BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- Foto Lana Nordin bergambar dengan lelaki 'misteri' tanpa baju...
- Anwar lebih cenderung pilih Azmin untuk MB Selangor?
- (Video) Semalam seluar dalam, hari ini dia selak terus nak tunjuk, gila!
- Jangan lantik calon yang kalah sebagai senator - MUBARAK
- Tsu Koon lepas jawatan presiden Gerakan
- 'Saya tewas bukan kerana tsunami cina, tapi...' - Nong Chik
- DAP mahu isu MB Selangor diselesaikan cepat
- Bomoh tua kemaruk seks
- 50,000 pendatang China 'ghaib' tahun 2007, dah jumpa ke belum?
Foto Lana Nordin bergambar dengan lelaki 'misteri' tanpa baju... Posted: 11 May 2013 03:30 PM PDT Lana Nordin berkongsi lagi gambar-gambar aktivti sehariannya kepada peminat-peminat. Kali ini penampilan agak sopan dari biasa. Selalunya bergambar kalau tak tayang pangkal dada, tak sah. Bersinglet tu biasa aja baginya. Entah apa yang mahu ditunjukkan pun kami tak pasti. Koleksi gambar beliau kali ini agak menarik dan berwarna warni. Menurut beliau, beliau mengenakan pakaian untuk tarian Ngajat bagi kaum Iban untuk drama Noktah Cinta. Memang kena la dengan raut wajah Lana dan juga kostum yang dipakai. Salah satu gambar yang menarik perhatian kami adalah gambarnya bersama seorang pahlawan head hunter di bawah! | ||
Anwar lebih cenderung pilih Azmin untuk MB Selangor? Posted: 11 May 2013 08:34 AM PDT SHAH ALAM: Pandangan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mirip Timbalannya Azmin Ali apabila menyatakan pemilihan menteri besar Selangor perlu melalui konsensus. "Saya tak ada masalah Tan Sri Khalid. Tapi masalahnya...perlu satu perbincangan. Apakah ada calon lain, ke muka nama lain, nak teruskan?" memetik Sinar Harian. Anwar berkata rakyat perlu memberi sedikit masa untuk pakatan pembangkang berbincang mengenai calon yang bakal mengetuai pentadbiran negeri Selangor itu. Katanya, PKR turut menjemput Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang untuk memberikan pandangan dan kedua-dua pemimpin parti komponen itu mahukan Khalid kekal sebagai menteri besar. "Kerusi MB Selangor itu memang kita bagi sedikit masa dan kita runding dengan baik. Sebab itu saya dapatkan Lim Kit Siang, Ustaz Hadi. Tidak seperti mana yang berlaku pada tahun 2008, ada satu kelompok yang berebut dengan keadaan ini, saya syukur keadaan lebih baik. Tapi memang perkara ini dibincangkan," kata beliau. Azmin semalam mendakwa Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tanpa perbincangan dengan majlis pimpinan negeri mengemukakan nama-nama calon menteri besar Selangor kepada pihak Istana. Ahli Parlimen Gombak itu berkata Wan Azizah cuba mengabaikan aspek ketelusan dan membuka ruang kepada unsur nepotisme. Malah beliau turut menyifatkan mandat yang diberikan rakyat Selangor perlu diterjemahkan dalam bentuk melantik calon menteri besar yang berkaliber dan tidak mudah 'dicucuk hidung' membenarkan pihak lain menguasai sebarang keputusan yang dibuat. Mesej itu jelas ditujukan kepada Khalid yang sering dilanda kontroversi selama lima tahun memerintah negeri Selangor. Pada pilihan raya umum minggu lalu, Pakatan Rakyat berjaya mempertahankan Selangor dengan memperoleh 44 kerusi negeri berbanding BN 12 kerusi. | ||
(Video) Semalam seluar dalam, hari ini dia selak terus nak tunjuk, gila! Posted: 11 May 2013 02:02 AM PDT Sebelum ini kita dikejutkan dengan video SAYA PAKAI LIPSTIK MERAH, SPENDER MERAH DAN BRA MERAH - SHARIFAH SAKINAH yang telah menimbulkan kontroversi dan persoalan kenapa seorang artis sanggup melakukan hal sedemikian. Sekarang, jom kita tengok pula Sharifah Sakinah mengaku beliau adalah seorang pondan dan menunjukkan bebird palsu beliau. Sangap populariti? Sila komen dengan berhemah. TONTON VIDEO SAYA SEBENARNYA PONDAN OLEH SHARIFAH SAKINAH DI BAWAH. | ||
Jangan lantik calon yang kalah sebagai senator - MUBARAK Posted: 11 May 2013 12:35 AM PDT KUALA LUMPUR: Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) hari ini mencadangkan calon Barisan Nasional (BN) yang kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak dilantik sebagai senator untuk menganggotai Kabinet. Presidennya, Tan Sri Abdul Aziz Rahman, berkata budaya 'pilihan kedua' itu bukan satu idea yang baik untuk diamalkan, malah ia juga tidak baik bagi masa depan negara. "Bagilah mereka yang kalah ini peluang untuk berehat dan carilah yang berpengalaman untuk menganggotai Kabinet," katanya dalam sidang media selepas Persidangan Meja Bulat Mengenai Politik dan kerajaan Pasca PRU13 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini. Persidangan tertutup selama empat jam itu menyaksikan pembentangan analisis PRU13 oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Ruslan Kasim dan Pengarah Urusan Syarikat Perumahan Negara Berhad, Datuk Kamarul Rashdan Mohd Salleh. Turut hadir Setiausaha MUBARAK, Datuk Abdul Rahman Sulaiman. Menjelas lanjut mengenai perkara itu, Abdul Aziz, berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak boleh mempertimbangkan individu yang tidak bertanding pada PRU13 untuk menganggotai Kabinet jika mereka mempunyai kebolehan. Beliau berkata, walaupun tidak bertanding atau bergelar wakil rakyat, namun kemahiran, pengalaman dan kepakaran yang dimiliki oleh golongan profesional boleh membantu dalam membangunkan negara. "Boleh lantik profesional sama ada dalam parti atau luar parti. Sekarang dah ramai layak jadi pemimpin, malah mempunyai banyak pendedahan selain taraf pendidikan yang tinggi," katanya. Menyentuh tentang perwakilan kaum Cina dalam Kabinet Abdul Aziz berkata: "Carilah wakil Cina yang berpengalaman, ada idea bagus dan tidak ekstrim". Mengulas mengenai dakwaan wujudnya polarisasi kaum di negara ini susulan keputusan PRU13 yang menyaksikan BN kurang mendapat sokongan daripada pengundi Cina dan di bandar, Abdul Aziz mencadangkan supaya satu kajian dibuat ke atas ucapan pemimpin pembangkang. Beliau berkata, ia penting untuk mengetahui sama ada benar pembangkang menanam kebencian pengundi kepada BN serta membangkitkan isu perkauman. "Walaupun Lim Kit Siang (Penasihat DAP) kata bukan rasis...tapi ini perlu dikaji supaya kita tahu kenapa sokongan kepada BN di bandar dan masyarakat Cina merosot," katanya. - BERNAMA | ||
Tsu Koon lepas jawatan presiden Gerakan Posted: 11 May 2013 12:10 AM PDT KUALA LUMPUR 11 Mei- Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon hari ini mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Presiden Parti Gerakan berkuat kuasa pada 16 Mei ini. Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi mengambil tanggungjawab penuh atas kekalahan teruk parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 baru-baru ini. Katanya, Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn akan memangku jawatan sebagai Presiden sehingga pemilihan parti diadakan pada Oktober tahun ini. "Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan pemimpin dan ahli Gerakan selama saya berkhidmat di dalam parti ini. Telah banyak kenangan pahit manis kita lalui bersama. "Saya akan terus memberi sokongan kepada parti melalui apa sahaja khidmat yang saya boleh berikan terutama dalam melatih pelapis untuk parti," katanya pada sidang akhbar bagi mengumumkan perkara itu di ibu pejabat Gerakan di sini hari ini. | ||
'Saya tewas bukan kerana tsunami cina, tapi...' - Nong Chik Posted: 10 May 2013 11:45 PM PDT KUALA LUMPUR: Ia bukan 'tsunami Cina' tetapi pencemaran nama baik dalam media sosial yang menyebabkan kekalahan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), akui bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu. "Orang ramai sentiasa bercakap mengenai tsunami Cina tetapi saya mengatakan pencemaran nama baik yang menyebabkan kekalahan saya," kata Raja Nong Chik. Beliau juga berkata tidak pernah menyalahkan pengundi Cina walaupun tewas di kawasan majoriti kaum tersebut. "Ia adalah kemuncak penyebaran artikel di Internet mencaci saya dan keluarga sehingga menjadi punca kepada kekalahan saya," tambahnya. "Mereka mendakwa arwah bapa, anak perempuan saya malah saya sendiri membawa masuk pengundi hantu ke Lembah Pantai, apabila semua yang saya lakukan adalah memberi khidmat kepada masyarakat dan mengadakan kempen secara bersih," katanya pada sidang media pertamanya selepas tewas pada PRU-13, Ahad lalu. Raja Nong Chik turut mengucapkan terima kasih kepada 29,000 pengundi yang mengundinya. "Saya akan meneruskan khidmat atas kapasiti Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai sama seperti yang dilakukan sebelum saya menjadi menteri," katanya. Beliau berkata, khabar angin mengenai berlaku insiden pergaduhan di pusat pengiraan undi di Lembah Pantai adalah tidak benar. Raja Nong Chik turut menafikan terdapat cubaan untuk menyeludup masuk kotak undi ke pusat pengiraan undi. "Saya sudah tahu saya akan tewas, jadi tiada sebarang cubaan untuk membawa masuk kotak undi apabila proses pengiraan sudah tamat. "Akhirnya, kesemua serangan peribadi mungkin mempengaruhi pengundi atas pagar untuk tidak mengundi saya," katanya. | ||
DAP mahu isu MB Selangor diselesaikan cepat Posted: 10 May 2013 11:31 PM PDT KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang prihatin terhadap kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor, mengharapkan agar perkara itu dapat diselesaikan dengan segera. "Dengan setiap saat kelewatan, ia tidak baik untuk Pakatan Rakyat serta rakyat Selangor. "Dua negeri (yang dikuasai Pakatan) telah mengangkat sumpah jawatan ketua-ketua negeri mereka dan barisan exco, dan saya fikir Selangor sepatutnya yang paling cepat," katanya dalam satu sidang media pada Sabtu. Walaupun mengekalkan sokongan parti untuk penyandang jawatan itu, Tan Sri Khalid Ibrahim, beliau menegaskan bahawa DAP tidak akan menjadi sebahagian daripada "masalah dalaman PKR". "Masalah dalaman adalah perkara biasa dalam parti politik, tetapi ini tidak sepatutnya melimpah dengan pentadbiran negeri ini apabila sudah terdapat penetapan MB," kata Lim sambil menambah bahawa Khalid mempunyai sokongan daripada PAS dan kepimpinan PKR. Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pada Jumaat mengecam presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana didakwa gagal untuk berunding dengan pemimpin-pemimpin parti negeri sebelum memaklumkan istana mengenai pilihan calon parti itu untuk jawatan MB. | ||
Posted: 10 May 2013 10:45 PM PDT
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, mangsa berusia 31 tahun itu dipercayai dicabul suspek kira-kira jam 6.15 petang di dalam bilik air rumah mangsa di Muadzam Shah. Menurutnya, suspek berusia 62 tahun dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu ketika sedang memandikan mangsa, kononnya sebagai rawatan pemulihan. "Semasa memandikan mangsa, suspek memeluk, meraba dan mencium mangsa sebanyak dua kali," katanya. Bagaimanapun Johari berkata, wanita terbabit tidak berani melawan kerana menganggap ia sebagai prosedur yang perlu dijalaninya bagi mendapatkan rawatan tersebut. "Mangsa yang berasa curiga kemudiannya mengadu kepada suaminya yang dia dicabul bomoh tersebut dan setelah berbincang mereka memutuskan untuk membuat laporan polis," katanya. Johari berkata, mangsa dan suaminya itu membuat laporan di Balai Polis Muadzam Shah pada jam 2.30 petang, Rabu lalu. Beliau berkata, polis kini menahan reman suspek dan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya sekali. | ||
50,000 pendatang China 'ghaib' tahun 2007, dah jumpa ke belum? Posted: 10 May 2013 06:37 PM PDT
Sehingga ke hari ini misteri berkenaan tidak pernah terungkai. 50,000 pendatang tersebut bagaikan ditelan tanah, hilang ghaib tanpa bekas. Banci Penduduk yang dilakukan pada tahun 2010 menyaksikan bagaimana sebahagian daripada samseng-samseng bermata sepet menghalang bancian dilakukan di kawasan-kawasan yang menjadi sarang pendatang dari China. Kemenangan besar DAP dan pendaftaran pengundi-pengundi baru dalam jumlah yang besar melibatkan pengundi Cina oleh parti tersebut, juga mendatangkan tandatanya dan misteri yang tidak berkesudahan. Apabila DAP mempertikaikan tentang pengundi hantu ia seolah-olah memberikan indikasi yang DAP sedang menyembunyikan sesuatu tentang kehilangan 50, 000 rakyat China di Pulau Pinang sahaja. Sehingga kini Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara masih lagi mendiamkan diri dan pada masa yang sama juga enggan melakukan operasi besar-besaran. Apakah power benar 50, 000 rakyat China tersebut ataupun memang ada tangan ghaib DAP di dalamnya? TFK |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |