PISAU.NET |
- Kemenangan Zairil Bukti DAP Cekap dan Telus - Guan Eng
- Anwar Ibrahim gagal tandingi kebijaksanaan Mahathir!
- Ganguan Seksual; 3 Pemimpin PKR Permatang Pauh Di Tangkap Rasuah Cuba Tutup Kes
Kemenangan Zairil Bukti DAP Cekap dan Telus - Guan Eng Posted: 06 Jan 2013 04:30 PM PST Rata ratanya pemimpin haprak pakatan cuba sedaya upaya mempertahankan episod perbodohkan ahli Melayu DAP dan penyokong pakatan. Ada yang persalahkan Umno..ada yang berkata ini perkara biasa human error..manakala Tokong DAP Lim Guan Eng pula kata ini bukti ketelusan ,akauntabiliti dan kecekapan DAP walaupun lebih 20 hari mereka masih dapat mengesan kesilapan... Jumlah undi 15/12 =36044undi 36044/20=1802.2 perwkln Jumlah undi 3/1=35162 35162/20=1758.1 pwkln Perbezaan= 882 undi undi dikeluarkan=1826 Undi sah= 1795 Undi rosak=58 Persoalan? 1. Mengapa jumlah undi keseluruhan pada 15/12 tidak dikenalpsti pada ketika itu kerana tidak selari dengan jumlah perwkilan 36044/20=1802.2; sepatutnya no genap. 2.Penambahan sebanyak 882 undi adalah amat besar semasa pengiraan pada 15/12 dan sudah pasti telah ditemui semasa mengira bukannya sehari selepas itu/ kesilapan telah ditutup dengan sengaja. 3.mengapa undi selepas dibetulkan juga tidak selari dengan jumlah perwkln iaitu 35162/20=1758.1 juga tidak genap. Mengapakah jumlah perwakilan pada kiraan 15/12 atau 3/1/13 tidak selaras dengan jumlah undi dikeluarkan atau jumlah undi sah samada ditolak atau tidak dengan jumlah undi rosak,terdapat kesilapan pengiraan undi yang amat ketara dan boleh dimanipulasi bagi kepentingan pihak berkuasa samada utk memenangkan atau mengalahkan mana2 pihak tanpa disedari. DAP membuat semula undi untuk memenangkan calon melayu dan india dengan sengaja mencipta isu silap kira-Pemuda BN Di bawah adalah keputusan rasmi yang dikeluarkan semasa Kongres DAP di Pulau Pinang. ![]() Di bawah adalah keputusan terkini selepas 2 minggu Kongres. ![]() |
Anwar Ibrahim gagal tandingi kebijaksanaan Mahathir! Posted: 06 Jan 2013 07:30 AM PST ![]() Anwar boleh berkepak dan berkokok bahawa dia dapat menyelamatkan negara jika dipilih menjadi bakal perdana menteri bersemayam di Putrajaya kalau Allah swt dan rakyat merestuinya. Tapi Allah telah menguji taraf kemampuannya untuk mengatasi ekonomi negara pada tahun 1997-98 bilamana penyangak mata wang, George Soros, memporakperandakan ekonomi berbagai negara di Asia. Anwar dalam kepanikannya terpaksa merayu dan meminta nasihat dari tokoh IMF, Camdessus untuk mengatasi kemelut tersebut. Dia sendiri tidak yakin para pakar ekonomi anak tempatan boleh mengatasi krisis kewangan tersebut. Nasihat IMF bukan untuk memulihkan kembali kestabilan kewangan negara. Sebaliknya dia memberi nasihat untuk menghancurkan lagi ekonomi Malaysia mencadangkan dihapuskan subsidi kepada rakyat, menaikkan pembayaran bulanan kad kredit dari 5% menjadi 15%. Rakyat jadi panik. Di Indonesia Suharto terpaksa akur dengan desakan IMF kerana Indonesia banyak berhutang dengan badan kewangan antarabangsa tersebut. Akhirnya Suharto digulingkan oleh rakyatnya sendiri. ![]() Ringgit tidak boleh diperdagangkan di luar negara. Semua ringgit di luar negara mesti masuk kembali dalam negara dalam masa sebulan dari tarikh pengumuman kawalan ringgit. Ringgit di luar pesisir Malaysia tidak akan laku lagi selepas masa sebulan dari pengumuman kerajaan. Keuntungan dari transaksi bursa saham Kuala Lumpur tidak boleh di bawa keluar negara dalam tempoh setahun. Ya, Mahathir dikecam hebat oleh Bank Dunia, IMF, Amerika dan negara-negara Barat lainnya. Mereka yang taksub dengan retorika Anwar mengecam Mahathir senada dengan kecaman Amerika, Britain dan Yahudi yang menguasai IMF, Bank Dunia dan beberapa kerajaan Barat lainnya. Mahathir persetankan segala kritik terhadapnya. Dia tahu apa yang baik untuk negara dan rakyat dan berani mengambil risiko politik dan ekonomi dengan berpegang pada perjuangannya untuk membebaskan Malaysia dan rakyatnya dari menjadi boneka Amerika dan budak suruhan IMF. Akhirnya Mahathir berjaya dengan tindakan beraninya itu. Ekonomi Malaysia kembali pulih lebih cepat dari Indonesia, Thailand, Filipina dan Korea Selatan yang menjadi mangsa Soros, billionair Yahudi yang didukung Amerika. Seorang ahli ekonomi yang mendapat hadiah Nobel bidang ekonomi menulis dalam bukunya memuji kebijaksanaan Mahathir menangani ekonomi negara. Malah mantan Presiden Amerika, Clinton, sewaktu melawat Malaysia memuji kebijaksanaan Mahathir. Beliau berkata kabinetnya memberi tumpuan khas membicarakan dasar polisi kewangan Mahathir tersebut kerana mereka kagum dengan keberanian Mahathir memulihkan ekonomi negara. Takdirnya dia tidak mampu menyelamatkan ekonomi negara besar kemungkinan dia juga akan digulingkan oleh Anwar yang berkiblat ke Amerika seperti mana Habibie di Indonesia yang mendapat restu dari Pakcik Sam untuk menggantikan Suharto. Sekarang Anwar berkokok lagi (Rujuk Sinar 4 Disember: Anwar ulangi janji akan turunkan harga petrol jika Pakatan Rakyat menang dalam PRU13). Kononnya dia dapat mengukuhkan ekonomi negara sekiranya harga minyak diturunkan. Kalau harga minyak turun bermakna harga barang-barang lain juga ikut turun.Selanjutnya Klik Sini |
Ganguan Seksual; 3 Pemimpin PKR Permatang Pauh Di Tangkap Rasuah Cuba Tutup Kes Posted: 06 Jan 2013 12:47 AM PST Hari ini selepas terbaca berita Pembantu kepada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Koordinator Program Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh ditangkap..Pisau seperti biasa terus ke medan selera sebelah pasar Seberang Jaya. Di situ port kawan kawan PKR melepak ramai.Senang sikit dapat info.. Sembang dan gebang..sampai 2 round teh tarik baru dapat cerita siapakah gerangan dan punca ditangkap SPRM. Ahli PKR memang tak dapat lari daripada perangai tibai bini orangdan rasuah tak ubah dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Jumaat lepas 3hb yang ditangkap adalah Bang Non Pomen.. atau nama penuh Zainal Abidin Bin Saad(Pembantu khas Ahli Parlimen Permatang Pauh kalau korang nak tau dia mantan Naib Ketua PKR Cabang Permatang Pauh yang kalah semasa pemilihan parti sebelum ini. Kemudian Mohd Shukri pula ialah Ketua Penerangan PKR Cabang Permatang Pauh dan Naib Ketua AMK PKR Permatang Pauh. Kemudian Rezal HuzairiPanjang,budak ni adalah Pegawai Khas TKM 1 dan juga mantan Setiausaha Kerja PKR Pulau Pinang.Budak Rezal ni 2011 menerima pingat PJK..(kaki rasuah dapat PJK beb)Khabarnya Rizal Huzari adalah seorang Setiausaha Kerja terbaik PKR bagi seluruh Malaysia.. terbaik? Apa yang menariknya melaun 3 ekor ni dihantar oleh Anwar untuk rasuah RM30ribu selesaikan kes Roslan Yahya Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah dan juga orang kuat PKR yang buat ganguan seksual terhadap bini orang yang bertugas di pejabat yang sama. Lim Guan Eng mengetahui kes ini hingga Roslan Yahya di tukar ke Pejabat Tanah dan Galian dan dengar cerita dakwaan ganguan seksual yang dilakukan Roslan Yahya cukup serius.Menurut sumber Pisau di SUK pula agak pelik kenapa Lim Guan Eng sendiri yang begitu cepat buat pertukaran Roslan Yahya sedangkan bukan dibawah bidang kuasa beliau sebagai Ketua Menteri . Khabarnya kepimpinan PKR arahkan agar selamatkan Roslan Yahya kerana beliau adalah penyokong kuat PKR dan Anwar Ibrahim.Tak salah Pisau Roslan Yahya ini menjadi pegawai pengurus pilihanraya SPR semasa PRK Parlimen Permatang Pauh,Penanti dan juga Permatang Pasir. Roslan Yahya memainkan peranan penting sebagai orang dalam SPR semasa pilihanraya di kesemua pilihanraya kecil Permatang Pauh,Permatang Pasir dan Penanti. Adalah tidak mengejutkan ketika itu semua orang tahu bahawa PKR dan haprak pakatan sendiri membawa masuk pengundi hantu ke Parlimen Permatang Pauh sepertimana yang pernah didedahkan sebelum ini semasa PRK Permatang Pasir. Kes ini melibatkan kroni Dr Mansor yang membiayai wang rasuah tersebut,khabarnya pemilik sebuah Kuari di Kubang Semang dan juga Timbalan Pengarah Jentera Pilihanraya Negeri Pulau Pinang memerangkap Ketua PKR Cabang Bukit Gelugor. Yang menjadi persoalan adakah Dr Mansor terlibat sama memandangkan orang yang sama banyak membiayai program Dr Mansor di Nibong Tebal. Pisau lihat isu ini seolah mahu mematikan terus karier politik Dr Mansor,sudahlah terlibat dengan rakaman cocky arrogant tokong Lim Guan Eng,Dr Mansor juga dikaitkan dengan satu rakaman video bersama seorang gadis cina..Ini yang terbaru babitkan rasuah untuk tutup kes ganguan seksual. Inilah yang dikatakan Bersih,Cekap dan Akauntabiliti regim kerajaan negeri Pulau Pinang. Takkan nak salah Umno lagi kot... Pisau kata " Malik itik terlibat jugak ? :-) " |
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |