Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

oyabun

$
0
0

oyabun


MB Selangor: Antara polemik dan dilema Pakatan Rakyat!

Posted: 12 May 2013 07:21 PM PDT


Polemik tentang siapa akhirnya yang akan mengisi kerusi Menteri Besar Selangor belum reda, malah semakin hangat dibahas oleh pimpinan Pakatan Rakyat terdiri PKR, Pas dan DAP kerana belum ada apa-apa yang muktamad mengenainya.

Keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) menyaksikan Pas dan DAP masing-masing memperoleh 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), PKR 14 kerusi, manakala Barisan Nasional 12 kerusi dan jika dilihat secara individu, tidak ada satupun parti politik memperolehi kerusi majoriti untuk memerintah.

Dengan ketiadaan majoriti itu, Pas, PKR dan DAP perlu membentuk sebuah kerajaan campuran di Selangor, bagaimanapun dengan polemik yang berterusan tentang siapa Menteri Besar Selangor, yang belum lagi terjawab, mampukah ketiga-tiga parti itu menghadapi cabaran yang lebih besar selepas ini?

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata polemik Menteri Besar Selangor itu tidak seharusnya berlanjutan sehingga menjadi isu politik, yang seterusnya memberi kesan kepada kesejahteraan negeri itu.

Beliau berkata isu itu telah menjadi permainan politik antara PKR dan Pas, buktinya sokongan terbuka Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada besar Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menjadi batu penghalang kepada Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

"Bukan sahaja Abdul Hadi, Lim Kit Siang (Penasihat DAP) turut menyatakan sokongan kepada Abdul Khalid menambah batu penghalang Azmin. Tidak perlulah bermain ini semua, pemimpin mereka perlu duduk semeja, kerana jika perkara ini mereka tidak boleh diselesaikan, bagaimana nak selesaikan perkara lebih besar," katanya kepada Bernama.


Syarat utama menjadi Menteri Besar Selangor berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 ialah berketurunan Melayu dan beragama Islam, yang membuatkan DAP tidak layak menerajui Selangor kerana tiada calon menepati kriteria itu.

Khamis lepas Abdul Hadi telah menyatakan sokongan Pas agar Abdul Khalid kekal Menteri Besar Selangor, bagaimanapun sebelum itu Pesuruhjaya Pas Selangor Dr Abdul Rani Osman telah menyatakan kesediaannya bagi menduduki kerusi panas itu.

Permainan politik PKR dan Pas pula berterusan semalam apabila Dewan Pemuda PAS Selangor melalui Timbalan Ketuanya Mohd Sany Hamzan menegaskan tiada sebarang perjanjian mengatakan jawatan itu mesti diperuntukkan kepada PKR jika gabungan parti Pas, PKR dan DAP memerintah negeri itu.

Mohd Sany berkata kenyataan Azmin, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei yang menekankan bahawa kerusi itu adalah kerusi tetap PKR ibarat orang tamak haloba yang tidak sedar diri terhadap kemampuan diri sendiri.

Percakaran dalaman PKR mengenai jawatan itu pula bertambah buruk semalam apabila Azmin mempersoalkan surat yang dihantar Presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung calon Menteri Besar.

Azmin, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa berkata surat yang dihantar Dr Wan Azizah semalam itu dibuat tanpa sebarang perbincangan dan persetujuan bersama oleh semua Anggota Dewan Undangan Negeri parti itu.

Abdul Aziz berkata sama ada Azmin, Abdul Khalid atau sesiapa sahaja yang mendapat perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah nanti, Menteri Besar Selangor itu nanti perlu mengatasi pelbagai masalah yang timbul berikutan kegagalan pemerintahan kerajaan campuran Pas, PKR dan DAP pada penggal lepas.

Beliau berkata Abdul Khalid telah gagal menyelesaikan perkara asas untuk rakyat Selangor antaranya isu air dan sampah selain enggan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan berkenaan isu air, justeru Abdul Khalid tak seharusnya dilantik semula sebagai Menteri Besar.

"Katanya 'Pakatan Rakyat', tetapi mengapa mereka semua tidak boleh berpakat atas satu perkara pokok iaitu Menteri Besar Selangor. Jangan terlalu bermain politik, kerana jika terlebih politiking, yang sengsara adalah rakyat, bukan mereka," katanya.

Wasabi Oyabun..

Kuasa luar biaya usaha jatuh kerajaan?

Posted: 12 May 2013 09:22 AM PDT


Laman web dedahkan hubungan baik AS, Anwar

Kuala Lumpur: Organisasi pemantau pilihan raya didakwa mendapat pembiayaan kerajaan asing untuk menghapuskan parti pemerintah di negara ini.

Menurut Global Research dalam laman web www.globalresearch.ca, organisasi Merdeka Center dibiayai oleh Amerika Syarikat menerusi National Endowment for Democracy (NED) untuk menyokong beberapa perkara tertentu berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Penekanan diberi kepada dakwaan penipuan sebelum PRU-13. Ada pengundi yang mengundi awal memberitahu berita British Broadcasting Cor-poration (BBC) bahawa dakwat kekal yang sepatutnya bertahan beberapa hari mudah untuk dicuci.

Kes dakwat kekal

"Seorang pengundi dari Skudai mengatakan ia (dakwat kekal) hanya hilang dengan menggunakan air dalam tempoh beberapa saat saja, manakala seorang lagi pengundi yang dicalit dengan dakwat kekal yang mengundi jam 10 pagi membersihkannya pada jam 12 tengah hari.

"Jika dia mendaftar menggunakan nama lain dan kad pengenalan di kawasan lain, dia boleh mengundi sekali lagi sebelum jam 5 petang," kata Global Research.

Kata laman web itu lagi, pembangkang juga menuduh kerajaan membiayai penerbangan untuk pengundi, tetapi ia dinafikan oleh kerajaan.

"Merdeka Center juga menerima laporan yang tidak disahkan bahawa warga asing diberi kad pengenalan dan dibenarkan untuk mengundi," katanya.

Laman web itu juga menjelaskan hubungan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Jabatan Negara Amerika Syarikat tidak berakhir menerusi Merdeka Center, tetapi diteruskan dengan gerakan pembangkang iaitu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH).

Berikut adalah laporan wartawan Amerika, Tony Cartalcucci dari media Canada, Global Research yang menganggap Anwar Ibrahim adalah AGEN, BARUA dan PROXY AMERIKA di Malaysia.

Tony Cartalucci berkata Amerika berbelanja besar mahu gulingkan BN dan menaikkan Anwar sebagai Perdana Menteri yang akan jadi suruhan Amerika di Malaysia bagi memenuhi rancangan Amerika mahu mengepung dan berperang dengan China di masa depan.

Beliau berkata Amerika lah yang membentuk dan mengekalkan NGO palsu di Malaysia seperti Bersih dan Merdeka Center.

Tony Cartalucci berkata kerajaan Amerika, melalui KEMENTERIAN LUAR AMERIKA (Jabatan Negara Amerika) telah salurkan berjuta dolar pada NGO anti-kerajaan di Malaysia seperti Bersih dan Merdeka Center.

Katanya Kerajaan Amerika gunakan agensi Kementerian Luar nya, NED (National Endowment for Democracy) untuk menyalur duit kepada pembangkang diMalaysia dan menghasut pembangkang Malaysia berperang dengan kerajaan BN di Malaysia dan menggulingkan kerajaan Malaysia.

Amerika gunakan taktik sama di RUSSIA, MESIR, LIBYA, SYRIA, LEBANON dan VENEZUELA.

Beliau berkata Amerika Syarikat negara paling kecewa dengan keputusan PRU13 Malaysia apabila PM Malaysia Najib Razak menang selesa dalam PRU 13 baru2 ini.

Sedutan sebahagian laporan dari Tony Cartalucci:

Despite the US mobilizing the summation of its media power and pouring millions of dollars into the opposition party, including the creation and perpetuation of fake-NGOs such as Bersih and the Merdeka Center, Malaysian Prime Minister Najib Razak sailed to a comfortable victory in this year's general elections. The cheap veneer has begun peeling away from America's "democracy promotion" racket, leaving its proxies exposed and frantic, and America's hegemonic ambitions across Asia in serious question.

Laporan Tony Cartalucci adalah dari sini: http://www.globalresearch.ca/malaysia-failure-of-u-s-to-subvert-the-elections-and-install-a-proxy-regime/5334439

Wasabi Oyabun..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>