r b f |
Berita Yang Disembunyikan Malaysiakini dan Harakah Daily Posted: 06 Jan 2013 05:27 AM PST Seperti yang diberitahu sebelum ini, cerita-cerita mengenai peniaga karpet, Deepak Jaikishan adalah sebahagian daripada permainan PKR, PAS dan DAP untuk menjatuhkan PM dan isteri. Mereka mengambil kesempatan diatas kesulitan perniagaan yang sedang dihadapi Deepak sekarang. Boleh kata hampir saban hari Malaysiakini, Malaysia Insider , Harakah dan beberapa portal lain akan mensensasikan isu ini untuk kepentingan politik mereka. Mereka akan putar ikut selera politik mereka. Namun apa yang Deepak cakap jika tidak menguntungkan mereka, maka mereka tidak akan pakai. Sebagai contoh terbaru adalah berhubung isu penerbitan sebuah buku dua hari lepas. Malaysiakini dengan penuh bangganya melaporkan berita yang bertajuk 'Deepak persembah 'Black Rose' dalam bentuk ceritera'. Namun Deepak telah menafikan dia yang 'mempersembahkan' buku berkenaan. Deepak menghantar kenyataan melalui SMS kepada mereka. Tetapi sehingga ke hari ini mereka tidak menarik balik artikel berkenaan atau menyiarkan penafian Deepak. Lagi nak kelentong kononnya mereka media yang bebas yang ditaja oleh Soros untuk menyuburkan demokrasi. Apa yang Sivarase dan Eli Wong buat di Amerika sekarang ? Jumpa Soros dan laporkan situasi semasa perkembangan Malaysiakini ? Cerita selanjutnya mengenai penafian Deepak yang tidak didedahkan Malaysiakini boleh di baca di sini.... |
You are subscribed to email updates from RBF Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |