bERANIKAN hATI |
KETIADAAN WAKIL MCA DALAM KERAJAAN DAN WAJAH POLITIK BARU Posted: 10 May 2013 08:46 AM PDT Prof. Khoo Kay Kim Lee Lam Thye 1. Dato' Safuddin Abdullah konon membawa politik baru, akhirnya kecundang dan tercampak dipenjuru PRU13 yang baru lalu. Makna politik baru yang Dato' Saifuddin maksudkan itu mungkin berbeza sama sekali dengan kehendak masyarakat kita. Mungkinkah beliau mendepani zaman atau sebenarnya beliau disisih zaman. Tidak mengapa, kita terpaksa tinggalkan Dato' Saifuddin dengan idea politik barunya di Temerloh yang tewas kepada Nasruddin Hassan (Tantawi) (Pas) yang bukan pun anak tempatan. 2. Kemerosotan undi calon-calon MCA dalam PRU kali ini dianggap sebagai gelombang 'tsunami cina' oleh sesetengah pemikir politik (bukan Pemikir Politik Jerantut). Itu dianggap sebagai manifestasi kaum cina yang sudah hilang kepercayaan kepada MCA sebagai parti komponen dalam BN justeru berubahnya sokongan mereka kepada DAP. Akibat dari itu, MCA yang nyata sangat kecewa terhadap kaum cina yang enggan menyokong mereka telah mengumumkan untuk tidak akan menerima sebarang perlantikan sebagai menteri dan apa-apa jawatan dalam kerajaan negeri dan kerajaan tempatan. 3. Sama ada ini mainan politik MCA yang berkemungkinan ada hubungan sulit dengan DAP atau mereka benar-benar ingin menghukum kaum cina kerana tidak menyokong mereka, namun yang jelas akan berlaku 'lompong' hubungan diantara rakyat dari kaum cina dengan kerajaan yang memerintah. Kaum cina tidak ada wakil yang mewakili mereka dalam menyambung suara rakyat dan ini bukanlah satu perkara yang baik untuk negara berbilang kaum seperti Malaysia ini yang perlukan wakil penyambung lidah rakyat dalam melaksanakan sebarang agenda bagi pembangunan. 4. Jika MCA enggan mewakili kaum cina dalam kerajaan kenapa tidak BN mendapatkan kalangan profesional yang berkelayakan dari kalangan NGO untuk mewakili mereka? Saya tertarik dengan tulisan diblog 'Ipoh Malay' (Klik) yang mencadangkan 2 nama iaitu Lee Lam Thye (Klik) dan Khoo Kay Kim (Klik). Saya melihat mereka adalah lebih jelas memberikan gambaran tepat kaum cina sebagaimana yang DS Najib inginkan dalam gagasan 1Malaysianya kerana kedua-dua mereka itu dilihat sebagai cina Malaysia yang tulin. Lee Lam Thye adalah bekas Ahli Parlimen DAP suatu masa dulu sementara Khoo Kay Kim adalah professor universiti yang rapat dengan bahasa dan budaya melayu. Kedua mereka adalah aktivis sosial yang disenangi oleh semua kaum di Malaysia. 5. Kerajaan BN di negeri-negeri serta kerajaan tempatan harus mendapatkan lebih ramai Lee Lam Thye dan Khoo Kay Kim bagi mewakili kaum cina sebagai penyambung suara rakyat. Jika ini dapat kita lakukan, maka tidak akan ada lagi 'kelompongan' hubungan diantara rakyat dengan kerajaan BN yang memerintah. BN harus menerima hakikat bahawa sehingga PRU14 nanti BN akan mengharunginya tanpa bersama MCA yang sedang 'bermuhasabah' diri. 6. Kehadiran Lee Lam Thye-Lee Lam Thye dan Khoo Kay Kim-Khoo Kay Kim ke dalam politik dan pentadbiran negara adalah sebenarnya wajah politik baru yang rakyat inginkan yang selaras dengan konsep 1Malaysia sebagaimana yang DS Najib bawa dan perjuangkan selama ini. Yang lebih penting Lee Lam Thye dan Khoo Kay Kim adalah cina yang bukan rasis seperti Lim Kit Siang 'and the gang' yang bakal merosakan perpaduan kaum di negara kita yang selama ini harmoni. |
PAHANG KEKAL MB LAMA, DENGAN HARAPAN BARU Posted: 09 May 2013 06:46 PM PDT 1. Petang semalam, berlangsung di Istana Abu Bakar di Pekan, DSD Adnan Yaakob menandatangani dan mengangkat sumpah sebagai MB Pahang bagi kali ke-4 2. Hari ini khabarnya exco kerajaan negeri yang dilantik akan mengangkat sumpah dihadapan KDYMM Sultan. Menurut sumber, Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin akan dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar, satu jawatan yang dikosongkan pada penggal lalu. 3. Apapun kali ini kerajaan negeri mesti melakukan sesuatu bagi mengembalikan sokongan rakyat kepada BN. Menambat hati kaum Cina namun dalam masa sama tidak menguris hati orang-orang Melayu sendiri.. Kita percaya tugas berat berada dihadapan dan dibahu MB. Kami penyokong UMNO BN akan sentiasa berdiri teguh dibelakang dan memberikan sokongan dan bantuan kepada MB dalam menjayakan visi dan misinya. 4. Kita yakin perlantikannya sekali lagi adalah untuk menyelesaikan dan menyempurnakan segala urusan yang tertunggak dan belum selesai. Masih banyak yang perlu beliau lakukan menjelang PRU14 nanti. Kejayaan BN mempertahankan Pahang adalah bergantung kepada apa yang beliau lakukan hari ini. Memang segalanya sulit dan rumit, bagai menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus dan tepung jangan berselerak. Rakyat terutama orang-orang Melayu menaruh harapan yang sangat tinggi kali ini, jika mereka dikecewakan tidak mustahil mereka akan berpaling kearah lain. 5. Apapun, agenda nasional adalah Orang Melayu mesti kembali dan bersatu, bagai biduk lalu kiambang bertaut sama ada atas dasar kebangsaan mahupun atas dasar Islam. Hanya bersatu akan membuatkan kita terus teguh bagi menjamin masa depan anak cucu dan generasi akan datang akan terus terbela. Segalanya adalah dibahu para pemimpin kita. Jawatan adalah tanggungjawab dan bukannya hak dan warisan. |
You are subscribed to email updates from bERANIKAN hATI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |