Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

MERBOK TIMES

$
0
0

MERBOK TIMES


MATA BAKOP SELUAR KATOK

Posted: 12 May 2013 04:16 PM PDT

Ketika masih budak di dalam lingkungan usia 4/5 tahun dahulu, apabila lintas sahaja mayat orang Cina di hadapan rumah kami yang terletak di tepi jalan besar kereta mayat itu seringkali akan diiringi gema muzik 'tong cheea, tong cheea, tong cheea' dan sebuah lori kecil di belakang akan diisi penuh dengan pengiring berbaju hitam dan kepala mereka berbungkus dengan guni kasar sambil meraung menangis tanda sedih meretapi kematian si mati itu. 

Saya bertanya kepada nenek tanpa hirau samada soalan tersebut rasis atau tidak.

"Itu Cina mati kah nek?" 

"Aishh jangan kata Cina mati, kata Cina mampuih" bisik nenek perlahan-lahan ke telinga saya.

"Pasal apa nek?"tanya saya berbisik kembali kepada nenek tanpa pasti mengapa saya juga berbisik.

"Pasal mereka bukan Islam" jawab nenek. 

'Ooo..' baru saya faham. 

"Mengapa mereka menangis nek?" bisik saya pada nenek lagi.

"Mereka yang di dalam guni itu menangis kerana dibayar untuk menangis. Lagi kuat mereka menangis lagi banyak mereka dibayar" jawab nenek. 

Sejak dari itu saya mula faham serba sedikit tentang budaya masyarakat Cina khasnya bagaimana mereka menguruskan kematian. Dua perkara penting yang mesti ada iaitu musik 'tong cheea' dan orang menangis di dalam guni.

Masa berubah. Hari ini semua itu adalah cerita dongeng kepada generasi Y kaum Cina. Generasi mata bakop sudah tidak banyak kelihatan mungkin gene mereka sudah berubah. Yang ramai ialah golongan elit muda Cina yang terbuka. 

Kini ramai mereka berada di dalam universiti-univeriti swasta telah tumbuh bagai cendawan. Universiti-universiti ini menjadi elit dengan yuran yang dikenakan cukup mahal Ia telah menjadi satu sektor perniagaan yang cukup lumayan dan amat menguntungkan. Tenaga pensyarahnya mendapat bayaran mengatasi universiti awam. 

Berikutan itu hanya golongan-golongan yang kaya sahaja yang mampu dan sudah pastinya mereka terdiri dari anak-anak koporat Cina dan taikun-taikun besar Cina. Manakala anak-anak Melayu kelas rendah dan sederhana terkial-kial himpit-menghimpit memohon masuk universiti-universiti awam yang ketat dengan tapisan demi tapisan.

Lihat sahaja Universiti Lim Kok Wing, Taylor's Universiti, KDU University College, Sunway University College, Berjaya University College, SEGI University dan banyak lagi, ini di antara yang pernah saya kunjungi. Suasana komuniti kampus sahaja sudah cukup mempamirkan keterbukaan mereka. Ianya tidak langsung membawa nilai-nilai budaya negara ini sama sahaja seperti universiti luar negara. 

Pelajar-pelajar perempuan berbagai bangsa boleh berseluar pendek bebas dengan paha putih gebu. Pergaulan tanpa batasan. Di universiti elit inilah kilang yang melahirkan generasi Y tanpa bekalan aspirasi nasional dan mereka makin hari makin terpisah dengan arus perdana maka tidak hairanlah jika mereka jauh sekali mengenal sejarah asal-usul pembentukan negara mereka.

Di sinilah juga lahirnya produk urban yang gagal ditawan oleh UMNO BN dan ramai yang mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU13 yang lalu. Maka dengan keterbukaan mereka ini tidak hairan jika mereka melabelkan UMNO itu rasis dan DAP itu liberal memperjuangkan semua kaum. 

Apabila graduate dari universiti-universiti ini mereka ini akan disambar oleh syarikat-syarikat besar samada di bawah penguasaan keluarga mereka atau rantaian korporat mereka.  Pusingan demi pusing berlaku setiap tahun maka makin ramai produk-produk ini lahir dan jarak pemisah dengan arus perdana makin menjarak. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710