JEBAT BERKOKOK |
Harap Pemuda dan Puteri dapat belajar erti malu Posted: 19 May 2013 08:54 PM PDT Kem Pemuda dan Puteri UMNO seharusnya belajar mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana masih tetap meletakkan wakil mereka di dalam barisan kabinet kali ini. Jika dikira pada sumbangan 2 sayap UMNO itu semasa tempoh berkempen PRU yang baru lalu, rasanya tidaklah layak mereka menjawat jawatan di dalam kabinet PM. Jebat berada untuk tempoh yang agak lama di kawasan Parlimen Gombak pada PRU kali ini. Kalau ditanya apakah sumbangan Pemuda dan Puteri UMNO semasa tempoh berkempen PRU yang baru lalu ini, jawapan mudah dari Jebat ialah TIDAK ADA SUMBANGAN. Tanyalah pada mana-mana bilik gerakan di pusat daerah mengundi di kawasan Hulu Kelang adakah mereka mendapatkan kerjasama yang baik dari 2 sayap UMNO itu? Mungkin ada di antara kita yang melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana bilik gerakan di Parlimen Gombak dibanjiri oleh makcik dan pakcik yang melebihi usia separuh abad. Yang bergerak sepanjang tempoh berkempen itu hanyalah barisan NGO yang tetap setia menyokong BN. Usahkan hendak berkempen hendak menggantung bendera pun kem Pemuda dan Puteri UMNO tidak lakukan. Bersarang di minda Jebat, mana mungkin Pemuda hendak menggantung bendera dengan berbaju kain linen dan bagaimana Puteri hendak turun berkhemah di bilik gerakan yang tidak berhawa dingin dan tidak glamour? Aduhai..Menyentuh kepada perlantikan KJ sebagai Menteri, Jebat secara peribadi melihat perlantikan KJ itu hasil daripada kekuatan yang ada pada diri KJ sendiri dan tidak ada kena mengena dengan bantuan daripada mana-mana ahli Pemuda dan kalau ditanya mengapa Rosnah Ketua Puteri dilantik sebagai Timbalan Menteri..itu kena tanya Perdana Menteri..Jebat sangat tidak faham!!!!!!! |
You are subscribed to email updates from JEBAT BERKOKOK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |