Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Video) Seluar dalam dan coli merah pelakon jelita tempatan kantoi!

Posted: 10 May 2013 09:31 AM PDT

Gambar hiasan
Menerusi laman Keek Anzalna beberapa jam yang lalu, seorang pelakon wanita yang terkenal menerusi drama bersiri Bunga Merah Punya, Sharifah Sakinah telah memuat naik rakaman video yang sedikit sebanyak menimbulkan pelbagai spekulasi yang kurang enak.

Hai saya Sharifah Sakinah, saya hack telefon Anzalna sebab nak populariti yang tinggi. Hari ini saya pakai lipstik merah, spender merah dan bra merah. Tak sabar nak tunggu orang kutuk.

Ekoran daripada itu, ada segelintir peminat melabelkan Sharifah Sakinah sebagai seorang pelakon yang teruk perangainya.


Persoalannya, adakah Sharifah Sakinah sedar bahawa video seperti bakal mengundang kritikan penonton? Atau, memang berniat nak mencipta populariti murahan semata-mata?

Anda tonton dan nilaikan sendiri.

Husam 'jeles' Nik Amar keluar di TV3...

Posted: 10 May 2013 07:01 AM PDT

Di Kelantan, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mempersoalkan tindakan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah menggunakan media perdana bagi menjelaskan isu penggugurannya sebagai Exco kanan kerajaan negeri itu.

Beliau yang tidak puas hati dengan tindakan Datuk Mohd Amar itu mengarahkan jurukamera TV3 Kelantan menghentikan rakaman dalam satu ceramah yang diadakan malam semalam.

"Tetapi sebentar tadi teman saya Nik Amar keluar tv tadi,pada pendapat saya tak suka gunakan TV3 sebagai saluran,malam ini pun TV3 bercadang nak ambil rakaman ceramah kita malam ini. Saya mintak petugas-petugas nasihatkan TV3 supaya tidak merakam secara langsung kerana pada pendapat saya semua media ini adalah media hantu".

Petugas di ceramah berkenaan kemudian cuba merampas telefon bimbit yang merakam ceramah berkenaan sambil meminta semua visual dipadamkan, namun tidak dilayan.

Datuk Husam yang digugurkan daripada senarai Exco kerajaan negeri, pada 8 Mei lalu melahirkan rasa kecewa kerana tidak dimaklumkan mengenai pelantikan Menteri Besar baharu dan kerajaan baharu.

Beliau turut mendakwa tidak ada mesyuarat dipanggil di peringkat Perhubungan PAS Negeri untuk memutuskan perkara terbabit.

Bagaimanapun semalam Datuk Mohd Amar yang bercakap kepada semua media menafikan kenyataan Husam, sebaliknya menjelaskan mesyuarat diadakan pada 6 Mei lalu di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan tanpa kehadiran Datuk Husam.

Dalam mesyuarat itu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu Datuk Ahmad Yakob menjadi Menteri Besar manakala terpulang kepada beliau melantik pasukan Exco yang boleh bekerja dengannya.

Khalid tak layak, Faekah antara pegawai kanan yang patut digugurkan

Posted: 10 May 2013 06:02 AM PDT

SHAH ALAM: Penolakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar dikatakan berpunca daripada campur tangan pegawai-pegawai Pejabat Menteri Besar terhadap pengurusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan wakil-wakil rakyat Selangor.

Sumber daripada wakil rakyat Selangor memberitahu, wakil rakyat serta anggota PKR sering diperlekehkan pegawai terbabit menyebabkan perjalanan parti terjejas dan pelbagai perancangan yang dibuat tidak dapat dilaksanakan.

"Pegawai tingkat 21, Faekah Husin, Arfah Aziz dan Pentadbir Pemerbadanan Menteri Besar, Rohani Talib sering campur tangan dalam hal parti, bukan sahaja PKR malah DAP dan juga PAS.

"Pelbagai program yang dirancang di peringkat akar umbi terjejas, malah berkubur setengah jalan apabila ketiga-tiga mereka campur tangan dan membuat keputusan tanpa merujuk pada pimpinan parti," katanya kepada Antarapos.

Sumber itu mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang mempertikaikan pemilihan Tan Sri Khalid sebagai menteri besar tanpa merujuk dan berbincang dengan pimpinan parti serta wakil-wakil rakyat pakatan pembangkang.

"Kami menganggap keputusan yang dibuat oleh presiden dan pegawai-pegawai pejabat Khalid sebagai tidak sah dan perlu dirujuk semula kepada pimpinan parti, termasuk timbalan dan wakil-wakil rakyat PKR.

"Kami juga merasakan Khalid tidak layak meneruskan tugas sebagai menteri besar kerana pelbagai masalah gagal diselesaikan menyebabkan PKR hilang satu kerusi dan pertambahan jelas kepada PAS serta DAP," kata sumber itu.

Beliau serta rakan-rakan dalam PKR kesal kerana Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga penasihat ekonomi Selangor, gagal menangani masalah yang ditimbulkan oleh pegawai-pegawai pejabat menteri besar.

Beliau turut mencadangkan pegawai-pegawai terbabit digugur bagi mengelakkan pentadbiran kerajaan Selangor lebih huru hara, selain kepimpinan Khalid yang dianggap sangat lemah dari segi hubungan dengan kakitangan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK).

Khalid dikatakan tidak mesra dengan kakitangan kerajaan dan tidak pernah ke surau SUK walaupun menyandang Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, selepas Datuk Dr Hasan Ali dipecat daripada PAS pada 8 Januari 2012.

Tidak ramai kaum Cina di Malaysia hargai perpaduan

Posted: 10 May 2013 04:01 AM PDT

KUALA LUMPUR – Masyarakat Cina tidak faham pentingnya perpaduan kerana semangat perkauman dalam jiwa mereka masih tebal sejak memasuki Tanah Melayu sehingga hari ini, kata pakar sejarah, Prof. Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.

Beliau menyifatkan pengundi Cina sebagai rasis apabila tidak berusaha untuk memakmurkan semangat masyarakat majmuk yang sentiasa disuarakan oleh pemimpin negara termasuk ketika di bawah penjajahan British.

Beliau menegaskan, situasi itu boleh mendatangkan malapetaka kepada Malaysia suatu hari nanti jika tidak diselesaikan dengan bijak termasuk kemungkinan berlaku pergaduhan kaum.

" Kaum Cina tidak faham tentang semangat perpaduan. Ramai daripada mereka tidak anggap Malaysia sebagai negara sendiri sebaliknya sentiasa merasakan dijajah. Sebab itu semangat perkauman mereka masih tebal.

" Apa yang membimbangkan kita, jika malapetaka itu berlaku, negara terpaksa berdepan dengan kehilangan sumber ekonomi ekoran tiada pelabur yang datang, sekali gus mengakibatkan kemajuan negara terbantut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan pengundi Cina pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang telah mengecewakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila mereka memandang sepi segala usaha pembangunan dan transformasi kerajaan dengan memberikan sokongan kepada parti cauvinis DAP.

Kay Kim berkata, situasi tsunami Cina perlu ditangani dengan bijak dan segera oleh pemimpin negara dengan mengubah satu sistem penyatuan baharu yang tertumpu kepada generasi baharu.

Selain itu, kata beliau, semua pemimpin politik perlu membuang sikap takut hilang pengaruh dalam kalangan komunitinya kerana dibimbangi sikap buruk itu akan menyebabkan berlakunya pergolakan antara kaum.

Sementara itu, budayawan, Dr. Lim Swee Tin berkata, masyarakat Cina Malaysia tidak mampu berpecah daripada orang Melayu dan India kerana kekuatan untuk meneruskan kelangsungan pentadbiran negara memerlukan semangat penyatuan.

Beliau berkata, kaum Cina juga tidak berupaya untuk menangkis niat jahat pihak berkepentingan sama ada dari luar mahupun dalam negara terhadap kesejahteraan Malaysia secara bersendirian tanpa bantuan daripada masyarakat Melayu dan India.

" Saya penuh yakin dengan kemampuan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memulihkan keadaan ini dengan membentuk penyatuan nasional. Kita pernah hadapi situasi cemas seumpama ini, tetapi kerana kebijaksanaan pemimpin-pemimpin negara, maka rakyat kembali bersatu.

" Setiap era pentadbiran mempunyai masalah tersendiri. Dahulu kita tidak yakin pemimpin kita boleh tangani konflik ekonomi dunia dan negara, tetapi kita lihat sendiri kejayaan pemimpin di bawah kerajaan yang sama hari ini berjaya memulihkan keadaan itu dan rakyat kembali memberi kepercayaan," katanya.

Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Tionghua Universiti Malaya, Dr. Thock Ker Pong berkata, perubahan mendadak sokongan pengundi Cina adalah semata-mata kerana janji yang ditawarkan oleh pakatan pembangkang.

Kata beliau, pengundi Cina mengakui keuntungan di sebalik transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), tetapi dalam masa sama mereka berbelah bahagi kerana melihat BN juga tidak bersatu apabila wujud perpisahan antara kaum mengikut komponen.

?Saya juga berasakan BN gagal untuk melihat kepentingan mengutamakan golongan berpendapatan sederhana dalam setiap pemberian yang dilakukan. Ini kerana ramai kaum Cina berada pada kelas pertengahan dan mereka tidak merasai apa-apa daripada transformasi itu," katanya.

Twit 'serang' Anwar, ini jawapan Azmin...

Posted: 10 May 2013 02:01 AM PDT

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali berkata 'tweet' yang dibuatnya sebelum ini bukan bermaksud untuk menyerang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim atau mana-mana pemimpin parti.

Sebaliknya beliau menjelaskan tindakannya itu hanyalah untuk menyatakan pandangan dan kritikan bernas demi kepentingan parti.

"Dalam Keadilan kita diberikan ruang untuk memberikan pandangan dan kritikan bernas.

"Saya bukan menyerang Ketua Umum atau mana-mana pemimpin Parti Keadilan Rakyat...tidak," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR dekat sini, Jumaat.

Menurut Azmin, sebagai timbalan presiden beliau membuat satu kritikan yang jelas dan berasas untuk dirinya sendiri dan pimpinan lain.

Beliau berkata, ia merupakan satu teguran yang didakwa tidak berlaku dalam Umno yang mana pemimpin tidak boleh dikritik.

"Saya tak kritik tanpa asas. Saya kata 'terima keputusan rakyat, mari bermuhasabah, mari kita maju ke hadapan.

"Saya tidak anggap itu satu kesalahan. Sebagai timbalan presiden saya juga bertanggungjawab mengingatkan diri saya dan pimpinan untuk segera turun ke bawah berkerja sekarang dan jangan terlalu banyak berpolitik kerana pilihan raya jauh lagi," katanya.

Beliau mengulas mengenai 'tweet' beliau sebelum ini yang didakwa menggambarkan kekecewaan beliau terhadap Anwar dan pimpinan parti yang membuat bantahan terhadap keputusan pilihan raya.

Beliau telah menulis: "Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal.

Mengulas lanjut Azmin berkata apa yang penting pada masa ini ialah melihat mandat yang diberikan oleh rakyat.

"Mandat telah diberikan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Ayuh kita laksanakan dulu mandat yang telah diberikan oleh rakyat.

"Pada masa yang sama bantahan diteruskan. (Jika) Ada penyelewengan, sebarang bukti yang kita dapat kita kena himpunkan," katanya.

Dalam Twitter miliknya lagi, Azmin turut meminta supaya keputusan rakyat pada PRU-13 diterima.

"Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara.

"Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju ke hadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat.

Parti majoriti kaum Cina digesa bergabung

Posted: 10 May 2013 01:30 AM PDT

KUALA LUMPUR 9 Mei - Empat parti komponen masyarakat Cina di bawah Barisan Nasional (BN) perlu bergabung dalam usaha merangka strategi bagi memenangi semula hati pengundi kaum itu.

Empat parti dimaksudkan adalah MCA, Gerakan, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Liberal Demokratik (LDP).

Presiden Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong (gambar) berkata, langkah itu dapat menjadikan parti untuk masyarakat Cina terus relevan dan boleh menjadi tempat untuk komuniti tersebut berteduh.

''Tidak ada makna lagi setiap parti komponen itu berjuang secara sendirian. Itu kaedah lama. Tukar kepada yang baharu yang lebih segar dan diyakini para pengundi terutama golongan muda.

''Dengan penggabungan itu nanti, saya percaya parti mewakili masyarakat Cina di bawah BN akan menjadi lebih kukuh kerana mengambil kira perbezaaan pendekatan dalam setiap jentera di keempat-empat parti itu,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan pengundi-pengundi Cina pada Pilihan Raya Umum Ke-13 baru-baru ini yang telah mengecewakan Perdana Menteri apabila memandang sepi segala usaha pembangunan dan transformasi kerajaan sebaliknya memberi sokongan kepada parti cauvinis Cina, DAP.

Lum Yong juga mencadangkan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) menubuhkan satu pasukan khas luar daripada parti itu yang terdiri daripada profesional bagi menyusun strategi menarik undi dan mendekati semula masyarakat Tionghua itu.

''Contoh di Pulau Pinang, rakyat di sana benci kepada kumpulan yang berkempen untuk BN. Mereka bersikap sebegitu kerana minda mereka telah dibentuk oleh pemimpin di negeri itu.

''Sehubungan itu, amat wajar satu kumpulan yang tiada kaitan dengan BN diwujudkan, mereka hanya sebagai pemikir untuk kerajaan BN bagi mendekati masyarakat seperti di Pulau Pinang,'' katanya.

Azmin 'sindir' Presiden PKR amal nepotisme?

Posted: 10 May 2013 01:01 AM PDT

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali kesal dengan tindakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membelakangkan aspek ketelusan dalam mengemukakan calon Menteri Besar Selangor kepada pihak istana.

Azmin berkata PKR Selangor telah mengutus surat rasmi mengenai perkara itu kepada Azizah berasaskan perbincangan di antara ketua cabang dan pimpinan PKR negeri.

"Sehingga semalam kami tak tahu surat watikah dihantar oleh presiden kepada istana dan kami tak dapat apa-apa rujukan mengenai hal itu," kata Azmin.

"Itu yang menjadi kebimbangan kami…siapa yang putuskan tentang penghantaran (nama calon MB)," tegas beliau.

"Jelas (aspek ketelusan ini) tidak dipatuhi. Saya dan rakan-rakan tidak mahu amalan nepotisme dalam Keadilan," kata Azmin.

"Sesiapa sahaja boleh dipilih menjadi MB tapi perkara pokok, proses itu mesti telus," tambah beliau pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR.

Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukti Antarabangsa berulang kali menegaskan beliau sanggup menerima sesiapa sebagai menteri besar asalkan prosedur pencalonan itu telus.

"Soal pemilihan calon bukan persoalan peribadi saya sendiri," katanya.

"Siapa juga yang diputuskan oeh parti secara konsensus dan…secara adil dan saksama, kita akan terima," tegas beliau.

Dalam pada itu Azmin mempertahankan tegurannya terhadap Anwar kelmarin kerana enggan mengiktiraf keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) Ahad lalu, sekali gus mendakwa pilihan raya itu dicemari penipuan.

Dalam pesanan Twitternya itu Azmin berkata semua pihak harus menerima keputusan pilihan raya dan bergerak ke depan kerana rakyat sudah bosan dengan asakan politik melampau.

Hari ini Azmin menegaskan beliau berhak menyuarakan pandangan itu.

"Dalam Keadilan, kita boleh tegur pemimpin. Saya tak menyerang atau kritik mana-mana pemimpin Keadilan. Saya kata terima keputusan dan muhasabah. Apakah itu satu kesalahan kepada saya?," ujar Azmin.

Tiada perjanjian MB Selangor wajib dari PKR - Pemuda Pas Negeri

Posted: 10 May 2013 12:31 AM PDT

Tiada perjanjian yang mengatakan kerusi menteri besar Selangor mesti diperuntukkan kepada PKR sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kemenangan di negeri itu, tegas Pemuda PAS negeri.

Justeru Timbalannya Mohd Sany Hamzan meminta beberapa pemimpin PKR negeri, termasuk Azmin Ali tidak melatah serta "mencermin dan sedar diri" sendiri sebelum membuat kenyataan berhubung perkara itu.

"Pemuda PAS negeri Selangor menganggap kenyataan (pemimpin PKR negeri) Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin dan Shuhaimi Shafiei yang menekankan bahawa kerusi MB Selangor adalah kerusi tetap PKR adalah ibarat orang tamak haloba yang tidak sedar diri terhadap kemampuan diri kendiri.

"Mungkin PKR Selangor masih bermimpi yang mereka masih memenangi kerusi DUN Selangor melebihi PAS dan DAP," katanya merujuk kepada keputusan pilihan raya umum ke-13 pada Ahad lalu.

Pakatan berjaya menewaskan BN dengan kemenangan PKR sebanyak 14 kerusi serta PAS dan DAP masing-masing 15 kerusi.

PKR sebelum ini parti dominan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi keadaannya kini berubah, sehingga dispekulasikan rakan Pakatannya dari PAS berminat sama.

Dalam kenyataannya Mohd Sany berkata, Pemuda PAS negeri berharap pimpinan Pakatan Selangor akan menyelesaikan isu pelantikan menteri besar itu dalam masa terdekat dan pihaknya akan menghormati keputusan itu.

Sementara itu, Zuraida yang juga ketua Wanita PKR dilaporkan menggesa PAS dan DAP tidak campur tangan dalam urusan pemilihan menteri besar atau memberikan sokongan kepada pihak tertentu kerana ia akan diputuskan PKR Pusat.

"Saya baca dalam surat khabar yang memaklumkan PAS dan DAP mahu Abdul Khalid sebagai MB. Kemudian (Pesuruhjaya PAS Selangor) Dr Rani (Osman) pula jawab beliau sedia jadi MB. Saya ingat apa hal dengan mereka ni? Dah gila kuasa ke? Dah gila jawatan.

"Sedangkan keputusan belum dibuat. Lagipun ini kerusi PKR kenapa Pas dan DAP yang terlampau ghairah untuk menamakan diri mereka atau menamakan orang itu ini jadi MB? Ini persoalan saya," lapor Sinar Harian yang memetik laporan sebuah portal berita.

Azmin nafi keluar PKR, salahkan UMNO sebar khabar angin

Posted: 09 May 2013 11:31 PM PDT

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali
bakal membuat pendedahan berkaitan dengan parti itu pada
sidang media khas pada pagi Jumaat
PETALING JAYA - Di sebalik desas-desus perebutan jawatan menteri besar dan niatnya untuk meninggalkan parti, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hari ini berkata, ia hanya khabar angin yang direkayasa oleh Barisan Nasional (BN).

"Saya tidak berhasrat untuk letak jawatan dalam parti, jauh sekali letak jawatan ahli Parlimen dan Adun Bukit Antarabangsa," ujar Azmin pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini.

Menurut Azmin, kesetiaannya kepada parti tidak boleh dipertikaikan dan beliau sama sekali tidak akan mengkhianati kepercayaan rakyat kepadanya yang memilih sebagai sebagai Adun Bukit Antarabangsa dan Ahli Parlimen Gombak.

"Saya percaya khabar angin ini dimulakan oleh Umno-BN.

"Dari khabar-khabar angin ini mereka ingin menuduh saya sebagai individu yang tidak bertanggungjawab yang akan meninggalkan parti untuk kepentingan material dan kedudukan politik," katanya lagi.

Sejak 48 jam yang lalu angin bertiup kencang kononnya orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini mahu meninggalkan PKR dan PR.

Menurut sumber parti, ahli politik berusia 48 tahun itu mahu meninggalkan PR kerana didakwa tidak berpuas hati dengan peruntukan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor di kalangan parti dalam PR.

Dipercayai 11 tokoh kanan PR yang dikatakan baru terpilih sebagai ahli Parlimen akan mengikut jejak langkah Azmin.

Ketiadaan Azmin pada perhimpunan "Suara Rakyat Suara Keramat" PR yang dihadiri Anwar di Kelana Jaya, Selangor pada malam kelmarin turut menarik perhatian. Begitu juga mesej tweet pedas Azmin mengenai program itu.

Kelibat Azmin juga tidak kelihatan di majlis kesyukuran sempena kejayaan besar PR terus menguasai Selangor malam tadi sekali gus menguatkan lagi dakwaan pemimpin kanan PKR itu protes.
Bagaimanapun pada sidang media hari ini yang tertangguh hampir sejam, Azmin menyangkal sama sekali dakwaan itu.

Dilihat sebagai sesi sidang media yang agak luar biasa, kelihatan barisan kepimpinan PKR Selangor yang baru dilantik rakyat pada Ahad lalu turut serta.

Mereka tiba kira-kira jam 10 pagi dan berkumpul di luar pejabat PKR.

PAS Bantah Perhimpunan Anjuran Anwar

Posted: 09 May 2013 11:01 PM PDT

Kuala Lumpur – Dewan Ulama PAS tidak menyokong tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perhimpunan untuk membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang memihak kepada Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya ketuanya, Datuk Harun Taib meminta semua pemimpin pakatan pembangkang menerima keputusan rakyat Ahad lalu dengan hati terbuka.

– Berita Harian Online

Gadis ketakutan, Red Bean Army palsukan akaun FB hina Ustaz Azizan

Posted: 09 May 2013 10:35 PM PDT

Kuala Lumpur: Seorang wanita hidup dalam ketakutan selepas menerima ugutan bunuh orang ramai apabila fotonya dipercayai digunakan 'cybertrooper' dari negara jiran yang memalsukan akaun laman Facebook (FB) mencerca bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang kini dirawat di hospital di Pulau Pinang seterusnya membangkitkan kemarahan orang ramai.

Foto Nor Amalina Nawi, 24, bersama temannya dimuat naik pada 13 Ogos 2012 dan dijadikan foto paparan utama FB didaftarkan dengan nama Lynn Rosmizan yang mencerca Azizan dengan kata-kata kesat selain banyak memaparkan bahan tulisan, foto dan video mengutuk pemimpin dan parti pembangkang dipercayai bertujuan mencetuskan kemarahan masyarakat dan melaga-lagakan penyokong kerajaan dan pembangkang.

Terdapat dua laman FB disyaki palsu menggunakan nama Lynn Rosmizan dengan kedua-duanya menggunakan foto Nor Amalina sebagai gambar profil didaftarkan di Singapura iaitu di Pasir Ris dan Woodlands pada Ogos dan Disember lalu.

Bagaimanapun, cubaan mengakses laman FB Lynn Rosmizan yang didaftarkan di Pasir Ris itu malam tadi gagal selepas dipercayai sudah dipadamkan pemiliknya. Sebuah lagi akaun FB Lynn Rosmizan yang tidak membicarakan hal politik dan didaftar di Woodlands pada 13 Disember 2012 masih wujud.

Nor Amalina berkata, dia dimaklumkan rakannya, kelmarin melalui satu pesanan ringkas memberitahu namanya kini sedang hangat diperkatakan di laman FB itu.

"Saya terus membuka Facebook dinyatakan dan terkejut gambar digunakan itu adalah saya bersama kawan lelaki saya, tapi ia menggunakan nama individu lain.

"Facebook itu menerima kecaman hebat daripada lebih 700 pengguna (kini lebih 1,000 komentar) yang rata-ratanya tidak berpuas hati dan mengugut mahu membunuh sekiranya dapat mengesan saya," katanya.

Mymetro

Wayang Azmin Ali adalah biasa untuk 'anak derhaka' sepertinya....

Posted: 09 May 2013 08:01 PM PDT

Kecohlah kononnya Azmin Ali akan menderhaka kepada Anwar Ibrahim. Kononnya kerana gagal mendapat jawatan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali bersama-sama 11 orang ADUN PKR Selangor akan mengisytiharkan keluar parti.

Desas-desus itu cukup menghiburkan terutama selepas TWITTER Azmin Ali 'menegur' Anwar Ibrahim menjadi antara bahan siaran yang popular sepanjang dua hari ini. Lebih menarik lagi ialah apabila pecacai-pecacai Pakatan Rakyat sendiri membuat teori kononnya Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin akan keluar dari PKR bersama-sama 11 orang ADUN PKR Selangor yang lain.

Namun bagi yang berfikiran waras, tindakan keluar parti, tidak mungkin akan dilakukan oleh Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin, apatah lagi ADUN-ADUN PKR Selangor. Walaupun mereka mungkin sedar bahawa mereka adalah pemain kuasa utama di Selangor, namun dengan kelebihan yang ada pada mereka sekarang, keluar parti bererti membunuh segala peluang yang terhidang di hadapan mata.

Tidak mungkin tindakan keluar parti akan diumumkan oleh Azmin Ali kerana sidang media berkenaan akan dibuat di Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya walaupun program asalnya sepatutnya dilangsungkan di Hotel De Palma, Ampang.

Mana mungkin mereka yang hendak keluar parti akan membuat pengumuman di Ibu Pejabat parti sendiri?

Kecualilah kalau Azmin Ali dan gerombolannya sudah menyediakan ruang untuk 'merampas' Ibu Pejabat tersebut dan dengan pengumuman keluar parti, Ibu Pejabat parti itu akan mereka miliki secara total.

Memang mustahil!

Drama dan lakonan para pemimpin PKR, memang sangat hebat. Kalau Ketua Umumnya sendiri pun seorang pelakon yang sangat hebat dan tidak dapat ditandingi oleh pelakon Hollywood, tentulah orang paling kanannya pun mempunyai mutu lakonan yang tidak kurang hebatnya.

Di Selangor, perebutan kuasa dan jawatan Menteri Besar mendominasi Pakatan Rakyat. PAS telah menghantar dua nama iaitu Shaari Sungip dan Rani Osman untuk jawatan tersebut memandangkan PAS mempunyai 15 Kerusi DUN. Sedangkan PKR pula turut menghantar dua nama iaitu Khalid Ibrahim dan Azmin Ali walaupun PKR hanya memperolehi 14 Kerusi DUN. DAP yang memiliki 15 Kerusi DUN, tidak boleh berbuat apa-apa kerana kesemua mereka adalah CINA dan BUKAN ISLAM.

DAP awal-awal lagi telah menyuarakan sokongan kepada Khalid Ibrahim. PAS pula dalam terpaksa, turut memberikan perakuan akan menyokong Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar. Ditambah pula dengan amaran daripada Zuraidah Kamaruddin yang menyatakan bahawa kerusi Menteri Besar Selangor adalah milik PKR, PAS kelihatan terlalu kecut dan langsung tidak berani memanggung kepala berhadapan dengan pendatang dari Indonesia yang berjaya menempatkan dirinya sebagai penggubal undang-undang negara Malaysia.

Ramai yang menjangkakan, Azmin Ali sebenarnya cuba menunjukkan kekuatannya kepada Khalid Ibrahim dan Anwar Ibrahim. Azmin Ali mahu menunjukkan bahawa sekiranya dia mengarahkan ADUN-ADUN PKR Selangor bertindak, mereka akan patuh kepada segala perintahnya.

Dek kerana itulah Azmin Ali akan mengumpulkan kekuatannya, kemudian menzahirkan sokongan kepada Khalid Ibrahim. Dengan kata lain, dalam pada dia menyokong, dia turut memberi amaran kepada Khalid bahawa kumpulannya jangan dipinggirkan sama sekali. Khalid Ibrahim tidak boleh tunduk semata-mata kepada DAP dan mengenepikan kumpulan Azmin Ali sebagaimana yang dilakukannya pada penggal yang lalu.

Tiada yang luar biasa sebenarnya yang akan berlaku dengan lakonan serta drama terbaru Azmin Ali. Anak derhaka sepertinya sentiasa cuba mendapatkan perhatian yang luar biasa. Dia telah berjaya setidak-tidaknya untuk membuatkan ramai yang berkalih pandang kepadanya. Setidak-tidaknya untuk memberitahu bahawa Azmin Ali masih lagi wujud dalam politik PKR dan pada bila-bila masa sahaja bersedia untuk mengaum dan menggigit sesiapa sahaja yang cuba menghalang matlamat dan cita-citanya!

Mykmu.net

Takut nyatakan hak, PAS Selangor khianati harapan pengundi

Posted: 09 May 2013 07:01 PM PDT

SHAH ALAM – Pas Selangor seolah-olah mengkhianati harapan pengundi parti itu yang mahu melihat jawatan Menteri Besar Selangor dilantik dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas apabila ia merelakan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengisi jawatan tersebut.

Keputusan itu sekali gus menunjukkan seolah-olah Pas takut dengan rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat. Pas tidak berani memperjuangkan hak bagi merebut jawatan nombor satu dalam pentadbiran negeri biarpun menguasai sebanyak 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 14 yang dimiliki PKR.

Pesuruhjaya Pas negeri, Dr. Abd. Rani Osman memberi alasan bahawa keputusan tersebut dibuat berdasarkan semangat setiakawan apabila Pas telah menjadi Menteri Besar di Kelantan dan DAP di Pulau Pinang, manakala PKR sewajarnya mentadbir Selangor.

"Dengan keputusan muktamad ini, tiada lagi spekulasi calon Menteri Besar dalam kalangan ADUN Pas, dan selepas ini mungkin timbul tanda tanya menjurus kepada siapa calon yang akan mengisi jawatan itu daripada PKR," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Ketika ditanya sama ada Pas menerima tentangan daripada rakan sekutunya iaitu PKR dan DAP untuk meletakkan calonnya bagi mengisi jawatan Menteri Besar Selangor, Abd. Rani menolak tanggapan tersebut.

Ketika ini, ADUN Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR disebut-sebut untuk mengekalkan jawatannya selaku Menteri Besar Selangor, namun Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali turut mengenakan tekanan dalam persaingan merebut jawatan tersebut.

Mohamed Azmin dijadual mengadakan sidang akhbar di Hotel De Palma, Ampang hari ini bagi menghuraikan segala persoalan yang ditimbulkan itu.

Sementara itu, seorang aktivis Pas, Norman Toha pula berkata, seluruh pengundi Pas di Selangor masih menaruh harapan agar calon daripada Pas dapat menjadi Menteri Besar dan tidak mempersia-siakan pengorbanan mereka memberi undi besar kepada Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13 Ahad lalu.

Katanya, sebahagian pemimpin kanan Pas juga berharap namun mereka takut untuk menyuarakan pandangan secara terbuka berhubung perkara berkenaan.

"Tuntutan jawatan Menteri Besar ini wajar kerana dalam tempoh lima tahun sejak 2008, Pas telah dikritik hebat apabila gagal melakukan sesuatu untuk menangani isu membabitkan masalah umat Islam di Selangor dalam keadaan parti itu hanya mempunyai lapan kerusi DUN," ujarnya.

Pada PRU-13 lalu, Pas menguasai 15 kerusi DUN berbanding PKR yang memperoleh 14 kerusi, manakala DAP memenangi jumlah kerusi yang sama seperti Pas.

Sejak itu, jawatan Menteri Besar dilaporkan menjadi perebutan apabila ADUN daripada Pas dilihat oleh banyak pihak lebih layak menyandang jawatan tersebut berbanding PKR.

'Team Azmin' mula serang Khalid, dakwa tidak penuhi kriteria MB

Posted: 09 May 2013 06:01 PM PDT

SHAH ALAM: Ahli Parlimen PKR Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berpendapat calon Menteri Besar Selangor perlu mempunyai kriteria pemimpin yang 'berpegang kepada janji' selain menjiwai politik.

Katanya, kedua-dua elemen berkenaan akan menentukan halatuju pakatan pembangkang di Selangor untuk lima tahun akan datang demi rakyat yang telah memilih pada pilihan raya umum, 5 Mei lalu.

Justeru beliau berkata Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali adalah individu yang paling layak untuk menjawat jawatan berkenaan berbanding Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sering dikaitkan dengan kegagalan menunaikan manifesto pembangkang di Selangor penggal lalu.

PKR Selangor sebelum ini dilaporkan membidas Khalid yang mengabaikan peranan politik parti walhal kemenangan parti pembangkang telah membuka laluan untuk beliau menjadi Menteri Besar Selangor selama lima tahun.

"Azmin (layak jadi MB). Kalau boleh biarlah orang yang ada jiwanya kepada rakyat. Untuk memberikan lebih baik daripada apa yang ada hari ini," kata beliau kepada Antarapos.

"Saya cenderung kepada pemimpin yang menjiwai politik, yang jaga rakyat, kepentingan rakyat. Apa yang dikata apa yang nak diberi, dia bagi. Macam (janji pemberian) tanah. Tak nak kejap cakap ya kejap cakap tidak. Kita tak suka macam itu. Sebab kita nak berbakti kepada rakyat," katanya.

Sumber PKR memberitahu Antarapos bahawa Azmin dan Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin bersedia untuk melepaskan jawatan masing-masing dalam parti jika Khalid dilantik sebagai menteri besar.

Menurut sumber itu lagi, kata dua berkenaan diberikan oleh Azmin dalam mesyuarat bersama Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cenderung untuk melantik Khalid semula bagi mengisi jawatan berkenaan walaupun PKR hanya menang 14 kerusi berbanding PAS dan DAP masing-masing 15 kerusi.

"Jika ini berlaku (Khalid dipilih), Azmin sedia meletakkan jawatannya sebagai pengerusi dan akan diikuti timbalannya Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR pusat," kata sumber itu.

PAS dan DAP Selangor masing-masing bersetuju agar Khalid terus mengepalai Selangor untuk penggal kedua.

Abdullah kemudian menjelaskan pelantikan Khalid akan memberi gambaran negatif terhadap kepimpinan pembangkang di Selangor yang gagal menampilkan seorang pemimpin yang berupaya menerajui negeri dengan baik dalam tempoh 5 tahun akan datang.

"Kalau kita berfikir (hanya untuk) hari ini, saya rasa kita tak matang. Kita kena fikir untuk 5 tahun akan datang. Proses gerakan, jentera, kekuatan dan rakyatnya diberi keutamaan, hak dan pelbagainya. Supaya rakyat nampak apa yang kita cakap itu (sebab) kita berfikir," tambah beliau lagi.

Pada penggal lalu, Selangor merupakan negeri pertama yang disaman rakyatnya sendiri apabila gagal melaksanakan dasar yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

Antaranya melibatkan isu pemberian air percuma, bantuan kepada ibu tunggal, warga emas dan ibu bapa kepada pelajar tadika. Kerajaan negeri juga gagal dalam menyelesaikan beberapa masalah berkaitan tanah dan projek rumah mampu milik kepada rakyat.

Abdullah juga memberitahu, pucuk pimpinan parti akan mengadakan pertemuan hari ini bagi membincangkan siapa yang layak menggantikan Khalid.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>