Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Panglima Perang Cyber

$
0
0

Panglima Perang Cyber


Nik Aziz Mahu kekal sebagai Mursyidul Am Bukti Tidak Ikut Islam !

Posted: 14 May 2013 08:24 PM PDT

Islam mahu seorang pemimpin yang berkemampuan fizikal dan mental untuk menerajui Kerajaan parti atau organisasi.

kegagalan memilih pemimpin yang sihat akan menjadikan kemusnahan di masa hadapan organisasi yang dipimpinnya.

kerana itu tindakan Nik Aziz mahu kekal dalam PAS sebagai Mursyidul Am akan membawa kerosakan kepada PAS walaupun otaknya masih berjalan.

Jangan sampai orang kata Nik Aziz gila jawatan.

Eloklah Datuk Dr Haron Din menjadi Mursyidul Am agar PAS lebih mudah membuat sebarang keputusan tanpa menunggu masa yang panjang.


Berita :

Bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia untuk terus memegang jawatan Mursyidul Am Pas walaupun tugas itu amat berat, dan dalam keadaannya yang uzur.

"Saya bersedia memegang jawatan itu jika saya diperlukan oleh parti. Tugas Mursyidul Am adalah suatu tugas yang amat berat yang terpaksa dipikul dan dilaksanakan mengikut cara Nabi Muhammad s.a.w mentadbir negara Islam," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Jasamu Dikenang di Pusat Pentadbiran kerajaan Negeri Kota Darulnaim di sini.

Majlis itu, bagi menghargai dan meraikan sumbangan Nik Aziz yang berkhidmat sebagai Menteri Besar Kelantan selama 23 tahun sejak 1990, turut dihadiri Menteri Besar Kelantan yang baharu Datuk Ahmad Yakob. Nik Aziz berkata, beliau tetap berazam akan terus melaksanakan misinya dalam memperjuangkan parti berlandaskan Islam walaupun bukan lagi menteri besar negeri itu.

Nik Aziz juga akan melepaskan jawatan sebagai Pesuruhjaya Pas Kelantan, jawatan yang disandang oleh menteri besar. Sementara itu, Ahmad ketika ditemui pemberita, berkata beliau akan meneruskan dasar pentadbiran kerajaan negeri sebagaimana di bawah Nik Aziz. Beliau berkata persidangan pertama Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan selepas pilihan raya umum ke-13 dijangka diadakan Jun ini.

http://www.utaranews.com/2013/05/nik-aziz-akan-kekal-sebagai-mursyidul.html?m=1


Sent from my iPhone
Mesej ini telah diimbas oleh IMSS V7.1

Suara Keadilan Dedah @Anwaribrahim Disokong Media Pro Zionis Yahudi Jatuhkan @NajibRazak

Posted: 14 May 2013 07:59 PM PDT



Anda boleh lihat akhbar dan portal Barat pro Zionis Yahudi yang menyokong Anwar dengan begitu hebat sekali.

Media Barat menang mahukan orang seperti Anwar yang setuju kalimah Allah kepada Kristian menjadi Perdana Menteri.

Mereka juga mahu orang yang menyokong IFC LGBT Murtad selain dikaitkan dengan perbuatan Meliwat Berzina menjadi pemimpin.

Jangan lupa Jerusalem Post akhbar Israel pernah angkat Anwar Ibrahim menjadi PM. Pelik bukan ?

Jika akhbar Zionis Israel sendiri sokong Anwar maka tidak peliklah agen mereka seluruh dunia melakukan perkara yang sama.

Yang peliknya mereka tidak malu pula menerima keputusan SPR di negeri yang mereka menang seperti di Selangor.

Lihat bukti mereka menerima keputusan PRU13 dengan melantik Khalid Ibrahim sebelah kanan sebagai MB Selangor.

Begitu juga di Pulau Pinang.

Kerana itu majoriti 95% datang adalah Cina seperti gambar di atas. Bukan mendapat sokongan Melayu termasuklah rakan Pakatan dari parti PAS.

Lihat gambar sekali lagi adakah benar hakikat ini.

Soalan saya tentang makhluk manusia nama Anwar ibrahim dan rakan-rakannya, adakah beliau waras dalam hal ini ?

Rakyat yang cerdik pasti nampak apa 'game' mereka cuba main.

Ini percubaan meruntuhkan Negara Islam Malaysia dan marilah kita susun
langkah lawan pengkhianat ini yang gigih menghasut rakyat untuk tumbangkan kerajaan di jalanan.

Buktinya lihat gambar ini



Halaman 9 akhbar Suara Keadilan dan tarikh juga sama.

Tolong sebarkan perkara ini demi melawan penipuan, pengkhianatan dan rusuhan yang cuba digerakkan.

Kepada Allah kita berserah untung nasib anak cucu kita.

Sent from my iPhoneTerima kasih Suara Keadilan 14 Mei 2013 halaman 7 yang telah mengesahkan perkara ini. Selama ini kita tidak mendapat bukti sebaik ini untuk dedahkan siapa Anwar.


Mesej ini telah diimbas oleh IMSS V7.1

Semalam @BarackObama Telefon @NajibRazak Ucap Tahniah - Isyarat Jelas Kepada @Anwaribrahim dan @Cmlimguaneng !!!

Posted: 14 May 2013 06:10 PM PDT


PM Terima Panggilan Mengejut Daripada Obama



Presiden Amerika Syarikat Barack Obama pada Selasa menelefon Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengucapkan tahniah kepada perdana menteri atas kejayaan beliau mendapat mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) untuk terus menerajui Malaysia. 

Dalam panggilan mengejut itu, Obama menyatakan beliau faham dan menerima proses dan keputusan PRU13 baru-baru ini di Malaysia. 

Dalam kenyataan dikeluarkan di sini, Selasa, Pejabat Perdana Menteri berkata, dalam perbualan itu, Presiden AS itu juga diberikan taklimat ringkas mengenai usaha kerajaan untuk memastikan proses pilihan raya yang bersih dan adil. 

Menurut kenyataan itu, di pihak beliau, Obama telah bersetuju untuk menyertai Sidang Kemuncak Keusahawanan Global selama dua hari di Kuala Lumpur, bermula 11 Okt. 

"Malaysia dan Amerika Syarikat akan terus memperkukuhkan hubungan dua hala menerusi kerjasama serantau dan antarabangsa," menurut kenyataan itu. 

Presiden AS itu juga menyentuh mengenai topik perdagangan dua hala dan pelbagai hala dan secara spesifik mengenai 'Trans Pacific Partnership', dan berharap inisiatif itu dapat dimuktamadkan lebih awal. 

Kedua-dua pemimpin juga membincangkan isu Pengawalan dan Pelucutan Senjata Nuklear. 

Najib berkata, beliau menghargai panggilan peribadi itu dan minat yang ditunjukkan oleh Obama ke atas Malaysia, dan hasrat beliau untuk menjalin hubungan lebih erat antara kedua-dua negara dan pentadbiran. 

- BERNAMA

Terkini : @PDRMsia Akan Dapat KP Baru 17 Mei 2013 Datuk Khalid Abu Bakar - Negara Akan Lebih Aman Harapnya !

Posted: 14 May 2013 03:27 AM PDT


Khalid Dilantik Ketua Polis Negara Yang Baharu, Mohd Bakri Sebagai Timbalan

PUTRAJAYA, 1 4 Mei – Tan Sri Khalid Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu berkuat kuasa Jumaat (17 Mei), menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.
Sementara itu Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>