Belantan |
- Demonstrasi jalanan Sabtu ini - Wajarkah 'batu api' ini dibiarkan terus menghasut?
- Terkini..!!! Adakah ini senarai kabinet baru Malaysia 2013 yang akan diumumkan esok?
- Khalid Ibrahim lafaz 10 Aku janji MB Selangor!
- Anwar perlu terima takdir - Harussani!
Demonstrasi jalanan Sabtu ini - Wajarkah 'batu api' ini dibiarkan terus menghasut? Posted: 14 May 2013 09:40 PM PDT Sudah terang lagi bersuloh! Kalau dibiarkan, nescaya keadaan akan menjadi huru-hara dan jika gagal dikawal buruk padahnya. Niat pembangkang untuk mencetuskan huru-hara bagi menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipilih secara sah oleh rakyat pada 5 Mei lalu semakin jelas selepas bercadang melakukan demonstrasi jalanan Sabtu ini. Malah, mereka secara terbuka mengakui satu-satunya cara menggulingkan kerajaan BN yang diterajui UMNO ialah melalui rusuhan jalanan kerana mustahil pakatan pembangkang dapat merampas Putrajaya melalui peti undi. Aktivis jalanan propembangkang, Hishamuddin Rais ketika menghasut orang ramai berbuat demikian berkata, pembangkang menolak keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan adalah satu kebodohan jika penyokong pembangkang berdiam diri tanpa turun ke jalan raya bagi menggulingkan BN. Tidak cukup dengan itu, walaupun pembangkang khususnya DAP menang besar dalam pilihan raya umum lalu, Hishamuddin berterusan menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai konco UMNO dan BN sambil membangkit sentimen kebencian terhadap kerajaan. "Saya telah kata bertahun-tahun. Mustahil BN dapat dijatuhkan melalui pilihan raya. Kamu tidak mahu melakukan sesuatu kerana berasa kali ini berbeza tapi sistem itu telah dibuat untuk memastikan BN menang. Adakah kamu semua terlalu bodoh untuk tidak menerima hakikat itu. "Kita mesti keluar ke jalan raya. Apa yang disukai Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Mahathir (Tun Dr. Mahathir Mohamad) adalah jalan yang salah. Jalan raya adalah jalan betul, bumi ini milik anak- anak muda. Susunlah satu gerakan besar-besaran untuk kita turun ke jalan raya," katanya semasa berucap dalam Perhimpunan 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, di sini malam semalam. Dalam perhimpunan anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu, majoriti yang memberi sokongan adalah masyarakat Cina sama sebagaimana dua perhimpunan terdahulu di Kelana Jaya dekat sini dan di Batu Kawan, Pulau Pinang. Dalam pada itu, seruan supaya rakyat bangkit melakukan rusuhan jalanan pada 18 Mei ini juga dilaungkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), R. Sivarasa kononnya jika UMNO dan BN berjaya ditumbangkan melalui demonstrasi tersebut, pembangkang akan mengubah sistem sedia ada. "Adakah kita sanggup turun ke jalan raya? Kita sudah tiada jalan lain. Kita akan buat macam perhimpunan Bersih sebelum ini. Kita tunjukkan bagaimana kuasa rakyat kepada UMNO dan BN. Kita lawan tetap lawan," katanya. Suara Politik Belantan |
Terkini..!!! Adakah ini senarai kabinet baru Malaysia 2013 yang akan diumumkan esok? Posted: 14 May 2013 11:10 AM PDT Berikut adalah dari sumber-sumber yang tidak rasmi senarai barisan Menteri Kabinet Najib yang baru 2013! Nampaknya banyak kejutan didalam senarai baru barisan kabinet ini. Untuk yang rasmi, terpaksa tunggu sehingga hari esok selepas Dato' Seri Najib mendapat perkenan YDP Agong di Istana Negara. Perdana Menteri (Menteri Kewangan) Datuk Seri Najib Tun Razak Timb. Perdana Menteri (Menteri Pertahanan) Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz Datuk Seri Idris Jala Datuk Ahmad Maslan Menteri Kewangan Datuk Seri Mustapa Mohamed Menteri Pelajaran Datuk Seri Idris Jusoh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman Menteri Kerja Raya Datuk Seri G Palanivel Menteri Kesihatan Datuk Wee Ka Siong Menteri Belia Dan Sukan Dato Ahmad Shabery Cheek Menteri Sumber Manusia Datuk Seri S Subramaniam Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Noh Omar Menteri Perdagangan Dan Industri Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Seri Shafie Afdal Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi Datuk Fadillah Yusof Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar Datuk Douglas Unggah Embas Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Mahazir Khalid Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi Datuk Joseph Salang Gandum Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Chuan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Datuk Noriah Kasnon Menteri Penerangan Dan Komunikasi Khairy Jamaluddin Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Johari Abdul Ghani Adakah Menteri Dalam Negeri , Datuk Seri Hishamuddin bakal dikekalkan di kementerian yang sama? Sama-sama lah kita tunggu dan lihat esok! Tungguuu...? Suara Politik Belantan |
Khalid Ibrahim lafaz 10 Aku janji MB Selangor! Posted: 14 May 2013 08:29 AM PDT Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, di sini pagi ini. Pada istiadat itu, Abdul Khalid sambil memegang sebatang tombak yang matanya berbalut kain kuning, turut melafazkan 10 Aku janji Jawatan Menteri Besar untuk dilaksanakan sepanjang tempoh perkhidmatannya. Aku janji itu termasuk akan menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara, memelihara dan melindungi kesucian serta keagungan agama Islam sebagai agama negeri, mematuhi kedaulatan institusi Raja dan mempertahankannya daripada digugat oleh mana-mana pihak serta melaksanakan tugas beliau dengan integriti yang tinggi, penuh rasa tanggungjawab, amanah, jujur dan ikhlas. Menteri besar juga berjanji untuk memelihara keistimewaan orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, mendahulukan rakyat selagi ia tidak menjejaskan kepentingan kestabilan, kemakmuran dan keselamatan negeri; memelihara hubungan baik kerajaan persekutuan dan negeri-negeri lain dalam Persekutuan serta memastikan perpaduan antara kaum dengan menitikberatkan semangat muhibah dan kerjasama antara kaum. Khalid nampaknya tidak boleh lagi berdolak-dalik melengahkan pembinaan Empangan Langat 2. Malah dalam kenyataan media pertama Khalid selepas dilantik semula sebagai MB Selangor untuk kali kedua, beliau menyatakan akan menghubungi Perdana Menteri DS Najib bagi berbincang menyelesaikan isu air di Selangor. Istiadat angkat sumpah itu, yang disaksikan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, berlangsung di Balairong Seri Istana itu pada pukul 10 pagi Turut hadir isteri Abdul Khalid, Puan Sri Salbiah Tunut, dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Khusrin Munawi. Abdul Khalid mengangkat sumpah pertama kali sebagai Menteri Besar pada 13 Mac 2008, empat hari selepas PRU12 2008. Beliau merupakan orang pertama dalam kalangan pemimpin pembangkang yang dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Kesemua 13 MB Selangor sebelum ini ialah daripada Umno, parti komponen utama Barisan Nasional (BN). Pada PRU13, gabungan parti PAS, PKR dan DAP (PR) memenangi 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. PKR memenangi 14 kerusi berbanding DAP dan PAS yang masing-masing memperoleh 15 kerusi. Barisan Nasional (BN) pula memenangi 12 kerusi. Sementara itu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini memberikan tiga sebab mengapa baginda berkenan melantik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lepas. Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan berkata baginda berkenan melantik Abdul Khalid sebagai Menteri Besar sebab ketua-ketua parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Pas, DAP dan PKR mengemukakan hanya satu nama iaitu Abdul Khalid sebagai calon menteri besar. "Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga memenuhi semua syarat yang diperlukan bagi jawatan Menteri Besar Selangor seperti mana diperuntukkan di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri Selangor 1959," katanya. Mohamad Munir berkata satu lagi sebab ialah Sultan Selangor berpendapat Abdul Khalid pernah menjadi menteri besar sebelum ini dan pengalamannya boleh membantu melicinkan pentadbiran kerajaan negeri. Beliau menjelaskan bahawa kelewatan melantik menteri besar ialah kerana Sultan Selangor menunggu calon-calon menteri besar dikemukakan oleh ketiga-tiga parti itu. "Di samping itu, Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pernah menyatakan sebelum pilihan raya bahawa calon menteri besar tidak semestinya Abdul Khalid apabila PR memenangi Pilihan Raya Umum ke-13. "Justeru itu, Sultan Selangor menunggu parti-parti komponen PR mengemukakan calon menteri besar dan akhirnya berpuas hati bahawa hanya seorang calon yang dikemukakan," katanya.- Bernama Suara Politik Belantan |
Anwar perlu terima takdir - Harussani! Posted: 14 May 2013 01:56 AM PDT Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai ketentuan takdir. Menurut beliau, tindakan Anwar mengetuai siri bantahan dan perhimpunan seperti yang dilakukannya sekarang hanya akan menjadikan negara ini tidak aman, malahan mendorong perpecahan lebih besar dalam kalangan rakyat. Katanya, sebagai rakyat di sebuah negara mengamalkan sistem demokrasi, Anwar perlu menganggap kekalahan tersebut sebagai percaturan yang telah ditentukan Allah. ''Dia (Anwar) kata mahu demokrasi dan kalau begitu kena terimalah keputusan itu, kenapa nak bantah? Pada saya, sebenarnya bukan kerana soal demokrasi tapi dia (Anwar) buat (bantahan) kerana tak suka kerajaan, itu saja. ''Nasihat saya satu sahaja. Mereka kena terima benda ini sebagai takdir. Dah tak boleh menang, nak buat macam mana? Kalau diikutkan rasa tak puas hati begitu, sampai bila negara boleh aman, akhirnya jadi bergaduh nanti," katanya ketika dihubungi di sini semalam. Harussani mengulas tindakan Anwar menghasut rakyat mengadakan perhimpunan termasuk di Stadium Petaling Jaya di Kelana Jaya, Selangor Rabu lalu bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13. Menurut beliau, rakyat telah membuat pilihan dengan memilih kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara dan semua pihak termasuk pembangkang patut menghormatinya. Beliau berkata, tindakan Anwar itu hanya akan menyebabkan keamanan negara tergugat dan menjadi mangsa ialah rakyat yang tidak bersalah. ''Ini sebenarnya bukan politik sahaja tapi taksub perkauman. Bila kehendak sendiri tak tercapai yang jadi mangsa rakyat. Mereka ikut sertai dia (Anwar) membantah supaya dapat jajah kita, hapuskan Perlembagaan tapi rancangan mereka tak jadi begitu, ini yang mereka marah. ''Mereka undi Melayu langsung tidak, kita pula tolong mereka kalahkan Melayu. Tetapi tetap kalah dan bila begitu, (masih) kata (pilihan raya) tak betul," katanya. Beliau turut melontarkan pertanyaan tentang kehendak sebenar pembangkang. ''Saya juga tak faham apa mereka (pembangkang) ini nak sebenarnya apabila pada masa sama Dewan Ulama Pas pula buat keputusan meminta semua kepimpinan pembangkang menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13," katanya.-UMO Suara Politik Belantan |
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |