Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Gambar) Ouch! Puting payudara pelakon sinteron terkenal terlihat..

Posted: 05 Jan 2013 11:30 AM PST

Kecoh lagi di Indonesia dengan sekeping foto peribadi celebriti terkenal mereka.

Kali ini, pelakon sinetron, Velove Vexia pula menjadi topik perbincangan. Semuanya kerana sebuah portal online telah memuatnaik gambar pelakon sinetron Olivia ini ketika puting payudaranya terlihat. Bahkan, kawasan sensitif tersebut di 'blurkan'.

Melalui akaun twitternya, @Vaelovexia, pelakon ini menafikannya.

"Warna coklat itu adalah bagian dari corak baju renang yg sya pakai didlmnya dengan perspektif berbeda bisa mengarah ke hal lain :)" tulisnya pada Jumat, (4/1), malam.

Dalam foto yang dimuatnaik di akaun twitter Yasmine Wildblood itu, kelihatan Velove sedang beraksi bersama Yasmine, Glen Alinske dan Fero Waladoum di dalam sebuah kereta.
Dipercayai foto berkenaan diambil ketika mereka dalam perjalanan ke Gili Tarawangan untuk tujuan pengambaran drama Asmata yang ditayangkan di RCTI tahun lepas.

ATM julang Piala Sumbangsih

Posted: 05 Jan 2013 07:15 AM PST

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) berjaya menjulang Piala Sumbangsih apabila menewaskan Kelantan menerusi sepakan penalti 4-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada 90 minit perlawanan.

Kemenangan itu dilihat manis buat ATM yang kalah kepada Kelantan pada final Piala Malaysia dua bulan lalu. Ini kali pertama ATM menjulang Piala Sumbangsih yang diperkenalkan pada tahun 1985.

Kalimah Allah: Mujahid Rawa setuju, JMPP mahu penjelasan

Posted: 05 Jan 2013 05:45 AM PST

GEORGETOWN - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa didakwa pernah bersetuju agar penganut agama lain turut menggunakan kalimah ALLAH.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu didakwa mengeluarkan kenyataan itu ketika mengadakan dialog dengan penganut Kristian di sebuah gereja di negeri ini kira-kira dua tahun lalu.

Penyelaras Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin mendakwa mempunyai bukti dalam bentuk video mengenai kenyataan itu yang diperolehnya beberapa hari lalu daripada pihak yang tidak dikenali.

Beliau berkata, berdasarkan rakaman video itu, dia ada menyebut: "saya secara peribadi bersetuju kalimah ALLAH digunakan oleh penganut agama lain".

"Saya kesal dan kecewa dengan kenyataan itu yang memperkecilkan kalimah ALLAH ketika berdepan dengan penganut agama lain.

"Sepatutnya beliau berdakwah untuk menegakkan syariat Islam ketika bertemu dengan penganut agama lain dan bukan mengia atau menyokong kehendak mereka," katanya kepada media selepas mengadakan bantahan secara aman di depan Masjid Kapitan Keling selepas Solat Jumaat di sini semalam.

Sehubungan itu, Mohamed Hafiz yang juga bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, meminta pemimpin dari Perak itu memberi penjelasan mengenai isu itu atau menafikannya jika menganggap kenyataannya itu tidak benar.

"Sama ada dia mengakui atau menafikan kenyataan itu, saya akan mendedahkan bukti itu dalam sedikit masa lagi. Memandangkan saya hanya mempunyai satu salinan, mungkin saya akan menyerahkannya kepada TV3 agar orang ramai dapat menontonnya sendiri," katanya.

Menurutnya, sebagai seorang pemimpin Pas peringkat Pusat, dia tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti selama ini.

"Semua pemimpin Pas Pusat jelas menyebut kalimah ALLAH hanya boleh digunakan oleh umat Islam," katanya.

Serentak itu, beliau turut membidas tindakan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Salleh Man kerana begitu pantas memberi kenyataan kepada portal pro pembangkang menafikan pembabitan Pas dalam bantahan yang diadakan oleh JMPP dua minggu lalu di Masjid Simpang Enam dan Komtar.

"Kenapa beliau begitu cepat mengeluarkan kenyataan untuk menafikan Pas terlibat sedangkan ramai ahli Pas yang hadir dalam bantahan itu. Tindakannya itu seolah-olah bersetuju dengan kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP agar membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu.

"Janganlah kerana nak jaga kedudukan dan jawatan dalam politik, kita menggadaikan maruah dan agama kepada orang bukan Islam," katanya.

Serentak itu, Mohamed Hafiz melancarkan skuad untuk mengesan di mana Ketua Menteri berada setiap hari untuk membolehkan pihaknya bersemuka dengannya dan menyerahkan memorandum kerana selama ini Lim Guan Eng mengelak bertemu mereka.

Selain itu, JMPP melancarkan kempen mengutip tanda tangan membantah kenyataan Setiausaha Agung DAP itu mengenai penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Saham Felda: Kenyataan Anwar menghasut, kata TPM

Posted: 05 Jan 2013 05:15 AM PST

Muhyiddin Yassin bersalaman dengan warga Proton semasa
melawat kilang Proton di Proton City, hari ini.
- Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya mencampuri urusan perniagaan dengan membuat kenyataan politik yang boleh menjejaskan syarikat awam, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, Anwar perlu tahu bahawa kenyataan yang telah dibuatnya akan mempengaruhi sentimen pelabur dan mungkin akan menyebabkan saham syarikat tersebut terus menjunam.

Anwar baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) akan menjadi lebih rendah jika tidak kerana campur tangan beberapa institusi, termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Bekas menteri kewangan itu mendakwa harga saham FGV pada RM4.62 adalah kerana campur tangan dalam bentuk pembelian oleh KWSP, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dan institusi-institusi lain.

Semasa diminta mengulas mengenai isu berkenaan, Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno berpendapat Anwar sebenarnya iri hati dengan penyenaraian saham FGV dan ingin mempolitikkan isu tersebut serta berharap agar harganya terus jatuh.

"Saya tidak pasti sama ada Suruhanjaya Sekuriti (SC) atau Bursa Malaysia boleh mengenakan tindakan terhadap Anwar kerana mengeluarkan kenyataan yang bertujuan menghasut," kata beliau kepada pemberita selepas melawat Proton City di Tanjung Malim, Perak, hari ini.

Dalam satu kenyataan berasingan, Kementerian Perusahan Perladangan dan Komoditi berkata ia akan terus memantau arah aliran harga sawit dan getah bagi memastikan paras harga kedua-dua komoditi ini tidak menjejaskan pendapatan para pengusaha tanaman terutamanya pekebun kecil.

"Pada harga minyak sawit mentah (MSM) sebanyak RM2,200 setan metrik, pendapatan purata bagi setiap tan buah tandan segar (FFB) yang dihasilkan adalah RM440 setan metrik.

"Dengan mengambil kira kos pengeluaran setan metrik FFB antara RM200 hingga RM250, pengusaha sawit masih meraih pendapatan kasar antara RM190 hingga RM240 setan metrik FFB," katanya.

Menurut kementerian itu, pendapatan bersih pengusaha sawit, selepas ditolak dengan kos-kos lain, adalah antara RM150 dan RM200 setan metrik FFB.

"Kerajaan akan terus memantau trend harga komoditi sawit dan getah dengan mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan harga pasaran masih berada di paras stabil," katanya. - Bernama

Pemuda Pas: Tidak ada fatwa berkait Amanat Hadi

Posted: 05 Jan 2013 04:44 AM PST

KUALA LUMPUR – Pemuda Pas mendakwa Majlis Fatwa Kebangsaan dijadikan 'kambing hitam' oleh kerajaan untuk membatalkan hasrat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberikan penjelasan mengenai Amanat Haji Hadi yang kembali muncul polemik.

Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, kerajaan menggunakan Majlis Fatwa Kebangsaan dengan mengatakan bahawa badan itu telah memfatwakan Amanat Haji Hadi sebagai pandangan sesat dan bercanggah dengan Islam.

"Satu pembohongan. Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa berkait dengan isu amanat ini. Kalau ada tindakan daripada kerajaan menganggap amanat tidak betul, mengapa tidak bertindak sebelum ini.

"Mereka membenarkan perkara ini berlarutan sehingga 30 tahun dan kini ia ditimbulkan semula," katanya pada sidang media, hari ini.

Beberapa hari lalu, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan memutuskan tidak akan menyiarkan forum yang membincangkan Amanat Haji Hadi menerusi RTM.

Rais dilaporkan berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan turut memutuskan amanat itu bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan agama serta prinsip dakwah Islamiah.

Beliau berkata, perkara itu ditimbulkan semula kerana politik terdesak, ketandusan isu dan di kitar semula untuk menutup skandal, pendedahan penyelewengan pihak kerajaan bagi mengaburi mata masyarakat.

"Isu ini berlaku 30 tahun lalu dan pernah cuba diselesaikan melalui proses muzakarah tetapi dibatalkan pada beberapa tahun lepas.

"Apabila menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Umno dan Barisan Nasional (BN) ketandusan isu, terpaksa kitar semula isu 30 tahun lalu," kata Nasrudin.

Nasrudin juga mempersoalkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang tidak pernah mengeluarkan isu tersebut dan tidak bertindak jika Amanat Hadi tidak betul.

Silap kira undi: Integeriti DAP dipersoal

Posted: 05 Jan 2013 03:32 AM PST

TANJUNG MALIM - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kesilapan pengiraan undi ketika pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP bulan lepas tidak harus dianggap kecil kerana ia melibatkan soal integriti sebuah parti yang mendakwa mereka telus dan adil.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP perlu memperjelaskan apakah tindakan meminda keputusan itu, sekali gus mengembalikan wakil Melayu dalam CEC itu, disebabkan agenda tertentu dalam kalangan pemimpin parti itu.

"Walaupun ini mungkin perkara kecil tapi implikasinya amat besar, banyak orang boleh mempertikaikan integriti, kewibawaan serta ketelusan yang diperjuangkan DAP di mana Guan Eng kena jawab dan jelaskan.

"Mungkin ada agenda lain dalam DAP... mungkin, saya tak mahu nak tuduh tapi dalam banyak calon Melayu yang bertanding ini pula yang menang," katanya merujuk kepada Zairil Khir Johari yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, kini menduduki kedudukan 20, sekali gus terpilih sebagai anggota CEC.

Bercakap pada sidang media selepas menghadiri majlis makan tengahari bersama tenaga kerja Proton di Proton City di sini, hari ini, Muhyiddin berkata pindaan dan kiraan semula undi selepas sekian lama pemilihan berlalu adalah sesuatu yang aneh dan luar biasa, seolah-olah ada pihak yang mengarahkan ia dilakukan.

Beliau berkata, senario terkini dalam DAP itu membuatkan ramai pihak tertawa sambil mempersoalkan bagaimana tindakan DAP yang pernah mempertikaikan ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai tidak telus kini terkena diri sendiri.

"Kini banyak yang orang persoalkan adalah adakah sistem pemilihan DAP itu telus dan adil, kalau yang satu itu boleh begitu, mungkinkah orang tidak pertikaikan semua 20 orang yang terpilih juga mungkin dengan sebab-sebab yang lain dan kerana itu ada pihak mengatakan pemilihan perlu diadakan semula.

"Saya bukan ahli DAP, saya tidak ada hak tetapi saya melihat bahawa kalau kita fikir DAP parti yang benar-benar adil dan telus, apa yang berlaku kini adalah gambaran sebenarnya parti itu," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata rakyat kini boleh menilai ketelusan DAP memperjuangkan integriti kerana jika perkara serupa dilakukan Umno, sudah tentu ia akan dijaja ke serata dunia.

Berbanding DAP, Umno sama sekali tidak akan melakukan pengiraan semula undi jika keputusan telah diumumkan dan penjumlahan semula undi hanya boleh berlaku pada hari pengiraan undi, sama seperti mana proses yang diamalkan dalam sebuah pilihan raya, katanya.

Semalam, sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan DAP mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan undi semasa pemilihan jawatan CEC yang diumum 15 Disember lepas, dan menerusi keputusan yang dipinda itu, Zairil yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, kini menduduki kedudukan 20.

Vincent Wu, yang pada mulanya mendapat tempat keenam dengan 1,202 undi, jatuh ke tempat ke-26 kerana parti itu mendakwa beliau sebenarnya hanya meraih 669 undi.

Berhubung peluang BN untuk terus memerintah Perak, Muhyiddin berkata beliau yakin kerajaan sedia ada akan terus kekal disokong berdasarkan status terkini sokongan rakyat yang bertambah baik.

Sambil meminta semua wakil rakyat BN dan seluruh jentera parti memberi tumpuan pada kawasan tertentu yang dikuasai pembangkang yang berpotensi untuk menang, Timbalan Presiden Umno itu juga mahu sokongan di kawasan yang dimenangi terus ditingkatkan untuk kelangsungan pemerintahan BN di negeri itu.

Beliau juga mengarahkan pegawai kerajaan negeri dan ahli perniagaan yang terlibat dalam parti supaya memberikan 70 peratus daripada aktiviti harian mereka kepada memastikan sokongan kepada parti terus meningkat.

Muhyiddin berkata, segala isu tempatan yang melibatkan percanggahan kepentingan sesama komponen parti perlu diselesaikan segera dan terus mewujudkan hubungan lebih kukuh sesama mereka.

"Saya tetapkan ia mesti lebih mantap dan jangan timbulkan masalah dengan membuat isu-isu baharu kerana kita tahu cabaran kali ini lebih besar, kita tidak boleh ambil mudah tentang situasi yang sebenar yang berlaku di bawah," katanya mengulas perjumpaan tertutup beliau bersama pemimpin komponen BN negeri yang berlangsung sebelum itu.

Mesyuarat tertutup kira-kira dua jam di Kompleks Sukan Proton City itu dihadiri Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Pengerusi BN negeri Datuk Seri Zambry Abd Kadir, timbalannya Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Timbalan Pengerusi MCA Perak Datuk Seri Kong Cho Ha, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel, Pengerusi Gerakan Negeri Datuk Seri Chang Ko Youn dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M. Kayveas. - Bernama

Karpal: Kesilapan amat memalukan!

Posted: 05 Jan 2013 02:59 AM PST

GEORGETOWN - Kesilapan pengiraan undi dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP bulan lalu satu perkembangan yang memalukan, kata Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh.

Bagaimanapun beliau menyifatkan ia kesilapan manusia yang tidak disengajakan.

Beliau berkata, DAP mengambil pendirian untuk menjelaskan kesilapan itu bagi menunjukkan partinya telus sambil menafikan ia bertujuan memasukan ahli Melayu dalam pimpinan tertingginya.

"Ini kesilapan pertama dalam sejarah DAP dan ia tidak boleh dielakkan tapi boleh diperjelaskan.

"Saya menafikan bahawa ini cara untuk memasukkan ahli Melayu dalam DAP tetapi apa yang terjadi dan kenyataannya, Zairil Khir Johari mendapat 803 undi dan melayakkan dia berada dalam kelompok 20 undi tertinggi," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Diminta mengulas peletakan jawatan Pengarah Pemilihan DAP, Pooi Weng Keong, Karpal berkata, tidak ada sebab untuk beliau berbuat demikian kerana kesilapan itu boleh dimaafkan dan harus dimaafkan.

"Ingin saya tegaskan kesalahan yang berlaku dalam pengiraan adalah tidak disengajakan. Jadi tidak ada sebab yang mencukupi untuk dia mengambil tindakan berkenaan (meletakkan jawatan).

"Saya merayu kepadanya untuk menarik balik peletakan jawatan itu," katanya.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan peletakan jawatan Weng Keong dan menjelaskan tindakannya itu adalah atas dasar tanggungjawab akibat kesilapan yang berlaku.

Artis bertudung selamba tanggal baju bercoli ketika sesi fotografi

Posted: 04 Jan 2013 10:31 PM PST

Gambar hiasan
HAMPIR setiap hari SS dengar artis berhijrah sama ada wanita mahu pun lelaki. Baguslah apabila mereka semakin menyedari tanggungjawab terhadap Allah s.w.t.

Bercakap soal hijrah ini, SS harap mereka faham erti penghijrahan dan bukan sekadar mengikut keperluan untuk berfesyen. Ini kerana SS tengok sekarang fesyen Muslimah semakin berkembang sebagaimana fesyen moden yang lain.

Cara dan gaya bertudung juga jauh beza, ada yang berbelit di leher, fesyen turban, berenda, beropol, memakai tudung tiga empat lapis dengan jalinan pelbagai warna serta banyak lagi gaya bertudung yang menjadi gaya terkini.

Baru-baru ini, SS berjumpa seorang pereka fesyen yang juga kenalan lama SS sejak belajar di kolej lagi. Dia meluahkan rasa yang terpendam di hati apabila melihatkan ragam artis yang dikatakan sudah berhijrah ini.

Kalaulah rakan SS ini masih tahu batas aurat antara lelaki dan wanita, takkan artis yang kononnya sudah berhijrah itu pula tak tahu nak membezakannya atau sengaja buat tak tahu.

Artis ini menghadiri sesi fotografi dengan satu majalah dan dia menggayakan fesyen rekaan rakan SS itu. Walaupun naluri rakan SS ini lebih ke arah kewanitaan, tetapi dia tetap sedar yang dia dilahirkan sebagai seorang lelaki, jadi mereka berdua bukanlah mahram.

Namun belum sempat dia memberikan bajunya kepada artis terbabit dan sebaik menoleh ke arahnya, artis berkenaan sudah menanggalkan bajunya. Artis terbabit ketika itu hanya bercoli, tetapi kepalanya masih bertutup!

Tak terkatalah rakan SS dan artis itu tanpa segan silu memintanya membantu memakaikan baju untuk sesi fotografi itu. Pelik rakan SS memandangnya, memanglah mereka berdua dalam bilik persalinan, tetapi cara artis itu memang tak kena.

Rakan SS itu mengadu pada SS yang dia tak faham konsep artis sekarang yang kononnya sudah berhijrah. Takkan sekadar menutup kepala dan pakai baju labuh dikatakan berhijrah dan insaf sedangkan perlakuan masih begitu juga.

Bukan saja artis, kepada sesiapa yang nak berhijrah ataupun sudah berhijrah tak perlulah tergedik-gedik nak beritahu yang dia adalah Muslim atau Muslimah sejati. Bukan setakat penampilan, tetapi buktikan dengan perbuatan sekali.

Menurut rakan SS itu lagi, ramai lagi artis bertudung yang masih tidak kisah 'berbogel' depan pereka fesyen di kalangan lelaki lembut ini. Opps! siapakah mereka, nanti SS teruskan siasatan.

SS@Metro

Pernah gegarkan industri dengan video seks, Wan Nor Azlin tidak mahu toleh belakang lagi...

Posted: 04 Jan 2013 08:31 PM PST

KUALA LUMPUR: Pelakon Wan Nor Azlin memberitahu sudah serik untuk berkongsi kisah peribadinya kepada umum sebaliknya mahu memberi keutamaan kepada kerjaya seninya sahaja.

Wan, berkata, keputusan tu diambil kerana menganggap telah banyak kisah peribadinya didedahkan dalam media sebelum ini.

"Maafkan saya kerana tidak mahu bercakap soal peribadi kerana rasanya dah terlalu banyak cerita hidup saya keluar sebelum ini.

"Saya tidak mahu lagi mencari publisiti dengan bercerita mengenai hal-hal yang tiada kena mengena dengan kerjaya saya sebagai pelakon," katanya.

Wan ditemui selepas majlis penyampaian insentif kepada pelakon dan penerbit drama Maharani dan Mak Yong oleh World Evolution Brain (M) Sdn Bhd dekat sini pada Jumaat.

Insentif itu disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, (Sistem dan Kawalan), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus.

Dalam pada itu, Wan berkata, dia juga kini ingin menjalani kehidupan "low-profile" dan tidak mahu terlalu kerap muncul di akhbar kerana kisah-kisah peribadi.

Dia juga selesa dengan cara tersebut dan berharap pihak media memahami situasi berkenaan.

"Sekali lagi saya mohon maaf kerana saya memang tidak mahu lagi bercakap soal selain kerjaya dan rasanya saya lebih selesa dengan cara ini," katanya.

Sementara itu, Wan berkata, selain sibuk menguruskan keluarga, rezekinya dalam bidang lakonan juga semakin baik.

Menantu dan mertua dipaksa bogel selepas disamun

Posted: 04 Jan 2013 07:01 PM PST

Gambar hiasan
TAIPING: Sekumpulan empat perompak tidak sekadar melarikan barang kemas malah turut membuli dua wanita disamun apabila mangsa dipaksa menanggalkan semua pakaian hingga bogel.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi kelmarin suspek bersenjatakan parang panjang bertindak menyerbu ke sebuah rumah didiami dua wanita itu di Taman Paduga Setia, Kampung Boyan, di sini.

Sumber polis berkata, penjenayah dikatakan memanjat pagar rumah mangsa sebelum menyeluk tangan melalui jeriji pintu hadapan untuk mendapatkan kunci pintu berkenaan.

"Difahamkan seorang mangsa yang berusia 50 tahun sedang memasak di dapur sebelum terdengar bunyi pintu hadapan rumahnya dibuka seseorang.

"Mangsa yang meninjau ke bahagian ruang tamu rumah terkejut apabila mendapati empat lelaki bersenjatakan parang menceroboh masuk ke dalam rumah," katanya.

Menurutnya, penjenayah kemudian memaksa mangsa dan ibu mentuanya yang berusia 75 tahun supaya menanggalkan semua pakaian.

"Mangsa kemudian diikat penjenayah yang bertindak merampas barang kemas dipakai mangsa. Malah penjenayah turut menyelongkar rumah berkenaan bagi mendapatkan wang tunai dan barang kemas lain.

"Pada masa sama, anak lelaki wanita warga emas itu yang berusia 40-an kebetulan pulang ke rumah. Dia turut ditahan dan diugut dengan parang oleh penjenayah sebelum rantai emas dipakai turut dirampas," katanya. Difahamkan ketiga-tiga mangsa diikat kaki dan tangan menggunakan kain dan wayar.

"Penjenayah yang memperoleh barangan kemas dan wang tunai dianggarkan RM20,000 segera melarikan diri dipercayai dengan menunggang motosikal.

"Mangsa dapat membuka ikatan kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Taiping berhubung kes rompakan itu," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah ketika dihubungi mengesahkan kejadian selain memaklumkan suspek turut melarikan wang RM1,500 dan dua telefon bimbit milik mangsa.

Ahli politik dibelasah selepas rogol ibu anak dua

Posted: 04 Jan 2013 06:32 PM PST



NEW DELHI - Belumpun reda kemarahan rakyat ekoran kes rogol lima lelaki ke atas seorang gadis baru-baru ini, polis di negeri Assam, timur laut India menangkap seorang pemimpin parti Kongres yang memerintah negara ini, Bikram Singh Brahma kerana kesalahan yang sama kelmarin.

Dia ditangkap kerana didakwa merogol seorang ibu yang mempunyai dua anak di sebuah kampung di Santipur di daerah Chirang di negeri berkenaan.

Imej yang disiarkan di televisyen India menunjukkan beberapa wanita mengepung Brahma dan mengoyak bajunya.

Seorang wanita turut menampar muka ahli politik itu.

Menurut polis, Brahma memasuki rumah wanita tersebut dan merogolnya pada pukul 2 pagi waktu tempatan.

Seorang pegawai polis, G.P. Singh berkata, ekoran jeritan wanita itu, beberapa orang di kampung tersebut keluar dari rumah dan menangkap Brahma.

Ketika kejadian, Brahma sedang melawat kampung tersebut.

REUTERS BRAHMA yang tidak berbaju dipukul oleh seorang wanita dengan sebatang kayu.

Kejadian itu berlaku selepas seorang pelajar wanita berusia 23 tahun dirogol oleh sekumpulan lelaki di dalam sebuah bas di New Delhi pada 16 Disember tahun lalu.

Pelajar itu meninggal dunia di sebuah hospital di Singapura pada minggu lalu akibat kecederaan dalaman selepas dia dipukul dengan batang besi dan dicampak keluar dari bas itu.

Lima lelaki telah didakwa kelmarin kerana merogol dan membunuh pelajar tersebut.

Mereka yang didakwa itu ialah pemandu bas tersebut, Ram Singh dan adiknya, Mukesh Singh.

Mukesh bertugas sebagai pencuci bas tersebut.

Turut didakwa ialah seorang penjaja buah-buahan, Pavan Gupta dan pengajar kecergasan, Vinay Sharma.

Seorang lagi pencuci bas, Akshay Singh juga didakwa melakukan perbuatan itu.

Kesemua mereka berdepan hukuman mati jika disabit kesalahan.

- Agensi

Dakwaan syirik perlu jelas

Posted: 04 Jan 2013 05:35 PM PST

SHAH ALAM - Pengertian syirik terlalu luas dan perlu dinyatakan secara jelas, kata Pengerusi Multaqa Asatizah & Du'at (Murshid), Dr Zaharudin Abdul Rahman.

Menurutnya, dakwaan Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad bahawa wujud amalan syirik dalam Pas hanya kerana terdapat ahlinya beramal dengan ajaran Syiah, liberalisme dan pluralisme tidak boleh dijadikan sandaran kukuh.

"Dakwaan beliau itu tidak dilakukan secara jelas, tiada bukti dan tidak dapat dipastikan siapakah orangnya," katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, Ismail Mina dalam laporan portal berita mendakwa wujud amalan syirik dalam Pas kerana terdapat ahlinya yang beramal dengan ajaran Syiah, liberalisme dan pluralisme.

Memetik laporan tersebut, Ismail berkata "Pada hemat saya, kezaliman yang paling besar adalah syirik. Saya tidak nampak dalam Umno ada kesyirikan dalam pemikiran dan akidah. Tidak ada. Tapi dalam Pas ada syirik, di mana ada orang beramal dengan Syiah, di mana ada orang yang liberalis dan pluralis"

Special offer: 'Pecah dara' pelacur

Posted: 04 Jan 2013 04:16 PM PST

KAJANG: Tidak cukup dengan memanipulasi wanita warga asing dengan menjadikan mereka pelacur, satu sindiket pelacuran di bandar ini bertindak lebih berani apabila dengan bangga mempromosikan pelacur yang mereka dakwa masih dara.

Dengan caj dikenakan RM5,000, pelanggan yang melanggan 'pelacur dara' itu turut diberi kebebasan membawanya ke mana saja selama tiga hari.

Sindiket itu yang beroperasi di tingkat satu sebuah hotel di sini menawarkan pelacur dari Vietnam yang berusia 17 sehingga 21 tahun.

Aktiviti tidak bermoral sindiket itu terbongkar hasil penyamaran wartawan Harian Metro selepas mendapat maklumat orang awam.

Seperti biasa, sindiket itu berselindung di sebalik perniagaan spa dan refleksologi, namun ada ruangan berasingan disediakan untuk kegiatan pelacuran.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>