Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

BERANI MEMBUAT PILIHAN...
Image may be NSFW.
Clik here to view.


(Gambar) Maria Fowler, terlupa atau sengaja tidak pakai coli?

Posted: 17 May 2013 03:05 PM PDT

Image may be NSFW.
Clik here to view.
MARIA Fowler kelihatan ada seksi ketika beliau keluar bersiar-siar di kota London semalam bersama teman-teman, kecuali 'colinya'...heh!

Bekas bintang TOWIE berusia 26 tahun ini memakai crop-top hitam, seluar khakis dan kasut bertumit tinggi bercorak kulit ular ketika berparti bersama-sama temannya di ibu kotan England itu.

Maria yang pernah menjalani pembedahan menyedut lemak di perutnya, nampaknya sengaja mahu menunjuk-nunjuk hasil yang diperolehinya.

Namun begitu, akibat 'terlupa' memakai coli bersama baju ketatnya itu, cahaya limpahan dari kamera telah menampakkan sedikit aset dadanya!

'Amalan' Nik Aziz sedikit demi sedikit cuba dihapuskan pimpinan baru Pas Kelantan

Posted: 17 May 2013 10:02 AM PDT

Setiap kali berucap perihal sokongan dan juga habuan, Nik Aziz sering mengungkapkan jika ada yang memberi, ambillah, pangkah nanti biarlah pangkah bulan. Itulah yang sering diulang-ulang dan digalakkan oleh beliau kepada setiap rakyat di Kelantan.

Amalan munafik ini akhirnya cuba dikurangkan oleh pimpinan-pimpinan PAS Kelantan yang rasanya sudah muak dengan kerenah bekas MB Kelantan ini. Mereka mahukan kualiti pengundi itu benar-benar menyokong PAS atas dasar keikhlasan mereka sendiri.

Gelombang Kick melaporkan Timbalan Menteri Besar Kelantan yang baru dilantik selepas PRU 13 lalu, Datuk Nik Mohd Amar Abdullah mengeluarkan fatwa pertamanya selepas memegang jawatan TMB yaitu bersabit dengan kemunafikan pengundi luar yang mengambil duit parti lain kemudiannya mengundi parti lain.

Ketika menyampaikan kuliah parti di Medan Ilmu pagi tadi, Nik Amar menjelaskan ciri-ciri orang munafik yang boleh dilihat secara mudah yaitu apabila seseorang pengundi atau penyokong yang mendakwa menyokong parti berkenaan, kemudian claim duit dengan parti berkenaan, namun bila sampai masa mengundi, ianya tidak mengundi parti berkenaan.

"Hak susut (sorok) dalam hati hak sebenar tidak beritahu, saya sekali dengan kamu ni, tapi undi parti lain, itu contohnya, saya duduk dengan kamu, mari claim duit pun dengan kita, cop, tapi bila pangkah dia pangkah parti lain, itulah gambaran mudah"


Polis sudah tak ada daya halang pehimpunan 505 atau apa sebenarnya ni?

Posted: 17 May 2013 08:02 AM PDT

Perhimpunan 505 terus lancar penganjurannya dengan 'kerjasama' pihak polis yang amat luar biasa sekali. Terbaru, perhimpunan haram tersebut dijadualkan berlangsung di Esplanade Padang Kota, Pulau Pinang pada malam minggu ini.

Pihak polis menegaskan ceramah Pakatan Rakyat yang dicadang diadakan di Padang Kota Lama di sini malam esok tidak mendapat kelulusan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata pihak polis telah menolak permohonan untuk mengadakan ceramah itu kerana lokasinya merupakan tempat tumpuan awam dan penganjurannya dibimbangi akan mengganggu ketenteraman orang ramai sekaligus mengundang kesesakan lalu lintas yang teruk.

Beliau berkata permohonan untuk menganjurkan majlis itu juga tidak mematuhi tempoh yang sepatutnya.

Tapi apa yang kami musykilkan di sini adalah kebenaran yang tetap diberikan kepada kumpulan ini. Entah apa yang telah diputar alamkan oleh pihak penganjur kepada polis hingga bersetuju membenarkan perhimpunan tersebut berlangsung walaupun tidak diluluskan permohonannya (Ah! Baca ayat ini pun sudah memeningkan kepala)

Pihak polis bukan sahaja membenarkan perhimpunan yang penuh dengan fitnah, jeritan, hasutan dan tohmahan itu berlangsung, malah akan turut pastikan ianya berlangsung dengan tenteram, menjaga lalulintas, memberi laluan itu dan ini seolah-olah ianya satu perhimpunan yang diberi kelulusan (lagi sekali rasa pelik menulis ayat ini)

Kami tidak mempertikaikan tugas polis, malah menghormatinya, tapi rasional la sikit...kami percaya ini adalah salah satu strategi pihak polis yang lebih arif (harap-harap sangatlah...)

Rumah nenek jadi 'port' seks gadis selepas diugut

Posted: 17 May 2013 05:01 AM PDT

REMBAU – Angkara nafsu, seorang lelaki sanggup mengugut gadis berusia 15 tahun untuk melakukan hubungan seks dengannya buat pertama kali selain mengugut untuk menggunakan kekerasan sekiranya perkara berkenaan terbongkar.

Bagaimanapun, gadis yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini, akhirnya nekad untuk membuat laporan polis pada 13 Mei lalu setelah beberapa hari insiden keji berkenaan berlaku.

Jurucakap polis berkata, kejadian berkenaan berlaku di rumah nenek mangsa sendiri di Kampung Batu Hampar, dekat sini kira-kira 2 pagi pada 8 Mei lalu.

Menurutnya, ketika kejadian dipercayai tiada sesiapa berada di rumah berkenaan.

"Gadis itu dipaksa oleh lelaki yang dikenalinya itu untuk melakukan hubungan intim.

"Malah, lelaki itu juga dengan beraninya mengugut untuk memberitahu keluarga mangsa sekiranya kemahuannya tidak dipenuhi," katanya.

Katanya, disebabkan keliru dengan ugutan berkenaan, mangsa yang ketakutan terpaksa memenuhi permintaan keji lelaki berusia 19 tahun itu.

"Lelaki berkenaan dipercayai tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya bekerja mengikut kenalan sahaja," katanya dekat sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi kesalahan rogol.

"Suspek kini sudah ditahan pada hari yang sama laporan dibuat oleh mangsa," katanya.

Sinar Harian

Peguam PKR pertahan perompak, dakwa polis 'reka cerita'

Posted: 17 May 2013 01:31 AM PDT

Image may be NSFW.
Clik here to view.
N.Surendran (tiga dari kiri) bersama bapa mangsa suspek
kes rompakan yang ditembak mati polis.
PETALING JAYA - Dua peguam kepada waris tiga suspek rompakan yang terbunuh di Taman Billion, di sini, N.Surendran dan Latheefa Koya mendakwa laporan hasil bedah siasat bertentangan dengan kenyataan polis.

Surendran mendakwa berdasarkan laporan yang diperolehi dari Unit Forensik, Fakulti Perubatan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, kedudukan peluru yang mengenai ketiga-ketiga suspek itu menunjukkan mangsa ditembak ketika mereka berlutut dan bukannya ditembak dari hadapan, seperti dalam kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah.

"Polis kata suspek mulakan tembakan ke arah polis, tapi bagaimana tembakan itu menuju ke bawah tubuh mangsa padahal sudut tembakan polis sepatutnya terus saja.

"Laporan post mortem itu mudah saja, mangsa ditembak dari atas dan peluru tembus keluar ke bawah dan ia bertentangan dengan keterangan polis," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Dua beradik, Noor Azman Othman, 39, Aidi Noor Hafizal Othman, 23 dan serorang rakan mereka, Saufi Ahmad, 23, merupakan suspek rompakan kedai emas di Shah Alam telah ditembak mati di bulatan Taman Billion, awal pagi pada 14 April 2012.

Azman ditembak sebanyak lapan kali manakala Aidi ditembak sebanyak 11 kali.

Surendran yang juga Naib Presiden PKR juga mempersoalkan bagaimana lapan das tembakan boleh dilepaskan kepada mangsa jika pihak polis mahu menghentikan tembakan balas mangsa.

Beliau menyifatkan kenyataan polis itu adalah satu penipuan dan dipercayai cuba menyembunyikan sesuatu, susulan laporan hasil bedah siasat itu nyata bertentangan dengan fakta yang dikemukakan pihak polis.

Sehubungan itu, PKR mendesak supaya satu siasatan segera diambil oleh satu badan siasatan bebas susulan pihak polis gagal memberikan penjelasan tentang siasatan yang telah dilakukan sepanjang setahun lalu.

"Kita mahu polis yang terlibat dalam kes itu ditangkap dan disiasat.

"Siasat semua pegawai tertinggi termasuk Datuk Ku Chin Wah kerana didapati cuba menyembunyikan sesuatu dalam kes ini dan berapa ramai suspek telah disoal siasat, apa yang telah dibuat," tegasnya.

Beliau turut mempersoalkan kelewatan laporan bedah siasat itu dikeluarkan selepas setahun insiden itu berlaku.

Hanya terdapat dua laporan hasil bedah siasat yang bertarikh Februari 2013 sahaja diperolehi daripada pihak hospital terbabit manakala Saufi pula masih belum diperolehi.

Sinar Harian

PKR desak AG mohon maaf, gugur tuduhan terhadap Nik Nazmi

Posted: 17 May 2013 12:30 AM PDT

Image may be NSFW.
Clik here to view.
PETALING JAYA - PKR mengutuk sekeras-kerasnya dakwaan ke atas Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) kerana menganjurkan perhimpunan

"Blackout 505" di Stadium Kelana Jaya, 8 Mei lalu.

Naib Presiden PKR, N.Surendran berkata tindakan itu nyata menyalahi peruntukan artikel 10 kerana perhimpunan itu dilakukan secara aman tanpa sebarang insiden yang diingini.

Sehubungan itu katanya, PKR mendesak kerajaan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail supaya menarik balik dakwaan tersebut kerana tindakan itu dipercayai cuba menyebelahi Barisan Nasional (BN).

"Kita mengutuk akta kerajaan Najib dan peguam negara yang ambil tindakan mahkamah terhadap penganjur perhimpunan bantah keputusan PRU13 di Kelana Jaya, 8 Mei lalu.

"... himpunan itu berlangsung dengan aman, tiada insiden buruk, tapi Najib pilih untuk ambil tindakan akta APA.

"Ini adalah cubaan mengatasi akta APA yang mereka sendiri cipta," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Nik Nazmi didakwa bawah APA kerana kegagalan menyerahkan notis 10 hari kepada polis untuk mengadakan perhimpunan 'Blackout 505' di Kelana Jaya, 8 Mei lalu.

Beliau selaku penganjur untuk Pakatan Rakyat (PR) dituduh melakukan kesalahan itu pada jam 8.30 malam di Stadium Kelana Jaya.

Surendran yang juga Ahli Parlimen Padang Serai kecewa apabila sebaik sahaja Tan Sri Khalid Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Polis Negara, beliau sendiri telah bertindak melulu tanpa merujuk terlebih kepada peruntukan mengenai hak berhimpun di sisi perlembagaan.

"Ini cubaan untuk merosakkan akta itu, kita kecewa bila IGP baharu, Khalid Bakar terus bertindak.

"Mereka serang pembangkang dan gunakan akta ini semata-mata untuk menakutkan rakyat daripada keluar berhimpun," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mengulangi desakannya supaya Peguam Negara menggugurkan segera dakwaan itu dan mengemukakan permohonan maaf kepada semua peserta himpunan bantahan itu kerana ia telah menghina dan menafikan hak mereka berhimpun secara aman.

Tambahnya, dakwaan terhadap Nik Nazmi tidak sedikit pun menjejaskan siri himpunan bantahan itu di seluruh negara.

Himpunan pada 8 Mei membantah keputusan PRU13 itu dihadiri oleh hampir 120,000 peserta dan penyokong PR.

Nik Nazmi Didakwa Anjur Perhimpunan Tanpa Kebenaran

Posted: 17 May 2013 12:01 AM PDT

PETALING JAYA: Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, Jumaat atas dakwaan gagal memberi notis 10 hari lebih awal kepada pihak polis sebelum menganjurkan perhimpunaan tanpa kebenaran, 8 Mei lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, Kelana Jaya dekat sini pada pukul 8.30 malam pada 8 Mei lalu.

Nik Nazmi, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 dibacakan terhadapnya dihadapan Hakim Rozina Ayob.

Peguam Eric Paulsen yang mewakili Nik Azmi memberitahu mahkamah, pihaknya akan memfailkan secepat mungkin permohonan bagi membatalkan pendakwaan ke atas anak guamnya berdasarkan alasan salah guna kuasa kerana pendakwaan itu, lebih bersifat politik.

Nik Nazmi didakwa di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan berhadapan dengan denda maksimum RM10,000 jika didapati bersalah.

Timbalan Pendakwa Raya II, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah mewakili pasukan pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 4 Jun ini untuk sebutan kes.

Relakan tubuh diratah lelaki untuk sara anak

Posted: 16 May 2013 11:01 PM PDT

PARIT BUNTAR - Demi menanggung dua anak tidak sah taraf yang masih kecil dan memastikan bekalan dadah sentiasa mencukupi, seorang gadis terpaksa merelakan tubuhnya diratah oleh lelaki hidung belang saban hari.

Jika dilihat dari umur dan perwatakannya, nescaya sesiapapun tidak menyangka gadis ini sudah melahirkan dua anak tidak sah taraf hasil hubungan terlarang dengan lelaki yang melanggannya.

Amy (bukan nama sebenar), 21, berkata, sejak lahir dia sudah diserahkan kepada keluarga angkat miskin, dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan dan tidak mendapat pendidikan sempurna.

Menurutnya, kesempitan hidup keluarga angkatnya menyebabkan dia berhenti sekolah dan mencari pekerjaan pada usia 12 tahun.

"Bagaimanapun, faktor umur menyebabkan saya sukar mendapat pekerjaan sehinggalah saya terjebak dalam kancah maksiat dan sanggup menjual tubuh bagi mendapatkan sesuap nasi.

"Kegembiraan memperoleh wang haram tidak bertahan lama apabila saya melahirkan seorang anak luar nikah dan peristiwa itu tidak dapat diterima keluarga angkat yang sering memaki hamun saya sejak itu," katanya sewaktu ditemui media di sini.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Amy ketika ditemui Sinar Harian bagi menceritakan kisah
kehidupannya sehingga terjebak dengan maksiat dan dadah.

Amy berkata, selepas habis berpantang, dia meneruskan kerja 'haram' itu seperti biasa dan mula ketagih dengan dadah jenis syabu sehinggalah anak pertamanya berusia setahun setengah.

Menurutnya, sikapnya yang semakin liar dan sering menjadikan rumahnya sebagai 'port' maksiat akhirnya menyebabkan keluarga angkatnya nekad meninggalkannya dengan membawa anaknya sekali.

"Sehingga sekarang langsung tiada khabar berita tentang keluarga angkat dan anak saya.

"Mereka sering kali menasihati saya supaya berhenti melakukan maksiat, tetapi saya berdegil kerana itu sahaja cara peroleh pendapatan lumayan dan bekalan syabu," katanya.

Amy berkata, dia mulanya rasa bersedih dengan tindakan keluarga angkat melarikan anaknya tanpa khabar berita.

Bagaimanapun, perkara itu semakin dilupakan saban hari dan ketiadaan mereka seakan-akan memberinya lebih kebebasan untuk melakukan apa sahaja sehinggalah dia melahirkan seorang lagi anak perempuan tidak sah taraf yang kini masih dalam jagaannya.

"Saya cuba berubah namun kesempitan hidup terus memaksa saya melakukan kerja terkutuk ini.

"Sejak saya mengenali seorang lelaki, saya mula terpikat dan percaya dia mampu memberi sinar dalam hidup saya setelah melihat kesanggupannya untuk menerima saya walaupun bersikap liar.

"Bagaimanapun, kebaikan ditunjukkan lelaki itu hanya sementara dan sikapnya tidak ubah seperti pelanggannya lain yang sekadar mahukannya untuk seks semata-mata," katanya.

Lebih memburukkan keadaan, bekas teman lelakinya itu turut memperkenalkan sejenis ubat penguat hawa nafsu dan menyebabkannya mula ketagih.

"Setiap kali melakukan hubungan seks, dia akan memaksa saya mengambil ubat itu dan ia akan meningkatkan rangsangan kami untuk bersama.

"Namun kini setelah ditahan pihak berkuasa dan dilabel sebagai Orang Kena Pengawasan (OKP), dia terus meninggalkan saya dan anak," katanya.

Sementara itu Timbalan Bendahari, Skuad 1Malaysia, Khadijah Masbah berkata, remaja yang bermasalah seperti Amy seharusnya haruslah dijadikan iktibar dan pedoman kepada semua masyarakat.

"Tindakan yang diambilnya adalah salah. Dia sepatutnya merujuk terlebih dahulu dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kerian atau Skuad 1Malaysia sebelum mengambil tindakan melulu yang akhirnya memakan diri.

"Kami di bawah Skuad 1Malaysia mempunyai pelbagai cara dan kaedah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi remaja bermasalah seperti Amy.

"Walaupun dia berada dalam pengawasan, namun kami sentiasa memastikan orang seperti dia akan mendapat pembelaan sewajarnya," katanya

PRU13 dedah elemen US dalam PKR - Ruhanie

Posted: 16 May 2013 09:01 PM PDT

Pilihan raya umum ke-13 mempunyai unsur-unsur yang sesuai dengan hipotesis yang menyebut bahawa Pakatan Rakyat, atau PKR lebih tepat, menjadi ejen pertukaran rejim bagi menguntungkan Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, sama ada PKR memang didanai AS untuk tujuan itu hanya boleh dipastikan oleh parti itu sendiri, kata penulis blog Ruhanie Ahmad dalam forum membincangkan masa depan BN dan Pakatan selepas pilihan raya.

Ruhanie, penulis blog sosio-politik Kuda Kepang berkata, bacaan secara geopolitik tidak menjadikan dakwaan campur tangan AS itu mengejutkan.

Bercakap depan dewan kuliah yang padat di di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Ruhanie berkata, ini ekoran AS tidak senang dengan kawalan Malaysia terhadap Selat Melaka.

"Jika mereka dapat kawal (Selat Melaka), mereka dapat salurkan tenaga daripada Timur Tengah ke Asia Timur.

"Kawalan terhadap tenaga dan laluan pengangkutan akan menjadikan AS kuasa besar dunia," kata Ruhanie, calon doktor falsafah dalam bidang geopolitik dan kajian keselamatan.

M'kini

PKR dakwa MB S'ngor besekongkol dengan DAP untuk jawatan Exco

Posted: 16 May 2013 08:31 PM PDT

SHAH ALAM : Pucuk pimipinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor hari ini mendesak Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mengekalkan dua exconya sebelum ini iaitu Dr Xavier Jayakumar dan Elizabeth Wong setelah Pakatan Rakyat (PR) kekal mentadbir Selangor bagi penggal kedua.

Desakan itu wujud ekoran ketidakpuasan hati akar umbi parti yang merasakan kedua-dua pemimpin berkenaan telah banyak menabur bakti kepada rakyat sepanjang lima tahun pentadbiran lalu.

Mereka juga mendakwa Khalid, yang dilantik sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua telah bersekongkol dengan DAP untuk memberi lebih banyak kerusi kepada parti itu sehingga menidakkan hak wakil PKR di dalam kerajaan bagi penggal kali ini.

"Kita tak boleh benarkan DAP kuasai kerusi-kerusi exco Kerajaan ini. Tan Sri Khalid Ibrahim sudah berjanji untuk beri lebih kerusi Exco kepada DAP. Ini pengkhianatan kepada PKR dan tidak boleh dibiarkan dan kita mesti halang."

"Jika mereka (Xavier dan Elizabeth) tidak memegang jawatan sebagai exco lagi, siapa wakil bagi kaum India dan Cina PKR di dalam Exco? Kita mesti selamatkan wakil kita dan jangan biarkan DAP menguasai PKR dan PAS," demikian dipetik dari emel yang dihantar seorang ahli PKR.

Justeru, mereka mengingatkan Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Adun Pelabuhan Klang itu agar tidak terus berkrompomi dengan DAP, walaupun sebelum ini telah berjanji untuk memberi sebanyak 4 kerusi kepada parti berkenaan, kerana dikhuatiri tiada tempat bagi dua wakil PKR itu.

"Dahulukan parti sendiri berbanding DAP dan PAS. Tan Sri Khalid adalah MB dari PKR, jadi perlu dahulukan PKR, jangan asyik dahulukan parti lain."

Elizabeth Wong masih mengekalkan kedudukannya sebagai Adun Bukit Lanjan pada PRU13 5 Mei lalu merupakan bekas Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar dalam Kerajaan Selangor 2008.

Manakala Dr Xavier Jayakumar, Adun Seri Andalas pada penggal lalu memegang portfolio Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin.

Khalid dan pemimpin tertinggi PKR, PAS dan DAP hari ini dilaporkan mengadakan perbincangan lanjut pembahagian kuota jawatan Exco Kerajaan Selangor dan dijangka akan diumumkan oleh Menteri Besar pada minggu depan.

Pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) baru-baru ini, PAS dan DAP memenangi jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) 15 kerusi berbanding PKR hanya 14 kerusi sahaja.

Antarapos

Ketiadaan Nik Aziz buka ruang untuk Pas Kelantan kerjasama erat dengan Persekutuan

Posted: 16 May 2013 07:59 PM PDT

KOTA BHARU – Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menyambut baik pasukan Kabinet baru 2013 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dua hari lalu.

Selain itu, Ahmad turut menggesa Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan yang mengkategorikan tiga perihal utama iaitu senarai persekutuan, negeri dan bersama, perlu terus dihormati untuk kebaikan semua pihak khususnya rakyat Kelantan.

Ahmad berkata, beliau turut menyokong kenyataan perdana menteri yang dilihat mempunyai hak untuk memilih sesiapa sahaja menganggotai Kabinet beliau sesuai dengan peruntukan di bawah Perkara 43 (2) (B) Perlembagaan Persekutuan.

"Saya menyambut baik kenyataan perdana menteri yang menyebut bahawa Kabinet baru ini sebagai satu transformasi kerana apa yang paling penting tentunya transformasi sikap dan mentaliti, bukan hanya menggantikan wajah lama sahaja.

"Saya juga berharap agar pasukan baru ini dapat 'mewajahkan' semula kerjasama di antara kerajaan Kelantan dan Pusat sesuai dengan semangat federalisme yang termaktub di dalam Perlembagaan," katanya menerusi kenyataan media semalam.

Beliau yang juga Exco Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi dan Kewangan turut mengucapkan selamat bertugas kepada anggota Kabinet yang baru untuk mentadbir negara ini.

Pelakon terkenal Shahz Jazle dicekup khalwat

Posted: 16 May 2013 06:01 PM PDT

Menurut laporan Bernama semalam, seorang pelakon lelaki terkenal tempatan ditangkap khalwat oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang di sini awal Khamis.

Pelakon berusia 25 tahun itu, yang pernah bertunang pada Disember tahun lepas, ditahan pada 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam.

Pelakon berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan wanita yang lebih berusia serta seorang lagi pelakon wanita, namun hubungannya dengan mereka berakhir begitu sahaja.

Kalau mengikutkan pelakon yang bertunang pada Disember tahun lepas adalah Shahz Jazle. Beliau telah mengikat tali pertunangan dengan seorang gadis pilihan hatinya Redzwani Puteri @ Puteri pada 8 Disember 2012. Ketika itu, beliau berusia 24 tahun. Anda boleh rujuk laporan Malaysian Digest di sini

Laporan Malaysian Digest juga menyebut, Shahz pernah menjalin hubungan dengan pelakon pengacara Shiera Ayob. Pernah digosipkan dengn pelakon seksi, Anzalna.

Kemudian Shahz dikatakan berjaya menambat hati pelakon senior yang masih bergetah, Maria Farida. Selepas itu hangat dikatakan kononnya menjalin hubungan dengan Neelofa. Dan... bercinta sakan dengan pelakon muda, Miera Liyana. Sayang cinta mereka tidak berpanjangan.

Update! 

JAIS sahkan Shahz Jazle dicekup khalwat


SHAH ALAM, 16 Mei 2013 – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan bahawa Mphd Shahrizal Jaszle Bin Jasmi atau lebih dikenali sebagai Shah Kaszle telah ditahan oleh Bahagian Penguatkuaasaan JAIS pada 3.30 pagi bertempat di Apartment Taman Sri Subang.

Penahanan Mphd Shahrizal Jaszle berdasarkan kepada Seksyen 29 (1) A & B, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995. Pengangkapan dibuat berdasarkan aduan awam ke Bahagian Penguatkuasaan semalam. Bersama sama ini dilampirkan Seksyen 29 (1) A & B, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 untuk tindakan dan makluman.

Sekian, terima kasih.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>