Politik Harian |
- Khalid Bantah Azmin Jadi Exco, Pengumuman Batal
- Perhimpunan Haram: Nik Nazmi Dihadapkan Ke Mahkamah
- Hari Pertama Khairy Jamaluddin Di Kementerian Belia dan Sukan
- Khairy Jamaluddin Menteri Belia dan Sukan Paling Muda
- Nasharudin Ulang Umno-Pas Perlu Bersatu
- Saiful Bukhari Kahwin Personaliti TV3 25 Mei
Khalid Bantah Azmin Jadi Exco, Pengumuman Batal Posted: 17 May 2013 03:00 AM PDT Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan menolak desakan ahli-ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR supaya timbalan presiden parti Azmin Ali dilantik sebagai Exco kanan kerajaan negeri Selangor, menurut sumber-sumber parti itu. Kemelut itu memaksa Khalid membatalkan pengumuman senarai exco kerajaan negeri yang dijadualkan berlangsung hari ini. ADUN Seri Andalas Dr Xavier Jayakumar memberitahu Antarapos bahawa Khalid hanya dijangka mengumumkan exco kerajaan negeri minggu depan. Pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad turut mengesahkan Khalid hanya akan membuat pengumuman minggu depan, namun tidak memberikan butiran lanjut. Menurut sumber-sumber parti, pada satu mesyuarat malam tadi, ramai di kalangan ahli MPP mahu Azmin di lantik sebagai Exco kanan kerajaan negeri, sesuai dengan bakti dan kedudukkannya dalam parti. Bagaimanapun cadangan itu dibantah oleh Khalid "yang mahu mengekalkan wakil-wakil PKR yang sedia ada kerana merasakan mereka berjaya menjalankan kerja dengan baik," kata sumber itu. Selain menjadi Timbalan Presiden PKR, Azmin adalah juga pengarah pilihan raya parti itu dan telah memimpin PKR Selangor sejak tiga tahun lalu. "Ahli-ahli MPP bersetuju bahawa Azmin telah memainkan sumbangan amat besar memastikan PKR memenangi 30 kerusi Parlimen selain mengekalkan Selangor dengan majoriti dua pertiga,' kata sumber itu. "Beliau juga berundur secara baik untuk memberi laluan kepada Khalid menjadi MB demi menjaga perpaduan dan kestabilan parti. Justeru ahli MPP berpendapat Azmin patut di lantik menjadi Exco kanan," kata sumber itu. Ditanya mengenai pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim pada mesyuarat itu, sumber itu berkata Ketua Umum PKR itu mengambil sikap tidak mahu terheret dalam perbahasan itu. "Beliau menyerahkan kepada presiden (Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail) untuk membuat keputusan. Presiden pula tidak dapat mengambil keputusan yang jelas dan perkara itu tergantung macam itu sahaja," tambah sumber itu. Menurut beliau, Azizah bagaimanapun "membayangkan" beliau turut bersependapat dengan Khalid untuk meminggirkan Azmin daripada Exco kerajaan negeri. Sumber itu berkata penolakkan Azmin oleh Khalid dan Wan Azizah untuk jawatan itu mengejutkan ahli MPP yang yakin parti itu akan memberikan pengiktirafan sesuai kepada Azmin. Lebih mengejutkan adalah apabila mesyuarat itu dimaklumkan bahawa Khalid akan mengekalkan semua pegawai kanan di pejabatnya termasuk Setiausaha Politik Faekah Husin dan Setiausaha akhbarnya Arfa'eza Aziz. Adalah difahamkan MPP parti sebelum ini menegaskan dua pegawai itu di pindahkan berikutan rungutan Khalid terlalu bergantung kepada mereka untuk membuat keputusan yang membabitkan kepentingan PKR. Azmin sendiri sebelum ini, menekankan bahawa Menteri Besar Selangor tidak boleh merelakan dirinya dicucuk hidung oleh mana-mana pihak dalam menggalas tanggungjawabnya. Selain Xavier, tiga Exco kerajaan negeri daripada PKR adalah Elizabeth Wong, Yaakob Sapari dan Rodziah Ismail. Pada pilihan raya umum lalu, PKR memenangi 14 kerusi DUN berbanding 15 masing-masing oleh PAS dan DAP. |
Perhimpunan Haram: Nik Nazmi Dihadapkan Ke Mahkamah Posted: 17 May 2013 12:30 AM PDT Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia (Adun) Nik Nazmi Nik Ahmad didakwa bawah Akta Perhimpunan Aman kerana kegagalan menyerahkan notis 10 hari kepada polis untuk mengadakan perhimpunan haram di Kelana Jaya, baru-baru ini. Nik Nazmi selaku penganjur untuk Pakatan Rakyat (PR) dituduh melakukan kesalahan itu pada jam 8.30 malam di Stadium Kelana Jaya. Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya Rohana Ayub dan dibebaskan tanpa ikat jamin. Nik Nazmi dituduh bawah seksyen 9(1) yang kita sabit kesalahan boleh tidak lebih daripada 10,000. Menurut undang-undang, beliau akan hilang kelayakan sebagai wakil rakyat sekiranya jumlah denda ditetapkan lebih RM2,000. Himpunan pada 8 Mei membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). |
Hari Pertama Khairy Jamaluddin Di Kementerian Belia dan Sukan Posted: 16 May 2013 11:00 PM PDT Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bertempat di Dewan Serbaguna, Podium B, Menara KBS. Ketibaan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan timbalannya, Datuk M.Saravanan A/L Murugan disambut gembira oleh warga KBS. Taklimat eksekutif kepada YB Menteri dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan di Aras 17, Menara KBS. KJ menyampaikan amanatnya kepada seluruh warga KBS di Dewan Serbaguna, Podium B, Menara KBS. Sidang media Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin diadakan selepas berakhirnya perjumpaan mesra bersama warga KBS. |
Khairy Jamaluddin Menteri Belia dan Sukan Paling Muda Posted: 16 May 2013 08:00 PM PDT Khairy, yang dilahirkan pada 10 Januari 1976 adalah Menteri Belia dan Sukan paling muda yang pernah dilantik memegang jawatan tersebut. Khairy pertama kali bertanding di Parlimen Rembau, Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan berjaya mempertahankan kerusi tersebut pada PRU-13 lalu. Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, pernah memegang jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 2007 hingga 2010. Khairy pernah terbabit dalam rancangan realiti sukan popular, MyTeam. Pasukan itu beraksi dalam Liga Perdana pada 2007 sebelum bergabung dengan Perak UPB dan dikenali sebagai UPB-MyTeam. Beliau menjadi Presiden pasukan tersebut sehingga berjaya muncul naib juara Liga Perdana 2007 dan beraksi dalam Liga Super pada 2008. Mengalas Cabaran Besar Bentuk Persepsi Positif Golongan Muda Terhadap Kerajaan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan jawatan Menteri Belia dan Sukan yang disandangnya sebagai amanah yang mempunyai cabaran besar dalam mendekati golongan muda dan membentuk persepsi positif mereka terhadap kerajaan. "Ini satu amanah cukup besar dan kali ini portfolio ini saya lihat amat berat sekali terutama untuk mendekati generasi muda dan membentuk persepsi yang lebih positif terhadap kerajaan serta membawa suara generasi muda ke dalam kerajaan," katanya kepada pemberita. Beliau ditemui selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan di Istana Negara, Khamis. Mengenai pembaharuan yang mahu dibuat dalam kementeriannya, Khairy Jamaluddin berkata ia masih terlalu awal untuk bercakap mengenainya. Bagaimanapun berdasarkan tugasnya yang dibahagikan kepada hal ehwal belia dan sukan, beliau berkata beliau akan memfokus kepada usaha membentuk generasi muda yang cintakan negara dan mencuba sebaik mungkin untuk mengangkat martabat sukan bola sepak negara ke peringkat dunia. Khairy berkata beliau akan membawa pendekatan tersendiri mengikut perspektif dirinya sendiri sebagai golongan muda bagi melaksanakan perubahan terhadap program Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Khairy Jamaluddin juga mengharapkan Kabinet yang diistilah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai kabinet transformasi mampu benar-benar memahami kehendak generasi muda. "Saya harap saya dapat menjadi jurucakap bagi generasi muda dalam jemaah menteri yang telah dibentuk ini," katanya. |
Nasharudin Ulang Umno-Pas Perlu Bersatu Posted: 16 May 2013 07:00 PM PDT Bekas Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa hari ini mengulangi kenyataannya supaya parti-parti mewakili orang Melayu dan Islam di negara ini bersatu untuk kebaikan agama. Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Al Quds Malaysia berkata untuk mencapai tujuan itu pemimpin dan anggota Umno dan Pas perlu berani mengenepikan kepentingan masing-masing. "Kegagalan penyatuan di antara Umno dan Pas berlaku kerana masing-masing tidak mahu meninggalkan kepentingan peribadi dan kuasa yang diperoleh," katanya ketika menjawab soalan daripada peserta Forum Kedamaian dan Keselamatan 2013 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR), di sini. Beliau berkata pemimpin parti politik lebih tertumpu dan berlumba untuk mendapatkan kuasa di Putrajaya dan pemerintahan negara daripada melihat kesan ke atas perpaduan ummah. Sebelum itu, Nasharudin dalam ceramahnya bertema 'In Search of Human Security - Islamic Diplomacy and the Way Forward' berkata Nabi Muhammad S.A.W. mampu menyatupadukan masyarakat daripada pelbagai puak di bawah kepimpinan dan sikap diplomasi beliau yang indah. "Mereka (terdiri daripada pelbagai kabilah) diikat dalam satu perjanjian yang menjadi Perlembagaan Islam bertulis yang pertama. "Ini benar-benar menunjukkan bahawa masyarakat yang disatupadukan oleh baginda pada masa itu yang terdiri daripada pelbagai kaum, kesemuanya bersetuju untuk berada di bawah pemerintahan baginda berdasarkan kepada undang-undang syariah Islam," katanya. Forum sehari itu dianjurkan dengan kerjasama Institut Antarabangsa Pengajian Islam Lanjutan (IAIS) dan Cordoba Foundation, United Kingdom, Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF), dan Institut Diplomatik Qatar. Forum itu bertujuan bagi memberi pemahaman yang lebih baik di kalangan masyarakat global berhubung perspektif Islam mengenai keamanan dan kesederhanaan bagi menyelesaikan konflik. Ia juga menekankan pendekatan diplomatik termasuk melalui cara rundingan kekal sebagai cara penting bagi mendapatkan penyelesaian aman selain membina perdamaian dan keamanan. - Bernama |
Saiful Bukhari Kahwin Personaliti TV3 25 Mei Posted: 16 May 2013 05:14 AM PDT Saiful Bukhari Azlan hari ini mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang bersama gadis pilihan yang juga merupakan seorang personaliti televisyen Nik Suryani Megat Deraman. "Ya, berita itu benar," katanya. Majlis perkahwinan bakal dilangsungkan di Kuala Terengganu pada 25 Mei ini di sebelah perempuan. Manakala majlis resepsi di sebelah pihak lelaki akan dibuat pada 2 Jun ini di Kuala Lumpur. Ketika ditanya mengenai usia perkenalan pasangan ini, Nik Suriani berkata, kedua-duanya sudah saling mengenali sejak dua tahun lalu. "Kami bertunang pada 20 Oktober lalu," jawabnya ringkas. |
You are subscribed to email updates from POLITIK HARIAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |