Ohpolitik!™ |
- Senarai Menteri Kabinet Baru 2013
- Kejayaan TERBESAR Pakatan Rakyat dalam #PRU13 : 37 Wakil Orang Melayu ke Parlimen JER?
- CILAKA!! RED BEAN ARMY SINDIR KEPUTUSAN SULTAN JOHOR!
Senarai Menteri Kabinet Baru 2013 Posted: 14 May 2013 06:43 PM PDT Senarai Menteri Kabinet Baru 2013Perdana Menteri (Menteri Kewangan) Datuk Seri Najib Tun Razak Timb. Perdana Menteri (Menteri Pertahanan) Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz Datuk Seri Idris Jala Datuk Ahmad Maslan Menteri Kewangan Datuk Seri Mustapa Mohamed Menteri Pelajaran Datuk Seri Idris Jusoh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman Menteri Kerja Raya Datuk Seri G Palanivel Menteri Kesihatan Datuk Wee Ka Siong Menteri Belia Dan Sukan Dato Ahmad Shabery Cheek Menteri Sumber Manusia Datuk Seri S Subramaniam Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Noh Omar Menteri Perdagangan Dan Industri Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Seri Shafie Afdal Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi Datuk Fadillah Yusof Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar Datuk Douglas Unggah Embas Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Mahazir Khalid Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi Datuk Joseph Salang Gandum Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Chuan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Datuk Noriah Kasnon Menteri Penerangan Dan Komunikasi Khairy Jamaluddin Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Johari Abdul Ghani |
Kejayaan TERBESAR Pakatan Rakyat dalam #PRU13 : 37 Wakil Orang Melayu ke Parlimen JER? Posted: 14 May 2013 04:51 PM PDT Selepas selesai proses penamaan calon sempena PRU-13 pada 20 April 2013 yang lalu, jentera propaganda pakatan pembangkang sibuk mendabik dada mendakwa PR paling layak disokong oleh orang Melayu Islam kerana sebahagian besar calonnya adalah keturunan Melayu dan beragama Islam. Mereka mengusung angka 139 mewakili calon Melayu Islam dalam PR di peringkat Parlimen berbanding hanya 132 orang sahaja calon BN dari keturunan Melayu Islam bagi menunjukkan suara orang Melayu Islam lebih dihargai dalam PR berbanding BN. Di lihat dari angka 132 orang calon Melayu Islam dari BN itu memang kecil berbanding 139 calon Melayu Islam dalam PR. Tapi angka 139 itu tidak mencerminkan mencerminkan kesungguhan sebenar PR dalam menjaga kuasa politik dan hak orang Melayu dan Bumiputera Islam, itu hakikatnya. Angka 139 itu hanya betul dari segi kuantiti yang terbukti tidak berkualiti apabila realiti semasa menunjukkan selepas hari pengundian 5 Mei 2013 akhirnya hanya tinggal 37 orang sahaja wakil Melayu Islam dalam PR yang memenangi kawasan Parlimen yang ditandingi dalam PRU-13. Dari 37 orang itu pula terbahagi kepada tiga yakni 21 di pihak PAS dan 14 mewakili PKR yang mana sebahagian dari mereka ini adalah Melayu Liberal. Sementara dua orang lagi wakil Melayu Islam datangnya dari DAP termasuklah seorang daripadanya adalah Cina mengaku Melayu iaitu Zairil Khir Johari atau nama betulnya Christopher Ross Lim. Persoalannya, adakah dengan wujudnya 37 suara Melayu Islam dalam PR itu besar maknanya dalam menentukan hala tuju PR? Tentu sekali tidak, kerana di kira dari sudut mana sekali pun ia tetap minoriti berbanding baki 52 orang wakil PR berbangsa Cina dan India. Majoriti besar orang Melayu Islam dan kaum Bumiputera yang lain tidak mungkin menyokong PR selagi mana DAP mendominasi hala tuju pakatan itu apatah lagi dengan dasar liberal PR dalam hal agama Islam. Di tambah pula dengan PR itu sendiri bergerak atas kerjasama rapuh yang berubah-ubah pendiriannya, mana mungkin sanggup orang Islam memberikan sokongan. Ketika Melayu Islam lebih ramai dalam PR sebelum PRU-13 dulu pun, para pemimpin PR gagal mempertahankan hak Melayu Islam dari sudut agama dan akidah misalnya, apa lagi yang nak diharapkan dari suara kecil minoriti yang berjumlah cuma 37 orang itu? Agaknya makin galak mereka berjuang untuk kepuasan si abang besar DAP. Berbanding BN yang mana lebih 100 wakilnya di Parlimen adalah kaum Melayu dan Bumiputera Islam, jelas sekali menunjukkan BN lebih mendapat tempat di hati pengundi beragama Islam kerana wujudnya polisi yang lebih meyakinkan mereka berbanding retorik dan propaganda murahan dari PR yang hakikat praktikalnya ditentukan oleh kaum Chauvinis Cina dari DAP. PRU-13 yang lalu menonjolkan pendirian jelas orang Melayu Islam yang cenderung bersama BN kerana terbukti sama ada ketika susah atau senang, hak majoriti rakyat Malaysia yakni yang terdiri dari kalangan Melayu Islam dan Bumiputera lain tetap terjamin sementara hak kaum lain juga tidak tergugat selagi mana mereka menghormati penduduk majoriti negara ini. sumber : syburi-times |
CILAKA!! RED BEAN ARMY SINDIR KEPUTUSAN SULTAN JOHOR! Posted: 14 May 2013 04:26 PM PDT Rakan blogger 1SYA mendedahkan cyber trooper DAP telah mula menyindir keputusan Sultan Johor berikutan perlantikan wakil rakyat MCA di dalam exco kerajaan negeri Johor semalam. Tidak ramai kaum Melayu yang sedar hal ini kerana rata-rata trooper mereka menggunakan bahasa Cina untuk mempengaruhi remaja Cina bagi membenci keputusan kerajaan. Berikut adalah pendedahan beliau (1SYA.COM) : 1. Sultan Johor juga mengingatkan kesemua wakil rakyat supaya memahami isi kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 dan mematuhi peraturan serta tatacara Dewan Undangan Negeri Johor.Kerajaan Negeri Johor, menurut baginda, telah ditubuhkan lebih awal daripada kerajaan Malaysia di mana telah berpegang lama kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. Setakat ini sudah beberapa Facebook Pages yang menghina keputusan Baginda Sultan Johor sudah telah dikesan. 2. Oleh itu , keputusan untuk melantik Datuk Tee Siew Keong adalah atas jemputan Baginda Sultan Johor sendiri dan sekirannya penyokong – penyokong dan troopers DAP mahu membangkitkan serta mempertikaikan isu ini maka hal ini adalah satu penghinaan kepada perintah baginda Sultan Johor. 3. MCA masih berpegang teguh kepada janji dan prinsip parti mereka untuk tidak berada dalam kabinet kerajaan namun dalam isu kerajaan negeri Johor adalah diluar kawalan MCA kerana MCA lebih mengutamakan penghormatan kepada Instutisi Beraja dan Kedaulatan mereka untuk tidak menetangnya pelawaannya. 4. Diharapkan supaya penyokong dan Siber Troopers DAP tidak melampaui batas mereka demi kepentingan politik sehingga keputusan Baginda Sultan Johor juga hendak mereka politikkan. 5. Sekirannya gambar dan berita politik ini tidak dipadamkan maka diharapkan ada pihak yang mampu untuk melaporkan kepada pihak Surunhanjaya Komunikasi Malaysia untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Page 1 – Klik sini(https://www.facebook.com/photo.php?fbid=617980794897871&set=o.132309263482799&type=3&theater)( https://www.facebook.com/supportprdap ) Page 2 - Klik sini (https://www.facebook.com/PeopleAreTheBoss) (https://www.facebook.com/Bolehland) creadit : merboktimes |
You are subscribed to email updates from Ohpolitik!™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |