP, menyebabkan kedudukan Raja-Raja Melayu dan konsep Ketuanan Melayu di negara ini dipandang lekeh. Apa yang diluahkan oleh Ngeh Koo Ham, itulah sebenarnya suara hati DAP. Apa yang dituturkan oleh Ngeh Koo Ham menerusi TWITTER, itulah sebenarnya perasaan sebenar para pemimpin DAP terhadap apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu termasuklah kepada Raja-Raja Melayu. Hina sangat bagi DAP kalau warganegara Malaysia berketurunan Cina akur dengan kehendak Raja-Raja Melayu! mykmu | ||
PAS lebih layak untuk jawatan Speaker di Selangor Posted: 19 May 2013 10:15 PM PDT SHAH ALAM – Pas di Selangor layak menerima empat atau lebih kerusi exco berbanding dua lagi parti komponen PR iaitu DAP dan PKR. Penganalisis politik, Prof Mohd Mustamam Abd Karim berkata, Pas bukan sahaja layak kerana memenangi 15 kerusi Dun pada PRU13 malah pencapaian parti itu yang semakin baik sepanjang lima tahun memerintah negeri ini boleh dipertimbangkan. "Melalui pemerhatian saya, Pas selama lima tahun ini telah memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan mempunyai prinsip sendiri biarpun berganding sama dengan DAP dan PKR memerintah negeri ini. "Pembahagian kerusi exco yang diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu memang baik tetapi lebih bagus sekiranya Pas dapat lebih lagi, mungkin jawatan Speaker negeri boleh beri kepada Pas sebagai tanda penghargaan kepada mereka," katanya. Beliau berkata, Pas kini lebih terbuka dalam perjuangan parti bukan hanya membawa pendekatan kerohanian malah pencapaian ekonomi diutamakan dalam masa sama mementingkan sentuhan terus kepada rakyat. "Pendapat saya, wakil rakyat Pas khususnya di Selangor ini mudah kelihatan berdamping dengan rakyat dan mereka ini melaksanakan pendekatan turun padang tanpa mengambil kira kaum dan agama. "Malah, kenduri kahwin pelbagai bangsa pun mereka hadiri, rakyat suka pemimpin begini kerana tugas sebagai wakil rakyat ini perlu tahu hal pentadbiran dan menjadi perantaraan antara golongan profesional (pentadbir negara) dan rakyat," katanya. Abdul Khalid sebelum ini mengesahkan barisan Exco Selangor nanti akan diwakili empat calon daripada Pas dan masing-masing tiga daripada PKR dan DAP. | ||
Wajah 'ustaz' si perogol dicetak dan disebar Posted: 19 May 2013 09:31 PM PDT ALOR SETAR – DAP cawangan Bakar Bata akan mengedarkan sebanyak 15,000 keping poster gambar seorang lelaki yang digelar 'ustaz' untuk membantu dalam siasatan kes rogol seorang murid perempuan tahun enam, dua tahun lalu. Penyelarasnya, Syed Araniri Syed Ahmad berkata, tujuan penyebaran gambar tersebut adalah bagi membantu pihak polis segerakan siasatan. "Sebenarnya perkara ini sudah lama berlarutan. Media massa pun sudah menyiarkan gambar lelaki berkenaan menerusi akhbar dan televisyen. Sekarang ini, sudah setahun lebih, tidak nampak satu perkembangan pun berhubung kes itu. "Kita bukan nak salahkan polis, cuma kita harap mereka lebih serius menyelesaikan kes melibatkan rogol bawah umur," katanya. Menurutnya, poster berkenaan juga akan diedarkan ke setiap cawangan dan pusat khidmat PR di seluruh Kedah. "Kita juga akan edarkan kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) seluruh Kedah untuk turut sama membantu mengesan individu berkenaan. "Dengan menggunakan kaedah seperti ini, kita yakin orang ramai dapat membantu polis untuk mengesan lelaki berkenaan dalam tempoh yang lebih singkat," katanya. Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Pengamal Bekam Sunnah dan Ruqyah Malaysia turut sedia menawarkan khidmat guaman secara percuma kepada mangsa rogol berkenaan. "Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lelaki berkenaan, bolehlah segera menghubungi mana-mana balai polis berhampiran," katanya. Pada 23 Disember tahun lalu, Sinar Harian melaporkan, seorang pelajar perempuan tahun enam hidup dalam trauma selepas menjadi mangsa nafsu serakah seorang bomoh apabila dipercayai dirogol berulang kali dalam kejadian berasingan di Taman PKNK, di sini, sejak awal tahun 2011. Difahamkan, lelaki berkenaan cuba mengambil kesempatan itu selepas mendakwa mangsa mempunyai penyakit misteri kerana terdapat batu dalam badan dan perlu dikeluarkan melalui kemaluan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan turut mengesahkan bahawa polis memang sedang menyiasat kes berkenaan. | ||
'Tony Pua lupa agaknya...' - Khalid Samad Posted: 19 May 2013 08:31 PM PDT SHAH ALAM - Pas Selangor menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua sebagai salah faham berhubung isu senarai Exco yang diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengikut nisbah 4-3-3. Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Abdul Samad berkata, dalam mesyuarat yang telah diadakan pada Khamis lalu Pakatan Rakyat (PR) Selangor telah membuat dua opsyen mengenai senarai nama Exco untuk dihantar kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Menurutnya, salah satu opsyen itu menyenaraikan lima Exco daripada calon Melayu dan lima daripada bukan Melayu. Beliau turut menjelaskan opsyen menjadi pilihan baginda mungkin daripada enam calon Melayu dan empat calon bukan Melayu di mana Pas mendapat empat tempat di dalam Exco Selangor. "Saya rasa Tony Pua lupa dengan keputusan yang kita buat dalam mesyuarat itu. "Kita tidak mahu gaduh dengan perkara yang telah diputuskan oleh Sultan Selangor," katanya kepada Sinar Harian Online. Kelmarin, Abdul Khalid mengumumkan bahawa Barisan Exco Selangor akan diwakili empat calon daripada Pas dan masing-masing tiga daripada PKR dan DAP. Beliau turut memaklumkan akan mengguna pakai formula 3:3:4 (PKR: DAP: Pas) sekaligus mengesahkan cakap-cakap akan berlaku perubahan dalam agihan perwakilan dalam barisan exco berikutan penguasaan Pas serta DAP yang masing-masing dengan 15 kerusi di Dun berbanding 14 kerusi oleh PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu. Sementara itu, Sinar Harian Online difahamkan, mesyuarat yang diadakan oleh PR negeri Selangor telah memutuskan dua plan atau opsyen untuk pelantikan barisan Exco negeri itu. Antaranya lima calon Melayu dan lima calon bukan Melayu di mana tiga tempat calon Melayu adalah daripada Pas, dua tempat daripada calon Melayu PKR, empat tempat akan dimiliki oleh DAP bagi calon bukan Melayu dan satu tempat untuk PKR. Manakala plan yang kedua nisbah calon Melayu, enam nisbah empat calon bukan Melayu, di mana empat tempat calon Melayu dimiliki oleh Pas, dua daripada PKR untuk tempat calon Melayu, tiga DAP untuk tempat calon bukan Melayu dan satu daripada PKR. Sebelum ini, Pua yang dipetik dari portal The Malaysian Insider mendakwa, parti itu seharusnya mendapat empat kerusi Exco berbanding tiga yang diumumkan Abdul Khalid dan jawatan speker Dun. "Semalam (kelmarin) kami dapati senarai nama yang lain. "Kami mahu tahu mengapa... tiada masalah pada Khamis. Ia adalah mesyuarat sekejap setengah jam," katanya Mengulas lanjut, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, Pas juga tidak mengetahui apa yang dibincangkan di antara Sultan Selangor dan Abdul Khalid mengenai perkara tersebut. "Itu semua keputusan yang dibuat melalui perbincangan Tan Sri (Abdul Khalid) dengan baginda. "Kita kena hormatlah keputusan itu, lagipun baginda ada kuasa sama ada untuk perkenan atau tidak," katanya lagi. | ||
Dendam DAP kepada KDN tak pernah padam Posted: 19 May 2013 08:01 PM PDT KUALA LUMPUR 19 Mei - Tindakan DAP untuk mengemukakan usul celaan di Dewan Rakyat ke atas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi adalah usaha politik terdesak parti tersebut bagi menyemarakkan perasaan marah rakyat kepada kementerian berkenaan. Sehubungan itu, Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, apa yang dilakukan oleh DAP bukan berkaitan kenyataan Ahmad Zahid tetapi soal dendam lama DAP kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN). "DAP sememangnya mahu mewujudkan rasa kurang senang rakyat kepada beberapa institusi teras di negara ini. Kalau dalam musim pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi mangsa mereka. ''Dan saya percaya KDN akan kekal menjadi 'sasaran' utama pembangkang untuk mewujudkan kebencian rakyat kepada kerajaan. ''Dendam DAP kepada kementerian itu bukan perkara baharu, sebelum ini sudah beberapa kali 'usul dangkal' seperti memotong elaun atau gaji menteri diusulkan di Parlimen oleh wakil DAP," katanya. Beliau berkata demikian mengulas desakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng agar Ahmad Zahid menarik balik kenyataannya pada Khamis lalu yang menegaskan pembangkang perlu berhijrah ke negara yang mengamalkan sistem republik jika mereka mahu menjadikan hujah undi popular sebagai alasan enggan menerima hakikat kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu. Guan Eng berkata, jika Naib Presiden UMNO tersebut tidak berbuat demikian, Penasihat DAP, Lit Kit Siang akan mengemukakan usul celaan kepada Ahmad Zahid dalam sidang Dewan Rakyat nanti. Mengulas lanjut, Reezal Merican yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO berkata, apa yang mahu dilakukan oleh DAP adalah taktik politik yang berniat jahat. ''Kit Siang sendiri pernah membawa usul yang sama dan ia hanya menghabiskan masa Parlimen dengan usul cetek dan lemah,'' katanya. Reezal Merican menegaskan, wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan berusaha memastikan usul yang dangkal, bermotifkan politik, berniat jahat seperti yang cuba dibawa oleh DAP ini tidak akan dapat pergi jauh. ''Parlimen tidak perlu terus dijadikan medan dendam politik DAP terhadap KDN. Ahmad Zahid mempunyai hak 'demokratik' mengemukakan pandangan kepada umum. Hak ini tidak seharusnya disekat. ''Bagaimana pula dengan 'hak majoriti' yang mahukan Malaysia yang aman, sejahtera, maju dan makmur tetapi dinodai oleh siri bantahan pembangkang di seluruh negara?," soalnya. Reezal Merican berkata, perhimpunan haram yang dianjurkan oleh pembangkang bagi membantah keputusan PRU-13 adalah gerakan 'political desperados' yang menyusahkan rakyat dan pembangkang wajar 'dicela' kerana tidak dapat menerima kekalahan. "KDN ada tanggungjawab besar dalam memastikan negara berada dalam keadaan aman, sejahtera dan tenteram. ''Dendam politik DAP ini tidak wajar ada jika mereka parti yang bertanggungjawab. Tak perlu politikkan semua perkara. DAP perlu tampil sebagai 'anak jantan' di Parlimen, bukan dengan membuat ugutan politik kepada Menteri Dalam Negeri," ujarnya. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130520/po_01/Dendam-berterusan-DAP-kepada-KDN#ixzz2Tmym7ibt © Utusan Melayu (M) Bhd | ||
Selepas dizalimi Air Asia, ibu dan anak diselamatkan MAS dan Torism M'sia Posted: 19 May 2013 07:01 PM PDT KUALA LUMPUR 19 Mei - Seorang ibu, Izan Suhaila Mohd. Ali, 36, bernasib baik selepas kesukaran yang dihadapinya di lapangan terbang Ho Chi Minh, Vietnam mendapat pembelaan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dan Tourism Malaysia. Segala-galanya bermula selepas ibu malang itu tidak dibenarkan menaiki pesawat tambang murah AirAsia, AK 1455 untuk pulang ke negara ini pukul 9 malam semalam dengan alasan anaknya, Maryam Sofea Mohd. Reza, 14 bulan, menghidap demam campak. Paling memilukan, kakitangan syarikat penerbangan itu tidak menghiraukan penjelasan Izan Suhaila anaknya sudah pulih daripada demam campak dan kesan tompokan hitam yang kelihatan merupakan parut akibat penyakit tersebut. Mengulas kejadian itu, kakak Izan Suhaila, Norhamiza berkata, walaupun sudah dirujuk kepada jururawat warga tempatan dan disahkan seorang penumpang Malaysia yang merupakan doktor, namun kakitangan AirAsia tetap bertegas penyakit Maryam Sofea yang merupakan kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) membahayakan penumpang lain. Sambil meluahkan rasa kecewanya, Norhamiza mempersoal kewajaran AirAsia memaksa adiknya tinggal selama lima hari di negara itu sedangkan mereka langsung tidak memantau tahap kesihatan Maryam Sofea apatah lagi membawa anak saudaranya ke hospital tempatan untuk rawatan lanjut. "Kami membayar tiket menaiki pesawat AirAsia. Apalah salahnya kakitangan mereka di Vietnam menghantar adik saya dan anaknya ke hospital malam itu. Sekurang-kurangnya kami tahu keadaan Izan Suhaila selamat. "Bayangkan bagaimana perasaan 10 ahli keluarga kami termasuk ibu selepas terpaksa pulang ke Malaysia tanpa Izan Suhaila? Paling menyedihkan, kakitangan AirAsia langsung tidak membantu Izan Suhaila dan hanya menghantar adik saya ke terminal teksi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Kisah malang kedua-dua beranak itu menjadi tumpuan ramai sejurus selepas artikel berkenaannya disiarkan wartawan TV3, Mazidul Akmal Sidek di blognya http://www.mazidulakmal.com hari ini. Mazidul Akmal yang kebetulan berada di tempat kejadian serta menyaksikan insiden itu berkongsi secara terperinci apa yang berlaku dan dengan sinis mempertikai sikap lepas tangan syarikat penerbangan tersebut. Menerusi blognya, Mazidul Akmal menulis: "Adakah kejadian berlaku, bukti nyata nasib penumpang sah pesawat AirAsia boleh diperkotak-katikkan sesuka hati? Jika wanita di dalam gambar di atas tidak terbabit dengan syarikat penerbangan tambang murah itu, mengapakah mereka bertugas di pintu 18 terpampang logo AirAsia? Maaf, kerana saya amat jarang menaiki pesawat AirAsia, justeru memerlukan sedikit pencerahan." Dalam pada itu, Norhamiza meluahkan rasa syukurnya kerana kepayahan Izan Suhaila mendapat pembelaan MAS dan Tourism Malaysia yang menghulurkan bantuan walaupun pada hakikatnya inisiatif tersebut patut diambil AirAsia. "Periksa secara teliti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Jika Maryam Sofea membawa penyakit sudah pasti kami antara individu paling awal dijangkiti kerana kami bersama-samanya. Saya sendiri tidur sebilik dengan Maryam Sofea. "Saya kesal dengan sikap AirAsia atas apa yang terjadi terhadap ahli keluarga saya. Tidak mustahil perkara yang sama boleh berlaku kepada orang lain pula," katanya. | ||
Former DAP Red Bean Army Trooper reveals 7 traits should they have to create chaos Posted: 19 May 2013 06:31 PM PDT 1. Personal Attacks - Instead of replying to the issue being raise by any particular individual they will end up target the individual more than the issue - In some extreme cases they will apply name calling , curse and vulgarity methodology ( Dog , Shame , Traitor , Racist , Stupid and etc etc ) 2. Blasting With Questions ( When , Where , How , Why and What ) - They will throw unlimited offensive question - They will hardly reply to your questions - They will reply your questions with another question - Whatever you reply or say they will find a way to just question 3. Discredit Your Sources and Facts - They will apply the No 2 trait to continue blasting with question to discredit your facts and sources 4. Provocative Challenge - They will keep challenge you with many types of questions - They challenge you for sources , evidences and etc - Even after you presented they will find ways to apply trait no 3 to discredit whatever you had given to them 5. Very Offensive ( Attacking ) and Avoid to Defend at all Cost - They will hardly explain , reply or answer but only will continue discredit , question , challenge and attack whatever you had presented 6. Keep Changing , Twisting and Changing Topic - Once you had finally overcome their trait 1 to 5 then they will jump from 1 topic to another - So whenever they change topic they will bring in the rest of other BN flaws and mistake - They have very high tendency to jump from 1 issue to another whenever you had defeated them in the previous issue 7. Their Final Exit Road Weapon - If you had reach a level of overcoming their trait 1 to 6 then they will end up saying they just want to CHANGE/UBAH ( what wrong with that ? ) and why not give them 1 chance to for a trial ? SYA | ||
Piala Sudirman: Rashid 'naik angin' prestasi pemain Posted: 19 May 2013 06:16 PM PDT
Gagal menyembunyikan perasaan kecewanya dengan persembahan buruk keseluruhan skuad Piala Sudirman negara itu, Rashid berkata, beliau sendiri tidak menjangka pasukan Malaysia akan mencatat kekalahan seteruk itu. Menurut Rashid, meskipun barisan skuad Piala Sudirman sudah bersedia sepenuhnya tetapi pihak lawan nyata bermain dengan lebih baik. "Kami sudah menampilkan barisan terbaik dalam kejohanan ini, namun perancangan kami untuk mengumpul mata tidak berjalan dengan lancar seperti yang dibincangkan sebelum perlawanan bermula. "Sejujurnya saya kecewa dan tidak dapat menerima keputusan teruk ini. Kita juga yang mengharapkan Koo Kien Keat/Tan Boon Heong menghadiahkan mata pertama tetapi permainannya agak tersekat. "Dia perlu menang permainan tadi tetapi apa yang kita rancang tidak menjadi. Kekalahan itu jelas melemahkan semangat pemain lain untuk beraksi," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan berakhir. Sementara itu, jurulatih beregu negara, Tam Kim Her turut senada dengan pandangan Rashid apabila beliau menyifatkan pemain negara tidak menunjukkan standard dan mutu permainan sebenar. Kecewa dengan aksi hambar beregu negara, Koo dan Tan, Kim Her turut menyalahkan beregu itu yang hilang fokus kerana terganggu dengan kebangkitan mendadak pihak lawan pada set kedua. "Pada mulanya rentak permainan mereka pada set pertama bagus dan nampak keserasian antara mereka. "Namun memasuki babak kedua, pemain nyata hilang fokus dan banyak melakukan kesilapan yang mudah sehingga memmberikan kelebihan kepada pihak lawan untuk mencatat kemenangan. "Mungkin pemain mengalami sedikit tekanan kerana perlawanan pertama, sehubungan itu kami akan berbincang sebelum turun beraksi perlawanan kedua," kata Kim Her. Tambah Kim Her, meskipun tumbang dalam perlawanan pertama, beliau sebagai jurulatih tetap percaya pasukan negara mampu mara lebih jauh kejohanan tersebut. "Kecewa memang kecewa, apa yang penting sekarang kita harus berbincang dengan kesemua pemain dan mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi setiap kelemahan. "Kita juga harus percaya yang skuad negara boleh mengatasi Jerman selasa ini dan mara ke suku akhir," jelasnya yang akan mengadakan perbincangan dengan jurulatih lain sama ada untuk mengekalkan Koo dan Tan selaku taruhan terbaik negara ketika aksi kedua Kumpulan C menentang juara Eropah, Jerman Selasa ini. | ||
Piala Sudirman: Taiwan aibkan tuan rumah Malaysia 3-2 Posted: 19 May 2013 06:01 PM PDT
Turun selaku pilihan ke 3/4, Malaysia bukan sahaja mempamerkan aksi mengecewakan malah turut menghampakan penyokong yang membanjiri Stadium Putra. Pada perlawanan tadi, Malaysia dikejutkan dengan kekalahan pertama beregu utama negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong. Pasangan beregu nombor tiga dunia itu tewas kepada Lee Sheng Mu/ Tsai Chia Hsin dengan catatan 18-21 dan 18-21 dalam masa 31 minit. Taiwan menambah derita pasukan Malaysia apabila pemain perseorangan wanitanya, Tai Tzu Ying berjaya menewaskan perseorangan wanita negara, Sonia Cheah 7-21 dan 13-21 untuk mengutip mata kedua buat pasukan mereka. Bagaimanapun, perseorangan pertama negara, Datuk Lee Chong Wei menceriakan penyokong tuan rumah dengan menghadiahkan mata pertama buat negara selepas menewaskan Yang Chih Hsun 21-8 dan 21-13. Taiwan memastikan kemenangan mutlak ke atas Malaysia apabila beregu wanita mereka, Chenf Wen Hsing dan Hsieh Pei Chen berjaya menundukkan Woon Khe Wei dan Hoo Vivian Kah Mun 21-17 dan 21-19. Beregu campuran nombor tiga dunia yang turun pada perlawanan terakhir, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying menyelamatkan maruah negara daripada terus diaibkan selepas mereka mengalahkan Lu Ching Yao dan Lai Chia Wen 25-23 dan 21-11 untuk keputusan 2-3. Malaysia perlu mengalahkan Jerman dalam perlawanan kedua selasa ini disamping mengharapkan 'belas ihsan' daripada pasukan itu untuk mengalahkan Taiwan dalam saingan esok seandainya masih memasang hasrat untuk ke suku akhir nanti. Sementara itu, pasukan pilihan dan juara lapan kali, China menepati ramalan apabila mudah menewaskan India 5-0 dalam perlawanan pertama Kumpulan A. China nyata bukan tandingan untuk pasukan India apabila pasukan daripada Tembok Besar itu berjaya mencatat kemenangan dalam kesemua lima perlawanan dengan straight-set. Esok, Indonesia akan turun menentang India dalam satu lagi aksi Kumpulan A. Denmark yang berada dalam Kumpulan D juga tidak mengalami masalah untuk menewaskan Singapura 4-1. Beregu campuran, Fischer Nielsen Joachin dan Pedersen Christina, perseorangan lelaki, Jorgensen Jan O serta pasangan Mogensen Carsten dan Boe Mathias memberikan 3 mata pertama Denmark selepas mudah menewaskan lawan masing-masing dengan straight-set. Denmark bagaimanapun dikejutkan apabila pemain perseorangan wanitanya, Kjaersfeldt Line kalah mengejut kepada Gu Juan juga dengan keputusan straight-set. Pasangan beregu wanita yang turun pada perlawanan terakhir kembali menceriakan penyokong Denmark dengan menewaskan lawan mereka untuk keputusan 4-1. |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |