Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Duke of UMNO

$
0
0

Duke of UMNO


"WARISAN" DAN PESANAN AKU PADA KALIAN...

Posted: 11 May 2013 07:37 AM PDT

 
Di sini lahirnya sebuah cinta (cinta tu datang sendiri kat aku...)
Yang murni abadi sejati (yup.. tak goyah, selamanya dan tak tergugat...)
Di sini tersemai cita cita (aku hanya mampu bercita-cita..)
Bercambah menjadi warisan (warisan hingga ke anak cucu...)

Andai ku terbuang tak diterima
(khabarnya aku tak diterima di Kedah?)
Andai aku disingkirkan (ada pihak singkirkan aku?)
Ke mana harusku bawakan (aku tak pi mana pun.. )
Ke mana harusku semaikan cinta ini (aku akan tetap di Kedah jugakk.. heheheee)

Betapa
Di bumi ini ku melangkah
(merata cerok dah tawaf Kedah masa PRU13 hari tu...)
Ke utara selatan timur dan barat (sampai sakit kaki-kaki aku ni...)
Ku jejaki (takkk.. aku naik kereta buruk aku tu laaa..)


Aku
Bukanlah seorang perwira
(yup! aku bukan wira...)
Gagah menjunjung senjata (tak reti menembakkk..! tapi teringin! heh!)
Namun hati rela berjuang (berjuang dengan cara Islam...)
Walau dengan cara sendiri (berjuang dengan cara aku sedaya mampu...)
Demi cinta ini (demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu...)

Ku ingin kotakan seribu janji (masih mengotakan apa yang aku janji..)
Sepanjang kedewasaan ini (sejak aku reti berfikir..aku sokong UMNO)
Ku ingin sampaikan pesanan (aku nak pesan la kat korang semua...)
Akulah penyambung warisan (aku wariskan perjuangan UMNO ni kat korang...)

KENAPA KORANG MARAH SANGAT KAT CINA? LANTAK DIORANG LAAA...! #PRU14

Posted: 11 May 2013 05:37 AM PDT

Semalam, aku dapat terima beberapa komen dari rakan-rakan pembaca mengenai posting aku di sini. Terima kasih aku ucapkan. Seperti biasa, ada puluhan komen yang aku percaya dari "red bean army" dan "kacang hijau" yang aku terpaksa "delete".. sebab rasis bebenoooo.. heh! Itu hak aku, kan? 

Ada juga yang emel mencadangkan pelbagai gerakan cyber untuk menentang gerakan "tentera cyber" Pakatan Haram ni. Ada yang cadangkan guna hackers pro-BN dan macam-macam lagi... Terima kasih semua atas cadangan-cadangan tu...

Sebenarnya, pasal hackers tu diluar bidang kuasa aku. Aku ni tak reti hack-hack ni.. Aku suka menulis saja meluahkan pandangan. Tapi BN memang ada hackers. Cuma sedikit bilangannya...



Aku lebih berminat pada "perang hujah dan fakta" di alam cyber ni. Dalam gerakan ni, BN ada ramai panglima-panglima perang yang dah lama wujud. Ada yang ditubuhkan sejak 1998 lagi macam Mykmu.net...

Kita ada panglima-panglima perang siber macam Gomo, MPP, Dr.Novandri, GAP, MIK, Flying Kick, Team UMB, RBF, Kedah Ke KL, Kedah Times, Aloq Setaq dan banyak lagi bebbb.. kita tak kalah dalam soal blogging...

Tu aku belum sebut lagi blogger-blogger tersohor yang lain. Kalau aku buat list, memang sampai esok pun tak habis... heheheheeee...

Tapi gerakan cyber puak Pakatan Haram ni memang "smart". Depa bijak dan cepat. Contohnya video pasal "blackout" masa kira undi PRU ke-13 hari tu. Video tu video parody. Gila ke? Mana ada blackout masa kira undi hari tuuu... 

Tapi nak serang SPR dan BN punya pasal, video tu dikeluarkan cybertroopers Pakatan Haram. Ramai yang percaya pulak tu. Padahal, video tu dikeluarkan kat Youtube beberapa jam selepas tamat kiraan undi.. Perghhh!!! Cepat gila diorang buat video!

Nampak sangat video tu dah dibuat sebelum undi dikira. Sediakan video awal-awal, lepas keputusan diumumkan terus keluarkan video tu. Itu pun ada yang percaya kat depa? 

Tu baru satu contoh. Banyak lagi fitnah yang depa tabur kat BN, UMNO, pemimpin UMNO, isteri PM dan isteri Menteri lain. Kalau kat blogger pro-UMNO/BN ni lagi teruk depa fitnah dan tohmah. Tapi perjuangan punya pasal, bloggers pro-UMNO/BN buat tak reti je dengan provokasi depa...

Tahniah la kat semua bloggers pro-UMNO/BN. Korang memang mantap bebbb..! Dan aku rasa, korang adalah antara faktor utama yang menyumbang pada kesedaran rakyat, khususnya bangsa Melayu, tentang betapa "POYO"nya puak Pakatan Haram!!!

Pada aku, kekalahan BN di Selangor, Penang dan Kelantan tu faktor kemerosotan pengaruh MCA dan Gerakan. Itu masalah orang Cina. Bagi depa selesai sendiri. Kalau rasa sayangkan MCA dan Gerakan, depa tau la nak buat apa.. tapi kalau rasa MCA dan Gerakan tu dah tak relevan, maka terserahlah sama ada nak bubar ke, nak tutup ke.. nak apa ke.. ada aku kesah?

Sebenarnya, aku dah malas nak fikir pasal kaum Cina ni. Sejak merdeka kita orang Melayu bagi muka kat depa. Depa dulu patutnya kena apply permit nak kerja kat Malaysia ni. Tapi pasal kesian dan bertolak ansur, depa dibenarkan jadi warganegara dan dibenarkan mengundi. Jadi YB pun boleh!

Sejak merdeka, dah ada yang puak harbi dan zimmi. Yang harbi tu komunis! Kurang ajar dan bunuh beribu orang Melayu time tu. Yang zimmi pun ada. Tapi tak kecoh dan lebih memilih hidup harmoni. Sama-sama cari makan bangunkan negara...

Tapi sekarang ni lain. Yang harbi tu lebih dominan. Strategi depa cantik. Kali ni depa tak angkat senjata, tapi depa guna propaganda. Habih geng-geng zimmi tu jadi tak laku, diperlekeh dan dianggap sebagai "pengkhianat keturunan Cina"..!!! 

So kita orang Melayu nak buat apa dengan puak ni? Nak tampar tak boleh sebab salah dari sudut undang-undang. Apa yang kita boleh buat ialah bersatu. Kita dah terpecah tiga kerana politik. Kita patutnya bersatu kembali kerana kita semua adalah sama-sama Islam..!!!

Kita bersatu demi Islam, bangsa Melayu dan "Tanah Melayu". Kalau kita kuat, korang tengok la sama ada puak-puak "harbi" tu boleh angkat muka ke tidak. Silap-silap Kit Siang dan keluarga dia pun kena halau balik negara asal dia... 

Amacam? Setuju? Itu pun kalau korang setuju laaa... Kalau tak setuju, maka bersedia la untuk tengok Malaysia direpublikkan DAP...korang rela, kan? Heh! Over my dead body? 

ADEHHH..!!! ADA PIHAK PERTIKAI TEAM MEDIA KEDAH (TMK)..???

Posted: 11 May 2013 01:37 AM PDT

Baru-baru ni aku ada sembang dengan salah seorang anggota Team Media Kedah (TMK). Dari lenggok gaya bahasanya, bunyinya macam kurang senang dengan sesuatu. Dengar bunyi dia mengeluh resah... 

Rupanya dia tersinggung bila ada orang pertikaikan apa kerja TMK sebagai kumpulan bloggers pro-UMNO/BN di Kedah ni. Kononnya kumpulan unit media baru tu tak buat apa-apa untuk pertahankan DS Najib bila diserang Pakatan Haram, khususnya DAP...

Oooo.. Macam tu rupanya. Patut pun muka tak manis. Ada orang pertikai TMK rupanya... Meh sini aku cerita sikit pasal TMK kat Kedah ni...heheheheee...

Untuk pengetahuan korang... 



TMK ni adalah kumpulan kugiran orkestra lebih kurang macam Panca Sitara. Tapi kumpulan ni tak pernah buat album mahupun piring hitam...

Mctheory tu vokalis utama. Pisau Kedah tu main "tabla". Medan Tempur Kedah main kerincing. Kamera Kupang main rekoder. Aktivis UMNO Pekan Naka tu main loceng. Aktivis Pendang Junior tu main gong. Dahlia Bkt Lada dan Aiman Rosis tu penari duo...

Aku? Aku takde apa-apa fungsi dalam TMK. Aku tukang tengok jer. Heheheeee.. 

TMK ni takde buat kerja apa-apa pun untuk BN, UMNO, UMNO Kedah mahupun DS Najib. Pendek kata, TMK ni langsung takde kena mengena dengan politik. Takde buat apa-apa punnnn!!! Heh!

Blog depa ni semuanya bercerita pasal muzik. Muzik asli, cak lempong, klasik habissss..! Kalau habis idea pun, depa akan main pasal isu muzik dangdut..!!! Kah! Kah! Kah!!!

Opsss.. udah-udah la. Marah lak TMK kat aku kang...

Sebenarnya, bloggers TMK ni dah lama berblog. Misalnya Mctheory, dia mula blogging since 2009. Kemudian baru lahir blogger-blogger TMK yang lain...

Aku asalnya bukan TMK. Tapi lepas aku balik ke Kedah, aku diajak Mctheory untuk bekerjasama dengan TMK. Actually, aku takde fungsi apa-apa pun dalam team tu. Tolong sikit-sikit jer... Semuanya Mc dan kawan-kawan TMK yang buat...

Pihak yang pertikai TMK ni rupanya baru setahun dua dok berjuang dalam Facebook. Ntah. Aku pun tak pernah dengar namanya. Crowd dalam FB dia pun katanya tak lebih 2,000 orang. Tapi kalau ikut cara ceritanya, dialah "hero serba tau" yang menjadi penyebab BN menang di Kedah! Perggghh!!!

Hebat, kan? Heh! Cam ni la bro. Aku iktiraf hang sebagai seorang yang hebat. Tapi jangan la perlekeh atau pertikai orang lain depan orang. Tak patut tu bro....Sama ada hang atau pun kawan-kawan TMK tu sama-sama kerja kuat bagi BN menang kat Kedah ni bro...

Rasanya aku tak perlu cerita kat sini pasal TMK. Rasanya PAS Kedah pun kenal sapa TMK. Cuba tanya Zul Ya atau Sanusi Md Noor, depa pun kenal TMK. Jadi, aku tak perlu la cerita banyak pasal TMK ni...kan?

Kalau nak cakap soal kerja, tolong jangan pertikai kerja TMK. Aku tengok depan mata aku sendiri macamana TMK buat kerja. Sampai tidur atas lantai beralaskan kotak! Depa punya kerja memang superbbbb..!!!

Kalau nak pertikai kerja aku, aku no problem. Memang aku tak menyumbang apa-apa pun kat Kedah ni. Malah aku ni boleh dikategorikan sebagai "bukan blogger Kedah" untuk PRU ke-13 ni. Aku tak layak dapat penghormatan begitu bebbb... aku ni blogger kecik jer...

Jadi, aku harap supaya tolong hargai dan kenang pengorbanan seluru blogger-blogger TMK ni. Depa berjuang dengan jiwa. Jiwa depa tu semuanya demi Islam, Melayu dan Tanahair. Sampai satu ketika, nak menitik airmata aku tengok pengorbanan depa broooo...

Tapi itulah harga sebuah perjuangan. Sama ada dihargai atau tidak, TMK tetap TMK. Aku ucapkan selamat maju jaya pada TMK.. insyaAllah, diakhirat kelak kalian akan mendapat ganjaran yang setimpal atas kebenaran perjuangan kalian... Amin....

PANASSS..!!! WARGA FELDA SUJUD SYUKUR BN MENANG #PRU13..!!! #Felda

Posted: 10 May 2013 11:37 PM PDT

Baru-baru ni aku ada pergi kenduri kahwin sepupu aku kat Felda Sg Tengi. Biasa la.. family matters. Asyik dok berperang je dengan puak Pakatan Haram ni, kadang-kadang kena jugak "refresh" otak, kan? Heh!

Actually aku tidur kat sana untuk satu malam. Malam tu, aku lepak menyembang kat rumah mertua sepupu aku, kat area dapur tempat orang pakat masak untuk kenduri tu. "Kedohoq" kata orang Kedah...

Rupanya, boleh dikatakan seluruh peneroka Felda Sungai Tengi tu bersyukur sangat BN menang di peringkat Federal pada PRU ke-13 ni. Depa punya seronok sampai tumpang buat kenduri kesyukuran kat kenduri kahwin sepupu aku tu... heh! Nak tahu kenapa?
 
Sebabnya, depa yakin, kalau Pakatan Haram menang PRU ke-13 dan Anwar jadi PM, maka Felda akan pupus dilupuskan. Dalam buku Jinggay depa pun ada sebut, Felda akan dihapuskan. Orang Felda risau giler bebbbbb..!!!

Paling tidak pun, depa yakin, Anwar akan rosakkan Felda dan seluruh institusi GLC pertanian terbesar di dunia tu. Silap-silap, tanah depa akan dirampas dan disamaratakan hak itu bersama DAP.. Habis lingkup bangsa pribumi kat situ...

Ada seorang pakcik ni. Dia siap buat sujud syukur masa DS Najib umum BN menang dan form kerajaan. Aku rasa, kalau DS Najib ada depan dia... mau dia cium DS Najib! Heh!

Pakcik-pakcik tu kata, sejak depa teroka tanah sampai la sekarang ni dah ada kereta Toyota Camry dan banglo 2 tingkat. Semuanya jasa kerajaan BN yang bangunkan ekonomi depa. Keluarga depa dapat rahmat dan kebajikan depa betul-betul dijaga BN...

Bila aku sebut nama Mazlan Aliman ke.. Anwar ke... aku puji sikit Mazlan dan Anwar, depa marah! Pakcik-pakcik tu semuanya tak suka kat dua orang tu. Aku tanya depa kenapa? Depa jawab, Mazlan Aliman tu pengkhianat anak Felda dan Anwar tu pengkhianat bangsa dan negara!

Tu diaaa...!!! Malam tu depa tak abih-abih puji BN dan DS Najib. Sampai aku nak balik pun depa puji tak abih lagi. Sebelum balik tidur kat homestay, pakcik-pakcik tu tanya aku undi parti mana? Aku kata DAP... Kah! Kah! Kah! Depa baling aku dengan ranting kayu! Terus aku sebut.. BN laa..!!!

Ishhhh... sayang sungguh peneroka asal Felda kat BN. Kalau Mazlan Aliman atau Anwar ada dengan aku malam tu, gerenti merah padam muka depaaaa... heh!

GEMPARRR..!!! LIANG LAHAD TEMPAT KAKI UST AZIZAN BAKAL DISEMADIKAN..!!!

Posted: 10 May 2013 07:37 PM PDT

Liang lahad tempat kaki-kaki Ustaz Azizan bakal disemadikan...
Astaghfirullahila'zim. Aku ni bila terkenang atau terlihat liang lahad ni, terus teringat pasal mati dan ajal aku. Aku tak tahu bila "masa" aku akan sampai... tapi aku yakin, aku akan tetap ke sana jua suatu hari nanti...

Okeh.. gambar kat atas tu aku ambik dari FB Dewan Pemuda PAS sendiri. Khabarnya, liang tu digali khas untuk "simpan" kedua kaki Ustaz Azizan. Kaki kanan dan kiri yang dipotong tu akan dikebumikan di liang tu laaa...



Untuk info korang, liang tu digali betul-betul dengan sebelah kubur Allahyarham Al-Fadhil Ustaz Fadhil Noor, bekas Presiden PAS. Maknanya, kedua kaki Ustaz Azizan tu akan disemadikan di sebelah kubur beliau...

Aku tertanya-tanya, kita semua akan ke "sana". Tapi kat dunia ni kita orang Islam dok asyik bergaduh sesama sendiri. UMNO gaduh dengan PAS. Pemimpin kat atas tu okay jer.. tapi orang kat bawah tu.. sampai bertumbuk pun sanggup brooo..!!! Pecah cermin kereta pun adaa...

Kerana kita asyik dok bergaduh, puak harbi kat dalam Malaysia ni ambil kesempatan. Depa nak take over negara kita ni dan ubah segalanya ikut kemahuan depa. Kalau depa perintah, azan kat masjid tu pun silap-silap akan dihapuskan...

Korang faham, kan? Come on la bebbbb.. Walau berbeza fahaman politik, agama kita sama. Kita sama-sama Islam. Fikir-fikirkan lah...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>