Politik Harian |
- Senarai Menteri Kabinet Baharu Penggal 2013-2018
- Khairy Menteri Belia dan Sukan Tahniah @Khairykj
- Pengumuman Kabinet Secara Langsung di TV1 5 Petang Ini
- PM Umum Barisan Kabinet Jam 4 Petang
- PM Umum Kabinet Kecil?
- Najib Lawan Badminton Versus Anwar Sape Menang?
- MSO : PAS Kelantan Perlu Baca Isyarat 13 Kerusi DUN Merosot
- Senarai Terkini Menteri Kabinet Baru 2013
- Hentikan Polimik Politik Pasca PRU
Senarai Menteri Kabinet Baharu Penggal 2013-2018 Posted: 15 May 2013 02:55 AM PDT BERIKUT adalah senarai menteri bagi Kabinet baharu penggal 2013-2018 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak: Perdana Menteri & Menteri Kewangan I Datuk Seri Najib Tun Razak Timb. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin JABATAN PERDANA MENTERI: MENTERI: (1) YB DATO' SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO) (2) YB DATO' SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013) (3) YB SENATOR DATO' SRI IDRIS JALA (SENATOR) (4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP (PBRS) (5) YB DATO' SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO) (6) YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI (PBB) (7) YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS) (8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR) TIMBALAN MENTERI: (1) YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO) (3) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR) MENTERI KEWANGAN: (1) MENTERI KEWANGAN I: YAB DATO' SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO) (2) MENTERI KEWANGAN II: YB DATO' SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO) TIMBALAN MENTERI: (3) YB DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO) MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI: (1) MENTERI I: YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO) (2) MENTERI II: YB DATO' SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO) TIMBALAN MENTERI: (3) TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS) (4) TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC) MENTERI PERTAHANAN: (1) MENTERI : YB DATO' SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO) MENTERI PENGANGKUTAN: (1) MENTERI : YB DATO' SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO) MENTERI DALAM NEGERI: (1) MENTERI : YB DATO' SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB) MENTERI KERJA RAYA: (1) MENTERI : YB DATO' FADILLLAH YUSOF (PBB) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO) MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI: (1) MENTERI : YB DATO' SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB. HAMIM BIN SAMURI (UMNO) MENTERI LUAR NEGERI: (1) MENTERI : YB DATO' SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN (UMNO) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO) MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN: (1) MENTERI : YB DATO' HASAN BIN MALEK (UMNO) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO) MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA: (1) MENTERI : YB DATO' SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' JAILANI BIN JOHARI (UMNO) MENTERI SUMBER MANUSIA: (1) MENTERI : YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO) MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH: (1) MENTERI : YB DATO' SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL (UMNO) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB) MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN: (1) MENTERI : YB DATO' HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO) MENTERI BELIA DAN SUKAN: (1) MENTERI : YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC) MENTERI KESIHATAN: (1) MENTERI : YB DATO' SERI SUBRAMANIAM (MIC) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' SERI HILMI BIN YAHAYA (UMNO) MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN: (1) MENTERI : YB DATO' SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR) MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI: (1) MENTERI : YB DATO' SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' NORIAH BINTI KASNON (UMNO) MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR: (1) MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' SRI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO) MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI: (1) MENTERI : YB DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO) MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN: (1) MENTERI : YB DATO' SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS) MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI: (1) MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN (UPKO) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO) MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR: (1) MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB) MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT: (1) MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO) RINGKASAN: PERDANA MENTERI: 1 JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI: 1 JAWATAN MENTERI: 30 JAWATAN (TERMASUK TIMBALAN PERDANA MENTERI) TIMBALAN MENTERI: 27 JAWATAN JUMLAH 57 JAWATAN JUMLAH KEMENTERIAN 24 JUMLAH SENATOR SEDIA ADA 1 ORANG JUMLAH SENATOR AKAN DILANTIK 5 ORANG (2 MENTERI DAN 3 TIMBALAN MENTERI) JUMLAH BACKBENCHERS 82 ORANG |
Khairy Menteri Belia dan Sukan Tahniah @Khairykj Posted: 15 May 2013 02:35 AM PDT |
Pengumuman Kabinet Secara Langsung di TV1 5 Petang Ini Posted: 14 May 2013 11:53 PM PDT Kereta rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak keluar dari perkarangan Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong di Kuala Lumpur pada Rabu. Datuk Seri Najib Tun Razak menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara di sini tengah hari Rabu untuk mendapatkan perkenan Seri Paduka bagi barisan kabinet baharunya. Perdana menteri tiba pada pukul 11.55 pagi menaiki kereta Proton Perdana berwarna hitam dan terus menghadap Seri Paduka bagi mempersembahkan senarai itu. Kira-kira 30 minit kemudian kereta yang membawa Najib dilihat keluar dari perkarangan Istana. Seramai 20 orang wakil media sedia menunggu di luar pintu pagar Istana. Pengumuman barisan Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan disiarkan secara langsung menerusi TV1 RTM pada pukul 5 petang ini. Pengumuman tersebut akan dibuat dalam satu sidang akhbar khas di Bangunan Perdana Putra. Majlis angkat sumpah memegang jawatan dan menyimpan rahsia oleh menteri dan timbalan menteri akan diadakan pada 9.30 pagi esok di Istana Negara. Pembentukan barisan kabinet baharu itu ialah lanjutan daripada pelantikan Najib sebagai perdana menteri pada 6 Mei lepas. Sebelum Dewan Rakyat dibubarkan pada 3 April lepas, Kabinet merangkumi 25 kementerian dan diterajui 28 menteri. |
PM Umum Barisan Kabinet Jam 4 Petang Posted: 14 May 2013 09:13 PM PDT Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Negara, pada 12 tengah hari tadi bagi mendapat perkenan terhadap cadangan pelantikan barisan kabinet baru. Baginda sudah memperkenan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai menteri dan timbalan menteri diadakan di Istana Negara, 9.30 pagi Khamis. Demikian menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri Selasa Sementara itu mengikut jadual acara Perdana Menteri pada hari Rabu yang diedar untuk liputan media beliau akan membuat pengumuman barisan kabinet di pejabatnya di Jabatan Perdana Menteri pada jam 4 petang. |
Posted: 14 May 2013 07:22 PM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan senarai barisan Kabinet yang lebih kecil selepas membuat pelarasan dalam pentadbirannya bagi mencerminkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu. Walaupun pegawai-pegawai dan Perdana Menteri sendiri membisu mengenai saiz Kabinet, wujud spekulasi yang mengatakan Najib akan mengurangkan jumlah 24 kementerian sedia ada. Saiz Kabinet Persekutuan meningkat daripada 23 kementerian dengan 29 menteri pada 1999 kepada 27 kementerian dengan 33 menteri pada 2004. Namun pada 2008, saiz Kabinet menyusut sedikit kepada 26 kementerian dan 31 menteri. Apabila mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 2009, Najib membuat pengurangan dalam pentadbirannya apabila melantik 29 menteri dan memotong bilangan kementerian kepada 24. Difahamkan dalam usaha mencari 'saiz yang betul', sumber dalaman Barisan Nasional (BN) berkata Najib perlu memastikan perwakilan daripada setiap parti komponen utama BN dan daripada negeri-negeri tertentu disenaraikan dalam Kabinetnya. Pada PRU-13 yang lalu prestasi BN dilihat begitu baik di Kedah, Sabah dan Sarawak. Justeru beberapa pemerhati menjangkakan Najib akan memberi ganjaran kepada negeri-negeri terbabit termasuk mengangkat lebih ramai pemimpin utama mereka. Selain itu sumber Umno berkata dengan kegagalan BN merampas Kelantan, timbul persoalan sama ada tokoh-tokoh Umno negeri itu akan turut dilantik menganggotai Kabinet ataupun tidak. Pada masa ini terdapat 11 kekosongan untuk diisi dalam Kabinet baru Najib. Enam anggotanya sebelum ini tidak bertanding pada PRU lalu, seorang beralih kerusi bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala empat yang lain kalah. Pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam (CPPS), Tan Sri Ramon Navaratnam berkata kedudukan semasa dengan 29 menteri dan 24 kementerian adalah terlalu besar dan perlu dikurangkan. "Kita memerlukan Kabinet yang lebih kecil dan padat bagi memastikan sistem pentadbiran yang berkesan dapat diwujudkan," katanya. Berbanding dengan negara-negara lain, bilangan kementerian di Malaysia adalah sama dengan Britain, yang mempunyai 24 jabatan menteri yang diketuai oleh seorang menteri kerajaan. Beberapa negara-negara serantau mempunyai jumlah kementerian yang kecil seperti Thailand yang mempunyai 19 kementerian manakala Singapura (15). Sebelum ini Najib berjanji bahawa beliau akan membentuk sebuah kementerian baru bagi menjaga golongan miskin di bandar kerana 60 peratus daripada penduduk negara ini tinggal di kawasan bandar. Terdapat spekulasi bahawa Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi akan digabungkan semula menjadi satu kementerian manakala Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga akan digabungkan. Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga berkemungkinan akan disusun semula. Adalah dipercayai bahawa portfolio komunikasi mungkin akan dipindahkan ke Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi manakala portfolio penerangan boleh dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri.-Mstar |
Najib Lawan Badminton Versus Anwar Sape Menang? Posted: 14 May 2013 10:00 AM PDT Najib lawan badminton dengan Anwar. Najib di isytihar menang dengan keputusan 21-19, 16-21, 21-19. Anwar protes, dia kata dia yang menang sebab dia dapat 59 mata (19+21+19) sedangkan najib cuma dapat 58 mata (21+16+21) Anwar pun pusing seluruh negara buat kenyataan bahawa dia yang menang. Kalau orang ramai tahu peraturan, agak-agak orang ramai akan terima dan percaya ke? Fikir-fikirkanlah...... |
MSO : PAS Kelantan Perlu Baca Isyarat 13 Kerusi DUN Merosot Posted: 14 May 2013 08:54 AM PDT Penulis politik pro-reformasi, Mohd Sayuti Omar (MSO) menasihati Pas Kelantan agar membaca isyarat pengundi tentang kemerosotan undi yang diperolehi parti itu di 13 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). 13 Kerusi DUN yang dimaksudkan itu adalah Kelaburan, Tendong, Chetok, Gual Periok, Tawang, Jelawat, Bukit Panau, Kemahang, Limbongan, Gaal, Pulai Chondong, Temangan dan Mengkebang. Perbandingan itu dibuat berdasarkan jumlah majoriti undi Pas pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) dengan jumlah undi pada Pilihanraya Umum ke-12 (PRU 12). Di DUN Kelaburan, Mohamad Zaki Ibrahim merosot sebanyak 103 undi; DUN Tendong, Rozi Mohamad merosot 679 undi; DUN Chetok, Abdul Halim Abdul Rahman merosot 685 undi; DUN Gual Periok, Mohamad Awang merosot 118 undi; DUN Tawang, Hassan Mohamood merosot 166 undi; DUN Jelawat, Abdul Azziz Kadir merosot 920 undi; DUN Bukit Panau, Abdul Fattah Mahmood merosot 443 undi; DUN Kemahang, Md Anizam Ab Rahman merosot 496 undi; DUN Limbongan, Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah merosot 591 undi; DUN Gaal, Tuan Mazlan Tuan Mat merosot 21 undi; DUN Pulau Chondong, Zulkifli Mamat merosot 616 undi; DUN Temangan, Mohamed Fadzli Hassan merosot 154 undi dan DUN Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman merosot 831 undi. Kemenangan calon-calon Pas menewaskan calon-calon BN di ketiga belas kerusi DUN itu dengan majoriti antara 102 hingga 3,700 undi. DUN Jelawat Pas menang tipis apabila Abdul Azziz Kadir (Pas) menewaskan Datuk Ilias Husain (BN) dengan majoriti 102 undi dan di DUN Gaal, Tuan Mazlan Tuan Mat (Pas) menewaskan Redzuan Stapha (BN) dengan majoriti 302 undi. "Begitu juga sedikit agak menghairankan kawasan yang diwakili Exco juga mengalami kesusutan di mana jika hendak dikira kemudahan dan fasalitis yang mereka milik tidak seharusnya berlaku demikian. "Kawasan Kemahang yang diwakili Md Anizam Abdul Rahman (Exco) susut sebanyak 496 undi, manakala kawasan Temangan diwakil Dr Mohd Fadzli Hassan (Exco) susut sebanyak 142 undi. "Kita boleh faham kenapa Anizam mengalami kesusutan majoriti sebab dia orang lama tetapi bagaimana pula dengan Dr Mohd Fadzli? Seorang lagi Exco Abdul Fatah Mahmod di Bukit Panau juga mengalami kesusutan sebanyak 443 undi,"kata MSO dalam artikel terbaru bertajuk "13 Kerusi PAS di Kelantan Merosot." BN selain berjaya mengekalkan kemenangan di tujuh DUN, Pengkalan Kubor, Galas, Kuala Balah, Nenggiri, Bukit Bunga, Kok Lanas, dan Paloh, parti itu juga berjaya merampas lima kerusi milik Pas di Gual Ipoh, Selising, Semerak, Air Lanas dan Dabong. "Menyimpulkan dari segi prestasi dan lonjakan ternyata UBN berjaya berbanding dengan PAS. Sekiranya diandaikan 13 kerusi yang mengalami kemerosotan itu dimenangi UBN dan dicampur dengan 12 kerusi yang diperolehi 5 Mei lalu ini bermakna UBN sudah pun menguasai Kelantan dengan mendapat 25 kerusi. "Mustapa Mohamed sebagai komander UBN boleh berbangga dengan pencapaian itu walau pretasi melonjak UBN itu mengagalkan dia mengangkat sumpah sebagai MB Kelantan,"kata MSO. Kebimbangan MSO berasaskan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah bersara daripada memegang jawatan Menteri Besar (MB) dan bakal bersara menjadi Pesuruhjaya Pas Kelantan. "Hari ini Ahmad Yaacob sebagai Menteri Besar. Maka eloklah beliau dinobatkan sebagai pengganti atau menjadi Tokguru. "Panggilan atau gelaran Ustaz hendaklah dilebatkan. Menjadi personaliti yang mengambil alih tempat Tokguru. "Ahmad Yaacob hari ini diibarat permata yang baru diikat, maka wajarlah kalau ramai-ramai berpakat menggosok batu ini agar bersinar kalau pun tidak sampai keluar jin hikmat,"katanya lagi. Faktor PKR, UMNO Kelantan Meningkat -AIDC |
Senarai Terkini Menteri Kabinet Baru 2013 Posted: 14 May 2013 07:27 AM PDT Terlebih dahulu aku nak ucapkan TAHNIAH kepada KJ kerana tersenarai dalam kabinet baru Datuk Seri Najib Razak 2013.... Berkat kesabaran dan istiqamah seorang Ketua Pemuda UMNO Malaysia, akhirnya membuka peluang beliau dalam barisan kabinet baru 2013! Alhamdullilah! Perdana Menteri (Menteri Kewangan) Datuk Seri Najib Tun Razak Timb. Perdana Menteri (Menteri Pertahanan) Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz Datuk Seri Idris Jala Datuk Ahmad Maslan Menteri Kewangan Datuk Seri Mustapa Mohamed Menteri Pelajaran Datuk Seri Idris Jusoh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman Menteri Kerja Raya Datuk Seri G Palanivel Menteri Kesihatan Datuk Wee Ka Siong Menteri Belia Dan Sukan Dato Ahmad Shabery Cheek Menteri Sumber Manusia Datuk Seri S Subramaniam Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Noh Omar Menteri Perdagangan Dan Industri Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Seri Shafie Afdal Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi Datuk Fadillah Yusof Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar Datuk Douglas Unggah Embas Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Mahazir Khalid Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi Datuk Joseph Salang Gandum Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Chuan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Datuk Noriah Kasnon Menteri Penerangan Dan Komunikasi Khairy Jamaluddin Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Johari Abdul Ghani Apa-apa pun kita tunggu pengumuman dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak esok jam 10:00 am... |
Hentikan Polimik Politik Pasca PRU Posted: 14 May 2013 06:22 AM PDT Semua pihak perlu menghentikan polimik politik pasca pilihan raya umum yang dilihat boleh menggagalkan usaha ke arah pembangunan negara, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan. Katanya, rakyat telah pun membuat pilihan dan memberi mandat kepada calon atau parti pilihan mereka sama ada di peringkat negeri atau persekutuan dan seharusnya tidak timbul lagi soal ketidakpuasan hati oleh mana-mana pihak. "Kita mesti akur keputusan rakyat, menang atau kalah itu adat dalam pertandingan dan jangan pula kita tidak dapat mengakui hakikat bahawa kita kalah dan masih mempersoalkan (keputusan rakyat). "Sepatutnya sekarang ini rakyat sudah bagi mandat dan kita tubuhkan kerajaan dan kita lupakan soal pilihan raya ini. Cukuplah sudah kita berpolitik satu tahun, dua tahun sehingga tidak boleh buat perkara lain," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Pameran Pendidikan sempena sambutan Hari Guru di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi, di sini Selasa. Beliau diminta mengulas mengenai ketidakpuasan hati pihak pembangkang terhadap keputusan PRU13, 5 Mei lalu. Katanya, sikap pembangkang yang tidak mahu mengakui kekalahan mereka dan mengajak rakyat turut serta sebenarnya membawa negara terus terperangkap dalam polimik berterusan yang tidak membawa apa-apa kebaikan kepada negara. Sebaliknya, Mohamad berkata apa yang harus ditumpukan ketika ini adalah mencari jalan meningkatkan ekonomi negara dan menarik kedatangan pelabur bagi mendepani krisis ekonomi dunia yang tidak menentu. – BERNAMA |
You are subscribed to email updates from POLITIK HARIAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |